Sambungan Dari
Jelajah Miri Part 1 : Trip 23 Days in Borneo Bermula di Lalapan Restoran Muara
Assalamualaikum..
Hari kedua aku di Miri adalah hari yang di tunggu2.. Hari ni ikut plan kami bertiga akan ke Gua Niah.. Taman Negara Niah.. aku memang tak malu nak mengaku excited yang teramat.. mana tak nya.. dulu Gua Niah ni hanya di lihat dan di baca dalam buku sekolah rendah jer.. tapi hari ni akan menjadi kenyataan.. di lihat dengan mata sendiri..
Perjalanan dengan kereta sejauh 110 km dari Bandar Miri mengambil masa hampir 2 jam.. Kalau dari Bintulu ke
Niah National Park 131 km.. Untuk sampai ke destinasi tidak la begitu susah.. ada banyak signboard ke Niah National Park.. Sebelum sampai anda akan memasuki
Pekan Batu Niah.. dan dari situ hanya 3 km untuk sampai ke pintu entrance..
|
Oh tidak.. makin hampir.. 1.20 km jer lagii.. tak sabar.. |
|
Dan akhir nya kami sampai di Taman Negara Niah :D |
|
Selamat Datang ke.... Taman Negara Niah.. Yaaa hooooo....!!!! |
Antara nasihat sebelum masuk Niah National Park.. bawa air mineral secukup nya.. sebab kat dalam memang tiada kedai atau mesin nak beli air minuman.. Kedua mulut jangan celupar sebut buaya.. or " ala.. nak tengok jer buaya tu bukan nak minta yang bukan2 ".. pakcik sampan bagitau aku.. cuba ko guna ayat yang sama tapi buaya tukar dengan hantu.. " ala.. nak tengok jer hantu tu.. bukan nak minta bukan2.." ada berani..?? hehee..
|
Head Quarters Niah National Park.. |
|
Kaunter Pendaftaran.. Kaunter Pembayaran.. |
|
Ada surau yang amat besar.. untuk muslimim dan muslimat.. |
|
Terpesona dengan keunikan seni bina rumah kayu melayu.. |
|
|
Akhirnya Kami Sampai Di Gua Niah..
Jom Menikmati Keindahan Alam semula Jadi
Dan di nasihatkan juga untuk bawa tuala atau kain tutup hidung.. Kerana di dalam gua bagi yang tak biasa dengan bau tahi kelawar dan burung layang2 mungkin boleh meloyakan, muntah dan pening kepala.. silap2 boleh pengsan apatah lagi setelah penat berjalan di atas trek sejauh lebih 3 km ke Gua Niah..
Selain dari itu.. bawa la baju hujan or payung untuk mengelak hujan.. touch light or head lamp di perlukan pada ketika keadaan di dalam gua yang agak gelap.. boleh juga di sewa RM 10.00 di Head Quarters.. nyamuk macam tak ada sangat so kalau nak bawa mosquito repellent pun boleh.. dan terakhir bawa duit nak bayar entrance hahaha.. :P
|
Contoh model kain tutup hidung
untuk elak bau tahi kelawar yang terlalu kuat |
|
Ada gaya macam dalam movie Mr and Mrs Smith tak??? hahahaa.. :P |
Fakta Gua Niah - Taman Negara Niah
Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 110 kilometer atau 1-2 jam dari Miri, Sarawak gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai temburu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua.
Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit Batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.
|
Beliau berkerja sebagai security guard di sini.. Jangan risau keselamatan anda terjamin :D |
|
Meninggalkan trek kayu pejalanan kaki.. |
|
Trail ke Bukit Kasut.. Anggaran 2 jam 15 minit untuk sampai ke destinasi.. Memang aku rasa rugi tak dapat terokai banyak aktiviti kat tempat ni.. So make sure kalau korang bukan sekadar nak tengok gua.. sila la bermalam di chalet.. boleh buat banyak aktiviti..
|
|
Ini lah dedaunan yang keguguran Nan Kerapuhan.. |
|
" Journey with thousand miles.. Start with a single step.." |
Other Information
Niah’s importance was first realized in 1957. The curator of the Sarawak Museum, Tom Harrison, led an archaeological dig at the West Mouth of the Great Cave. The excavations revealed plenty of evidence of human settlements in the area; tools, cooking utensils and ornaments, made of bone, stone or clay. The types of items found suggested a long period of settlement reaching back into the Paleolithic era (the earliest part of the stone age).
