Saturday, 31 August 2024

Menyambut Hari Merdeka Ke 67 Dari Bilik Ward Hospital

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Salam Merdeka buat Malaysia yang ke 67 tahun. Alhamdulillah masih aman masih tenteram.

Tahun ini masih lagi tak dapat turun ke perbarisan Hari Merdeka disebabkan anak bongsu ini masih lagi berada di dalam ward. Hari ketujuh masih lagi tiada tanda untuk discharge oleh doktor. 

Keadaan kesihatan anak kian bertambah baik hari demi hari Alhamdulillah. Tiada lagi penggunaan bantuan oxygen diberikan. Cuma paru-paru sebelah kiri masih lagi belum menunjukkan symptom yang baik seperti sebelah kanan.

Neb pun telah dikurangkan dari 4 jam sekali kepada 6 jam sekali. Alhamdulillah semenjak 3 hari yang lepas Afnan tidak lagi demam seperti hari-hari sebelumnya. Dan tidak lagi batuk yang teruk seperti sebelumnya.

Spaghetti Ayam, Mushroom Soup, Nasi Putih dan Ayam Percik.
Ayam Bakar with Creamy Mushroom Gravy, Nasi Putih & Kari Ikan Kembung.
Mee Hailam, Nasi Putih, Sweet Sour Fish, Taufu Soup.
Nasi Putih Creamy Fish Soup, Chicken Pie & Mushroom Soup.
Antara makanan aku di sini. Boleh tahan jugak sedap makanan dari dapur hospital ini. Tak semua la but mostly makanan dia okay dan ada few time memang sedap betul hahaha. Tak tahu nak share gambar apa, kita share la gambar makanan di hospital.

Semalam Afnan ada buat x-ray dan doktor pakar ada kata kalau result ok maybe kita boleh discharge anak you. But then result masih lagi tak okay. Maka bersambung cerita aku dengan wife silih berganti menjaga Afnan di hospital.

Okay la Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke 67 pada semua sahabat handai blogger, pembaca dan pengunjung blog ini. Semoga sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan :D

Tuesday, 27 August 2024

Afnan Second Day In ICU - Hospital Pantai Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Pagi ni detik saat yang mencemaskan sebab doktor pakar akan buat round di ICU. Dan doktor pakar akan update keadaan Afnan pada parent. 

Maka selepas update keadaan Afnan pada kami. Dan resultnya adalah seperti berikut.

Mikoplasma atau Mycoplasma adalah sejenis kuman yang berada di dalam badan Afnan adalah terlalu tinggi yang mana kalau normal ia pada kadar bacaan 40 tapi bacaan kuman yang ada di dalam badan Afnan melebihi bacaan 1000.

Keadaan di hari kedua Afnan di ICU.
Dan disebabkan itu paru-paru Afnan terjejas agak teruk dengan kuman ini. Dan itu juga punca kepada Afnan sukar untuk bernafas dan demam selama seminggu. Ditambah dengan batuk berkahak yang agak teruk.

Pagi ni juga doktor pakar dah turunkan sedikit kadar bantuan oxygen kepada Afnan. Dari semalam lagi Afnan telah di neb (Nebulizer) setiap 4 jam dan akan berterusan sehingga diberitahu kelak. 

Doktor dah begitahu tadi "You all jangan expect boleh discharge awal. Mungkin paling awal seminggu di hospital sebab keadaan Afnan yang agak teruk.." 

Somehow kena marah dengan beberapa orang doktor kenapa tak bawa anak lebih awal ke hospital. Kenapa tak ambil tindakan awal dan cepat? Hurmm.. Second day Afnan demam kami dah bawa ke klinik swasta. Doktor dah check dan bagi ubat antibiotic, demam dan batuk. 


Selang dua hari kemudian kami ke klinik yang sama sebab risau Afnan macam susah nak nafas dan demam yang tak nampak tanda nak sembuh. So Doktor klinik neb kan Afnan 3 kali dan ambil darah untuk check influenza dan denggi dan result adalah negative.

Maka kami decide untuk habiskan antibiotic yang diberi iaitu untuk selama 5 hari. Dan dari hari ke 5 sehingga ke 7 Afnan berkelakuan agak aktif seperti berlari, bermain bola, bergurau dan bergelak ketawa dengan abang dan kakak dia. Namun hari 8 tiba-tiba lembik. Terus kami bawa Afnan ke hospital.

