Pages

Tuesday, 25 November 2014

Jordan Part 3 : The Amman Citadel and The Roman Theater

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sambungan Dari Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah

Fuh Alhamdulillah…!!!! Dengan bangganya  berjaya terbitkan “Jordan Part 3” ini.. Hurmm actually kesihatan aku tidak begitu baik.. tapi syukur semangat nak update blog masih kuat maka wujud la sambungan kisah Jordan ni.. Harap-harap ada ler orang sudi baca perkongsian pengalaman aku mengembara.. Eh, Ada kerr???....!!!! Nak dengar sorakan skett.. :P Ah poyo la ko  hahahahaa… 

Okay sambung cerita.. Selepas kami jalan-jalan di The Martyrs Memorial and Museum dan Mosque King Abdullah.. Tanpa membuang waktu petang.. Kami meneruskan jejak kami ke Amman Citadel dan The Roman Theater atau dikenali The Roman Colosseum.. Ianya terletak bersebelahan tapi kene beli tiket yang berlainan..


Masih boleh dilihat masih banyak peninggalan pemerintahan Rome..
Welcome to Amman Citadel Museum.. :D
Jom pusing-pusing cuci mata.. Suka sejarah macam aku sesuai sangat la kan :D


The Amman Citadel Archaeological Museum

The Hill of the Citadel (Jabal al-Qal'a - 850 meters above sea level) yang terletak di tengah-tengah Bandar Amman telah menjadi pusat pemerintahan sejak Zaman Neolithic dan menjadi pusat pertahanan di zaman Bronze Age (1800 BC).. Peninggalan di atas bukit sekarang ni adalah struktur peninggalan Rome pada pemerintahan permulaan islam..

Menjadi satu aktiviti menarik untuk menziarahi Amman Citadel.. Kerana kekayaan sejarah yang terdapat di sini.. Bayangkan semenjak beribu tahun yang lalu kerajaan saling bertukar tangan di bumi Amman yang indah ini.. Penaklukan demi penaklukan dari zaman batu Stone Age, Iron Age dan Bronze Age hinggalah ke zaman pemerintahan Roman, Byzantine dan akhir sekali pemerintahan Uthmaniyah Turkey..


Sebuah rumah yang hanya tinggal suku dari pembinaanya..


Jom merayap-rayap dalam Bandar Peninggalan ini :D

Walaupun banyak sturktur yang hancur tapi masih lagi terdapat peninggalan sturktur yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Dan sebagai tempat yang di iktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site sudah tentu mempunyai nilai yang perlu kita hargai.. Di dalam Amman Citadel ini terdapat sebuah bangunan muzium 2 tingkat bagi menyimpan dan menjaga artifek zaman terdahulu..

In ancient times, Amman with its surrounding region was successively ruled by the then-superpowers of the Middle East: Assyria (8th century BC), Babylonia (6th century), the Ptolemies, the Seleucids (third century BC), Rome (1st century BC), and the Umayyads (7th century AD).

Renamed "Philadelphia" after himself by Ptolemy II Philadelphus, the city was incorporated into Pompey the Great's province of Syria, and later into the province of Arabia created by Trajan (106 AD). As the southernmost city of the Decapolis, Philadelphia prospered during Imperial times due to its advantageous location alongside Trajan's new trade and administrative road, the Via Nova Traiana.


Sebuah masjid dari peninggalan pemerintahan khalifah islam..
Sudut pandangan dari dalam..
Sebahagian binaan yang masih berdiri megah :D


The Jordan Archaeological Museum 

The Amman Citadel Museum dan muzium kecil ini di buka seawal 08:00 am dan di tutup 16:00 pm Sabtu - Khamis untuk October - March.. 08:00 am hingga 19:00 pm Sabtu - Khamis untuk April - September.. Dan untuk hari Jumaat 10:00 am hingga 16:00 pm all year around..

Bayaran harga tiket untuk masuk Amman Citadel ini ialah JD 2.00 bagi orang luar.. tapi ada special price untuk warga Jordan dan juga pelajar luar yang belajar di Jordan dengan syarat menunjukan kad pelajar mereka.. So kalau nak murah silalah pinjam kad pelajar dari pelajar malaysia yang belajar di sana yer  :p


Tiada bayaran yang diperlukan.. masuk free..
Barangan bersejarah melebihi beratus tahun kesemuanya ..

Macam manalah mereka bina tiang tinggi2 macam tu zama dulu yer ..
Senarai nama-nama pemerintahan di bumi Amman, Jordan..


The Roman Theater / The Roman Colosseum 

Actually aku tak pergi dekat pun The Roman Colosseum ni.. tengok dari atas Amman Citadel jer.. Kedudukan di antara dua tempat ini adalah dua bukit bersebelahan so kalau nak ke sana kenelah amik teksi kalau nak save duit silalah berjalan kaki.. tapi tengah 46 degree ni tak apalah hahahaa..