In 1958, a discovery was made which confirmed Niah as a site of major archaeological significance. Harrison and his team unearthed a skull which was estimated to be 40,000 years old. The find was at first ridiculed by the scientific community, for it was the skull of a modern human (homo sapiens sapiens), and it was widely believed that Borneo was settled much later. However, as dating techniques improved, and as more evidence of the settlement of Southeast Asia and Australasia came to light, Harrison was proved right..
Continue Part 3..
mcm best je...
ReplyDeletesaya tak pernah masuk gua niah..
tapi gua di Mulu pernah..seronok gila..
adoi...rindu btol aktiviti hiking
Bukan lagi.. tapi memang best sesangat kot.. especially kalau suka outdoor activity :D
Deleteoh tidak Gua Mulu lagi best kot dari Niah.. teringin juga nak ke Mulu suatu hari nanti..
This is what im waiting for dari hari kamu bagi tahu yang kamu bagi tahu tgh prepare ke gua niah. I just want to see the up closer for this size that able to insert boeing. Overall hiking perlu keep fit dari malaya ka? Nice place tapi pakcik guard tu muka agak seram. P/s: kacak ya mun nangga gambar sama mrs smith
ReplyDeleteBetul boleh masuk sekor boeing di dalam gua nniah ni.. memang besar.. :D
DeletePak gurad tu orang asli.. peramah rileks jer ngan selipar jepun..
Nama pun smith kan hahahaa..
Perahsan, mesti kamu banyak ckp sampai pakcik boat bertindak autokrasi memberi amaran. The nature dkt sini sgt cantik especially utk buat kajian ecosystem. Pencari sarang burung tu mcm sherpa je tgk. Owh pakcik guard tu sure selok belok hutan sudah dihafal
Deletememang perasan pak guard tu siap boleh main panjat2 tepi bukit lagi..
DeleteOrg sana bkn org asli..dikenali org dayak iban.. ada rumah panjang kt sana..org dayak dgn asli x sama.
DeleteOh terima kasih sudi berkongsi info di sini .. maaf atas kesilapan saya di sini :D
Deletewow... seronok tgk bila dapat masuk hutan2 ni...
ReplyDeletewahh hebat sungguh org asli ni angkat berat2 gitu... tiap2 hari angkat berat, bagi dia mesti small matter je kan...
Betultu.. hutan alam semula jadi :D
Deletetiap2 hari?? itu tak sure la pulak.. tak pe next time pergi boleh la tanya dia hahaa..
actually dia angkat dua guni.. satu kat belakang satu atas.. mmg small matter tu..
amboii.. ke gua niah pulak yer...tp mcm seram jer mcm seram jer....hihi... btw, cantik2 smua gmbr... pndai eh amek gmbr...
ReplyDeletehehehee... kita ke gua niah dulu.. Journey yang lain kita ketepikan dulu.. :D
Deletetak la.. mana seram.. ada jer sehari dalam 30-50 pengunjung pada weekdays.. akan terserempak sekali sekala dgn pengunjung lain.. gambar tu memain jer tak pandai pun..
Nampak macam ko orang asli yang sedang mengutip sarang burung tu. hahahha. :P
ReplyDeleteoh tidak.. badan aku ngak punyai six pack begitu hahahaa :P
DeleteNina aku cuba menahan gelak dgn komen kau dan cuba utk tak letak komen aniayakan afif di laman blog dia. Tp yang kutip sarang burung tu dari td aku dh perasan. Mmg the sister thing ahead lah
Deleteoh lupa :P kesian pakcik tu.. menjadi buah mulut smpai ke semenanjung.. apa kah salah beliau sehingga sebegini di buat hahahaa..