Monday, 26 August 2024

Semoga Afnan Cepat Sembuh

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Memohon doa dari semua yang membaca untuk mendoakan tahap oxygen Afnan kembali kepada tahap normal. Dan semoga cepat discharge dari ICU.. Amin..

Bila keadaan semuanya dah baik. Insyallah aku akan sambung menulis kisah pengembaraan di blog ini. At this moment tengah down sikit sebab si anak bongsu ni sakit.

Terima Kasih.

Insyallah semoga cepat sembuh dan discharge.. Amin..

Thursday, 22 August 2024

Late Lunch Story - Restaurant Woodfire At Kemensah Ampang

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Kita lari jauh sikit dari kisah travel. Asyik tulis pasal travel nanti boring la pulak kan hihi. Entry pengembaraan ke Australia pun dah masuk part yang ke sebelas still habis lagi. Bertabah la korang nak baca hihii.. :D

Dan aku jarang tulis entry berkenaan tempat makan atau berkenaan sesuatu makanan melainkan jika aku rasa ianya sedap berbaloi untuk diberi review atau sebab harga terlalu mahal sangat atau sebab tak sedap tapi mahal dan tak berbaloi hihihi. Tak ada la gurau jer. Tak pernah lagi buat macam tu :D

Outlet yang berada di Kemensah ini tidak begitu besar.
Macam biasa kalau pergi makan lunch di luar ni memang sebab berdating dengan wife jer. Kalau tak, memang aku makan bekal atau di cafe tempat kerja sahaja. So kali ni wife inform awal-awal nanti lunch nak ajak aku makan luar tapi still aku yang kena pickup dia bukan dia yang pickup aku. Again jangan try to correct them, u still salah nanti hahahaa :D

Dah melalut jauh pulak, mana cerita Woodfire nyer hahaha.

Okay since kita dah boikot semua jenama fast food yang sokong Israhell seperti McDonald, KFC, Pizza Hut, Burger King, Subway dan Texas Chicken. Eh jap kenapa Texas Chicken? Dia kan takde kena mengena dengan Israhell. Memang tak ada kena mengena tapi dia serve Coca-Cola, Minute Maid, Fanta dan seangkatan dengannya. So kalau beli menu set automatik kita terbeli sekali air from that product. 

Hurm tak masuk lagi cerita pasal Woodfire ni. Jauh betul intronya hahaha..

Curly Fries RM6.90
 Cheese Steak Beef RM18.90
Basically dah lama aku tak makan burger fast food ni. So bila wife ajak, dia kata "Jom makan burger fast food indoor" aku pun macam excited. Maka sampai la kami ke Restaurant Woodfire di Kemensah. Yang terletak betul-betul berhadapan Masjid Al-Iman Kemensah Height. 

Sampai jer terus Azan Zohor berkumandang. Hurm memang kena masuk masjid dulu la. Berjalan naik kereta punya jauh tapi bila azan memanggil tak kan la malas nak ke masjid. So my wife masuk Woodfire dan aku ke masjid terlebih dahulu. Lepas solat aku masuk ke Woodfire nampak wife aku duduk dengan kawan dia Dr Atiqah tengah minum. Dalam hati aku "Nak berdating berdua dengan aku lah sangat".

Aku pun tak ingat pilih Brisket Burger atau Smoke Burger. Tapi inilah rupanya.
Smoke Lamb Ribs harga ikut pada berat yang bermula dari RM50 sehingga RM120
Coffee Latte biasa jer sebab Hazelnut, Caramel dengan yang lain semua habis.
Belum sempat aku nak say anything wife aku dan buka mulut "Tadi Dr Atiqah call dia kata ada di Wangsa Melawati so i ajak la dia datang makan sekali" Aku pun iyer lah. Sambil terus ke kaunter untuk order makanan. Hurmm menu tak banyak sangat ada 3 jenis starter, 5 jenis burger dan satu menu Smoke Lamb Ribs.

Owner Woodfire ini adalah dari Syarikat Bumiputra Melayu Johor dan Adam Yusuf adalah Co-Founder. Status adalah Halal dari lama website mereka namun masih lagi dalam proses mendapatkan Sijil Halal dari pihak Jakim Malaysia. Setakat sekarang Woodfire telah berjaya membuka 27 cawangan di seluruh Malaysia dan 7 cawangan di Indonesia.

