Pages

Monday 23 December 2013

Jelajah Miri Part 2 : Gua Niah - Taman Negara Niah

Sambungan Dari  Jelajah Miri Part 1 : Trip 23 Days in Borneo Bermula di Lalapan Restoran Muara


Assalamualaikum..


Hari kedua aku di Miri adalah hari yang di tunggu2.. Hari ni ikut plan kami bertiga akan ke Gua Niah.. Taman Negara Niah.. aku memang tak malu nak mengaku excited yang teramat.. mana tak nya.. dulu Gua Niah ni hanya di lihat dan di baca dalam buku sekolah rendah jer.. tapi hari ni akan menjadi kenyataan.. di lihat dengan mata sendiri..

Perjalanan dengan kereta sejauh 110 km dari Bandar Miri mengambil masa hampir 2 jam.. Kalau dari Bintulu ke Niah National Park 131 km.. Untuk sampai ke destinasi tidak la begitu susah.. ada banyak signboard ke Niah National Park.. Sebelum sampai anda akan memasuki Pekan Batu Niah.. dan dari situ hanya 3 km untuk sampai ke pintu entrance..


Oh tidak.. makin hampir.. 1.20 km jer lagii..  tak sabar..
Dan akhir nya kami sampai di Taman Negara Niah  :D
Selamat Datang ke.... Taman Negara Niah.. Yaaa hooooo....!!!!

Antara nasihat sebelum masuk Niah National Park.. bawa air mineral secukup nya.. sebab kat dalam memang tiada kedai atau mesin nak beli air minuman.. Kedua mulut jangan celupar sebut buaya.. or " ala.. nak tengok jer buaya tu bukan nak minta yang bukan2 ".. pakcik sampan bagitau aku.. cuba ko guna ayat yang sama tapi buaya tukar dengan hantu.. " ala.. nak tengok jer hantu tu.. bukan nak minta bukan2.." ada berani..?? hehee..


Head Quarters Niah National Park.. 

Kaunter Pendaftaran..  Kaunter Pembayaran..
Ada surau yang amat besar.. untuk muslimim dan muslimat.. 
Terpesona dengan keunikan seni bina rumah kayu melayu.. 

Sarawak National Park Adult Pass - RM 10.00
Kena menyeberangi sungai untuk ke Gua Niah..
Tapi ada buaya-buaya untuk di perhatikan..
Kene bayar RM 1.00 seorang untuk menyeberangi sungai..
Untuk sehala sahaja.. so pergi balik RM2.00..
Posing skettt uncle..!!!  Pakcik ni memang sporting sangat..
Bersama pelancongan suami isteri dari Ireland..
Datang dari jauh semata-mata nak tengok Gua Niah..

Jom Mulakan Perjalanan Ke Gua Niah

Di Larang Memburu.. Membuat unggun api..
Memotong pokok dan bercinta cantun kat dalam hutan..

Ada rumah untuk di sewa..
Seni alam semula jadi di dalam hutan..



R&R.. Ada pondok berehat..
Tapi nampak scary pulak macam dalam cerita hantu Thailand hahaa..
Information about Riverine Forest
Orang asli yang mengutip sarang burung layang2 sebagai pendapatan mereka..
Antara pemandangan indah yang memukau seketika..
Jangan di sangka air yang tenang tiada penghuninya  :P







Nasihat ketiga sila gunakan kasut untuk outdoor activity.. sebab trek memang agak licin.. berlumut pun ada.. senang terjatuh.. aku terjatuh sekali.. alhamdulillah nasib tak masuk gaung.. :P  Dan Ke - 4 sila datang seawal pagi.. Bagi yang suka ambil gambar tu.. 4-5 jam pun tak cukup.. dah la perjalanan jauh dari Miri.. kalau yang plan stay over night di chalet berdekatan itu memang terbaik la..


Akhirnya Kami Sampai Di Gua Niah..
Jom Menikmati Keindahan Alam semula Jadi









Dan di nasihatkan juga untuk bawa tuala atau kain tutup hidung.. Kerana di dalam gua bagi yang tak biasa dengan bau tahi kelawar dan burung layang2 mungkin boleh meloyakan, muntah dan pening kepala.. silap2 boleh pengsan apatah lagi setelah penat berjalan di atas trek sejauh lebih 3 km ke Gua Niah..

