Monday, 18 May 2015

Ceria Sehari di "The Lost World of Tambun" - Perak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua..

Alhamdulillah dapat update jugak aku pada pagi isnin ni.. Just nak update sket, weekend baru ni aku berkesempatan untuk menziarahi saudara di Ipoh, Perak.. Perjalanan ke Ipoh dari KL mengambil masa hampir 3 jam kerana kesesakan dari KL menuju ke Sungai Buloh..

Aku bersama isteri dan anak saudara ku (Bang Chik) berumur 20 tahun yang menuntut di KPTM.. By the way rumah sedara aku ni ialah parent kepada Bang Chik ni.. Nenek kepada Bang Chik ni (Kami panggil Wa) dengan Mak aku adalah sepupu.. so pangkat aku adalah selevel dengan parent Bang Chik ni.. panjang lak intro ni hahahahaa.. :P


We here guys... Let's Rock and Roll hahahaha.. :P
Terlebih excited di pintu masuk Lost World of Tambun.. 

Plan ke Lost World of Tambun ni adalah idea isteri aku.. Well nama pun suami kan kene lah ikut jer nak bagi isteri senyum selalu yer dak? hahahaa.. Hari Sabtu 16/05/2015 kami berempat.. Kali ni adik Bang Chik - Bang Teh pun ikut sama nak jelajah Lost World of Tambun.. 



Bayaran Masuk

 - Adult RM56.00
 - Children RM49.00
 - Kanak-Kanak di bawah ketinggian 90 cm adalah percuma.
 - Lost World Hot Spring & Spa RM 24.00

Waktu Beroperasi

Isnin - Jumaat 11.00 am - 06.00 pm
Sabtu - Ahad 10.00 am - 06.00 pm
School and Public Holidays 10.00 am - 06.00 pm
(CLOSED every Tuesday except School and Public Holidays)

Lost World Hot Spring and Spa (Opened Daily) 06.00 pm - 11.00 pm
Crystal Spa 03.00 pm - 11.00 pm
(Except on Tuesday 06.00 pm - 11.00 pm)

Lost World of Tambun Direction

Take The North - South Expressway and head for Ipoh, Perak.Take the exit The Lost World of Tambun and follow signboard  for 5 minutes to Lost World of Tambun. Lost World of Tambun is located on the right just after passing Giant Hypermarket.


This area i like the most.. Lost World Ipoh Street :D
Keadaan Ipoh pada satu masa duhulu.. Tempat makan pun boleh rendam kaki..
Jom menuju ke pantai buatan yang berombak ni :D
Tempat utama ialah main air wiihooooo..!!!! Tempat Bola Tampar pun ada..

Masa nak beli tiket di kaunter.. Akak kaunter tu kata ada buat Kad Members Club tak? kalau encik ada buat akan ada potongon diskaun sebanyak 15% dari harga asal.. Rupa2 nya pada hari kami datang ni memang ada beberpa staf yang sedang mempromosikan Kad Members Club secara percuma dan keahlian adalah seumur hidup tanpa bayaran.. :D

Isi borang.. Dapat kad.. Beli tiket.. Dan kami pun masuk.. Oh lupa nak inform kat sini ada security check di pintu masuk yer.. Antaranya makanan dan minuman dari luar tak dibenarkan masuk.. Barangan membahaya pisau, pistol dan seumpanya.. Alhamdulillah kami tidak mempunyai apa-apa masalah.. Datang nak main air bawa tuala sudah la kan hahahaa.. :P


Hot Spring and Spa.. Bila siang tak ramai orang sebab air panas..
Tapi Kalau malam sini lah tempat orang cari..
Reflexology.. Mengurut kaki katanya.. Kalau tahan panas air 40 degree  sila la berjalan2 di sini..
Salah satu dari dua gelongsor air.. Kecut perut hahahaa :D
Yang ni pun awesome.. Jom main hahahahaa :D
Orang perempuan kalau tak menjerit memang tak sah kan hahahaa :D

The Lost World of Tambun ni aku suka sebab tempat ni bukanlah semata2 tempat untuk bermain air di Lost Wolrd Water Park dan Porcupine Trail.. Ada banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya Lost World Swan Lake kita boleh bagi ikan makan, berkayak dan menganyuh bot berbetuk swan..

Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu.. Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre mini zoo yang agak unik sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan Lost World Tiger Valley ada aksi haiwan yang jinak menghiburkan hati..


Pemandangan yang indah di Lost World Swan Lake :D
Lost World Swan Lake
Lupe's Adventure.. Perak's 1st Roller Coaster Ride..
Lost World Amusement Park

Lost World Amusement Park yang terletak disebelah kanan dari entrance mempunya lebih dari 4 permainan dan boleh menaiki kereta api untuk menjelajahi hampir semua tempat di sini.. Di sini juga terletak sebuah rumah hantu "Hunted Chambers" dan ini adalah satu2nya tempat yang kita perlu bayar kalau nak masuk.. Tapi kira okay la rumah hantu berbaloi dengan RM10.00 perperson yang kita bayar.. Kat sini Bang Chik menjerit2 melatah hahahaha :P

Di sini juga terletak Perak's 1st Roller Coaster Ride iaitu Lost World Lupe's Adventure.. Not so bad la i think ibu mengandung pun boleh naik kot hahahaa.. it's so fun for semua ketegori umur dalam ahli keluarga.. takde pun sampai kepala bawah kaki atas hahahaa.. Once you ride it dia akan buat dua pusingan.. awesome la kan :D

Antara facilities lain yang disediakan toilet, shower tempat salinan pakaian, food court tapi mahal giler!!!.. Sampai air mineral 500 ml RM 4.50.. Surau ada terletak di bahagia kiri berdekatan dengan tempat persalinan pakaian maka jangan leka bermain sampai tak solat yer..


Restoran  di sebalik gua memang menarik perhatian :D
Antara haiwan yang telah dijinakan.. Memang pandai beraksi..
Hunted Chambers, Kepura Cave, Tiger valley dan Tin Valley..

By the way.. Kat sini ada satu tempat makan yang memang awesome sebuah restoran separuh gua.. Terletak di antara Tiger Valley ke Tin Valley.. Lepak minum kopi sambil makan roti bakar pun dah okay just layan panorama yang memang awesome kat situ.. Make sure you try it..!!!

If korang nak sewa tube hijau yang besar kat Lost World ni lebih baik fikir terlebih dahulu.. sebab di sini bukan nyer semua benda nak main air.. Tempat ni besar sangat kene explore berjalan dengan kaki.. Tak kan nak usung tube tu sana sini kan.. Pendapat aku explore dulu tempat ni dah habis jelajah dah penat baru lah terjun dalam air.. pape pun Lost World of Tambun memang enjoy..!! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...