Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Sambungan Dari
Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah
Fuh Alhamdulillah…!!!! Dengan bangganya berjaya terbitkan “Jordan Part 3” ini.. Hurmm actually kesihatan aku tidak begitu baik.. tapi syukur semangat nak update blog masih kuat maka wujud la sambungan kisah Jordan ni.. Harap-harap ada ler orang sudi baca perkongsian pengalaman aku mengembara.. Eh, Ada kerr???....!!!! Nak dengar sorakan skett.. :P Ah poyo la ko hahahahaa…
Okay sambung cerita.. Selepas kami jalan-jalan di
The Martyrs Memorial and Museum dan
Mosque King Abdullah.. Tanpa membuang waktu petang.. Kami meneruskan jejak kami ke
Amman Citadel dan
The Roman Theater atau dikenali
The Roman Colosseum.. Ianya terletak bersebelahan tapi kene beli tiket yang berlainan..
|
Masih boleh dilihat masih banyak peninggalan pemerintahan Rome.. |
|
Welcome to Amman Citadel Museum.. :D |
|
Jom pusing-pusing cuci mata.. Suka sejarah macam aku sesuai sangat la kan :D |
The Amman Citadel Archaeological Museum
The Hill of the Citadel (Jabal al-Qal'a - 850 meters above sea level) yang terletak di tengah-tengah Bandar Amman telah menjadi pusat pemerintahan sejak Zaman Neolithic dan menjadi pusat pertahanan di zaman Bronze Age (1800 BC).. Peninggalan di atas bukit sekarang ni adalah struktur peninggalan Rome pada pemerintahan permulaan islam..
Menjadi satu aktiviti menarik untuk menziarahi Amman Citadel.. Kerana kekayaan sejarah yang terdapat di sini.. Bayangkan semenjak beribu tahun yang lalu kerajaan saling bertukar tangan di bumi Amman yang indah ini.. Penaklukan demi penaklukan dari zaman batu Stone Age, Iron Age dan Bronze Age hinggalah ke zaman pemerintahan Roman, Byzantine dan akhir sekali pemerintahan Uthmaniyah Turkey..
|
Sebuah rumah yang hanya tinggal suku dari pembinaanya.. |
|
Jom merayap-rayap dalam Bandar Peninggalan ini :D |
Walaupun banyak sturktur yang hancur tapi masih lagi terdapat peninggalan sturktur yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Dan sebagai tempat yang di iktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site sudah tentu mempunyai nilai yang perlu kita hargai.. Di dalam Amman Citadel ini terdapat sebuah bangunan muzium 2 tingkat bagi menyimpan dan menjaga artifek zaman terdahulu..
In ancient times, Amman with its surrounding region was successively ruled by the then-superpowers of the Middle East:
Assyria (8th century BC),
Babylonia (6th century),
the Ptolemies,
the Seleucids (third century BC),
Rome (1st century BC), and
the Umayyads (7th century AD).
Renamed
"Philadelphia" after himself by
Ptolemy II Philadelphus, the city was incorporated into Pompey the
Great's province of Syria, and later into the province of Arabia created by
Trajan (106 AD). As the southernmost city of the Decapolis, Philadelphia prospered during Imperial times due to its advantageous location alongside Trajan's new trade and administrative road, the Via Nova Traiana.
|
Sebuah masjid dari peninggalan pemerintahan khalifah islam.. |
|
Sudut pandangan dari dalam.. |
|
Sebahagian binaan yang masih berdiri megah :D |
The Jordan Archaeological Museum
The Amman Citadel Museum dan muzium kecil ini di buka seawal 08:00 am dan di tutup 16:00 pm Sabtu - Khamis untuk October - March.. 08:00 am hingga 19:00 pm Sabtu - Khamis untuk April - September.. Dan untuk hari Jumaat 10:00 am hingga 16:00 pm all year around..
Bayaran harga tiket untuk masuk Amman Citadel ini ialah JD 2.00 bagi orang luar.. tapi ada special price untuk warga Jordan dan juga pelajar luar yang belajar di Jordan dengan syarat menunjukan kad pelajar mereka.. So kalau nak murah silalah pinjam kad pelajar dari pelajar malaysia yang belajar di sana yer :p
|
Tiada bayaran yang diperlukan.. masuk free.. |
|
Barangan bersejarah melebihi beratus tahun kesemuanya .. |
|
Macam manalah mereka bina tiang tinggi2 macam tu zama dulu yer .. |
|
Senarai nama-nama pemerintahan di bumi Amman, Jordan.. |
The Roman Theater / The Roman Colosseum
Actually aku tak pergi dekat pun The Roman Colosseum ni.. tengok dari atas Amman Citadel jer.. Kedudukan di antara dua tempat ini adalah dua bukit bersebelahan so kalau nak ke sana kenelah amik teksi kalau nak save duit silalah berjalan kaki.. tapi tengah 46 degree ni tak apalah hahahaa..
