Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Sambungan dari Jordan Part 3 : The Amman Citadel and The Roman Theater (Colosseum)
Pada satu waktu selepas selesai semua kertas peperiksaan ketika makan malam.. Perbincangan diteruskan mana nak cari tempat boleh main air.. Tiba2 Ust Hakim mengemukan satu tempat berdekatan dengan Laut Mati.. terus aku search dan terjumpa River Trekking di Wadi Al-Mujib Natural Reserve..
Kami memulakan river trekking melalui Siq Trail.. Kami mengambil masa trekking hampir 2 jam pergi dan 1 setengah jam untuk balik.. Dan berhenti hampir sejam di penghujung trek iaitu Air Terjun Wadi Mujib untuk berendam dan bermain air.. Maklum la.. kan sekarang ni tengah musim panas.. Nikmat dapat main air yang sejuk.. :D
Pada pandangan aku River Trekking di Wadi Mujib ini bukanlah mudah bagi mereka yang tidak biasa dengan aktiviti lasak.. Sebab ada beberapa check point yang anda harus menyusuri air sedalam atas dada.. ada beberapa spot air bergerak terlalu deras.. dan kene memanjat timbunan batu besar bagi meneruskan lagi.. tidak semua spot yang susah disediakan tali untuk memanjat.. Apa pun sediakan stamina sebelum ke Wadi Mujib Natural Reserve.. :D
Sambungan dari Jordan Part 3 : The Amman Citadel and The Roman Theater (Colosseum)
Tatkala aku menghabiskan masa dengan bersiar ke sana sini dan ustaz2 nie semua menghitung hari bagi menghabiskan kertas2 peperiksaan mereka.. Terdetik di hati "Musim panas macam ni kalau dapat mandi sungai mesti best" setelah aku luahkan pada Ust Farid.. Beliau berkata "Ada ke sungai di Amman ni?? Kalau Aqaba dan negeri lain mungkin ya.."
Aku pun memulakan pencarian di internet jika ada sungai yang boleh kami mancing ke.. pincic ke.. atau bermandi mandi.. sekali search punya search tak ada!!!! Info yang aku dapat pun air untuk kegunaan di Jordan kebanyakanya di ambil dari negara jiran.. Perghh biar betul.. Patut la rumah sewa ust2 nie pun air akan masuk ke tangki 3 kali seminggu sahaja.
| Let explore River Trekking at Wadi Mujib Natural Reserve, Jordan |
| Antara pemandangan River Trekking di Wadi Mujib Natural Reserve.. |
![]() |
| Kedudukan Wadi Mujib Natural Reserve di dalam peta Jordan |
Sebelum kami memulakan perjalanan ke destinasi.. Beberapa perancangan dibuat.. antaranya Ust Hakim akan mendapatkan sebuah kereta.. Ust Farid menolong aku untuk mendapatkan kad pelajar dari pelajar Malaysia yang lain supaya dapat harga student.. dan yang lain termasuk aku membuat persiapan makanan dan lain2..
| Musim panas di Jordan.. Landskap yang amat berlainan dari Malaysia.. |
| Alhamdulillah... Lagi 18 km jer nak sampai Laut Mati.. :D |
| Ustaz Hakim memandu sepanjang perjalanan.. Ust Farid sebagai Kor Pilot.. :D |
| Melepasi Dead Sea..Terdapat beberapa hotel mewah di sini.. |
| Alhamdulillah akhirnya kami sampai jua di pintu masuk :D |
| Itulah Mujib Bridge.. Bila jumpa maka tahu lah kita dah sampai :D |
| Bergambar sat dengan Ustaz Mursid Al-Amin :D |
Perjalanan yang mempersonakan di sepanjang Dead Sea Highway (Amman - Karak - Madeba) sepatutnya memakan masa tak sampai satu jam.. tapi disebabkan kami menggunakan GPS sehingga tidak nampak arah yang di tuju membuatkan kami beberapa kali berputus asa dan ingin berpatah balik.. Tetapi berkat doa ustaz2 belajar Jordan ni Allah Taala memudahkan perjalanan kami..