Deletewow..tempat yg ada dlm list. Baru2 ni ada discuss dgn suami, utk next trip 'back to nature' kami. Sekali awak dah pegi...lagi semangat!
ReplyDeletebab ada buaya masa nak menyeberang tu...seram jugak.
Sila kan pergi jangan tak pergi.. semoga berjaya "back to nature" :D
DeleteAlaa.. buaya tu kita tak kacau dia pun tak layan kita.. buat dekk jer ...
wow best!
ReplyDeleteLagi best bila merasa sendiri :D
DeleteLetihnya kalau kena menapak sampai 3km. Kalau ada buggy ok sikit eh hihi... kakak rasa kalau kakak nak sampai kena rehat 3-4 kali baru sampai guanya.
ReplyDeleteJangan risau kalau dan melihat keindahan alam semula jadi sampai penat pun kita terlupa.. :D ada banyak pondok rehat kak zakie.. jgn risau :D
DeleteMenarik..back to nature..buaya 'Bujang Senang' Sarawak tu tak mengganas ke..nampak sungainya kecik je..
ReplyDeleteHurmmm kalau lucky dapat la tengok dia naik berjemur di tepi sungai :D
Deletenampak kecik??? tengok keadaan jugak.. ada pasang surut jugak sungai ni
Jambatan kayu dengan signboard tu kena maintain baik2 tu. Especially signboard nampak macam dah kurang jelas. Kalau maintenance tip top, memang terbaik!
ReplyDeleteSignboard tu memang nampak macam dah kurang jelas but itu nampak seni pulak sebab lumut dah naik.. Betul tu kene tip top dan utama keselamatan :D
DeletePenuh kehijauan, nampak tenang je :)
ReplyDeleteSetuju sangat :D
DeleteAssalammualaikum!
ReplyDeleteWaw eksaited sungguh tulisan caption anda yer.
gua niah memang satu tempat yg di impikan...semoga boleh tersesat ke sana suatu hari nanti..
Tapi kene habiskan di sebelah sini dulu la kot, (sambil selak-selak peta dan kira duit syiling dalam tabung kura-kura)
Waalaikumsalam.. hahaha kene la excited .. terkenang ku ketika berada di sana :D
DeleteInsyallah moga tercapai ke sana dan di permudahkan urusan .. habis kan sebelah sini?? mana tu jepun ker..?? hahaha .. :D
Penah sampai skali je kat Gua Niah ni walaupun dok miri bertahun2 ... 3km walk just to reach the cave entrance is too much for me... tapi view sini mmg lawa kan.... eeh takde dah ke pokok yg besar amat tu? I remember amik pic kat situ ( kisah 7 years ago hahaha )
ReplyDeleteYep view memang lawa.. next time plan nak ke sini kene make sure stay over night supaya boleh buat banyak aktiviti lain .. pokok besar...?? tak tahu pulak... adakah ia telah tiada atau aku yang cuai :P
Deletememang masuk dalam list tapi nak pegi taktau bila kekeke
ReplyDeleteKalau ada promo Airasia.. grab jer.. pi weekend pun ok :D
Deleteowh memng awoseme la tempat ni..ya
ReplyDeletegua niah dgn kmpung budaya sarawak memng tmpat aku nak pergi..
tambah gua kapur tbsar di dunia n malaysia.. tmpat yg rekod bsar2 lg aku nak p..
ha..ha.. scary pun ada nak lalu sungai tu.. janji jgn mulut celupar..ha..ha..
p/s: rasanya ko ni suka berpose gak bila bergambar.. ha,.ha..
tambah gaya mr n mrs smith..aku bg A..
nice entry waiting for next entry..brunei oh brunel he..he. :)
Awesome betul tu :D pergi la jika ada masa sebelum tiada masa nanti ..
DeleteScary sket jer.. nak buat macam mana.. that the only way nak ke Gua Niah.. :D
( hahahaa.. memang pun suka posing2 nie.. ) thanks for that A :P
alamak.. insaallah x de masa akan cari masa..