Dibina pada era kegemilanga Antonius Pius (138-161 CE) is cut into the northern side of a hill that once served as a necropolis or graveyard. It is very similar in design to the amphitheater at Jerash, and can accommodate 6000 spectators.The theater is still used periodically for sporting and cultural events.

Terdapat dua buah muzium di Roman Colosseum ini.. The Jordan Folklore Museum terletak di sebelah kanan theater ini menyimpan banyak khazanah dari "Traditional life of local people".. Dan The Museum of Popular Traditions  terletak dibahagian kiri theater ini lebih kepada "Traditional Jordanian costumes, including fine embroidery and beautiful antique jewelry".. Kedua-dua muzium ini di buka setiap hari dari 09:00-17:00 kecuali Folklore Museum pada Hari Jumaat 10:00-16:00 sahaja.. 


Itulah dia The Roman Theater or Roman Colosseum
Pemandangan Roman Colosseum dari atas bukit Amman Citadel.. 


The Babul Yaman Restaurant

Okay.. Nak kongsi cerita pasal Restoran Babul Yaman ni sebab makanan dia memang awesome, terbaik dan sedap.. Lepas tu boleh pilih nak makan berkerusi meja atau style duduk atas lantai kemudian mereka akan letak “Sapra”- (dalam Bahasa Urdu).. iaitu satu lebaran plastik untuk alas makanan.. Maka makanlah berjemaah dengan penuh kusyuk huhuhuu.. :D

Ustaz Mursyid yang mula-mula memperkenalkan pada aku restoran ni selepas kami pulang dari berjalan-jalan.. Penat berjalan singgah seketika untuk makan di sini.. dan pada waktu yang sama Ustaz Mursyid call Ust Arif dan Ust Farid untuk join makan.. Ust Hakim masa ni ada hal tak dapat join kami..


Inilah dia Restoran Babul Yaman.. Datang Jordan wajib makan kat sini :D
Jom duduk.. dah lapar nie hahahahaa... Ust Mursyid orderkan hehehee :D


Terletak di hadapan University of Jordan.. secara tak langsung ada diskaun untuk pelajar2 university yang datang makan di sini.. Patut la ustaz-ustaz ni suka makan kat sini hehehee.. Malam ni Ust Farid kata nak belanja aku makan sebab aku asyik masak kat rumah..

Nak segan tak boleh sebab orang nak belanja makan.. Kita kene terima la kan sebab nak tolong ustaz-ustaz ni dapat pahala.. tak gitu hehehehee... Okay untuk nak order2 nie.. aku serahkan pada mereka.. sebab diorang lebih mahir.. selalu makan kat sini.. so aku pum macam biasa lah "Ana ikut jer apa yang antuum semua order"..


Itu dia nasi - nasi pilihan dah dapat.. amik bau dulu :D
Apa lagi kita tabur kat tengah-tengah.. Makan berjemaah  :D
Antara juadah lain yang kami makan di sini.. Sedap dia teringat sampai sekarang hahahaa :D

Antara hidangan makanan special kat sini Beriani Meat/ChickenMandi Meat/Chicken, Madbot Chicken, Zorbean Meat, Madbok Chicken, Hanith Meat, Mathbi Chicken dan Madghot Chicken.. Tapi kene ingat nak order bukan macam di Malaysia.. Sebab satu pinggan nasi kat sini boleh share makan untuk 2 orang yang normal.. Yang tak normal pi main jauh2..  :P

Macam kami pun amik dua jenis hidangan nasi dan kemudian makan sejenis roti ala2 nan-capati cenggitu la.. cicah dengan telur dada dan kari kambing.. Memang terbaik la tapi hanya bagi mereka yang tiada darah tinggi macam kami ni hehehee.. Sambil makan sambil layan teh arab gitu.. :D


Untuk Sambungan Entry Jordan Sila Klik Link Di Bawah :- 

Wednesday, 12 November 2014

Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..


Setelah selamat dari dugaan yang menjemput aku setiba di tanah Jordan ini.. Boleh dikatakan hampir 95% pengalaman seterusnya di bumi Jordan dilimpahi dengan kecerian, keriangan dan keselesaan.. Alhamdulillh bersyukur sangat.. :D

Dan terima kasih juga kepada rakan-rakan serumah Ust Mursyid yang menyambut aku sebagai tetamu dengan baik.. Ust Abdul Hakim, Ust Arif dan Ust Farid kesemua mereka adalah penuntut senior di University of Jordan.. 


