Pages

▼

Wednesday, 23 October 2013

Namibia Part 3 : Melawat Kedutaan Besar Malaysia Di Windhoek

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan dari Namibia Part 2 : Tour - National Museum of Namibia

Antara perkara penting yang aku titik beratkan bila travel adalah membuat semakan jika ada Kedutaan Malaysia di sesebuah negara yang akan dilewati. Just in case kalau terjadi apa-apa, boleh la call atau pergi jumpa mereka sebab kita dah simpan phone number and address. Boleh la minta tolong pihak kedutaan.. kan?  😅

Untuk pengetahuan semua, Malaysia mempunyai 3 kedutaan di Southern Africa iaitu Johannesburg, Harare, Zimbabwe dan Windhoek, Namibia. Dan mempunyai 13 kedutaan di seluruh benua Afrika, iaitu Senegal, Ghana, Nigeria, Libya, Egypt, Guinea, Algeria, Morocco, Kenya dan Sudan.

Sebelum terus membaca.. Apa kata cuba baca nama jalan ini? 😜
Mungkin kalau nak travel di benua lain tak perlu amik tahu pasal kedutaan malaysia tapi kalau trave di Afrika. Tolong la amik precaution lebih sikit. Banyak negara Afrika dengan politik tak stabil maka susah nak buat jangkaan.

Al-kisahnya bila berjalan-jalan di Bandar Windhoek. Aku terbaca satu nama jalan dan macam agak familiar. Bila check dalam buku nota, ia sama dengan alamat Kedutaan Malaysia. Aku pun bagitau Anas dengan Mus'ab "Jom pergi melawat.. Mana la tau boleh bergambar dengan Tuan Ambassador ke kan?" hahahaa.. 😅

Mus'ab nak jadi orang pertama yang sentuh kedutaan hahaa.. 😅
Akhirnya kami sampai juga di High Commission of Malaysia Windhoek.
Selepas berjalan selama lebih 15 minit dengan pertolongan beberapa orang yang kami tanya. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di hadapan bangunan kedutaan Malaysia dengan perasaan penuh excited. Terus bergambar di hadapan kedutaan dan selepas tulis nama di pondak pak guard kami dibenarkan masuk.

Dan kemudian kami berjumpa dengan receptionist arga tempatan. Dan tiba-tiba kami jadi sedikit takut dan cemas. Betul ke apa yang kami buat ni..? Kang tak pasal-pasal kena marah sia-sia jer huhuu.. 😄.

Bergambar bersama kakitangan Kedutaan Malaysia di Windhoek. 
Tuan Ambassador offer nak bawa kami pusing-pusing Bandar Windhoek.
Duta Malaysia Paling Awesome Di Dunia..!!!! 😉👍
Aku cakap dengan reception "If possible we were like to meet any Malaysian in this office.. because.. aaa.. We are Malaysian students.." time tu aku pun tak tahu nak kata apa. Dan kami pun diminta untuk duduk di sofa berhadapan kaunter. Tiba-tiba nampak seorang akak ni yang pakai tudung macam orang Malaysia datang ke arah kami.

Dan memperkenalkan diri beliau sebagai Kak Masz PA kepada Tuan Ambassador. First question dari Kak Masz ni "Orang Malaysia ke..?" Terus kami jawap "Aah kak..". Kak Mazs tanya lagi "Ada apa urusan datang..?" Aku pun jawap "Tadi jalan-jalan pastu nampak macam dah dekat dengan kedutaan.. So saja lah menyinggah..".

First Tuan Mustapa bawa kami ke satu kawasan bukit.
Dari atas bukit boleh lihat memandangan seluruh bandar Windhoek.
Pemandangan waktu petang ke arah Bandar Windhoek.
Tuan Ambassador kata seronok layan view dari sini sekali sekala.
Bandar Windhoek pun tak besar mana katanya.
Kak Maz jemput kami bertiga masuk ke bilik mesyuarat dan tak sampai 2 minit Kak Masz pun datang duduk dan berborak dengan kami. Kemudian datang seorang lagi orang Malaysia iaitu En. Ariffin merangkap Setiausaha Kedutaan Malaysia.

Kami dijamu oren jus sejuk - syukur sangat hilang dahaga dan penat kami akibat cuaca panas di laur tadi. Lepas hampir sejam berborak, tiba-tiba Tuan Ambassador muncul di hadapan kami (baru balik meeting dari luar). Selepas kami diperkenalkan oleh Kak Masz, Tuan Ambassador senyum sikit dan terus masuk bilik office dia. Muka memang sangat serius.