Menu yang ini semua tak ada di Woodfire Kemensah.
Franchise yang berada di Kemensah ini aku rasa macam small outlet sahaja sebab tak banyak menu yang ada. Bila aku buka official website Woodfire menu yang ditunjukkan jauh lebih banyak. Mungkin outlet baru. Apa pun korang boleh terjah ke Woodfire di Kemensah ini dari pukul 12.00 tengah hari sehingga 9.30 malam. Ditutup pada setiap hari Isnin.

Bagi aku burger dia memang terbaik sebab diorang guna daging padu, solid dan lembut. Bukan daging yang telah dijadikan kepingan burger maksud aku macam kepingan daging burger Ramli tu. Cuma harga agak keras sedikit tapi once a while okay la kot. Lepas ni nak try ke outlet yang lebih besar sebab lebih banyak menu yang disediakan.

Monday, 19 August 2024

Australia Perth Part 11 : The Round House - Whalers Tunnel - South Mole Lighthouse

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Bila tanya dengan kenalan yang dah pernah ke Fremantle. Mereka kata perlukan masa satu hari penuh untuk meneroka area Fremantle ini disebabkan ada banyak attraction di sini dan hampir kesemuanya diketagorikan sebagai wajib untuk dilawati.

Once bila kita dah smpai sini barulah tahu memang banyak dan nasihat aku pada yang membaca make sure datang seawal pagi if u nak explore the whole Fremantle ini. Apatah lagi kalau u all datang dengan public transport. Naik train sahaja dalam 30 minit dan bas 1 jam untuk sampai dari Perth City Center.

Pemandangan yang indah di atas The Round House - Fremantle.
Dari WA Shipwreck Museum Galleries kami berjalan kaki menuju The Round House dengan jarak 270 meter lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Apa pun anda pasti tidak akan merasa penat disebabkan dengan keadaan persekitaran dan pemandangan ke arah laut yang cantik dan udara yang nyaman. Lagi-lagi kalau datang waktu winter macam kami.

The Round House ni adalah satu kompleks yang agak luas.
Datang waktu winter memang seronok bergambar sana sini :D
Keadaan di dalam The Round House. Bangunan yang berusia 200 tahun.
Henry Willey Reveley adalah seorang civil engineer yang bertanggungjawap dalam membina structure The Round House ini pada tahun (1830-31) iaitu 18 bulan selepas The Settlement. Atau dua tahun selepas Captain Charles Fremantle raised the British flag at Arthur Head in 1829 to claim the Swan River Colony.

Beliau adalah seorang rakyat England yang lahir pada tahun 1788. Telah datang untuk membantu pembanguanan The Earliest Public Workers di Swan River Colony. Dan telah menjadi penasihat kepada pembinaan The Whalers Tunnel (1837-38) yang terletak di bawah The Round House yang menghubungkan terus ke Arthur Head.

Pemandangan Bandar Fremantle dari hadapan The Round House.
Cantik dan kreatif.. Bagaimana keadaan kapal yang membawa muatannya.
The Round House adalah The Oldest Public Building di Western Australia. Ia pernah digunakan sebagai lokap tahanan sehinggalah pada tahun 1886. Dibuka kepada pengunjung dari 10.30 pagi setiap hari dan ditutup pada pukul 3.30 petang. Sama seperti WA Shipwreck Museum, tiada sebarang entrance fee dikenakan namun donation sangat-sangat dialukan.

Dan dari sini jika anda mahu meneruskan perjalanan maka boleh la ke WA Maritime Museum yang terletak kurang 500 meter di sebelah kiri Round House ini. Dan boleh juga terus ke South Mole Light House lebih kurang 1.5km dari WA Maritime Museum. Kami tak berkesempatan nak terus ke Rumah Api South Pole disebebkan perlu pulang awal untuk memulangkan kereta sewa di Perth Airport sebelum pukul 5 petang.

Sebelah kiri itu Fishing Boat Harbor dan South Mole Lighthouse terletak disebelah kanan.
Terdapat meriam yang digunakan untuk pertahanan dari kurun ke 18.
Dari The Round House kami berjalan kaki ke The Whalers Tunnel yang terletak lebih kurang 50 meter dari arah belakang. Bagi aku yang sukakan binaan bersejarah ni memang menyeronokkan. Tunnel ini tak ada apa yang menarik sangat cuma ia adalah binaan bersejarah yang berumur 200 tahun sahaja.