Deletemallamat tahun 2014.. nak melancong dgn bajet.. tapi gempak..
tapi x pro mcm bro..kena berguru ni..nampaknya..
baru tcapai cita2 :)
Masa itu selalu ada untuk kita.. cuma kita jer yang tak nak pada masa itu ..
Deletedengan kata lain kita manusia memang suka buang masa.. huhuhu..
Guru terbaik dalam pengembaraan adalah pengalaman.. cari la pengalaman tu :D
tq bro for tips.. nanti aq akan practikkan :P
Deletepengalaman adalah guru yg tbaik...
Always to be welcome from me :D
DeleteTHANK BRO :)
Deletesalam. terima kasih kerana sudi singgah dan follow balik. uncle belum berkesempatan nak jalan2 entri awak lagi tapi sekali pandang blog awak adalah baik dari segi pengkisahan pengalaman mengembara di samping gambar2 yang cantik.
ReplyDeletesoalan awak telah uncle jawab cara ringkas di entri berkenaan.
Waalaikum salam.. :D
Deleteterima kasih juga meluangkan masa untuk berhenti seketika di sini :D
masih belajar untuk perbaiki diri.. oh ada di jawap secara ringkas di situ.. okay
pintu gerbang dia lawa.. cantik pemandangan tmpt ni..tp kan kalu sorang dua, pulak tu duduk kt rumah sewa tu mengigil jgk.. haha.. tgk sungai tkut lak..tfikir buaya terkam.. hikhik..tapi keindahan alam tempat ni mmg cantik.. :)
ReplyDeleteKalau berdua jangan la sewa rumah yang besar2 hahaha.. mengigil sejuk dan takut..tetiba buaya ketuk pintu rumah hahahaha.. :D zaman sekarang ni kalau nak lihat keindahan alam ini je la cara nyer kene masuk kawasan pendalaman.. :D
DeleteSapa tak excited nak gi Gua Niah. If I were you, sama excited jek. Nature retreat is definitely the best for me. :D
ReplyDeleteThanks.. siapa yang menghargai nature alam macam ni memang excited ;D
DeleteWAh...gambar depa tanga dalam pic ke tiga tu mcm nak pelu seseorang je...seronok sgt lah tu hiks
ReplyDeleteWah ..mencabar jugk nk ke guna niah ni..ehem2..siapakah gerangan awek itue...cara bergambar pun malu tapi mahu je...ke malu2 kucing ehehe..kalau di pasang lampu seperti gua di Guilin tu mesti lagi cantik kan
Lain macam jer Kak JM comment kali ni.. macam ada motif di sebalik gua hahaha :D
DeleteItu lah actually Malaysia boleh hebat kan lagi Gua nie..biar jadi macamkat Guilin tu kan..
eh malu tu kan sifat normal manusia hahaha :D
Tgk jer sungai tu rasa mcm da nak tersebut 'hantu' tu..huk3...
ReplyDeleteKuat betul orang asli tu junjung guni tu.. Hehehehe ada gaya mcm Mr and MRs Smith.. Leh wat episode baru dalam Gua Niah ekekeke
Sungai tu biasa jer kak masya tak besar mana pun..
DeleteOrang asli tu dah biasa.. setakat 2 guni tak de hal lah..
Itu lah boleh buat episod baru untuk smith.. hahaha :P
Jauh juga sebenarnya nak ke gua niah ni, ada banyak step pula nak pergi..hehe. seronok dapat tgk alam semula jadi..
ReplyDeleteJauh jugak tapi sebenarnya tak terasa pun sebab hutan niah ni amat mempersona :D
DeleteEven saya sarawakian pun tak sampai lagi ke situ. Thanks for the info, mudah-mudahan tersampai kaki kat gua nih..