Kraftangan tepi jalan lebih murah dan boleh tawar menawar 😉.
Tapi once dah minta tawar bagai jangan tak beli pula. 
Walau di tengah bandar masih ada etnik yang biasa tanpa berpakaian.
Kata mereka ini adalah tradisi orang asal di sana.
Lebih kurang selepas 5 minit,  Kak Maz beritahu Tuan Ambassador jemput kami bertiga masuk ke bilik beliau. Dan ketika pintu dibuka Tuan Ambassadir dah pun siap menunggu kami di sofa sambil tersenyum dan menjemut kami duduk.

Rupa-rupaya beliau sengaja buat muka serius sebentar tadi 😅. Lagi pun wajah beliau memang nampak serius, lagi-lagi pada orang pertama kali jumpa macam kami. Walau berwajah serius tapi sebenarnya perwatakkan beliau sangatlah baik, peramah dan boleh tahan juga membuat lawak.

Then bawa kami naik bukit lain.. kawasan yang macam tak boleh masuk nie..
Untuk melihat mahligai President Namibia
Kalau tak silap aku nama President Nambia
- Hifikepunye Pohamba..
Zoom sikit lagi bagi dekat. Baru jelas mahligai untuk seorang Presiden Namibia.
First question Tuan Ambassador tanya kami "Bila last makan biskut Ping Pong..?" Sambil memberi pada aku sepeket biskut yang belum dibuka "Tu kat tepi tu ada kopi dan teh.. Pi buat sendiri.. Saya dah ada kopi.. Nak berborak kena macam ni baru sedap.. Cara Melayu kita.." Sambil kami semua tertawa 😂.

Banyak yang kami bualkan ketika ini. Katanya di sini tak ramai orang Malaysia maka tidaklah susah kerja beliau. Ingat lagi beliau kata "Saya kadang-kadang hantar email yang sama sahaja ke Kementerian sebab tiada apa yang nak di update kan".

Tempat terakhir Tuan Mustapa bawa ialah Namibian Parliament House.
Selepas habis waktu kerja Tuan Mustafa bawa kami pusing-pusing Bandar Windhoek. At first beliau bawa kami ke satu kawasan bukit untuk melihat seluruh bandar (view dari atas bukit ini memang cantik). Dan kemudian menunjukan kami di mana letaknya Istana President Namibia yang sangat besar di atas bukit.

Kami juga ke satu kawasan tepi jalan di mana orang tempatan menjual hasil kraftangan dan ada sebahgaian mereka yang berniaga tidak berpakaian. Tapi pada badan mereka actually ada lapisan lumpur yang sengaja disapu pada badan mereka.

Antara statue yang ada di hadapan Parliament House
Another statue di hadapan Parliament House.
Tuan Mustapa bawa kami ke salah satu masjid dari hanya 3 masjid yang ada di seluruh Bandar Windhoek ini untuk bersolat Asar. Kataya salah satu dari tiga masjid tu tak boleh pergi sebab itu masjid yang berpegang dengan ajaran Syiah.

Dan selepas solat Asar, Tuan Mustafa bawa kami ke Namibian Parliament House. Oh ya disebabkan kereta ini ada nombor plat diplomat maka mudah kami untuk ke mana-mana especially melihat istana president tu dari atas bukit. Sebab kalau kereta biasa memang tak boleh masuk area tu 😉.

Tour Guide terbaik dalam hidup aku.. Terima Kasih buat Tuan Mustapa.
Dan secara tak langsung Tuan Mustafa jadi tour guide kami sepanjang petang tu. Beliau bawa kami pergi ke beberapa tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandar Windhoek. Tak pernah lagi aku jumpa seorang Duta Malaysia sebaik Tuan Mustapa Haji Mansor yang sangatlah baik dan humble ini. Boleh pula layan kerenah kami bertiga.

Dan yang lagi menyeronokkan Tuan Ambassador sendiri yang drive kereta bawa kami jalan-jalan sepanjang petang tu. Walau beliau ada driver tapi beliau sendiri yang drive bawa kami. Memang tak akan lupa jasa baik Tuan Mustapa 😎.

54 comments:

  1. wahhh bestnya! main gamble je tp nasib baik malaysian ni mmg baik orangnya. untungla dpt jejalan free kan. tp gambar yg ade matahari disebalik awan tu mmg cun gilerr!!! *clap*

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. gamble jer redah kan.. alhamdulillah orang2 kedutaan malaysia di Windhoek semua baik2 :D ... hehehee.. free rezeki la katakan.. :D
      Camera murah pun kadang2 tercantik pulak gambar yer ..