Tunnel ini telah digunakan untuk membawa minyak ikan paus dari perlabuhan terus ke Fremantle Street pada waktu itu. Tunnel ini mempunyai panjang 46 meter pada saat ini kerana telah dipendekkan dari 58 meter sebelumnya. Disebabkan clift atau tebing dibahagian arah laut telah dipecahkan bagi mengambil batu-batu untuk membina rumah dan bangunan. Ia mempunyai 3.62 meter lebar dan 4.27 meter tinggi.

Kami turun ikut laluan tangga ini untuk ke Whalers Tunnel. View memang cantik.
Laluan di bawah bangunan Round House - The Whalers Tunnel.
Keadaan terkini The Whalers Tunnel pada tahun 2024. Banyak penambahbaikan telah dibuat.
South Mole Light House telah dibina oleh CY O'Connor sebahagian dari pembangunan Fremantle Harbor. Telah siap dibina pada tahun 1893 setinggi 24 kaki tanpa ada 'Steel Skeleton Frame' dan pada 6 tahun kemudian iaitu pada 1989 ia telah dibina semula dengan meletakkan Steel Skeleton Frame bagi mengukuhkan lagi binaan yang telah dipesan dari Syarikat Chance Brother yang berpangkalan di England.

Landasan kereta api Fremantle Line. Yang telah dibuka pada 1 Mac 1881.
Terdapat dua rumah api di sini iaitu South Mole (Hijau) dan North Mole (Merah) tapi yang paling banyak dikunjungi ialah South Pole disebebkan ia terletak ditempat attraction terutama bagi pelancong yang datang ke Fremantle. Terdapat bekas tapak meriam untuk pertahanan yang ditempatkan di sebelah South Mole Lighthouse ini pada ketika perang dunia kedua. 

Berjalan kaki dari Esplanade Park sampai ke Round House. Bila nak balik ke parking kereta baru la terasa jauh ditambah penat angkat Atiyya lagi huhu.. :D
Dan di sini pernah menjadi Pangkalan Kapal Selam Tentera Bersekutu - Alliance Submarine Base WW2. Iaitu sebanyak 170 kapal selam pernah dicatatkan berkhidmat atau ditempatkan di sini yang datang dari negara Amerika, British dan Dutch. Dan sepanjang sejarah perang dunia kedua tempat ini tidak pernah diserang oleh mana-mana pihak.

South Mole Lighthouse. Diwarnakan hijau semenjak 1903.
Walau bagaimana pun South Mole Lighthouse yang berumur lebih seratus tahun ini tidak dibuka kepada para pengunjung kerana ia masih aktif digunakan sehingga sekarang. Kita hanya boleh datang berkunjung ke penghujung teluk ini untuk bergambar dan menikmati pemandangan yang cantik di sini. Anda boleh berjalan kaki atau menaiki kenderaan. Parking disediakan tapi sangatlah limited.

Dibuka kepada pengunjung untuk bersantai sehingga ke penghujung teluk dan kawasan sekitar rumah api ini setiap hari dari jam 11.30 pagi sehingga 12.00 malam untuk Hari Isnin sehingga Jumaat. Dan pada Hari Sabtu dan Ahad dibuka dari jam 6.30 pagi sehingga 12.00 malam. Tiada sebarang entrance fee yang dikenakan. Somehow di sini banyak tempat attraction yang percuma. Best betul :D

Friday, 16 August 2024

Australia Perth Part 10 : Kisah Hitam Batavia Di WA Shipwreck Museum Galleries - Fremantle

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Okay jom kita sambung bercerita next episod perjalanan kami di Fremantle, Perth. Selepas selesai menjejakkan kaki ke Victoria Quay dan Esplanade Park serta makan seafood di Kailis Fishmarkets Cafe. Kami berjalan kaki menuju ke Western Australia (WA) Shipwreck Museum Galleries yang berada 200 meter tidak jauh dari Kailis Cafe.

Di hadapan entrance WA Shipwreck Museum Galleries
Sebelum kita sambung, aku nak try buat entry ni kurang kepanjangannya sebab ada beberapa pandangan dari sahabat blogger lain mengatakan entry aku terlalu panjang. Walau dah cut off cerita beberapa kejadian semasa mengembara dan mengurangkan gambar yang di share tapi still lagi panjang hahaha.. 