Selain dari itu.. bawa la baju hujan or payung untuk mengelak hujan.. touch light or head lamp di perlukan pada ketika keadaan di dalam gua yang agak gelap.. boleh juga di sewa RM 10.00 di Head Quarters.. nyamuk macam tak ada sangat so kalau nak bawa mosquito repellent pun boleh.. dan terakhir bawa duit nak bayar entrance hahaha.. :P



Contoh model kain tutup hidung
untuk elak bau tahi kelawar yang terlalu kuat


Ada gaya macam dalam movie Mr and Mrs Smith tak??? hahahaa..  :P

Fakta Gua Niah - Taman Negara Niah

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 110 kilometer atau 1-2 jam dari Miri, Sarawak gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai temburu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. 

Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit Batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.


Beliau berkerja sebagai security guard di sini..
Jangan risau keselamatan anda terjamin :D
Meninggalkan trek kayu pejalanan kaki.. 

Trail ke Bukit Kasut.. Anggaran 2 jam 15 minit untuk sampai ke destinasi..
Memang aku rasa rugi tak dapat terokai banyak aktiviti kat tempat ni..
So make sure kalau korang bukan sekadar nak tengok gua.. sila la bermalam di chalet.. boleh buat banyak aktiviti..


Ini lah dedaunan yang keguguran Nan Kerapuhan..
" Journey with thousand miles.. Start with a single step.."
Other Information

Niah’s importance was first realized in 1957. The curator of the Sarawak Museum, Tom Harrison, led an archaeological dig at the West Mouth of the Great Cave. The excavations revealed plenty of evidence of human settlements in the area; tools, cooking utensils and ornaments, made of bone, stone or clay. The types of items found suggested a long period of settlement reaching back into the Paleolithic era (the earliest part of the stone age).

In 1958, a discovery was made which confirmed Niah as a site of major archaeological significance. Harrison and his team unearthed a skull which was estimated to be 40,000 years old. The find was at first ridiculed by the scientific community, for it was the skull of a modern human (homo sapiens sapiens), and it was widely believed that Borneo was settled much later. However, as dating techniques improved, and as more evidence of the settlement of Southeast Asia and Australasia came to light, Harrison was proved right..  Continue Part 3..

101 comments:

  1. mcm best je...
    saya tak pernah masuk gua niah..
    tapi gua di Mulu pernah..seronok gila..
    adoi...rindu btol aktiviti hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lagi.. tapi memang best sesangat kot.. especially kalau suka outdoor activity :D
      oh tidak Gua Mulu lagi best kot dari Niah.. teringin juga nak ke Mulu suatu hari nanti..

      Delete
  2. This is what im waiting for dari hari kamu bagi tahu yang kamu bagi tahu tgh prepare ke gua niah. I just want to see the up closer for this size that able to insert boeing. Overall hiking perlu keep fit dari malaya ka? Nice place tapi pakcik guard tu muka agak seram. P/s: kacak ya mun nangga gambar sama mrs smith

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul boleh masuk sekor boeing di dalam gua nniah ni.. memang besar.. :D
      Pak gurad tu orang asli.. peramah rileks jer ngan selipar jepun..
      Nama pun smith kan hahahaa..

      Delete
    2. Perahsan, mesti kamu banyak ckp sampai pakcik boat bertindak autokrasi memberi amaran. The nature dkt sini sgt cantik especially utk buat kajian ecosystem. Pencari sarang burung tu mcm sherpa je tgk. Owh pakcik guard tu sure selok belok hutan sudah dihafal

      Delete
    3. memang perasan pak guard tu siap boleh main panjat2 tepi bukit lagi..

      Delete
    4. Org sana bkn org asli..dikenali org dayak iban.. ada rumah panjang kt sana..org dayak dgn asli x sama.

      Delete
    5. Oh terima kasih sudi berkongsi info di sini .. maaf atas kesilapan saya di sini :D

      Delete
  3. wow... seronok tgk bila dapat masuk hutan2 ni...

    wahh hebat sungguh org asli ni angkat berat2 gitu... tiap2 hari angkat berat, bagi dia mesti small matter je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betultu.. hutan alam semula jadi :D
      tiap2 hari?? itu tak sure la pulak.. tak pe next time pergi boleh la tanya dia hahaa..
      actually dia angkat dua guni.. satu kat belakang satu atas.. mmg small matter tu..

