Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Jom baca kisah seterusnya di bumi Aussie ini. Selepas kecewa tak dapat nak bermain bersuka ria di Sand Dunes, Lancelin. Akibat cuaca yang tidak menentu. Maka kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama yang menjadi tumpuan bagi setiap orang yang datang ke Perth iaitu The Pinnacles Desert yang terletak di dalam Nambung National Park.
Ianya terletak sejauh hampir 80km dari Pekan Lancelin tadi atau lebih 200km dari Bandar Perth. Jarak pemanduan yang sepatutnya memakan masa satu jam untuk sampai ke destinasi menjadi lebih dari sejam sebab kami masih lagi berhenti beberapa kali di mana sahaja tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik dan menawan.
 |
| Syukur at last sampai juga kami di sini pada hari kedua di Australia. |
 |
| First word adalah Subahanallah sangat menakjubkan. |
Entrance masuk ke Nambung National Park yang kami bayar adalah AUD 12.00 per car untuk kami berlima (AUD 17.00 pada tahun ini 2024). Tiada bayaran per person yang dikenakan jika kita hadir dengan sebuah kenderaan yang memuatkan kurang dari 12 orang. Sekiranya lebih dari 12 orang dalam sebuah kenderaan maka bayaran yang dikenakan adalah AUD 8.00 per person. Dan AUD 10.00 dikenakan untuk sebuah motosikal bersama penumpangnya.
 |
| Boleh juga beli entrance fee dari official website Nambung National Park. |
 |
| Jarak perjalanan 80km dari Lancelin ke Nambung National Park |
Disarankan untuk menaiki kenderaan untuk masuk ke Nambung Nature Reserve ini kerana tempat yang terlalu luas untuk di explore. Kita boleh drive hampir ke semua tempat dan most attraction yang pengunjung heading mestilah ke arah Pinnacles. Tapi ada pengunjung yang masuk dengan berjalan kaki. Ntah hahahaa..
 |
| Here we are at Nambung National Park :D |
 |
| First half hour memang excited sampai terloncat-loncat :D |
 |
| Minimum spend masa at least 1 jam di Nambung National Park ini. |
Tiada haiwan peliharaan dibenarkan masuk dan pengunjung mestilah meninggalkan Nambung pada pukul 9.00 malam. Ada beberapa tempat tertentu yang dibenarkan untuk melakukan aktiviti camping tetapi ianya terletak di luar kawasan Pinnacles. Respect Quiet Hour adalah dari pukul 10.00 malam sehingga pukul 6.00 pagi.
 |
| Suka si Atiyya berlari sana sini. Tempat yang sesuai nak main chak chak hahaha.. |
 |
| Okay jom kita jalan santai-santai di Desert View Walk Trail. |
 |
| Boleh nampak kayu basah. Nasib la waktu kami datang tak hujan macam di Lancelin. |
Fakta menarik - Sebenarnya ada beberapa lokasi "Pinnacles" di serata dunia ini dan keadaan serta bentuk mungkin berbeza di setiap lokasi. Dan dari segi saiz pun ia berlainan ada yang besar dan tinggi dan kecil cute seperti di Australia ini. Cuma bagi aku di Nambung National Park, Western Australia ini adalah yang paling mudah di access berbanding beberapa Pinnacles lain di seluruh dunia.
 |
| Try ambil gambar panorama pinnacles yang tak menjadi dari view walk trail ini. |
 |
| Trail yang well maintain oleh pihak Nambung National Park. |
 |
| Nasib la datang waktu musim sejuk. Boleh la nak bergambar dengan tenang :D |
Dan yang lebih menarik adalah di
Malaysia pun wujudnya Pinnacles ni. Korang tak tahu ke? Yang paling famous adalah
Gunung Mulu National Park di Sarawak. Yer di situlah terletaknya Pinnacles. Tapi kenapa ianya tidak begitu popular di kalangan rakyat Malaysia sendiri? Jawapan mudah ialah access untuk sampai ke Mulu Pinnacles adalah terlalu susah dan mahal. Ini termasuk memerlukan anda pengambil penerbangan khas ke Mulu, Sarawak.
 |
| Gunung Mulu National Park, Sarawak - Sumber dari Google. |
Pakej tour yang disediakan hanyalah dari Jabatan Gunung Mulu National Park itu sendiri. Dengan minimum masa yang diperlukan adalah 3 hari 2 malam ianya termasuk guide, boat dan camping fee. Dan level pendakian untuk ke Mulu Pinnacles adalah amat sukar "Highly Risk" and extreme. Peserta berumur 16 tahun ke bawah tidak digalakkan untuk menyertai pendakian ke Mulu. Harga tour adalah RM455.00 (2024). Keterangan lanjut boleh visit ke website
Mulu Park.
 |
| Mulu Airport. Hanya MAS Wings sahaja yang beroperasi di sini. |
Oh ya.. Kenapa aku sebut Pinnacles yang paling famous di Malaysia? Ada Pinnacles yang lain ke di Malaysia? Jawapannya ya ada. Pinnacles kedua yang famous dan cantik adalah di Kampar, Perak. Korang tahu tak? hahaha.. Aku pun tak tahu. Masa buat reserch nak tulis entry ni baru aku tahu ada Pinnacles di Kampar hahaha.. :P
At this moment maklumat yang aku dapat adalah bahawa Pinnacles of Kampar ini sedang ditutup kepada pengujung untuk kerja-kerja penambahbaikan setelah ada beberapa kejadian yang tidak dingini telah berlaku. Harap-harap cepatlah ia siap dan dibuka semula kepada pengunjung. Dan yang penting tiada kenaikan harga entrance fee disebabkan kerja-kerja penambahbaikan itu huhuu..
 |
| Pinnacles of Kampar, Perak - Sumber dari Google. |
Antara Pinnacles lain yang popular di seluruh dunia adalah Pinnacles National Park di California, USA. Pinnacles of Red Granite, France. Giant Pinnacles of Al Ula, Saudi Arabia. Lena Pillar of Sakha, Russia. Tiba-tiba rasa macam nak pergi semua tempat-tempat yang best ni. Tapi nak kena pergi Pinnacles of Kampar dulu ni. Ada yang dah pernah pergi ke? Share sikit pengalaman korang di ruangan comment di bawah :D
 |
| Lena Pillars at Siberia, Russia - Sumber dari Google |
Maka conclusion yang aku dapat masa buat entry ini adalah The Pinnacles Desert di Western Australia ini adalah yang paling cute dan paling mudah untuk semua orang datang berkunjung berbanding pinnacles di tempat lain termasuk la di Mulu, Sarawak.
Tapi sebenarnya boleh jer Government Malaysia naik taraf trail di Mulu tu untuk memudahkan pengunjung dan sekali gus boleh dijadikan antara destinasi utama di Malaysia. Dan boleh menjana pendapatan dari sektor pelancongan. Tengok macam mana China naik taraf kawasan Guilin kepada destinasi pelancongan dunia. Eh eh.. Macam aku pulak Menteri Pelancongan Malaysia.