Okla will see how panjang this entry.. Sambil menulis entry ni kita layan lagi "Esok" dari Amir Masdi :D

Saiz comparison sauh kapal dengan manusia.
Beberapa sauh kapal berusia ratusan tahun yang dijumpai di perairan Australia Barat.
Masuk adalah percuma namun Donation Are Welcome for the museum to maintain their operational. Dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.30 petang. Dan pada public hoilday dibuka dari pukul 1.00 petang sehingga 5.00 petang. Muzium ini hanya akan ditutup pada Sambutan Christmas Day, Boxing Day, New Year dan Good Friday. 

Dive into the fascinating history of Australia’s oldest shipwrecks.

Info Sejarah - Shipwreck Museum atau Muzium Kapal Karam ini diiktiraf di peringkat antarabangsa atas sumbangannya kepada arkeologi maritim dan pemuliharaan bangkai kapal. Melalui galeri di muzium ini kita boleh mengetahui mengenai pertemuan ekspidisi pertama dari eropah, perdagangan, dan sejarah pemberontakan paling menakutkan dalam sejarah.

Meriam dari kapal yang karam di perairan Western Australia.
Artifak penemuan dari kapal kapal yang karam.
Dianggarkan lebih 1500 kapal karam diperairan Australia Barat
Muzium yang terletak di dalam banguanan bersejarah Commissariat Fremantle di tanah Whadjuk Nyoongar. Yang mana asalnya dibina untuk menyimpan makanan, pakaian dan bekalan untuk koloni di Sungai Swan. Dan bangunan yang dibina pada tahun 1852 ini adalah antara tapak Australia Barat yang pertama dibina menggunakan buruh banduan. 

Muzium ini telah dibuka pada 1979 kepada orang ramai setelah kerajaan negeri West Australia mengambil alih Bangunan Bersejarah Commissariat selepas tertubuhnya Akta Karam Kapal Bersejarah Commonwealth 1976. Jabatan Muzium Australia Barat telah dilantik dan diberi kuasa untuk mengurus bangkai kapal dan peninggalan bersejarah Commonwealth di Australia Barat. 

Aboriginal - Orang Asli & Malay depictions of SS Xantho??

Wreck Of The Batavia

Kapal Batavia ini dilancarkan pada 1628 dan mempunyai panjang 150 kaki adalah sebuah kapal kebanggaan Armada VOC. Pelayaran sulungnya dari pelabuhan Belanda Texel pada 28 Oktober 1628 sebagai kapal utama bagi armada lapan kapal VOC.

Kapal Batavia mempunyai dua panglima iaitu seorang saudagar kanan atau komandan yang menguasai keseluruhan armada (Francisco Pelsaert) dan seorang nakhoda yang bertanggungjawab ke atas kapal itu sendiri (Ariaen Jacobsz).

Terdapat kira-kira lebih 330 orang di atas Batavia antaranya 180 kelasi, 100 tentera upahan, dan beberapa penumpang yang kaya, termasuk seorang yang amat cantik Lucretia van den Mylen berusia 27 tahun yang menyertai suaminya di Batavia.

Sebahagian dari muncung Kapal Batavia yang masih wujud selepas lebih 400 tahun.
Sangat menarik the way kreatifnya mereka nak mendirikan bahagian kapal ini.
Masalah yang wujud dalam struktur dwi perintah dalam kapal ini diburukkan lagi oleh fakta bahawa Jacobsz dan Pelsaert membenci antara satu sama lain kerana pertikaian di India dua tahun sebelumnya. Ini mengakibatkan pergerakan kapal sentiasa bermasalah termasuklah arah tuju dan navigation kapal itu sendiri. Dan paling teruk pergaduhan di antara dua kumpulan.

Dan akhirnya pada 4 Jun 1629 Kapal Batavia telah merempuh terumbu karang tidak jauh dari Houtman Abrolhos iaitu sebuah rantaian kepulauan 60 kilometer ke barat dari kawasan yang kini dikenali sebagai Geraldton di Australia Barat.

Replika Kapal Batavia
Sebenarnya kisah tentang Kapal Batavia ini lebih menyedihkan dari kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karangan HAMKA pada tahun 1938. Apa yang berlaku selepas terdamparnya kapal Batavia di sebuah pulau kecil ialah perebutan kuasa, pergaduhan mencari makanan dan sumber air bersih. Pembunuhan, Penyiksaan, Penghambaan dan Pemberontakan. 