      Delete
  2. ya allah bila la dpt peluang mcmni. inshaallah semoga allah beri nikmat dan peluang, takkan nanie lepaskan..

    btw sume gmbr mmg AWESOME!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah moga akak juga ada peluang.. :D
      thanks .. main2 jer amik gambar tu :P

      Delete
  3. wahh bestnya tuan ambassador jadi tourist guide!hehehe kelassss!besarnya mahligai presiden tu...sana org kaya bertambah kaya, org miskin kekal miskin eh?gitu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Ambassador memang pemurah hati.. moga rezeki beliau sentiasa di berkati amin :D
      aah yg kaya makin kaya .. yg msikin makin miskin ..

      Delete
  4. wahh..baiknya tuan ambassador...first class treatment..

    alamak..org asli Namibia..censored tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep.. tuan ambassador malaysia terbaik di dunia kot.. :D
      hehehee... censored pun tak boleh dah.. diorang bangga pulak tu.. sebab nak tunjuk culture mereka :P

      Delete
  5. wow niler baru boleh jadi ambassador.. bukan bersandorjer... ha..ha..
    syiok gilerler kalau akak berada di tempat korang... banyak benda gak boleh nampak yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. boleh undi untuk ambassador terbaik nie :D
      hehehee... layan jer la kak.. seronok berjalan la kata kan :D

      Delete
  6. memang terbaik la tuan ambassador..
    cantik view dari bukit tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maka sila lah datang Namibia hehehee..
      Cantik view sebab tak ada bangunan tinggi ..

      Delete
  7. Haha..mst malu nk tgok org yg tak baerbaju 2.. Haha.. Seronokk la admin tgok. Kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tak berbaju tu kalau nak amik gambar ngan mereka.. diorang minta duit.. kalau tak silap RM 20.00 gambar.. so kitaorang amik dari dlm kereta je lah.. :P

      Delete
  8. TT, ada tanya kot2 ada kkeje kosong tak kat situ??hahaha..

    gambar mmg cun lah..rasa mcm nak terbang ke sana aje *belek2 poket, ala ongkosnya pula enggak ada hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja kosong??? hahahaaa.. tak tahu la pulak.. orang lain tak nak mai sini.. yg dah kerje nak balik.. akak pulak nak mai sini hahahhaa :P
      Gambar cun?? huhuhuu.. thanks :D

      Delete
  9. Terbelit2 lidah nih nyebut.. huk3.. Bestnyer ambassador dia sporting.. Walau mana pun berada still mengamalkan cara kita Malaysian people...

    Bukan men bnyk kraftangan dia ek.. Hurm ada gak kan orang tak pakai baju kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe... terbelit kan.. kami pun duk melangok kat situ fikir cane nak sebut nyer hahahaa.. :P yep memang sporting sesangat la :D
      Sana memang kaya dgn kraft tangan :D

      Delete
  10. terbelit lidah nak sebut nama tempat tu...wow, kediaman presiden nambia..fuh... dalam tu mesti mewah..hehehe, pemandangan bandar windhoek memang mengasyikkan... jeles jeles jeles... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan terbelit hehee.. sama lah dgn kitaorang time tu.. :P
      Bukanmewah dah itu dia nak buat mcm tempat kekal abadi..
      Jgn jeles yer.. biasa2 sudehh :D hahahahaaa..

      Delete
  11. wah baiknya dapat berjalan2 dengan tuan duta.
    seksi gambo orang asli tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik.. Ambassador paling awesome la kata kan :D
      orang asli?? no komen hahahha :P

      Delete
  12. Kwn akak penah kerja kat kedutaan senegal... dia gi sorg2, mula2 sampai terkapai2 jgk sebab org sana tak reti speaking kan? Dia kata mcm nak sepuk2 je sebab tak banyak membantu ehehe. Nasib baik laki, lps lama keja sana.. baru la bawak bini dia pindah.
    Lps 4thn kat senegal, dpt la tempat best skit (netherlands) eheheehhe off topic :D

    Actually suka baca travelog tempat2 org yg jarang gi ni.. ralit ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh senegal tu atas lagi.. tak tahu mcm mne hahahaha :P
      kat Namibia still ramai boleh speaking lagi.. sepuk jer kalau dia tafam hahahaha.. :P
      that y kene pi tempat orang jarang pergi heheheee.. :D