      Delete
  4. amboii.. ke gua niah pulak yer...tp mcm seram jer mcm seram jer....hihi... btw, cantik2 smua gmbr... pndai eh amek gmbr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehee... kita ke gua niah dulu.. Journey yang lain kita ketepikan dulu.. :D
      tak la.. mana seram.. ada jer sehari dalam 30-50 pengunjung pada weekdays.. akan terserempak sekali sekala dgn pengunjung lain.. gambar tu memain jer tak pandai pun..

      Delete
  5. Nampak macam ko orang asli yang sedang mengutip sarang burung tu. hahahha. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tidak.. badan aku ngak punyai six pack begitu hahahaa :P

      Delete
    2. Nina aku cuba menahan gelak dgn komen kau dan cuba utk tak letak komen aniayakan afif di laman blog dia. Tp yang kutip sarang burung tu dari td aku dh perasan. Mmg the sister thing ahead lah

      Delete
    3. oh lupa :P kesian pakcik tu.. menjadi buah mulut smpai ke semenanjung.. apa kah salah beliau sehingga sebegini di buat hahahaa..

      Delete
  6. wow..tempat yg ada dlm list. Baru2 ni ada discuss dgn suami, utk next trip 'back to nature' kami. Sekali awak dah pegi...lagi semangat!

    bab ada buaya masa nak menyeberang tu...seram jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kan pergi jangan tak pergi.. semoga berjaya "back to nature" :D
      Alaa.. buaya tu kita tak kacau dia pun tak layan kita.. buat dekk jer ...

      Delete
  7. Letihnya kalau kena menapak sampai 3km. Kalau ada buggy ok sikit eh hihi... kakak rasa kalau kakak nak sampai kena rehat 3-4 kali baru sampai guanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau kalau dan melihat keindahan alam semula jadi sampai penat pun kita terlupa.. :D ada banyak pondok rehat kak zakie.. jgn risau :D

      Delete
  8. Menarik..back to nature..buaya 'Bujang Senang' Sarawak tu tak mengganas ke..nampak sungainya kecik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmm kalau lucky dapat la tengok dia naik berjemur di tepi sungai :D
      nampak kecik??? tengok keadaan jugak.. ada pasang surut jugak sungai ni

      Delete
  9. Jambatan kayu dengan signboard tu kena maintain baik2 tu. Especially signboard nampak macam dah kurang jelas. Kalau maintenance tip top, memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Signboard tu memang nampak macam dah kurang jelas but itu nampak seni pulak sebab lumut dah naik.. Betul tu kene tip top dan utama keselamatan :D

      Delete
  10. Penuh kehijauan, nampak tenang je :)

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum!
    Waw eksaited sungguh tulisan caption anda yer.


    gua niah memang satu tempat yg di impikan...semoga boleh tersesat ke sana suatu hari nanti..

    Tapi kene habiskan di sebelah sini dulu la kot, (sambil selak-selak peta dan kira duit syiling dalam tabung kura-kura)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. hahaha kene la excited .. terkenang ku ketika berada di sana :D
      Insyallah moga tercapai ke sana dan di permudahkan urusan .. habis kan sebelah sini?? mana tu jepun ker..?? hahaha .. :D

      Delete
  12. Penah sampai skali je kat Gua Niah ni walaupun dok miri bertahun2 ... 3km walk just to reach the cave entrance is too much for me... tapi view sini mmg lawa kan.... eeh takde dah ke pokok yg besar amat tu? I remember amik pic kat situ ( kisah 7 years ago hahaha )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep view memang lawa.. next time plan nak ke sini kene make sure stay over night supaya boleh buat banyak aktiviti lain .. pokok besar...?? tak tahu pulak... adakah ia telah tiada atau aku yang cuai :P

      Delete
  13. memang masuk dalam list tapi nak pegi taktau bila kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada promo Airasia.. grab jer.. pi weekend pun ok :D

