Showing posts with label Part 3 : D'Angkasa - Perth Mosque - Four Season Hotel. Show all posts
Showing posts with label Part 3 : D'Angkasa - Perth Mosque - Four Season Hotel. Show all posts

Friday, 12 July 2024

Australia Perth Part 3 : D' Angkasa Restaurant - Perth Mosque - Four Points Hotel

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selepas selesai urusan kami di airport termasuklah urusan mengambil kereta sewa. Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Perth dengan jarak lebih kurang 20 km. Masa ni keadaan di atas jalan agak sesak sedikit sebab bertembung dengan mereka yang balik kerja. Ketika sampai di bandar waktu telah pun agak lewat petang dan kami terus mencari kedai makan halal atau kedai orang Malaysia. Sebab dengar macam ramai orang Malaysia buka kedai makan kat sini.

All Suite Perth - Recommended place to stay in Perth City.
Kami menghala ke All Suite Perth terlebih dahulu yang terletak di Victoria Ave nak tengok tempat yang kami akan stay selepas balik dari utara Perth nanti. At least dah tahu di mana dan tak ada la sesat atau terkial-kila mencari nanti. Accommodation ini terletak berhampiran dengan banyak attraction walking distance. Dan kemudian kami terus mencari makanan halal di kawasan sekitar sini.

Lebih kurang 500 meter sahaja kami boleh berjalan ke Perth Town Hall dan ke Hay Street Mall. Sebuah kawasan shopping terbuka. Datang pulak time winter memang seronok la berjalan merayau-rayau cuci mata. Kat sini boleh pulak Kak Ngah shopping handbag siap beli untuk mak dia lagi. Nak amik hati la tu sebab last minit baru bagitau nak pergi Perth hahahaa.  Ni kalau Kak Ngah baca habis la aku :P 

Jarak dari All Suite Perth ke Hay Street Mall  hanya 10 minit berjalan kaki.
Di hadapan Restoran D' Angkasa berdekatan dengan Hay Street Mall.
Kami singgah di sebuah restoran halal dimiliki oleh orang melayu iaitu D'Angkasa Restoran Malaysia. Ianya terletak di Unit 1, Clarence House, 566 Hay Street, Perth 6000. Boleh dihubungi di talian (08) 9325 1747. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi - 3.00 petang dan 4.00 petang sehingga 8.00 malam. Dan tutup pada setiap hari Isnin.

Sampai jer kami terus masuk ambil tempat duduk sebab perut memang dah kelaparan yang amat, dengan cuaca yang sejuk diluar. Kami pun order menu simple jer iaitu nasi goreng. Jangan terkejut tau sepinggan nasi goreng boleh mencecah sehingga RM30.00 tapi dalam currency sana baru AUD 9.00 gitu. Tetiba rasa macam ni last makan luar hahahaa..

Perkerja semua melayu. Lega dapat masuk kedai sebab kat luar sejuk ya amat.
Nasi Goreng Kampung dengan Nasi Goreng Pattaya. Aku masa ni makan sandwich.
Masa tengah makan kedengaran azan dari handphone menandakan telah masuk waltu solat maghrib. Masa nak bayar tu tanya dengan abang staff restoran yang berbangsa melayu tu. Dia kata nak yang dekat dan masjid cantik, pergilah ke Perth Mosque. Tak jauh dalam 1.5-2.0 km sahaja dari Hay Street Mall ni (Restoran ni berdekatan Hay Street Mall).

Kalau brother yang dalam gambar ni baca blog tolong pm aku yer hahaha..
Selepas makan di area Hay Street Mall, kita meneruskan perjalanan ke Perth Mosque.
Alhamdulillah selesai makan kami cepat-cepat terus ke Perth Mosque yang terletak 7 minit perjalanan dengan kereta sebab takut lambat. Sebab selesai solat isya berjemaah, pintu masjid akan ditutup. Lagi pun kami nak fresh up di masjid sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara. Syukur masa kami sampai waktu isya belum pun masuk lagi. Maka sempatlah kami fresh up terlebih dahulu. Dan kemudian join solat berjemaah.

