Showing posts with label Part 7 : Masjid Cheng Hoo -Illusion House -ALTO Beach Cafe. Show all posts
Showing posts with label Part 7 : Masjid Cheng Hoo -Illusion House -ALTO Beach Cafe. Show all posts

Sunday, 21 January 2024

Pulau Batam Part 7 : Masjid Laksamana Cheng Hoo - The Illusion House - ALTO Beach Cafe

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia.


Setelah selesai berwisata ke Barelang Bridge dan makan tengah hari di Kelong Restoran Seafood Citra Utama 188. Pak Supir bawa kami ke kawasan wisata yang famous dan harus dikunjungi katanya iaitu Bengkong. Dari Barelang Bridge ke Bengkong kami menempuh perjalanan sejauh 30 km yang memakan masa hampir 40 minit. 

Welcome to Masjid Laksamana Muhamada Cheng Hoo - Golden City, Bengkong.
Once bila kita sampai di sini baru kita dapat lihat kenapa kawasan ini digelar kawasan wisata oleh penduduk tempatan kerana di sini penuh dan padat dengan attraction termasuk terdapatnya berpuluh-puluh cafe yang setiap satu mempunyai konsep tersendiri. 

Perjalanan dari Barelang Bridge ke Masjid Cheng Hoo di Bengkong.
Di Bengkong ini juga terletaknya banyak tempat-tempat yang menarik seperti Dino's Gate Park Batam, The Illusion House, beberapa buah Kilang Kueh Lapis atau juga dikenali sebagai Layer Cake Factory, Masjid Laksamana Cheng Hoo, Replika Kapal Laksamana Cheng Hoo, bermain sukan air Wakeboarding di Batam Wakepark. Terdapat sebuah tempat menarik untuk bergambar iaitu di Miniature House Indonesia. Dan di sini juga terdapat sebuah waterpark iaitu Oasis Waterpark Batam.   

Kecil dan Comel jer Masjid Cheng Hoo. 
Tempat pertama yang kami tuju setelah sampai di Bengkong adalah Masjid Laksamana Cheng Hoo. Kami berhenti di sini dan bersolat jama' takhir. Masjid yang telah dibina oleh seorang saudagar islam pada tahun 2015 ini adalah bagi memperingati Laksamana Cheng Hoo yang hadir dan singgah di tanah Batam atau di Kepulauan Riau pada tahun 1416 Masihi dengan membawa lebih 27 ribu anak kapal dalam ekspidisi beliau.

Laksamana Muhamad Cheng Ho / Zheng He

Muhamad Cheng Hoo (1371-1435M) seorang Laksamana Laut, Diplomat, Penggembara yang hebat dan juga seorang wira perang dari Negara China yang beragama Islam. Nama asal beliau ketika dilahirkan dalam sebuah keluarga islam ialah Ma He yang berasal dari Kunyang, Kunming, Yunnan. Dan kemudian diadoptasi nama Zheng oleh Maharaja Yongle.  

Ruang utama dewan solat Masjid Cheng Hoo.
Ruang solat untuk Muslimat di sebalik tirai.
Hiasan bahagian dalam kubah masjid ini.
Beliau adalah dari keturunan Sayyid Ajjal Shams Ad Din Omar seorang pegawai tinggi dalam Pemerintahan Empire Monggol dan juga merupakan bekas Governor Yunnan ketika awal pemerintahan Yuan Dynasty. Pada tahun 1381M pasukan tentera dari Ming Dynasty telah berjaya menawan Yunnan dari Empire Monggol dan ayah beliau Ma Hajji telah terkorban dalam peperangan antara Tentera Ming dan Tentera Monggol ketika berusia 39 tahun pada tahun yang sama. 

Lakaran Putera Zhu Di yang kemudian menjadi Maharaja Yongle.
Ketika berumur 10 tahun (1381M) beliau telah ditangkap oleh Tentera Ming dari pasukan Jeneral Fu Youde. Dan kemudian dipenjarakan dan di "castrated" ketika berumur di antara 10-14 tahun. Dan kemudian diletakkan dibawah perkhidmatan Putera Zhu Di seorang Putera Yan yang kemudian menjadi Maharaja Yongle.