      Delete
  14. owh memng awoseme la tempat ni..ya
    gua niah dgn kmpung budaya sarawak memng tmpat aku nak pergi..
    tambah gua kapur tbsar di dunia n malaysia.. tmpat yg rekod bsar2 lg aku nak p..
    ha..ha.. scary pun ada nak lalu sungai tu.. janji jgn mulut celupar..ha..ha..
    p/s: rasanya ko ni suka berpose gak bila bergambar.. ha,.ha..
    tambah gaya mr n mrs smith..aku bg A..
    nice entry waiting for next entry..brunei oh brunel he..he. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awesome betul tu :D pergi la jika ada masa sebelum tiada masa nanti ..
      Scary sket jer.. nak buat macam mana.. that the only way nak ke Gua Niah.. :D
      ( hahahaa.. memang pun suka posing2 nie.. ) thanks for that A :P

      Delete
    2. alamak.. insaallah x de masa akan cari masa..
      mallamat tahun 2014.. nak melancong dgn bajet.. tapi gempak..
      tapi x pro mcm bro..kena berguru ni..nampaknya..
      baru tcapai cita2 :)

      Delete
    3. Masa itu selalu ada untuk kita.. cuma kita jer yang tak nak pada masa itu ..
      dengan kata lain kita manusia memang suka buang masa.. huhuhu..
      Guru terbaik dalam pengembaraan adalah pengalaman.. cari la pengalaman tu :D

      Delete
    4. tq bro for tips.. nanti aq akan practikkan :P
      pengalaman adalah guru yg tbaik...

      Delete
    5. Always to be welcome from me :D

      Delete
  15. salam. terima kasih kerana sudi singgah dan follow balik. uncle belum berkesempatan nak jalan2 entri awak lagi tapi sekali pandang blog awak adalah baik dari segi pengkisahan pengalaman mengembara di samping gambar2 yang cantik.

    soalan awak telah uncle jawab cara ringkas di entri berkenaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam.. :D
      terima kasih juga meluangkan masa untuk berhenti seketika di sini :D
      masih belajar untuk perbaiki diri.. oh ada di jawap secara ringkas di situ.. okay

      Delete
  16. pintu gerbang dia lawa.. cantik pemandangan tmpt ni..tp kan kalu sorang dua, pulak tu duduk kt rumah sewa tu mengigil jgk.. haha.. tgk sungai tkut lak..tfikir buaya terkam.. hikhik..tapi keindahan alam tempat ni mmg cantik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berdua jangan la sewa rumah yang besar2 hahaha.. mengigil sejuk dan takut..tetiba buaya ketuk pintu rumah hahahaha.. :D zaman sekarang ni kalau nak lihat keindahan alam ini je la cara nyer kene masuk kawasan pendalaman.. :D

      Delete
  17. Sapa tak excited nak gi Gua Niah. If I were you, sama excited jek. Nature retreat is definitely the best for me. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks.. siapa yang menghargai nature alam macam ni memang excited ;D

      Delete
  18. WAh...gambar depa tanga dalam pic ke tiga tu mcm nak pelu seseorang je...seronok sgt lah tu hiks

    Wah ..mencabar jugk nk ke guna niah ni..ehem2..siapakah gerangan awek itue...cara bergambar pun malu tapi mahu je...ke malu2 kucing ehehe..kalau di pasang lampu seperti gua di Guilin tu mesti lagi cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain macam jer Kak JM comment kali ni.. macam ada motif di sebalik gua hahaha :D
      Itu lah actually Malaysia boleh hebat kan lagi Gua nie..biar jadi macamkat Guilin tu kan..
      eh malu tu kan sifat normal manusia hahaha :D

      Delete
  19. Tgk jer sungai tu rasa mcm da nak tersebut 'hantu' tu..huk3...

    Kuat betul orang asli tu junjung guni tu.. Hehehehe ada gaya mcm Mr and MRs Smith.. Leh wat episode baru dalam Gua Niah ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungai tu biasa jer kak masya tak besar mana pun..
      Orang asli tu dah biasa.. setakat 2 guni tak de hal lah..
      Itu lah boleh buat episod baru untuk smith.. hahaha :P

      Delete
  20. Jauh juga sebenarnya nak ke gua niah ni, ada banyak step pula nak pergi..hehe. seronok dapat tgk alam semula jadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh jugak tapi sebenarnya tak terasa pun sebab hutan niah ni amat mempersona :D

      Delete
  21. Even saya sarawakian pun tak sampai lagi ke situ. Thanks for the info, mudah-mudahan tersampai kaki kat gua nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga hajat ke sana akan tercapai :D
      Biasa la tu.. utama kan yang jauh dulu.. yang dekat bila-bila boleh kan..

