Pages

Saturday, 16 November 2013

Namibia Part 4 : Train Journey Windhoek To Keetmanshoop City

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Okay.. Aku rasa tak ada kisah yang menarik lagi nak dikongsi ketika kami berada di Windhoek. So aku teruskan dengan kisah perjalanan kami ke Keetmanshoop - sebutan Keet Mans Hoop. Bandar Kedua terbesar di Namibia. Kenapa datang sini? Pertama sebab nak rasa naik train di Namibia ini. Mostly train kat Africa ni jenis old school. Memang best naik kereta api yang dah berkurun zaman ni. 

By the way kalau korang datang afrika bagi aku korang wajib try naik train di afrika. Mungkin mereka kalah dari segi teknologi tapi mereka menang dengan permandangan yang sangatlah memukau mata yang melihat. Boleh baca sini untuk kisah naik train di Zimbabwe - Pengalaman Menaiki Ghost Train Dari Victoria Falls Town to Bulawayo (Clicks).

Memulakan perjalanan dengan menaiki train di Windheok Train Station
Ada ruang untuk simpan beg kat atas pintu masuk bilik..
Pemandangan di sebelah pagi.. Layan view gurun yang menawan :D
Perjalanan sejauh hampir 500km dari Windhoek ke Keetmanshoop.
Nasihat aku bila nak naik train ni. Make sure korang beli la makanan dan minuman yang cukup untuk perjalanan satu malam ini. Dan sebelum naik train cari la botol-botol terbiar yang nampak baru dan bersih. Isi air paip di station untuk kegunaan ketika berada di dalam tandas train nanti. Especially untuk berhadas, basuh muka, gosok gigi dan seangkatanya.

Sekiranya berhenti pun belum tentu makanan yang dijual halal untuk dimakan dan itu belum berjumpa makanan yang diluar jangkaan. Dan sekiranya makanan seperti roti dan air mineral yang dijual ditepi train ketika berhenti di station. Harga nya agak mahal berkali ganda dari Windhoek. Jagung bakar yang dijual kalau lalu nak makan silakan. Oh ya jagung rebus jangan sekali-kali try makan yer. 

Keseluruhan train ni lebih 35 gerabak la. Selagi boleh tarik memang diorang tarik.
Merentasi kawasan gurun yang nyaman. Sekali sekala terlihat haiwan berkeliaran :D

Laluan di gerabak First Class.
Kita kacau jangan bagi Musab tidur.
Ada cermin tapi plug tapi dah rosak.
Keadaan gerabak di third class.

Keetmanshoop ke Nakop Border Post Control sejauh 350km.
Dan sebab kedua ialah kami nak ke Kimberley Big Hole di South Africa. Cara yang murah dan menyeronokan tapi sedikit merbahaya ialah kene pergi ke Keetmanshoop sejauh 470 km dari Windhoek iaitu dengan menaiki train waktu malam dan itu adalah cara terbaik dan menarik. Kemudian ambil bas dari Keetmanshoop ke Kimberly sejauh 877 km. 

Dan kami akan stamp passport di Nakop Border Post. Iaitu border di antara negara Namibia dengan Republic of South Africa dengan jarak 350km dari Keetmanshoop. Dan kemudian menyambung perjalanan dari Nakop Border Post Control ke Kimberley sejauh 540km. Total perjalanan hampir 1000km dan memakan masa hampir sehari suntuk untuk sampai ke Kimberley :D

Alhamdulillah kami selamat sampai Di Keetmanshoop Train Station
Lega dah sampai akhirnya dan cuaca pun baik :D
Kereta api lama yang telah menjadi perhiasan di luar station.
Kereta api lama yang menggunakan arang batu sebagai bahan bakar.
Dan ada sedikit risiko sebenarnya untuk plan kami ini. Kami kena beli tiket bas itu di Keetmanshoop pada hari kami sampai. Boleh jer kami nak beli tiket bas dari Keetmanshoop ke Kimberly di Windhoek. Tapi harga tiket akan mahal extra RM45.00. Sebab tiket kalau beli di tempat departure lebih murah dari beli di tempat yang bukan departure.