Gambaran The Survival of Batavias Graveyard.
Dari jumlah 330 orang di atas kapal hanya kurang dari satu pertiga sahaja yang berjaya hidup. Lucretia van den Mylen yang telah dipaksa menjadi gundik Cornelisz tiba di Batavia dan mendapati suaminya telah meninggal dunia. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang pegawai tentera dan kembali ke Amsterdam di mana dia hidup sehingga usia 81 tahun.

Aku harap semoga kisah Batavia ini akan difilemkan satu hari nanti. Korang boleh baca kisah penuh Batavia yang menyedihkan ini di internet dan banyak buku yang telah dikarang berdasarkan kisah sebenar di dalam bahasa English. 

Wednesday, 14 August 2024

Mengubah Suai Entry Lama Kepada Lebih Mesra Di Baca

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Dari empat bulan yang lepas sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah aku dah berjaya mengubah suai atau me'renovate beberapa entry lama yang aku tulis dari 10 tahun yang lepas. Sebab kalau korang ada baca entry About This Blog. Aku ada mention pada awal blog ini ditulis lebih kepada dairi untuk diri sendiri. Di mana aku tulis dan aku sorang jer yang faham.

But then aku belajar menulis dengan lebih baik selepas ada beberapa pengujung yang hadir ke sini memberi teguran dan cadangan. Alhamdulilah hari demi hari aku cuba menulis dengan lebih baik di blog ini. Kepada mereka yang tak berapa faham dengan tulisan kisah pengembaraan aku di entry yang lama tu. Memang aku mohon maaf bebanyak.

Untuk baca entry-entry yang telah diubah suai ini boleh tekan di tajuk entry di bawah :D



Masjid Bersejarah di Bandaraya Paris.
Masjid yang pertama yang aku jejakkan kaki di Bandaraya Paris, France. Sebuah masjid yang bersejarah dan dibina menggunakan seni bina Andalusia. Dibina oleh kerajaan Perancis bagi berterima kasih dan mengingati askar-askar Perancis yang beragama islam yang berjuang di bawah nama Tentera Perancis yang kebanyakan diambil dari Morocco, Algeria dan Libya. Entry ni aku tulis 11 tahun yang lepas pada 16 Jan 2013 :D


Perjalanan dari France ke England melalui tunnel dibawah laut.
Perjalanan yang menarik dengan menaiki bas dari Bandaraya Paris ke Bandaraya London. Dan dipertengahan antara France dan England yang dipisahkan denagn lautan. Bas telah melalui terowong di bawah dasar laut dengan menaiki train. Entry ni aku tulis pada 11 tahun yang lepas pada 1 Jan 2013 :D


Perjalanan Bas dari Cape Town, South Africa ke Windhoek, Nambia.
Pengalaman menaiki bas selama 21 jam sejauh hampri 1,500 km hampir menyerupai perjalanan dari  Singapore ke Bangkok. Satu pengalaman yang menyeronokan dengan melintasi kawasan padang pasir dan gurun. Tak ingat dah berapa puluh kali berhenti. Masa muda mungkin okay kalau sekarang mau bengkok tulang pinggang hahaha. Entry ni ditulis pada 20 Feb 2013 :D


Tuan Ambassador Malaysia yang paling sporting dalam dunia ni.
Mencuba nasib menziarahi ke Kedutaan Malaysia di Windhoek, Namibia. Without no reason, saja suka-suka. Alhamdulillah kesemua 3 orang kakitangan kedutaan yang begitu baik, ceria, peramah dan awesome termasuklah Tuan Ambassador Malaysia Dato Mustafa. Entry ini ditulis pada 23 Oct 2013 :D


Perjalanan train dari Windhoek ke Keetmanshoop Nambia.
Antara favorite aku bila mengembara di benua afrika adalah dengan mengambil perjalanan dengan menaiki train.  Alhamdulillah seronok walau memenatkan sebab kena cross ratusan kilometer dari Windhoek ke Keetmanshoop iaitu bandar kedua terbesar di Nambia. Entry ini aku tulis pada 16 Nov 2013 :D


Perjalanan train dari Victoria Falls ke Bulawayo, Zimbabwe.
Experience paling best menaiki train di benua afrika adalah menaiki Ghost Train ini dari Pekan Victoria Falls ke Bandar Bulawayo dengan jarak melebihi 400km di dalam Negara Zimbabwe. Sebelum meneruskan perjalanan memasuki Negara Botswana. Entry ini ditulis pada 17 Dis 2012 :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...