Dibina pada era kegemilanga Antonius Pius (138-161 CE) is cut into the northern side of a hill that once served as a necropolis or graveyard. It is very similar in design to the amphitheater at Jerash, and can accommodate 6000 spectators.The theater is still used periodically for sporting and cultural events.
Terdapat dua buah muzium di Roman Colosseum ini.. The Jordan Folklore Museum terletak di sebelah kanan theater ini menyimpan banyak khazanah dari "Traditional life of local people".. Dan The Museum of Popular Traditions terletak dibahagian kiri theater ini lebih kepada "Traditional Jordanian costumes, including fine embroidery and beautiful antique jewelry".. Kedua-dua muzium ini di buka setiap hari dari 09:00-17:00 kecuali Folklore Museum pada Hari Jumaat 10:00-16:00 sahaja..
|
Itulah dia The Roman Theater or Roman Colosseum |
|
Pemandangan Roman Colosseum dari atas bukit Amman Citadel.. |
The Babul Yaman Restaurant
Okay.. Nak kongsi cerita pasal Restoran Babul Yaman ni sebab makanan dia memang awesome, terbaik dan sedap.. Lepas tu boleh pilih nak makan berkerusi meja atau style duduk atas lantai kemudian mereka akan letak “Sapra”- (dalam Bahasa Urdu).. iaitu satu lebaran plastik untuk alas makanan.. Maka makanlah berjemaah dengan penuh kusyuk huhuhuu.. :D
Ustaz Mursyid yang mula-mula memperkenalkan pada aku restoran ni selepas kami pulang dari berjalan-jalan.. Penat berjalan singgah seketika untuk makan di sini.. dan pada waktu yang sama Ustaz Mursyid call Ust Arif dan Ust Farid untuk join makan.. Ust Hakim masa ni ada hal tak dapat join kami..
|
Inilah dia Restoran Babul Yaman.. Datang Jordan wajib makan kat sini :D |
|
Jom duduk.. dah lapar nie hahahahaa... Ust Mursyid orderkan hehehee :D |
Terletak di hadapan
University of Jordan.. secara tak langsung ada diskaun untuk pelajar2 university yang datang makan di sini.. Patut la ustaz-ustaz ni suka makan kat sini hehehee.. Malam ni Ust Farid kata nak belanja aku makan sebab aku asyik masak kat rumah..
Nak segan tak boleh sebab orang nak belanja makan.. Kita kene terima la kan sebab nak tolong ustaz-ustaz ni dapat pahala.. tak gitu hehehehee... Okay untuk nak order2 nie.. aku serahkan pada mereka.. sebab diorang lebih mahir.. selalu makan kat sini.. so aku pum macam biasa lah "Ana ikut jer apa yang antuum semua order"..
|
Itu dia nasi - nasi pilihan dah dapat.. amik bau dulu :D |
|
Apa lagi kita tabur kat tengah-tengah.. Makan berjemaah :D |
|
Antara juadah lain yang kami makan di sini.. Sedap dia teringat sampai sekarang hahahaa :D |
Antara hidangan makanan special kat sini
Beriani Meat/Chicken,
Mandi Meat/Chicken, Madbot Chicken, Zorbean Meat, Madbok Chicken, Hanith Meat, Mathbi Chicken dan
Madghot Chicken.. Tapi kene ingat nak order bukan macam di Malaysia.. Sebab satu pinggan nasi kat sini boleh share makan untuk 2 orang yang normal..
Yang tak normal pi main jauh2.. :P
Macam kami pun amik dua jenis hidangan nasi dan kemudian makan sejenis roti ala2 nan-capati cenggitu la.. cicah dengan telur dada dan kari kambing.. Memang terbaik la tapi hanya bagi mereka yang tiada darah tinggi macam kami ni hehehee.. Sambil makan sambil layan teh arab gitu.. :D
Untuk Sambungan Entry Jordan Sila Klik Link Di Bawah :-