Orang berbudi dan berbahasa.. Kita bermasak-masak ler hehehee.. :D
Masakan orang lelaki yang ala kadar.. :D
Kan meriah bila makan ramai-ramai macam ni :D

Untuk 2 hari pertama aku di rumah ini sebagai tetamu.. aku tidak kemana-mana.. mengambil masa untuk berehat dengan baik.. Apatah lagi dengan cuaca yang amat panas membakar.. Cuba bayangkanlah semasa di London suhu bawah 8 degree bila terbang ke Jordan suhu brertukar kepada 46 degree..!!!

Sebagai tetamu juga aku cuba membalas jasa baik mereka dengan memasak makanan melayu seperti Kari dan Kurma Ayam/Daging, Sup Ikan, Ikan Kukus, Nasi lemak dan pelbagai lagi.. Lagi-lagi mereka ni sekarang berada di alam peperiksaan.. Apa yang pasti selepas mereka pulang.. Hidangan pasti terhidang buat mereka.. Perghh rindu betul pengalaman dengan ustaz2 nie..!!!


The Martyrs Memorial And Museum

Pada tahun 1977 Raja Hussein Bin Talal (Raja Jordan dari 14 Nov 1935 - 7 February 1999) memerintahkan satu tugu peringatan dibina bagi memperingati askar-askar arab Jordan yang tumpas sepanjang perkhidmatan mereka dan termasuklah juga pada kebangkitan "The Great Arab Revolt of 1916-1919"..

Telah direka bentuk oleh anak kelahiran Jordan sendiri iaitu Victor Adel Bisharat (1920-1996), Bangunan ini terletak di tengah-tengah "Summit of a Pine-Forested Hill" dengan menaiki beberapa anak tangga untuk sampai ke pintu masuk.. Dan di bahagian atas dinding bangunan ini yang kelihatan seperti Piramid terdapat juga ayat Al-Quran..

Masuk adalah percuma.. Dibuka pada 9.00 pagi hingga 4.00 petang bermula hari sabtu hingga Khamis pada setiap musim.. Ditutup pada hari Jumaat sahaja.. Tiada masalah bagi mengambil gambar didalam Museum ini walaupun ia penuh dengan senjata api sebagai pameran..


Memorial bagi memperingati lebih 10,000 askar jordan yang terkorban.
"The Six Day War receives little treatment in the museum, but the 1968 Battle of Karameh is highlighted. The museum does not purport to be an academic chronology of military events. It is a memorial to the fallen, but in a wider sense it is an effort to remember the contribution of the fallen to the success of shaping the modern Hashemite Kingdom of Jordan. The Six Day War was a Jordanian military defeat. Karameh, a year later though, was the regaining of Jordanian pride."


Suka pulak bergambar dengan benda-benda askar ni hehehehe :D

"The museum houses models recreating 1948 battles in Bab El-Wad/Latrun. The Arab goal was to cut the communication and supply lines between besieged Jerusalem and Zionist forces in the Tel Aviv and Shefela areas. Another of the items in the memorial is a large painting (to the left of the entrance) depicting a fierce battle at Herod's Gate in 1948."

"The years that followed saw repeated conflict with Israel. There were Jordanian successes as well as Israeli successes. Amongst the items on display in the museum are captured Israeli military rations and an IDF (Israeli Defense Force) rifle."

Gambar Raja Jordan - Raja Talal dan Raja Hussein..

"Enshrining the memory of those who gave their lives for their country."
Antara senjata yang digunakan semasa perang dahulu..
Peninggalan pakaian perang dan lakaran lukisan perang di Jordan..


King Abdullah Mosque and The Islamic Museum

Terletak di Sulayman Al Nabullsi di tengah-tengah ibu negara Jordan iaitu Bandar Amman.. Masjid Raja Abdullah ini telah dibina di antara tahun 1982-1989.. Boleh memuatkan lebih dari 10,000 jemaah dalam satu-satu masa.. 7000 di dewan utama dan 3000 di courtyard masjid.. Dilengkapi juga dengan kemudahan seperti sekolah agama dan lain-lain..

Dan masjid ini lah satu-satunya masjid di Jordan yang dibuka pada orang bukan islam untuk datang menziarah.. Dibina oleh Raja Hussein bagi memperingati datuk beliau dan oleh itu terdapat sebuah muzium di sini "The Islamic Museum"..


Setiba di hadapan Masjid Raja Abdullah..
Kami masuk melalui pintu "Babus Salam"

The cavernous, octagonal prayer hall doesn't have any pillars, yet it’s capped by a massive dome, 35m in diameter. The inscriptions quote verses from the Quran. The blue colour of the underside of the dome is said to represent the sky, while the golden lines running down to the base of the dome depict rays of light illuminating the 99 names of Allah.