      Delete
  22. bestnyaa gua niah ni..macam best jeee macam best jeee.. tapi macam seramm sikit tempat yang ada pondok tu..huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Aya Zuki... lama tak jumpa hehehee.. :P
      Scary sket jer.. tapi yang menyeronokan itu lagi banyak ... memang best pun.. :D

      Delete
  23. hamboi mr & mrs smith kan...hehehe cerita psl bau tahi kelawar tu, aiyo teringat mmber masa pi gua kat sandakan, br smpai dpn pintu gua je, dia dah muntah!hahaha sy plak, masuk jalan cpt2 terus keluar smula...tak tgk apa dah dlm tu....sbb bau diaaaaa....mmg sakit kepala!hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan.. gaya smith la sangat hahahaa... that y kene bawa tuala or mask untuk tutup hidung..
      lagi2 kalau sorang dah muntah.. memang effect yang lain.. :D

      Delete
  24. Kalau okje tak pergi tu TT sebab tak suka melawat tempat cenggitu ........hehe...tipis lemak okje nanti haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaa... apa boleh buat.. setiap orang ada citarasa masing2 kan.. :D

      Delete
  25. 3km untuk sampai ke gua niah fuuh mencabar gak tu, tapi kalau menikmati kehijauan alam tu rasanya tak terasa sangat kot

    laluan yang ada pondok tu memang nampak seram,...harus berdebar-debar kalo nak lalu :P
    btw good info pasni kena take note apa yg perlu dibawa kalo nak masuk ke gua niah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa.. tak terasa pun.. tau2 dah smpai.. sebab view berlainan.. lawa pulak tu :D
      Pondok tu ok jer.. Kalau nak berehat pun bagus ..bersih nyaman tapi jgn pandang belakang dah la hahaha... info tu sekadar dari pengalaman jer.. :D

      Delete
  26. ada buaya ke kat dalam air tu? jauh juga perjalanan 3km baru sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada.. sebab tu dia letak signboard hati-hati ada buaya hahaaa.. :D
      3 km tak jauh mana la kak Mizz Aiza ...

      Delete
  27. ada nampak boye tak?
    rasa macam gugup lak bila dengar boye2 ni..
    ramai tak orang kat national park tu? ada yang stay overnite?
    ewah banyak nau soklan..mcm nak pegi jee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tak bernasib baik sebab air sungai tinggi so memang susah nak nampak buaya.. tapi jangan di minta yer :P

      Ramai jer yang stay over night kat taman negara ni.. tak pe kene tanya soalan dulu baru tahu nk pergi ke dok kan :D

      Delete
  28. iols pun terpesona tgk ukiran rumah melayu tu..sejuk je mata memandang
    apatah lagi tgk suasana perjalanan uols ke gua niah tu
    lagilah nyaman tgk ..mcm iols pulak ada kt sana hahaha
    mlm2 diorg open x ke gua niah tu
    lau open sure seram kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin nak ada rumah kayu macam ni .. di kelilingi dengan pokok2 ada sungai.. :D
      Malam2 tak sure.. tapi kalau masuk petang trekking smpai lewat malam boleh la kot..
      Seram tu tak tahu la.. kak el kene try dulu.. pastu boleh cite kat weols hahahaa..

      Delete
  29. eh eh iols npk iols pya komen kat n3 baru tu kena delete..hahahaha nape ek..
    lau ada kata2 yg terhover sori lah ek..kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan terhover tapi ada gangguan teknikal di situ.. dah inbox di facebook dan dah minta email.. jangan salah sangka .. cepat beri respon :D

      Delete
  30. Salam,
    Hai afif, saya suka baca your entry pasal gua niah ni, dan berminat nak letak dalam Virtualmalaysia.com. ada cara nak contact, through facebook ke or google + ke.

