Thursday, 15 January 2015

Jordan Part 6 : Ziarah Lokasi Ashabul Kahfi - Kisah 7 Pemuda Di Dalam Gua

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia..

Sambungan dari Jordan Part 5: The Hidden Secret in Lost City of Petra (UNESCO)

Syukur alhamdulillah dapat juga aku sambung entry di Bumi Anbiya' Jordan ini. Kali ini aku nak kongsi dengan pembaca semua untuk melihat salah satu keajaiban seperti mana yang diceritakan di dalam Qasasul Quran perihal 7 pemuda yang ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. dan lebih mashur di kenali "Companions of the cave".

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak 7 km dari Bandar Amman. Kawasan ini pada ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Bergambar bersama Ustaz Mursyid dan Ustaz Arif Amin.
Terdapat kawasan peninggalan sejarah di sekitar Gua Ashabul Kahfi.
Inilah pintu masuk ke dalam Gua Ashabul Kahfi
Keadaan di dalam Gua Ashabul Kahfi - Amman Jordan.
Firman Allah; “Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni gua) dan ‘ar-raqiim’ (anjing mereka) termasuk antara tanda-tanda-tanda kekuasaan Kami yang menakjubkan? (Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”. (al-Kahfi: 9)

Secara ringkas menurut ahli sejarah - Kisah Ashabul Kahfi bermula di sebuah negeri yang bernama Asfus yang diperintah oleh raja kafir yang zalim iaitu Diqyanus. Terdapat beberapa riwayat mengenai kedudukan Negeri Asfus antaranya Jordan, Turkey dan Syria.

Raja memerintahkan semua rakyatnya menyembah berhala atau berdepan dengan seksaan hingga boleh mati dibunuh. Hanya tujuh pemuda ini sahaja yang teguh dengan iman mereka kepada Allah Taala melarikan diri ke dalam gua bagi membolehkan mereka terus beriman kepada Allah yang berlandaskan ajaran islam dari Nabi Isa a.s.

“Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”. (al-Kahfi: 13)

Diriwayatkan telah dibina sebuah masjid berhampiran kawasan gua ini
pada zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik Bin Marwan dari Kerajaan Umayyah.
Kesan peninggalan tapak sebuah masjid yang dibina ratusan tahun dahulu.
Selepas 300 tahun lamanya. Raja yang memerintah telah pun bertukar ganti dan kembali kepada agama yang menyembah Allah tetapi raja mempunyai masalah bagi membetulkan aqidah rakyat yang telah lama dipesongkan oleh raja yang terdahulu. Sehinggalah pemuda di Gua Ashabul Kahfi ini di bangkitkan semula oleh Allah.

Perbicaraan antara mereka setelah bangun dari tidur "Mungkin kita telah tidur lebih sehari atau dua" kata seorang dari mereka. Setelah bangkit mereka mula mengatur langkah seterusnya dan memilih antara mereka untuk membeli makanan di pasar.

Keadaan dan suasana dalam Gua Ashabul Kahfi.
Beberapa peralatan yang digunakan oleh 7 pemuda Ashabul kahfi masih tersimpan.
Tatkala membayar makanan yang dibeli oleh salah seorang dari mereka. Peniaga tersebut dengan tiba-tiba marah kerana duit yang dibayar sudah tidak lagi diguna. Ditangkap dan dibawa menghadap raja pada ketika itu. Setelah disoal siasat kerana pada mulanya disangka bahawa mereka mencuri harta warisan lama yang di simpan di dalam istana.

Dalam pada masa yang sama raja terkejut setelah mendengar cerita semua pemuda ini. Dan memberitahu bahawa yang zalim itu adalah raja yang dahulu 300 tahun yang lepas dan keadaan sekarang berubah. Raja sangat gembira dan menghimpunkan rakyat dan memberitahu akan kebesaran Allah mengenai 7 pemuda ini bagi mengembalikan aqidah rakyat.

Nama bagi 7 pemuda itu adalah seperti berikut mengikut salah satu riwayat dari para ulama :-
1.Maksalmina 2. Tamlikha 3. Martunus 4. Bainunus atau Nainunus 5. Sarbunus 6. Dzunuanus 7. Kasyfitatanunus
Bersama mereka terdapat seekor anjing bernama Qitmir yang mengekori mereka.

Sebuah masjid baru yang telah dibina bersebelahan Gua Ashabul Kahfi.
Pengunjung harus menutup aurat disebabkan ia terletak dalam kawasan masjid.
Terdapat air mata air di sini untuk di minum secara percuma.
Telaga air yang telah dirawayatkan oleh Imam Al-Waqidi
(Meninggal pada tahun 208 Hijrah) dalam kitabnya Futuhat As-Sham.
Entrance Fee:- Tiada sebarang bayaran dikenakan. Walau bagaimana pun pintu sentiasa tertutup hanya pada waktu tertentu sahaja dalam sehari ia dibuka. Namun kadang-kadang atas permintaan dari pengunjung juga si pemegang kunci akan membukakan pintu Gua Ashabul Kahfi ini.

Masa datang ke sini kami memang bernasib baik sebab pintu sedang dibuka untuk pengunjung, lebih kurang jam 10:00 pagi kalau tak silap. By the way aku dah try search di internet untuk waktu ia dibuka tapi tak jumpa. Jika ada pembaca yang tahu boleh la share di ruangan komen di bawah yer.. thanks :D

Lunch kami selepas balik dari menziarahi Gua Ashabul Kahfi πŸ˜‰
Disebabkan cuaca yang teramat panas dan perut kami yang kelaparan. Kami decide untuk membeli makanan di luar sahaja. Dan akhirnya sepakat take away dari sebuah restoran seakan KFC di hadapan University of Jordan (tak pula ingat nama restoran tu πŸ˜…).

Pilihan kami adalah set 12 ketul ayam goreng bersama 6 soft bun, kentang goreng dan coleslaw. Bila tulis entry ini terasa rindu nak makan dengan ustaz-ustaz ni lagi.. Thanks for hosting me selama 10 hari di rumah korang di Amman, Jordan - Ustaz Mursyid, Ustaz Arif, Ustaz Farid dan Ustaz Hakim.. 😎

Bersambung Jordan Part 7 : Kenangan Tinggal Bersama Pelajar Malaysia Di Bandar Suweileh