ReplyDeleteMoga hajat ke sana akan tercapai :D
DeleteBiasa la tu.. utama kan yang jauh dulu.. yang dekat bila-bila boleh kan..
bestnyaa gua niah ni..macam best jeee macam best jeee.. tapi macam seramm sikit tempat yang ada pondok tu..huu
ReplyDeleteHi Cik Aya Zuki... lama tak jumpa hehehee.. :P
DeleteScary sket jer.. tapi yang menyeronokan itu lagi banyak ... memang best pun.. :D
hamboi mr & mrs smith kan...hehehe cerita psl bau tahi kelawar tu, aiyo teringat mmber masa pi gua kat sandakan, br smpai dpn pintu gua je, dia dah muntah!hahaha sy plak, masuk jalan cpt2 terus keluar smula...tak tgk apa dah dlm tu....sbb bau diaaaaa....mmg sakit kepala!hehehe
ReplyDeletekan kan.. gaya smith la sangat hahahaa... that y kene bawa tuala or mask untuk tutup hidung..
Deletelagi2 kalau sorang dah muntah.. memang effect yang lain.. :D
Kalau okje tak pergi tu TT sebab tak suka melawat tempat cenggitu ........hehe...tipis lemak okje nanti haha
ReplyDeleteHahahahahaa... apa boleh buat.. setiap orang ada citarasa masing2 kan.. :D
Delete3km untuk sampai ke gua niah fuuh mencabar gak tu, tapi kalau menikmati kehijauan alam tu rasanya tak terasa sangat kot
ReplyDeletelaluan yang ada pondok tu memang nampak seram,...harus berdebar-debar kalo nak lalu :P
btw good info pasni kena take note apa yg perlu dibawa kalo nak masuk ke gua niah
Alaa.. tak terasa pun.. tau2 dah smpai.. sebab view berlainan.. lawa pulak tu :D
DeletePondok tu ok jer.. Kalau nak berehat pun bagus ..bersih nyaman tapi jgn pandang belakang dah la hahaha... info tu sekadar dari pengalaman jer.. :D
ada buaya ke kat dalam air tu? jauh juga perjalanan 3km baru sampai..
ReplyDeleteAda.. sebab tu dia letak signboard hati-hati ada buaya hahaaa.. :D
Delete3 km tak jauh mana la kak Mizz Aiza ...
ada nampak boye tak?
ReplyDeleterasa macam gugup lak bila dengar boye2 ni..
ramai tak orang kat national park tu? ada yang stay overnite?
ewah banyak nau soklan..mcm nak pegi jee..
Itu lah tak bernasib baik sebab air sungai tinggi so memang susah nak nampak buaya.. tapi jangan di minta yer :P
DeleteRamai jer yang stay over night kat taman negara ni.. tak pe kene tanya soalan dulu baru tahu nk pergi ke dok kan :D
iols pun terpesona tgk ukiran rumah melayu tu..sejuk je mata memandang
ReplyDeleteapatah lagi tgk suasana perjalanan uols ke gua niah tu
lagilah nyaman tgk ..mcm iols pulak ada kt sana hahaha
mlm2 diorg open x ke gua niah tu
lau open sure seram kan
Teringin nak ada rumah kayu macam ni .. di kelilingi dengan pokok2 ada sungai.. :D
DeleteMalam2 tak sure.. tapi kalau masuk petang trekking smpai lewat malam boleh la kot..
Seram tu tak tahu la.. kak el kene try dulu.. pastu boleh cite kat weols hahahaa..
eh eh iols npk iols pya komen kat n3 baru tu kena delete..hahahaha nape ek..
ReplyDeletelau ada kata2 yg terhover sori lah ek..kbai
Bukan terhover tapi ada gangguan teknikal di situ.. dah inbox di facebook dan dah minta email.. jangan salah sangka .. cepat beri respon :D
DeleteSalam,
ReplyDeleteHai afif, saya suka baca your entry pasal gua niah ni, dan berminat nak letak dalam Virtualmalaysia.com. ada cara nak contact, through facebook ke or google + ke.
Ni saya punya email : norhidayahmohdnor@gmail.com
Hope dapat feedback :)
Waalaikumsalam..
DeleteHi there.. thanks for coming.. :D dah send email to you.. boleh check dalam inbox nanti :)
alamak...boleh ade signboard buaya plak..potong stim tu kalau nak naik bot...tak jadi nak duk tepi sambil main2 air..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Signboard tu , menyurah kita berjaga2.. bukan suruh takut dengan buaya ..