Tapi ada masalah lain pula. Kereta api akan sampai di Keetmanshoop pagi keesokannya iaitu pada pukul 8.00 pagi. Dan satu-satunya bas akan bertolak dari Keetmanshoop ialah pada pukul 10.00 malam nanti. Masa ini memang berharap sangat ada 3 seat available untuk kami bertiga. Sampai di Keetmanshoop first thing kami kena beli tiket bas terlebih dahulu dari buat perkara lain.

Suasana Resort Mewah Di Tengah Gurun






Alhamdulillah perjalanan kami dengan train selamat tiba dan kami berjaya membeli tiket bas ke Kimberly seawal pagi. Dengan bantuan Mr Jacob - Orang yang membantu kami selama sehari di Keetmanshoop. Mr Jacob yang diperkenalkan oleh Tuan Ambassador Malaysia Haji Mustapa (Update 2024 - Ex Ambassador Haji Mustapa telah meninggal dunia - AlFatihah untuk beliau)

Sempatlah kami meninjau-ninjau hampir seluruh bandar koboi ni. Ada beberapa tempat menarik dan juga tempat bersejarah seperti sebuah muzium yang asalnya ialah sebuah gereja lama yang telah dibina oleh orang-orang German pada kurun 1700. Dan sebuah kilang pemotong diamond yang dikendalikan oleh orang-orang Scandinavian.

Mr Jacob membawa kami ke kilang memotong Diamond. Tempat beliau berkerja.

Jom Masuk Keetmanshoop Museum



Sila tanya dengan anas apa dia tengah buat :P
Ruang di dalam muzium. Yang merupakan sebuah gereja lebih 300 tahun dahulu.
Bersama Mr Jacob di pintu masuk Muzium Keetmanshoop yang bersejarah.
Mr Jacob secara tak langsung menjadi tour guide kami di sini. Walau beliau bukan la seorang yang berkemampuan sangat. Beliau hanya meminta duit petrol tanpa sebarang extra charge dan membawa kami ke rumah beliau untuk berehat, mandi dan tak kisah langsung apabila kami meminta ruang untuk bersolat. (Update 2024 - Mr Jacob beragama Kristian Ortodoks)

Dari pagi beliau menjemput kami di train station dan membawa kami berjalan-jalan menziarahi hampir ke seluruh bandar. Dari pagi sehinggalah waktu malam. Dan terakhir beliau membawa kami ke tempat bas berlepas di sebuah station minyak. Dan menunggu sehingga bas bergerak meninggalkan Keetmanshoop.

62 comments:

  1. cantiknyaaa resort mewah dkt gurun tuh...menarik!unik!saya tak pnah lagi rasa culture mcm ni..teringin plak....tp dlm masa sama, takut gak nak pi sana!hahaha aduhai....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak DJ.. resort mewah tu kene booking awal sebelum datang.. memang sentiasa penuh.. macam tak cayer jer kan.. kami datang pun sekadar nk tgk leopard.. takut?? tak la.. sini selamat la :D

      Delete
  2. jauhnya 470km+877km.. uniknya masih ada perigi di situ ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di afrika.. travel 1000 km tu kene biasa kan.. sebab negara2 diorang memang besar..
      siapa sangka perigi itu boleh di gali di gurun kan.. :D

      Delete
    2. jauh perjalanan luas pemandangan.. di gurun pun ada bekalan air di bawah tanah..

      Delete
    3. jgn kata bawah tanah.. siap ada tsik lagi kadang2 kat tgh2 gurun tu :D

      Delete
  3. Tak pernah naik train lagi TT....Walaupun train tu katanya old school...tp mcm ok je....
    Seronok yeh TT, walau dimana pun awak berada bantuan sentiasa datang tanpa sedar....Pertolongan Allah namanya tu... Take care...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As long kita letak diri kita musafir di jalan Allah.. insyallah bantuan pertolongan dari Allah itu akan ada :D
      Train ni old school.. but mcm di jaga dgn elok2.. ok la.. tapi still air dgn plug dah tak berfungsi :P

      Delete
  4. Replies
    1. Gurun kawasan asli.. ada pakej horse riding and camping di gurun.. kalau ada masa lebih mmg dah buat pakej tu :D

      Delete
  5. Replies
    1. Habis banyak pada transport.. dekat RM 330.00..
      Selain tu.. makan minum, tempat tinggal dan souvenir dalam RM 120.00

