Sambungan Dari
Jelajah Miri Part 4 : Muzium Petroleum - Sunset Di Canada Hills - Pasar Malam Ria Saberkas
Assalamualaikum..
Seawal pagi lagi Pak Man dan Lynn dah bawa aku naik kereta.. jauh jugak perjalanan untuk makan breakfast kali nie.. destinasi kami ialah Mee Jawa Kampung Pulau Melayu.. Lynn kata nak makan sini kene datang awal.. kalau lambat confirm habis.. memang betul sebab kami memang second last customer.. padahal baru pukul 9.45 pagi..
.JPG) |
| Ini lah kedai makan Mee Jawa Kampung Pulau Melayu.. |
Kedai Makan Mee Jawa ini dari sudut pandangan aku seperti di usahakan oleh sekumpulan makcik2 dari kampung ini.. Mereka hanya membuka untuk sarapan pagi.. memang penuh setiap hari mahu pun hari kerja.. Apa2 pun make sure jika nak datang.. anda datang pada warung yang betul.. maklum la bila dah popular ni.. warung lain nama nak sama pun tumbuh macam cendawan..
 |
| Mee Jawa dengan Kepak Ayam Goreng Tepung.. Terbaikk.. :D |
Menu utama semestinya Mee Jawa.. dan yang kedua famous ialah Kepak Ayam Goreng Tepung.. memang sah orang Miri suka makan kepak ayam hahaa.. Sepinggan mee jawa RM 5.00 dan seketul chicken wing ialah RM2.50.. tapi aku rasa 2 makanan ni jer ada kat sini hehee.. tapi pape pun terbaikk mee jawa makcik2 nie..
Lepas makan mee jawa kami terus berjalan2 ke beberapa Mall yang ada di sekitar Bandar Miri ni.. antaranya MYY Mall, Merdeka Mall Miri, Boulevard Mall dan Bintang Mall.. masa ni la sempat aku beli fridge magnet dan hantar poskad.. dan benda paling aku nak beli ialah bubu ikan.. sebab aku minat benda ni dari kecik lagi hahahaa.. tapi perjalanan masih jauh.. tunggu la kalau ada jumpa di Sabah nanti baru aku beli..
.JPG) |
| Bintang Mall.. Antara mall yang baru di Miri.. macam2 ada.. :D |
.JPG) |
| Ini lah Bubu Ikan yang aku nak beli sangat :P |
Lepas kami jalan-jalan di beberapa mall.. Lynn dengan Pak Man ajak aku lunch di Singapore Chicken Rice - SCR.. Makanan famous di SCR ni ialah nasi ayam.. dan yang lebih menyelerakan ialah ayam boleh pilih untuk yang kukus atau roasted.. dan semestinya ayam roasted.. nasi sama jer macam nasi ayam di tempat lain.. but ayam dia rasa sedap special lain sket..
Tadi pagi makan breakfast lambat.. ni dah makan lunch pulak.. Habis makan lunch.. kami meneruskan perjalanan ke mall yang lain.. nampak gaya Lynn dengan Pak Man berbelanja lebih dari aku hahaa.. macam aku pulak yang bawa mereka jalan2.. dah terbalik huhuu.. aku bab2 nak bershopping ni memang la kureng sket.. ikut orang pi shopping ok boleh.. :D
.JPG) |
| Ice Lemon Tea with Soya Milk Cincau.. |
.JPG) |
| Ini lah Mee Kolok Daging Goreng.. |
.JPG) |
| Set Nasi Ayam Kukus.. Nampak biasa jer kan.. tapi Ayam dia memang A..!! |
Jam menunjukan baru pukul 3.00 petang.. Pak Man kata lepas ni nak pi mana lagi.. aku jawap tak tahu sebab target aku cuma
Gua Niah, The Grand Old Lady dan few attraction di dalam Bandar Miri sahaja.. tiba-tiba Lynn kata kalau kita pi
Taman Negara Bukit Lambir sempat nie.. sebab tutup pun pukul 5.30 petang..