Info : Terletak kira-kira 90 km dari selatan Bandar Amman dan 32 km dari Bandar Karak.. Kawasan seluas 220 square kilometer.. Di ishtihar sebagai Natural Reserve pada 1987 oleh Royal Society for The Conservation of Nature.. Sungai ini mengalir dari ketinggian 900 meter di atas gunung sehingga ke Laut Mati yang berada 410 meters di bawah paras laut..
Entrance fee adalah JD 18.00 seorang bagi bukan warganegara.. Ranger hanya akan memberi nasihat "Do's and Don'ts" dan memberi setiap pengunjung (wajib) memakai life jacket.. Dan seorang guide disediakan tetapi boleh untuk tidak menggunakan perkhidmatan guide jika mahu.. (Kami tak amik guide, lagi seronok!!)
| Jom kita memulakan River Trekking kita..Permulaan nampak okay :D |
| Aku memang teruja la dapat jejak kaki ke sini.. Excited main air hahahaa.. |
| Air sungai ini akan terus mengalir ke Laut Mati.. |
| Keadaan makin sempit..but still dalam keadaan berjalan bersahaja.. :D |
| Mungkin disebabkan air dan batu kiri dan kanan.. keadaan menjadi sejuk |
Jika anda ingin ke sini make sure datang sebelum pukul 3.00 petang kerana itulah waktu terakhir yang dibenarkan masuk sebab perjalanan yang jauh dan soal keselamatan serta Pihak Ranger tidak mahu anda berjalan di dalam setelah hari gelap.. Alhamdulillah kami memulakan trekking pada pukul 2.30 petang..
| Keadaan yang mula tegang dengan air yang cukup deras.. |
| Meredah air deras sedalam dada.. Kene panjat pulak tu.. |
| Tersenyum selepas melepasi setiap halangan :D |
| Kerjasama berpasukan diperlukan bagi mendatangkan kejayaan :D |
Jika anda bernasib baik akan dapat melihat beberapa hidupan liar di Natural Reserve ini seperti Kambing Gurun, Kucing Gurun (Carnivore okay!!), Keldai Gurun, Anjing Gurun, Burung yang hidup di kawasan gurun dan banyak lagi.. Nama betul aku tak tahu la hahahaa.. but lebih kurang itulah mereka yang ada di sini semua gurun.. :D
| Antara haiwan liar gurun.. Jika anda bernasib baik dapatlah jumpa :D |
| Ini halangan terakhir sebelum sampai ke air terjun.. |
| Bantu membantu antara sama lain untuk naik ke atas .. |
| Sampai juga penghujung River Trekking ni.. :D |
| Seronok bermain air tapi kene berjaga-jaga sebab ada kawasan yang tetiba dalam :D |
| Nama pun gorup terakhir memang kami jer la kat sini :D |
Adalah lebih baik bermain air di sini dari pergi Laut Mati yang bayaranya mahal dan jika musim panas sangatlah di suggestkan untuk datang explore Wadi Mujib Natural Reserve ini.. Perjalanan memenatkan hanyalah ketika masuk.. sebab kita akan melawan arus air.. dan lebih memenatkan lagi bila nak lawan arus yang deras..
Okay nampak jer air ni macam kosong tiada hidupan di lembah gunung ini.. tetapi kalau tengok betul-betul ada juga katak yang kami jumpa.. dan satu kali tu tak sure ular atau belut.. tapi rasa belut kot sebab pendek jer hahaha.. tapi paling best ikan banyak kecik besar tapak tangan pun ada.. tapi jenis ikan kecik je kami tangkap.. but sorry to say la kami tangkap penuh separuh botol :P
| Walaupun penat tapi boleh nampak muka semua tak puas hati tak nak balik huhuhu.. |
| Ikan ni aku jemur sampai kering buat ala2 ikan bilis huhuhu.. Suhu panas sini senang nak keringkan ikan.. :D |
| Berjalan balik semula ke entrance gate.. |
Alhamdulillah kami semua selamat walaupun River Trekking ini agak ganas melayan kami.. Cuma dua dari kami hilang cermin mata.. dua dari kami hilang selipar.. dan aku hilang tongkat hiking warna biru kalau korang perasan la dalam gambar tu.. Sorang lagi hilang something tapi tak apa la biar jadi rahsia kami berlima.. so satu lagi peringatan jangan pakai selipar even nak kaki ayam pun tak boleh sebab dasar sungai berbatu..
