Pages

Friday, 28 March 2014

ZALORA - T-shirt Untuk Lelaki Moden

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.. :D

Hari ni aku nak share dengan semua pembaca berkenaan fashion yang sempoi especially untuk lelaki.. tshirt yang sesuai apatah lagi bila anda sedang travel.. by the way kan aku dah kata semua pasal travel dalam blog nie  so tak akan terkeluar tajuk huhuu.. ok jarang ada orang lelaki travel backpack ni nak berpakaian yang smart dan kemas tapi apa yang paling mudah untuk dilakukan ialah pakai sempoi tapi smart and good looking..

Tshirt menjadi pilihan utama di kalangan kaki travel lelaki.. 

" T-shirts amat digemari oleh lelaki. Ini adalah satu kenyataan dalam dunia fesyen lelaki yang berbanding wanita adalah agak terhad.. tidak kira daripada segi gaya mahupun koleksi pakaian. Trend fesyen datang dan pergi namun tidak ada satu pun yang dapat bertahan lama, namun tidak bagi t-shirts lelaki. Ini kerana pakaian yang sering dipakai oleh kaum Adam ini tidak pernah terkeluar daripada carta. Malah saban tahun akan sentiasa ada koleksi t-shirt yang dikeluarkan dalam pasaran."


Gaya, Mutu dan Keunggulan.. Tshirt bagi orang lelaki memang sempoi dimana2.. :D

"Adalah suatu kemestian untuk lelaki mempunyai walau sehelai dalam almari pakaian mereka. Malah bagi lelaki yang normal, kebiasaannya mereka harus mempunyai paling tidak pun 5 helai baju t-shirts dalam koleksi mereka. Ini kerana ianya adalah sejenis baju yang sangat flexible untuk dipakai ke mana-mana sahaja."
"Untuk aktiviti yang kasual, padankan sahaja dengan sepasang seluar jeans bagi gaya yang lebih sempoi namun bergaya. Manakala untuk aktiviti santai di tepi pantai sebagai contohnya, sarungkan t-shirt anda bersama short dan sandal. Ianya pasti memberikan keselesaan buat anda!"



"Bagi persalinan smart casual t-shirt juga boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan anda. Padankan t-shirt pilihan anda bersama seluar berwarna hitam, sneakers serta blazer, sweater atau cardigan bagi tampak lebih fashionable namun bergaya. Mudah sahaja bukan? Pakai topi dan cermin mata hitam untuk aktiviti santai bersama rakan-rakan selepas kerja."

"Dapatkan t-shirt secara online shopping yang mana menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan terutamanya ketika musim warehouse sale. Zalora sebagai contohnya adalah antara yang mempunyai koleksi baju lelaki yang cukup meluas dengan rekaan dan warna yang menarik buat anda. Layari website Zalora untuk info terkini."

Sekadar satu perkongsian tshirt - berpakaian simple andai sekali pun tidak travel.. Berpakaian tshirt untuk semua aktiviti amatlah sesuai mengikut trend masing2 sekarang nie.. Yang pasti pemakaian yang simple dan mudah untuk kemana sahaja.. Dan memudahkan lagi untuk anda semua aku nak share satu website yang mudah untuk korang nak membeli tshirt ni.. Click sini.. Sekian  :D


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Selagi kau tidak ditemui dengan mata kasar..
Selagi itu akan ku terus berdoa..

Kerana Allah Taala Maha Merancang dan Maha Mengetahui..

Kita manusia boleh mengeluarkan pelbagai teori..
Tetapi Allah jua yang mentakdirkan segala2 nya..