Dari Miri hanya 32 km untuk ke Lambir Hills National Park.. memang tak jauh mana.. Yang best sangat di Lambir ni ialah ada nya bebarapa air terjun dan boleh bermandi-manda dan picnic di beberapa lokasi yang di benarkan.. ada sesetengah air terjun tidak di galakan untuk bermandi.. Dan antara air terjun yang famous ialah - Latak Waterfall, Pantu Waterfall, Pancur Waterfall, Tengkorong Waterfall, Dinding Waterfall..
.JPG) |
| Akhirnya sampai juga di Taman Negara Bukit Lambir.. :D |
.JPG) |
| Kaunter Pendaftaran.. RM10.00 Adult |
.JPG) |
| Melalui titi ini untuk memulakan perjalanan.. |
Tapi nasib tidak menyebelahi kami.. bila kami sampai pukul 3.40 petang di kaunter nak bayar entrance.. kakak tu kata tak boleh masuk.. sebab waktu terakhir untuk masuk ialah 3.00 petang.. sebab untuk sampai ke point pertama akan amik masa setengah jam.. pergi balik dah 1 jam.. itu tak masuk lagi aktiviti nak picnic or mandi.. dan lagi2 kalau yang suka amik gambar memang tak cukup masa..
Taman Negara Bukit Lambir nie rupanya tutup pukul 5.00 petang.. walau kami merayu pada akak kaunter tu tetap tidak membenarkan tapi cara dia beritahu kami pun baik dan sopan.. dan ayat terakhir dia kata.. " mungkin akak boleh bagi kamu masuk.. tapi kat dalam ada ranger.. mesti kantoi jugak.. dan akak jugak yang kene nanti "..
.JPG) |
| Berhenti di Sungai Liku sebab tengok air yang jernih dan bersih.. |
.JPG) |
| Dengan tak sengaja trekking sket tepi sungai ni.. ada cetak ada dalam.. |
.JPG) |
| Jom redah sungai.. |
.JPG) |
| Lynn cuba menangkap udang2 yang bermain.. |
On the way balik Miri.. kami singgah di Sungai Liku sebab keadaan sungai yang jernih.. susah nak jumpa sungai air jernih dan yang tiada buaya di Miri ni hehee.. Banyak pulak udang dan ikan bermain walau di kawasan cetek.. part yang dalam tak berani pulak nak redah hahaha.. still terbayang-bayang wajah bujang senang.. :P
.JPG) |
Singgah di Masjid Darul Ehsan Piasau Jaya untuk bersolat.. Boleh tahan juga hebat nyer masjid2 di Miri ni.. Alhamdulillah.. :D |
Sebelum pulang kami bertiga singgah makan malam di The Bulatan Cafe.. makanan utama di sini ialah Mee Kolok.. ada Mee Kolok Goreng Ayam / Daging.. Mee Kolok Sup.. macam2 ada.. dan rojak Miri.. tak tahu la rojak ni special di Miri atau dia saja bagi nama Rojak Miri..
.JPG) |
| Mee Kolok Goreng Ayam.. |
.JPG) |
| Mee Kolok Sup Ayam |
.JPG) |
| Rojak Miri.. |
Hari ni memang mission nak jalan-jalan dan makan.. makanan di Miri memang sedap2.. kalau datang Miri jangan lupa cuba sebanyak makanan yang ada di sini.. tak rugi.. biar menyesal makan jangan menyesal tak makan hehehe.. Okay.. ini hari terakhir aku di Miri, Sarawak.. insyallah esok akan bertolak ke Brunei Darus Salam.. Harap semua akan berjalan dengan lancar..
Dan tak lupa juga nak mengucapkan selamat tahun baru untuk semua rakan2 bloggers, followers dan readers.. moga azam untuk tahun 2013 semua nyer tercapai.. dan memulakan azam yang baru untuk tahun yang baru.. insyallah akan terus memajukan diri dalam dunia pengembaraan.. hope to see u all next year :D
Entry Jelajah Miri Yang Lepas - Sila Klik Link Di Bawah :