      Delete
  6. zaza suka tengok pemandangan luar keretapi kwsn gurun tu.. mmmg suka tgk tmpt mcm tu.. resort tu.. fuh, bersantai tepi kolam seronoknya.. :D tu kawan afif kt luar tingkap gerun je tgk tkt jatuh.. haha..bila agaknya zaza boleh terbang ke sana nih..ahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. resort tu memang unik.. :D tapi harga dia pun unik jugak :P hahahaaa..
      alhamdulillah dia okay tak ada pape.. jatuh tu tak la.. tapi kalau terbang di tiup angin tu mmg la hahahhaaa... Insyallah moga zaza pun berpeluang ke sana amin..

      Delete
  7. Pesal akak asyik terlambat je baca entry baru ni..haishh..heeee...saje je kan..Bila mau balik Semanjung ni..ke dah berkenan ngna org borneo

    Keretapi old school...ishh..paling tak suka kalau bab perlu spare air tak ada air dlm train..mana cukup nak cuci hadas besor ngan air botol je

    Baik betul Mr Jacob tu..biscuit jenama Jacob tu mesti dari nama dia kan..ke kebetulan je sama heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa?? why.. why.. hahahhaaa... insyallah something will come first.. than akak JM tau la bila saya akan balik.. berkenalan tu ada tpi xde la berkenan hahahaa :P

      Apa nak buat.. layan jer.. nasib baik ada jamban.. kalau itu pun xde lagi la susah hehehee.. oh dah tanya pasal biscuit tu.. dia kata keturunan jer :P hahahhaaa...

      Delete
  8. Pengalaman yang menarik...melawat kilang diamond..woman's best friend..hehe..

    bila baca ayat ni 'tak kisah langsung apabila kami meminta ruang untuk bersolat'..musykil jg..Mr Jacob tu, orang Islam ke? Nampak dia pakai ketayap putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mmg menarik :D nasib kami semua lelaki.. kalau ada pmpn ada pulak yg tak mau balik :P
      ohlupa nak bagitau.. dia beragama kristian.. tapi abg dan kakak dia dah masuk islam..dan dia mmg suka pakai kupiah tu..

      Delete
    2. Semoga dia juga mendapat hidayah dari Allah SWT...

      Delete
    3. amin.. moga beliau pun mendapat hidayah dari Nya..

      Delete
  9. Tgk view luar train nih teringat citer hindustan tu..tajuk da lupa pulak ngeh3x.. Jauh nye nak kene nek train tu.. Erk ada ke yg sanggup mandi kat kolam renang tu panas2 mcm tu hik3x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehl a.. tapi mcm Kashmir tu memang lawa kot.. :D
      tak ada yang berani.. sebab tu tak ada orang kat area swimming pool tu..

      Delete
    2. Filem Hindustan..Dil Se..SRK naik train ke Ladakh, Kashmir..view memang cantik..

      Delete
    3. Terima kasih atas bantuan nama filem hindustan tu hahahahahaaa.. :P

      Delete
  10. cepat cerita gua mulu ....sambil menikmati sabah tea ...thanks tolong belikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are welcome to.. gua mulu..?? niah la ... hahahaa... enjoy la teh sabah tu :D

      Delete
    2. lain la.. Mulu dekat dengan Brunei.. Niah berada di antara Miri dan Bintulu.. :D

      Delete
  11. Mental dan fizikal kena cekal untuk jadi kaki travel.... selain poket kena penuh, syoknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kene cekal dari segi mental dan fizikal.. poket tak penuh pun tak pe la MystoryPic :D

      Delete
  12. Macam cool je naik train old school sambil menikmati pemandangan gurun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep ... ada jer bas yang lebih cepat dan selesa.. tapi memang sengaja naik train.. nak layan pemandangan indah di waktu pagi :D

      Delete
  13. gambar no 4 sangat cantik!
    mr jacob tak kasi ker sebutir diamond yang dipotong :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yepp.. memang tunggu train tu amik selekoh.. supaya dapat tangkap view panjang train tu :D
      Mr Jacob kasi batu lain diamond tak boleh la.. mcm batu warna hijau, unggu, putih, kuning , merah dan sebagai nya.. :D

