Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Disebabkan waktu dah lewat malam maka kami pun cepat-cepat nak check in dan masuk bilik. Tapi bila tanya counter nak book bilik hostel, dia kata dah penuh. Padahal aku dah booking awal untuk 4 orang. Memang stress masa ni.
Last choice kami kena pilih tidur di campsite yang berharga K850.00 seorang. Dan kami kena sewa khemah 4 sleeper berharga K150.00 semalam. Jika bawa khemah sendiri tak perlu untuk bayar extra charge khemah tu. Kami book untuk satu malam dulu, untuk esok lain cerita 😅.
| Berwudhu' di Lake Malawi sambil menikmati keindahan matahari terbit. |
| Kami sewa khemah 4 sleeper yang berharga RM 7.00 semalam. |
Selesai urusan dapatkan tempat kami untuk tidur dan berehat terus kami ikut staff ke khemah kami. Dan masing-masing uruskan diri masing-maisng. At this moment agak takut jugak dengan keadaan khemah kami yang agak gelap gelita. Memang tak nampak apa pun dan yang pasti khemah kami dekat sangat dengan air tasik.
Bilik mandi dan tandas disediakan tapi kena berjalan sedikit. Selepas bergilir berdua pergi mandi dan dua orang jaga barang di khemah. Kami berwudhu dengan air tasik dan bersolat bersama. Selesai solat terus tidur kepenatan dengan perjalanan yang jauh dari Bandar Lilongwe siang tadi.
| Bila dah siang baru tahu betapa cantik pemandangan di sini. Pemandangan khemah kami yang sangat dekat dengan air tasik. |
| Jeti Mufasa Lodge. Boleh parking bot sendiri di sini untuk bermalam di Mufasa Lodge. |
Staff yang bawakan kami ke khemah bernama Daud dan dia beritahu kami. Dia dan abang dia ada buat Pakej Tour Lake Malawi. Pakej yang ditawarkan berharga RM65.00 seorang. Agak murah dari apa yang aku baca dari internet. Yang menarik pakej ini adalah untuk sehari penuh dan boleh ikut pukul berapa nak pergi dan pukul berapa nak balik.
Harga Package Termasuk:
1. Pergi dan balik ke sebuah pulau di kawasan Lake Malawi ini dengan sebuah bot.
2. Snorkeling di pulau berkenan dan barang snorkeling dia mereka akan sediakan.
3. Lunch disediakan dan mereka akan masakan ditempat kami main snorkeling.
4. Ikan bakar adalah menu utama dan boleh buat pilihan untuk makan nasi, kentang atau roti.
5. On the way balik akan bawa pergi ke satu kawasan untuk tengok Eagle Hawk sambar ikan dari depan boat.
| Sambil mandi sambil tangkap ikan di kawasan jeti. Ikan memang banyak. Tangkap ikan guna baju dengan tabur roti. Boleh buat menu untuk lunch nanti 😄. |
| Ketam ni pun entah macam mana ikut masuk dalam baju juga. Kami lepaskan semula sebab kecil dan tak tahu boleh makan atau tidak 😅 |
| Waktu masih awal pagi lagi dan matahari pun dah mula naik sedikit demi sedikit. |
| Guna baju tshirt - ikat lengan dan tabur umpan roti. Ikan masuk terus angkat. |
| Antara yang masuk dalam baju. Ikan kan sini semua berwarna warni. Cantik 😉. |
| Hasil untuk 5 minit pertama. Boleh la setakat main-main sambil mandi. Yang besar kita simpan dan yang kecil kita lepaskan. |
Pagi 9 April 2012 - Bila bangun pagi baru dapat tahu khemah kami hanya beberapa langkah sahaja dengan air tasik. Subahanallah memang cantik sangat-sangat pemandangan di sini. Amik wudhu' dan solat subuh berjemaah dalam khemah. Lepas solat subuh baca yasin berjemaah. Kemudian duduk tepi tasik kami menikmati pemandangan matahari naik.