    Ni saya punya email : norhidayahmohdnor@gmail.com

    Hope dapat feedback :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Hi there.. thanks for coming.. :D dah send email to you.. boleh check dalam inbox nanti :)

      Delete
  31. alamak...boleh ade signboard buaya plak..potong stim tu kalau nak naik bot...tak jadi nak duk tepi sambil main2 air..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Signboard tu , menyurah kita berjaga2.. bukan suruh takut dengan buaya ..
      Rileks nak minum smbil belai kepala buaya pun tak apa hehehee... :D

      Delete
  32. oooit bestnyer dahpun sampai yerk.. dulu akak nak gi sini tapi bertembung ngan kat tempat lain tak merasaler ke sana.. tuler orang asing yang menghargai benda ni semua yerk.. kitani buat dunnojer...inilah keindahan bumi Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best.. excited la.. dah la baru balik Malaysia jer ni :D
      Oh boleh pulak bertembung macam tu ek.. Menjadi kebiasaan manusia hujan batu di negeri sendiri hujan emas di negeri orang :D hahahaa..

      Delete
  33. beshnyer tempat..
    eh tp cam seram je lau nak jalan malam kan..huuu *npe nak jalan malam plak kan..errr =_='*
    wat jungle trackng lagi best ni.. ^,^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal.. sape suh jalan waktu malam hahahaa.. :P
      ada banyak trail nak jungle trekking kat sini.. sila lah datang yer ... :)

      Delete
  34. bestnya masuk gua niah..yg tak bestnya sekitarnya tu sungguh menyeramkan..mmg tak bley celupar mulut klu masuk tempat2 macam ni..klu ada yg jenis ckp besar dan2 tu gak wishing come true..kan?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap besar tu kadang suka tengok diorang sebab 98% wishing come true hahahhaa...
      dah kene baru nak menggelabah.. so masuk baca bismillah.. tempat ni tak seram la.. cantik.. hutan biasa la ..:)

      Delete
  35. subhanallah, menenagkan sangat tengok gambar2 ni semua...indah sungguh laa...nature is the best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep betul tu.. nature is the best ever.. sebab tu kene selalu tengok sungai, hutan.. buat aktiviti outdoor :D

      Delete
  36. ade buaya ehh..abis nmpk x buaya nye..ke dia tgh jln2?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buaya susah nak nampak bila air pasang tinggi kalau tgh surut.. boleh nampak buaya kat tepi sungai.. kalau yg tgh berenang tu gerun sket la :P

      Delete
    2. die xpasang pagar ke?ade kes x pelancong kaki or tgn ilg ke kne mkn buaya hehehe

      Delete
    3. Mana ada orang pasang pagar.. biar la nature mcm tu kan best hahahaa :D

      Delete
  37. So nak Tanya..Berapa lama u all dalam Sana Waktu tu?untk satu trip?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami kat sana dalm 3-4 jam itu pun tak cukup.. kalu nak seronok make sure u spend the whole day di Taman Negara Niah.. serius mmg tak rugi.. :D

      Delete
  38. Salam.Dari Miri ke gua Niah ade bus transportation tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam yeap ada public transportation but dari Niah ke Miri complicated sket.. if you come with group 2-5 org better sewa kereta..

      Delete
  39. tq info yg diberikan.. sngt mmbantu.. kijp lg.. sy nak ke gua niah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for coming here.. semoga penuh kecerian ketika beekunjung ke Niah.. :D

      Delete
  40. Terbaiklahh.. plan mau p sini.. harap smuanya lancar.. InshaAllah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap dipermudahkan segala urusan utk ke sana dan selama di sana :D

      Delete
  41. Blh x sya minta nmbr reception sitok

    ReplyDelete
    Replies
    1. (Monday – Sunday including Public Holidays)
      ⏲️ VISITING HOURS : 8.00am to 5.00pm
      ? ADDRESS : 98200 Miri, Sarawak
      ☎️ TEL : (+6) 085 737450 / 737454
      ☎️ TEL : (+6) 019 888 6501 (Niah Natianl Park PW)

      Delete
  42. Hi, what are the activities available?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trekking to the cave to see the biggest cave in Malaysia. There is a museum just after the entrance.. can di bird watching as well.

      Delete