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


57 comments:

  1. Assalamualaikum afifi.. hahaha baru perasan t-shit ada beberapa helai je. boleh kira dengan jari. ahhahahah kesian pula bila teringatkan tu.. memang lelaki suka simple dan ringkas kan. Tak kisah langsung pakai t-shirt berulang kali. Kalau perempuan, sebulan tu pakai baju taknak ulang banyak kali. wakakaaaaa...
    Zalora punya t-shirt, not bad. nice ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sheila Salim.. betul tu lelaki memang suka simple dan ringkas.. dan tidak complicated.. sebab tu lelaki selalu siap cepat hehehee :D
      Suka tengok tshirt2 dari Zalora ni.. banyak yang berkenan di hati hehehee.. :D

      Delete
  2. Uhuk.. sejak bila ko dah jadi pengedar baju2 zalora.. wahahha.. sila la belanja aku dgn syauqi orang kaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh mana ada jadi pengedar baju.. aku just suka dengan tshirt2 dari Zalora nie.. lawa2 kot.. la ingat ko nak belanje syauqi tshirt dari Zalora ahaksss hehehee :D

      Delete
  3. duta zalora ke? hekhekhekk.. tshirt die mmg kebabooomm tapi hubby nan hadoo die nak pakai derrrr.. ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkkk duta.. hahahaa tidak la.. mana layak.. itu la memang tshirt2 dia kebabomm kan hehee... alaa beli satu buat hadiah untuk special day mesti pakai heheee.. :D

      Delete
  4. kak TAB tak pernah try pun shooping sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Kak Tab.. terima kasih sudi datang sini :D
      Bukan lah blog menjual beli tapi ada la sket entry tu .. blog ni lebih kepada travel :D

      Delete
  5. lelaki boleh travel light - jeans pakai dua tiga hari pun boleh, perempuan payah sikit..segala benda mak nenek nak dibawa...krim muka le, krim badan lah..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perempuan pun kene light kan beg mereka.. buang la sket tumit tinggi.. perfume 2,3 jenis.. nak baju lain2 jer.. macam laki 10 tempat kekadang tgk gambar baju same jer hahahaa :D

      Delete
  6. Assalamualaikum afif...tahniah yer masuk majalah harmoni, sori terlambat wish atas masalah-masalah tertentu :)

    mrs suka pakai tshirt walaupun kiter perempuan...santai dan relex, kalau travel mmg tshirt jer penuh hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Mrs Smile.. Alhamdulillah diatas perkara itu.. ala bukan apa sangat pun tak wish pun tak pe hehehee.. :D
      Itu lah kalau kita boleh buang pandangan terhadap pemaikaian.. mesti santai jer bila travel heheee.. :D

      Delete
  7. Tshirt2 tu cantik2 tapi banyak round neck yer...
    Smple tapi bergaya...

    Jangan berhenti berdoa...agar dipermudahkan pencarian MH370

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah simple jer.. lagi2 malaysia ni panas bukan senang pakai style mcm orang lain..
      Insyallah kita2 sama2 teuskan berdoa.. untuk MH 370.. :D

      Delete
  8. saya tak berani nak beli baju online, takut kualiti kainnya tidak seperti yg diharapkan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi bergantung dengan mana website tu.. mcm Zalora ni satu nama yang besar yg mementingkan qualiti.. :D

      Delete
  9. ala...citer pasal tshirt tuk lelaki je kew...akak tergoda ngan gambar2 model tu je..tak tgk sgt gambar2 tshirt tu ahahha...dasarrrrr!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa.. saje nak tunjuk fesyen sket especially bila travel kan.. :D
      Itu lah Kak JM dikenali hehehee :D

      Delete
    2. hehehee.. gurau je Kak JM oiiii :D

      Delete
  10. Memang cantik2 tshirt kt zalora tuh. Zai pn suka je pakai tshirt n jeans. Kdg2 je nk melaram pn. Hehe.

    ReplyDelete
  11. baju2 lelaki kat zalora memang lawa2 dan style gila :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sebab nyer.. sebulan beli satu dari Zalora memenuhkan koleksi :D

      Delete
  12. akak kalau beli tak tahu nak bagi kat siapa.. ayah, adik lelaki atau abang semua takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tak apa.. Tunggu la satu masa nanti untuk membolehkan ia dibeli :D

      Delete
  13. ZALORA ? baru dengar ada jenama ini... kesian aku tak tahu ada T-shirt Zalora...