Pemandangan di sini seperti melihat laut yang terbentang luas. Dengan alunan ombak kecil di tepi tasik. Belum habis matahari naik meninggalkan waktu syuruk. Kami dah pun terjun tasik yang. Hampir dua jam kami bermandi manda sehingga pukul 9.00pagi. Sempatlah main tangkap ikan yang banyak di sini.
| Jom naik bot untuk Pakej Tour Malawi Lake yang berharga RM65.00 seorang. Dan yang seronoknya pakej ini hanya untuk kami berempat sahaja 😄. |
Selesai main air dan tangkap ikan bagai. Kami bersiap-siap untuk menaiki bot untuk pakej tour dari Daud dan abang beliau. Pukul 10.00 pagi kami naik bot dan lewat petang baru kami pulang semula ke khemah kami. Sebab Daud kata once dengan mereka nak balik pukul berapa pun boleh. Memang terbaik 👍.
| On the way to that island with Daud, his brother and his friends. |
| Aku dengan Anas atas boat menahan kepanasan dari membakar kulit.. tak nak jadi hitam :P |
| Punggah barang dari boat dulu... baru boleh snorkling.. |
| Snorkling di salah satu pulau @ Malawi Lake. |
| Air memang jernih sangat-sangat.. |
| Jom terjun ... 6 meter dalam pun boleh nampak dasar lagi.. |
| Macam air laut kan? itu lah keindahan di Lake Malawi.. |
| Lunch nasi, ikan bakar, kuah sup tomato dan sayuran segar.. |
| Menikmati keindahan di pulau ni untuk saat akhir sebelum pulang.. :D |
Petang tu kami balik terus mandi2 then siap2 nak pi jalan2 kat Pekan Monkey Bay.. saja nak cari apa yang boleh di beli.. sambil shopping tu ternampak perkataan masjid.. so apa lagi la masuk la.. jemaah baru abis solat asar berjemaah.. dan kami masuk buat solat tahyatul masjid dan jama' asar & zohor.. then borak2 dengan orang masjid.. Alhamdulillah seronok jumpa orang islam kat kawasan ni.. siap boleh cerita kedatangan Tabi'i ( Tabi'i ialah golongan orang yang sempat melihat para sahabat Rasulullah ) datang sampai malawi.. sebarkan islam..
Eaglefish Menyambar ikan yang di baling..
|
| Bergambar bersama-sama setelah pulang. |
| Bersiap sedia.. nak pi pekan.. :D |
Oleh di sebabkan orang masjid terlalu baik pada kami.. Imam masjid mengajak kami untuk bermalam di masjid sahaja.. tak perlu bayar pape.. boleh buat ittikaf sekali hehehe :P.. dan tak perlu bayar mahal2 pada Mufasa Lodge.. nak tolak tak sampai hati.. dan lagi pun kami hanya book satu malam jer dengan Mufasa Lodge.. sebelum Magrib kami dah check out dari Mufasa Lodge.. dan angkut beg untuk stay di perkarangan masjid..
| Bergambar bersama di hadapan Islamic Information Bureau. |
| Sheikh Farajullah memberi penerangan berkenaan islamic center ini. |
| Di bawa ke dewan bacaan kitab2 islam.. |
So first malam di Mufasa Lodge Second malam di masjid.. Malam Ke-3 kami beransur untuk pulang.. dan cadangan yang mereka beri. kalau nak ke Border Zimbabwe kene bertolak malam ni juga.. kalau tolak esok akan smpai border tengah malam esok.. so atas nasihat orang kampung malam tu juga kami bertolak amik bas kol 2.30 pagi.. memang betul sampai Bandar Blantyre dah pukul 1.00 petang.. 10 jam lebih perjalanan.. ticket bas K 1550.00.. 450 km lebih juga.