DeleteRileks nak minum smbil belai kepala buaya pun tak apa hehehee... :D
oooit bestnyer dahpun sampai yerk.. dulu akak nak gi sini tapi bertembung ngan kat tempat lain tak merasaler ke sana.. tuler orang asing yang menghargai benda ni semua yerk.. kitani buat dunnojer...inilah keindahan bumi Malaysia...
ReplyDeleteMemang best.. excited la.. dah la baru balik Malaysia jer ni :D
DeleteOh boleh pulak bertembung macam tu ek.. Menjadi kebiasaan manusia hujan batu di negeri sendiri hujan emas di negeri orang :D hahahaa..
beshnyer tempat..
ReplyDeleteeh tp cam seram je lau nak jalan malam kan..huuu *npe nak jalan malam plak kan..errr =_='*
wat jungle trackng lagi best ni.. ^,^
itu la pasal.. sape suh jalan waktu malam hahahaa.. :P
Deleteada banyak trail nak jungle trekking kat sini.. sila lah datang yer ... :)
bestnya masuk gua niah..yg tak bestnya sekitarnya tu sungguh menyeramkan..mmg tak bley celupar mulut klu masuk tempat2 macam ni..klu ada yg jenis ckp besar dan2 tu gak wishing come true..kan?haha
ReplyDeleteCakap besar tu kadang suka tengok diorang sebab 98% wishing come true hahahhaa...
Deletedah kene baru nak menggelabah.. so masuk baca bismillah.. tempat ni tak seram la.. cantik.. hutan biasa la ..:)
asli sungguh pemandangan...
ReplyDeletenama pun hutan kan :D
Deletesubhanallah, menenagkan sangat tengok gambar2 ni semua...indah sungguh laa...nature is the best :)
ReplyDeleteYep betul tu.. nature is the best ever.. sebab tu kene selalu tengok sungai, hutan.. buat aktiviti outdoor :D
Deleteade buaya ehh..abis nmpk x buaya nye..ke dia tgh jln2?hahaha
ReplyDeleteBuaya susah nak nampak bila air pasang tinggi kalau tgh surut.. boleh nampak buaya kat tepi sungai.. kalau yg tgh berenang tu gerun sket la :P
Deletedie xpasang pagar ke?ade kes x pelancong kaki or tgn ilg ke kne mkn buaya hehehe
DeleteMana ada orang pasang pagar.. biar la nature mcm tu kan best hahahaa :D
DeleteSo nak Tanya..Berapa lama u all dalam Sana Waktu tu?untk satu trip?
ReplyDeleteKami kat sana dalm 3-4 jam itu pun tak cukup.. kalu nak seronok make sure u spend the whole day di Taman Negara Niah.. serius mmg tak rugi.. :D
DeleteSalam.Dari Miri ke gua Niah ade bus transportation tak?
ReplyDeleteWaalaikumsalam yeap ada public transportation but dari Niah ke Miri complicated sket.. if you come with group 2-5 org better sewa kereta..
Deletetq info yg diberikan.. sngt mmbantu.. kijp lg.. sy nak ke gua niah..
ReplyDeleteThanks for coming here.. semoga penuh kecerian ketika beekunjung ke Niah.. :D
DeleteTerbaiklahh.. plan mau p sini.. harap smuanya lancar.. InshaAllah. hehehehe
ReplyDeleteharap dipermudahkan segala urusan utk ke sana dan selama di sana :D
DeleteBlh x sya minta nmbr reception sitok
ReplyDelete(Monday – Sunday including Public Holidays)
Delete⏲️ VISITING HOURS : 8.00am to 5.00pm
? ADDRESS : 98200 Miri, Sarawak
☎️ TEL : (+6) 085 737450 / 737454
☎️ TEL : (+6) 019 888 6501 (Niah Natianl Park PW)
Hi, what are the activities available?
ReplyDeleteTrekking to the cave to see the biggest cave in Malaysia. There is a museum just after the entrance.. can di bird watching as well.
Delete