      Delete
  14. TTB....tempat2 yg u pergi memang RARE....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. mmg suka travel secara backpacker.. dan suka tempat rare yg tak ramai explore.. sebab tempat cantik biasa nyer susah nak explore.. :D

      Delete
  15. en jacob tu islam ke? sbb nampak dia mcm pakai kopiah lak. naik train mcm tu teringat lak waktu kat india dulu. not bad experience mcm tu. tp x sempat nak buat kepala keluar dari tingkap tu sbb nampak kotor lak. tp ko punya experience lagi best bagi aku. tgk gurun yang terbentang indah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry.. lupa nak inform Mr Jacob tu bukan islam tapi dressing mcm org islam..
      Salah satu hobi mmg suka naik train.. kalau ada train kat suatu tempat tu mmg akan naik.. mungkin la kalau kat india nampak kotor bagai kan.. yep gurun terbentang indah.. tepat tu.. :D

      Delete
  16. begitu menarik perjalanan ini
    rasa bahagia kejap biarpun pengalaman ini adik yang rasa
    akak sekadar tumpang angan angan jadi lah erk HIHIHI
    tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mmg menarik.. suatu kawasan yg susah nak sampai..
      insyallah akan terus sharing kisah pengembaraan saya.. please doakn dpt terus travel :D

      Delete
  17. wah...jauhnya perjalanan. besttt
    Terima kasih singgah rumah kuning.

    ReplyDelete
  18. wahhh seronoknya perjalanan..murah rezeki dapat pergi macam2 tempat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. cik aya zuki.. lama tak dgr kabar.. sihat?
      alhamdulillah.. moga rezeki aya zuki pun murah aminn :D

      Delete
  19. Wah bestnya naik ketapi ditengah padang pasior!
    Macam dalam cerita cowboy yang tetibe ada perompak ketapi di tengah2 padang pasir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. memang feel macam dalam movie.. ada perompak naik kuda dtg merompak hahahhaa.. :P layann :D

      Delete
  20. Owh baru perasan kat profile tu.. duk Johannesburg.. (baru buat entry yg nak gi sana.. tajuk MALAS LAYAN tu) :P

    Train tu rasa aircond tak?
    3tier... rasa mcm tak sanggup naik 3rd tier tu ehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh train tu mana ada aircond la dekdaa hahahaa...
      first class tak mahal mana pun beza belas ringgit.. :D

      Delete
  21. Baca entry ni teringat filem hindustan shah rukh khan, Chennai Express. Kekeke.
    Lama tak jengah, sibuk dengan kerja. Sihat ke encik pengembara masa? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. memang ramaiyg berkata mcm tu :P
      bukan lam tak jenguk tapi saya yg tak update sbb berada di Borneo.. Alhamdulillah sihat walafiat jer :D

      Delete
  22. wah best nye la naik train macm tu kan..:) pemandangan macam tu tak de kat malaysia...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu plan dari awal nak naik train di Namibia nie... nak tgk view gurun :D

      Delete
  23. dah lama x naik train.. hu3.. lama pastu sekali je pun pernah naik pun.. ekekekeke..

    cantik pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. train ni ada kelebihan tersendiri.. boleh nikmati pemandangan indah :D
      kalau ada train dlm journey tu mmg akan cuba ...

      Delete
  24. resort tu cool abis..ada kolam tu yg best
    uols x berkumbang ke kt situ haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau tak pe.. tapi panas kot nak berendam.. kalau masuk kuar mesti terbakar abis la hahahaa..
      malam, pagi tau petang boleh la.. celup tgn jer.. sejuk air tu hahahaha :p

      Delete
  25. omak aiii...25 gerabak ehh..panjang tol....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. memang panjang.. ini afrika.. selagi boleh selagi dia tarik :D

      Delete
    2. haha..xsemput plak ehhh...kot rosak kat tgh2 pjalanan tu ke... huhu

      Delete
    3. alhamdulillah .. masa kami niak train ni xde pulak rosak.. jgn la rosak kat tgh2 gurun tu :P huhuhuuu..

      Delete
  26. kt gurun pn ade resort ehh wahh hebat...nampak unik laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la.. lain dari yang lain.. resort di tengah gurun.. mmg unik.. :D

      Delete