Pada carian aku di Google Map. Restoran D' Angkasa di Hay Street telah ditutup dan telah berpindah ke tempat lain iaitu di Unit 8/72 Warton Rd, Huntingdale WA 6110, Australia.
Perth Mosque adalah sebuah masjid yang cantik dan ia adalah masjid tertua di Perth dan yang kedua tertua di Australia. Ia dibina pada tahun 1901-1906 di sebuah simpang jalan antara William Street dan Robinson Street di Northbridge. Walaupun jemaah dan pentadbiran di masjid ini bermazhab Hanafi tapi ia tetap menyediakan ruang solat dan bilik air yang sempurna untuk jemaah wanita.

Pada asalnya ia dibina di atas sebuah lot sahaja dan kemudian pembelian lot bersebelah telah dibuat untuk pembesaran masjid dengan jumlah keseluruhan sekarang sebanyak 4 lot (1,725.65 m²) yang telah dibeli pada tahun 1904 dengan harga pada ketika itu Australian Pound £680.00. Dan masjid ini telah diwaqafkan atau dimiliki oleh keturunan Afghan Cameleer Deen's Family.

Pemandangan Perth Mosque dari atas - Ihsan dari Google Maps.
Disebabkan aku datang ke masjid ini pada waktu sebelum isya' (dah malam). Maka semua gambar masjid ini aku ambil dari google kecuali beberapa keping gambar sahaja dari camera aku. Dan waktu ini tak berpeluang sangat nak ambil gambar sebab masing-masing sibuk nak fresh up diri. Dengan nak jaga si Atiyya lagi yang tak reti duduk diam. Sebab nanti selepas isya' masjid ini akan ditutup.

Keadaan Perth Mosque dari luar yang berada di persimpangan jalan.
Suka dengan konsep masjid ini yang mempunyai taman atau halaman berpokok di bahagian dalam kawasan dinding masjid. Kalau datang pada waktu siang mesti cantik. Tiba-tiba teringat masjid di Paris yang mempunyai senibina andalus. Ada kawasan terbuka yang dihiasi pokok-pokok di tengah masjid. Boleh baca sini entry berkenaan Grande Mosquee De Paris - Masjid Bersejarah Di Tengah Paris (clicks).

Pintu masuk berwarna hijau dan keadaan halaman di dalam selepas masuk pintu utama.
Dan kita kaan berjalan terus ke arah halaman di tengah-tengah masjid.
Bahagian dewan utama solat yang boleh memuatkan seramai 500 orang jemaah.
Semasa kami sedang sibuk dengan urusan masing-masing, kelihatan beberapa orang lelaki melayu yang aku assume adalah orang Malaysia datang menunaikan solat isya berjemaah. Tak sempat nak bertegur sapa sebab masing-masing nak kejar solat jemaah yang akan bermula beberapa minit lagi. Selesai solat, sementara aku tengah tunggu wife dengan kak ngah keluar dewan solat. Aku di sapa oleh orang Malaysia tadi.

Macam biasa la soalan.. Siapa nama? Bila sampai? Berapa hari di Perth? Tidur mana? etc. Lepas aku inform lepas ni nak drive ke arah utara Perth. Dia kata tak perlu la, bukan jauh sangat nak ke Pinnacles Dessert tu. Plus minus dalam 200 km sahaja. Lebih baik tidur sini (Perth City) dan esok pagi-pagi drive la ke sana. Sambil aku tersenyum mendengar sebab plan aku memang akan tidur dalam kereta sahaja untuk malam ini. Kalau driver tak larat berhenti jer la mana-mana.

Update : Alhamdulillah jumpa juga gambar bersama abang pilot ni :D
Rezeki dapat tidur Four Points Hotel by Sheraton di Perth :D
Disebabkan gaya aku macam nak juga drive malam ni. Tiba-tiba dia offer "Kalau nak, tidur jer hotel kami malam ni. Sebab kami berlima dapat bilik seorang satu. Kami bagi dua bilik, satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan."Aku tergamam sekejap. Malas nak ganggu privacy orang sebenarnya. Tapi dalam hati "Alhamdulillah rezeki" hahahahaa.. Tanpa buang masa kami pun drive follow diorang. Ingatkan hotel biasa sekali Four Points Hotel by Sheraton  kau.!!