      Delete
  13. waah seksi betol orang asli tu, boleh tak pakai bra hahaha.. lihat kedutaan indonesia tak kat sana? namimbia melaju kereta dari sebelah kiri ya, sama seperti di sebagian negara asean, apa mungkin namimbia negara jajahan inggris? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedutaan Indonesia nie.. tak tahu pulak.. tak perasan :D
      namibia pernah di jajah oleh inggeris mungkin sebab itu drive sebalah kanan seperti di malaysia :D

      Delete
  14. peramah betol tuan mustapha tu yerk, siap bwk korg jenjalan lg tuh.... dia pun seronok agaknye dpt jmp org malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep memang peramah sesangat .. kalau jadi YB nie mesti meriah kawasan :D
      betul jugak seronok jumpa orang malaysia kot hehehe :D

      Delete
  15. teruja sangat dgn barang kraf tangan org asli tu.. minat sgt2 stuff yg macam tu especially kalo ada rantai atau gelang

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang banyak kot rantai or gelang yg di buat dari kayu or biji buahan..
      kraft tangan is the best kan :D

      Delete
  16. tergeliat lidah nk sebut nama jalan tu

    wah tuan mustapha sgtlah sporting.terbaiklah...klu kt negara asing, dpt jumpa org malaysia mmg perasaannya lain kan.mesra tanpa sebab gitu.hehe

    org asli tu,alamak tak tutup aurat.muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. kan dah tergeliat :D mmg kami pun duk berdiri kat situ try nak sebut :P
      mesra alam tuan mustapha nie.. mmg terbaik sgt.. lepas balik rindu pulak kat dia :D
      orang asli tu tak boleh nk tolong dahh :P

      Delete
  17. err mak aii orang asli tuu..
    -___-''



    bestnya jalan merata tempat..lepas ni g korea pulakk..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea??? huhuhuuu.. insyallah doakan la.. nnti kita buat group :D

      Delete
  18. wah wah..best nye la kan dapat tgok negara orang...erkk..orang asli kat sana slamber je tak pakai baju ek..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg selamber.. pastu minta duit kalau nak bergambar or amik gambr diorang :P

      Delete
  19. humblenya tuan ambassador, can I share that some vip selamba je bawak jalan ... nice ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selambe sangat.. memang terbaik di dunia Ambassador Tuan Mustapa nie :D

      Delete
  20. Hanya org BESAR je boleh jumpa ORGA BESAR2 ni..Tuan Ambassador tu..kalau akak lah..maybe tak berani nak pergi berjumpa..takut nanti dia tanya ada hal apa datang ...sib baik dia ok ke...tak sombong

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu nak kata la.. tapi masa jumpa hari tu memang dia baik sangat.. :D
      suka berborak dengan sesiapa sajer... alhamdulillah la dia ok .. kan best kalau semua ambassador mcm ni :D

      Delete
  21. Ya Allah bestnya dapat pergi tempat tempat camni :)

    ReplyDelete
  22. Orang tanpa pakaian nya berseronok sekali hahaha, the best lah tempat kunjungan nya. Suka banget sama layan view nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaaa... seronok la sangat .. tak de makna nyer pun :D
      aah layan view best boelh tenang kan jiwa :D

      Delete
  23. sporting la duta tu, kira langkah kanan korang time tu, bukan senang nk dapat peluang cmtu kan..rare habis part kt tmpt tanpa pakaian tu kan..untunglahhhhh..hahahahah..

    yg indahnya bila travel ke negara orang, berpeluang melihat dunia ciptaan Allah yang berbeza-beza kan, culture lain, scenery lain, orang2nya pun lain..pasni awk leh buat dokumentari plak kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. memang sporting.. kalau ada buat undi mmg sy kempen untuk dia hahaha..
      Rezeki dalam musafir kan.. byk yg tak di sangka..:D

      betul tu.. kalau kita menggunakan peluang travel ni untuk buat satu penghayatan mmg tak rugi malah untung.. byk boleh belajar.. dokumentari? insyallah teringin gak tu :D

      Delete
  24. sepanjang kat sane jmpe org melayu lain x kat sane?selain kt kedutaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada orang Malaysia lain kat sana.. total malaysian kat sana tak sampai 15 orang dalam seluruh negara..

      Delete
    2. da jmpe org melayu kt sane nape x minx belanje mkn nasi.hehehsane xmkn nasi kn.

      Delete
    3. Muka tebal la kalau nak minta mcm tu.. dapat jumpa pun dah happy hahahaa...
      Tapi mana tau kan kalau dapat nasi lemak ke nasi goreng ker kan hahahaa :P

      Delete