Aku dan Ust Mursyid menunaikan solat asar di masjid yang indah ini.. Alhamdulillah terdapat tong air minum disediakan bagi para jemaah masjid.. Oh lupa nak bagitau.. musim panas dan mata wang yang tinggi serta air yang amat kurang di Jordan membuatkan ia perlu dihargai selalu.. Memang botol air lekat pada tangan kemana-mana sahaja..


Keadaan di dalam kelas Darul Quran.. dan tandas di bahagian bawah..
Keadaan di dalam dewan solat Masjid Raja Abdullah, Amman Jordan.
Reka bentuk masjid di setiap penjuru memang menarik perhatian pengunjung..

Inside the mosque is a small Islamic Museum, which has some pottery pieces, as well as photographs and personal effects of King Abdullah I. There are also a number of pieces of Muslim art, coins and stone engravings. The admission fee to the mosque includes access to the museum.

Pengangkutan ke sini anda boleh menaiki teksi jika tak nak bersusah payah.. Dan bas lebih murah dari teksi tapi kene banyak bertanya dan susah sket la.. but kalau dah sekali dua try insyallah boleh jer main redah.. jangan risau.. as long tahu tempat kita tinggal kat tempat mana senang nak balik lepas merayau nanti.. Just Believe On Your Self.. :P


Kurang bernasib baik sebab muzium ditutup oleh sebab-sebab tertentu..
Berdekatan dengan Islamic Museum ada kedai2 souvenir..
Harga okay jugak la murah sket dari tempat lain.. :D

Pada perancangan awal aku target 3-5 hari sahaja di bumi Jordan ini.. Sebab pengembaraan masih jauh untuk diteruskan.. tapi kebaikan hati para tuan rumah ini menyebabkan aku stay sampai 14 hari hehehee.. Rasa seronok pulak stay di Jordan ni tapi mungkin juga sebab keberkatan di tanah anbiya’..

Dan pada hari ketiga Ust Mursyid Al-Amin ajak aku untuk berjalan2 di sekitar Amman.. Antara tempat aku ziarah dalam hari itu :- The Martyrs Memorial And Museum, King Abdullah Mosque, The Islamic Museum, Amman Citadel Archaeological Museum (Bandar Peninggalan), The Roman Theater (Roman Colosseum), University of Jordan dan Restoran Babul Yemen..

Monday, 10 November 2014

Win A 3 Days 2 Night Trip To Macau Blog Contest

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Macau terselit satu keindahan panorama, kepelbagaian culture, kekayaan sejarah dan keenakan makanan.. Bayangkan kesemua ini anda mampu miliki dengan berada di hanya sebuah tempat.. Pasti akan membuat anda lebih teruja apatah lagi apabila ia menjadi destinasi percutian anda..

Macau sebuah nama tempat yang tidak asing lagi bagi semua kaki travel mahu pun bagi mereka yang mencari sebuah tempat bagi merehatkan minda pastilah.. Macau antara nama yang akan difikirkan.. Dan lebih menggembirakan lagi apabila Macau Government Tourist Office (MGTO) akan memberi 3 pakej percutian 3hari 2malam percuma kepada 3 pemenang yang bertuah..






Syarat-syarat senang untuk penyertaan adalah seperti berikut :-

1. Sila tulis satu artikel berkenaan “contest” ini bagi memudahkan anda layak menang..!! Dan tulis dengan seikhalas hati tulis dengan menunjukan betapa tingga azam anda untuk ke Macau..

2. Artikel berkenaan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 element seperti di bawah ini :-
  • Event & Festivals (Pilihan aku No.3)
  • Food 
  • UNESCO Heritage Sites (Pilihan aku No.1)
  • Tourism Product (Pilihan aku No.2)
  • Entertainment
3. Dan anda di minta untuk berkongsi pengalaman yang positive jika ada sekiranya.. :p

4. Tarikh contest ini bermula pada 20 Oktober 2014 sehinggalah tamat pada 23 November 2014..

5. DAN anda tidak boleh menyentuh unsur perjudian atau pun kasino.. dan sebarang komen yang negative.. dan yang semestinya jangan mention tempat yang bukan berada di dalam Macau..






Dengan keunikan Macau yang tersenggam indah di mata dunia anda pasti tidak akan melepakan diri sewenang - wenangnya dari mana-mana events dan festival yang berlaku sepanjang tahun.. Dan keunikan budaya mereka (Macanese, Portuguese, Chinese and International).. Segala tempat bersejarah di bawah UNESCO World Heritage Sites yang harus dilawati.. 

Dan tak lupa juga untuk entertainment yang amat menyeronokan.. Dan yang pasti Macau bukanlah satu tempat yang susah untuk di masuki.. terdapatlah 17 penerbangan direct dalam seminggu dari Kuala Lumpur – Macau.. Dan yang paling penting Visa-Free for Malaysian

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari link nuffnang dibawah ini :D