    ReplyDelete
  14. Collabration nampak? hehe....
    Sejak sejak dah pemes ni ....masuk majalah katakan.....hehe... dah tukar header yeh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Collaboration tu apa? :P heheheee..Eh header tu dah lama la akak dalam sebulan dua mcm tu la ... mana ada femes la akak hainom.. kita ni biasa2 jer.. apa2 pun syukur alhamdulillah :D

      Delete
  15. Adoi tak terbeli lg majalah harmoni nih :(

    memeyyy la laki & tshirt tak blh berenggang.
    Tapi akak tak suka laki akak pakai tshirt tp dia pakai gak.
    Serupa mcm takleh berpisah dgn bini kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terbeli lagi??? harap2 masih ada di pasaran la hehehee..
      Kadang2 pada sesetengah tempat kene faham la jugak kan.. susah nak pakai smart kalau nk beli ikan kat pasar hahahaa... :P

      Delete
  16. belanja zalora satuuuuu.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkkk... Belanja..??? heheheee... cane nak kasi ke singapore tu :D

      Delete
  17. simple je kita lelaki....Tshirt paling sesuai untuk travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan Khairuddin Lim... Lelaki dengan tshirt memang simple jer kan :D

      Delete
  18. Jarang ushar bahagian lelaki kat web zalora ni, tak sangka stylo jugak T-shirt nya..
    boleh grab kat laki ni..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well orang lelaki akan promote barang pakaian lelaki la... hehehee.. :D

      Delete
  19. lelaki suka pakai t-shirt seorang yg sempoi dlm bergaya. prempuan xboleh pakai t-shirt sgt, nampak tak feminin. hahaha. tapi design zalora mmg melatop !! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. lagi2 tgk keadaan la kan.. Lelaki ni kadang2 suka amik simple dan sempoi jer.. apa pun Zalora memang meletop hahahaa :D

      Delete
  20. ha..ha.. sempoi t-shirt tu bro.. biasalah bg lelaki yg urban dan jaga penampilan mcm aku..ewah..memang suka t-shirt yg simple mcm tu kalau nak travel ha..ha..,
    iklan ini ditaja oleh zalora.. jgn lupa mintak baucher ya dekat diorg

    mnabung sini bro :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak travel angkut lipat tshirt jer la.. tak perlu susah nak fikir kan :D
      Huh di taja? kita kan sekadar nak berkongsi apa yang sedap di mata dan hati :D

      Delete
    2. iye ke? x percaya la terlintas di hati..inikan blog terkenal.. ewah..
      menabung sini :P

      Delete
    3. Ewah ewah la ko erkkk hahahaaa... :D
      Moga kita sentiasa berjaya dgn blog ini :D

      Delete
    4. ha..ha.. amin semoga kita sama2 berjaya..
      beb aq menabung di sini..wat modal nak beli baju dari zalora satu :P

      Delete
    5. Hahahaa... tabung aku tak ada.. cane nak menabung nyer hehee.. well thanks so much beb .. tolong menolong amat dituntut heheee :D

      Delete
  21. dpt zalora sponsor ke ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh sponsor??
      Mak jenah oii nak order kuih ni.. ( tetiba ) karipap cucur udang dgn cekodok pisang RM 2.00 yer :P hahahhaaa...

      Delete
  22. so far tak pernah beli lagi dengan zalora ni..

    ReplyDelete
  23. Replies
    1. tau tak pe.. dari zalora memang banyak yang cantik :D

      Delete
  24. Adibah z@nurul houshop1 May 2014 at 00:21

    Salam Afif, zalora best.ade org hadiahkn handbag drzalora service mantop kualiti mcm ratus2 punye brg not bad dpt voucher lg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Dibah.. best la ada orang hadiah kan beg zalora tu.. siap voucher lagi tu.. untung la rezeki nama nyer :D

      Delete