Lakaran Laksamana Cheng Hoo dalam ekspidisi beliau menjelajah di lautan.
Disebabkan jarak umur Ma He dan Zhu Di adalah 11 tahun, ia membuatkan mereka menjadi rapat dan mendapat kepercayaan tinggi oleh Zhu Di. Dan dari situ mulanya perjalanan beliau menjadi laksamana yang hebat. Panjang cerita dia, seronok untuk dibaca tapi penat aku nak tulis sini, korang try google dan baca sendiri hahaha :D

Golden Layer Cake Factory

Selepas solat kami ke The Illusion House yang berada tidak jauh dari Masjid Cheng Ho. Dan di sebelahnya pula terletak sebuah kilang kueh lapis iaitu Golden Layer Cake. Katanya Pak Supir kalau beli di kilang lebih fresh dan sedap sebab ia baru dibuat kalau di luar belum tentu kesegarannya. Namun setelah kami tengok harga terus macam "Eh tak apa la kot, kat Malaysia pun ada, tak yah la beli" hahahaa.. Mahal yang amat :P

Jenis-jenis Kek Lapis yang ada di sini by Golden Layer Cake.
Pandai dah sekarang minta amibil gambar di Instagram section :D
Namun dari taster yang diberi memang sedap bangat kek lapis di Golden layer Cake ni. Cuma tak sanggup bila tengok harga kek lapis di sini. Untuk flavour Cinnamon dan Original berharga IDR275,000/RM83.00 sekotak. Dan yang lain berharga IDR315-365,000/RM95-110.00 sekotak untuk flavour seperti Chocolate, Mocha, Pandan, Prune, Nutella dan Cheese. Besar kek lapis dalam satu kotak menyerupai 4 kek lapis yang dipotong panjang yang biasa dijual di Malaysia tu.

Pak Supir kata kalau di waktu weekend orang ramai di sini.
Harga yang tak mampu bagi aku hahahaha... tengok sambil makan taster jer la :P

The Illusion House

Dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Beralamat di Golden City Blok K, No 4-5-6, Tanjung Buntung, Bengkong, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia. Harga tiket masuk untuk kanak-kanak (3-10 tahun) dan senior citizen adalah IDR40,000/RM12.00 per person dan harga untuk adult (11-64 tahun) adalah IDR80,000/RM24.00 per person.

Welcome to The Illusion House - Golden City, Bengkong.
Terdapat 3 section dalam The Ilusion House ini iaitu Up Side Down House, The Illusion Museum dan Trick Eye & Trick Arts. Jika anda seoranag yang suka bergambar berkemungkinan akan spend hampir 1 jam di dalam Illusion House ini. Kami spend masa tak sampai 25 minit hahahah sebab handphone tertinggal dalam beg dalam kereta supir. Makanya memory hanya di mata kami tak boleh nak share di sini :D

Silap masuk tak bawa handphone. Kita amik gambar di luar sahaja.

ALTO Beach Cafe 

Disebabkan terlalu banyak cafe di sini maka aku dengan wife decide nak mencuba salah satu café dan lagi pun sekarang ni jam hampir menunjukkan pukul 4.45 petang so its our coffee time. Aku pun tanya dengan Pak Supir di sini mana cafe yang best. Pak Supir pun kata ada satu cafe dekat pantai. Cantik dan ramai orang pergi sana lagi-lagi bila waktu malam.

Cantik kawasan di ALTO Beach Cafe ini.
Waktu malam okay la kot. siang-siang ni tengah panas idok ler teman nak duduk bakar kulit :P
Maka kami pun naik kereta dan bergerak ke ALTO Beach Cafe. Terletak agak jauh di hujung dan agak luar dari kawasan wisata Bengkong ini. Tempat yang cantik memang best dengan angin laut yang bertiup dan ia berkonsep open air. Namun bila diperhatikan dalam beberapa second aku rasanya macam tak sesuai untuk kami sekeluarga apatah lagi ada anak kecil.

Memang cantik dan santai di ALTO Beach Cafe ni.
Cafe ini lebih kepada Bar and Pub dengan jualan arak secara terbuka. Bila baca balik nama dia rupanya ALTO Beach Cafe & BAR hahaha .. Patut la.. Si sulung Atiyya 8 tahun tu terus cakap "Ayah sini tak halal la ada jual arak". Aku pun tanya Pak Supir.. Pak ini tempat tak halal ini hahaha. Terus Pak Supir kata jom cari cafe lain. Terus aku macam aaa Pak Supir ni ok ke tak hahaha.