Thursday, 30 January 2014

Malaysia Sosial Media Week 2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..


Ada dengar tak mengenai Malaysia Sosial Media Week 2014 ni.. untuk yang belum mengetahui mengenainya boleh la melayari ke website rasmi klik sini MSMW 2014..  ianya akan berlangsung dari 24th February - 1st March 2014 di Sunway Pyramid Convention Centre.. Pada yang berminat masih boleh berdaftar secara percuma di online..

ENGAGE, EDUCATE & ENTERTAIN Yourself ! Social media has dramatically altered the way we think and act. The manic pace it has set leaves most of us dumbfounded. Our annual Malaysia Social Media Week, with its august speakers seeks to demystify the world of social media. Having garnered a huge success from previous editions, this national conference connecting people regarding content and conversations on emerging trends in social and mobile media, unfolds yet another striking edition. 

MSMW’s theme “Engage, Educate & Entertain”, reflects the role of social media as a catalyst in stirring the cultural, political, economic and social development of a nation. The theme encourages thousands of individuals and organisations to project, orchestrate and execute original ideas- through social media. Wildly popular and happening, the third chapter of the Malaysia Social Media Week (MSMW) 2014 is no longer a mere event- it’s a movement!

Apa-apa pun yang aku nak sampaikan di sini ialah.. Blog Travel My Way ini telah dicalonkan di "Best Travel Blog Category" (klik).. Nampak di situ ramai blogger2 travel yang otai, yang hebat2.. dari kenalan mahupun yang belum di kenali.. Namun biarlah takdir yang menentukan.. jika ada rezeki di situ.. 

Terdapat "14 Category" kesemuanya yang di pertandingkan untuk WORLD BLOGGERS AND SOCIAL MEDIA AWARDS.. Bolehlah mengundi untuk blog kegemaran anda pada setiap bahagian.. Dan hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap ketegori yang dipertandingkan.. Pengundian akan bermula dari 1st February 2014 hingga 10th February 2014.. Sekian terima kasih :D

Monday, 27 January 2014

Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu Kianggeh

Sambungan Dari Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kemaafan ku pohon dari rakan2 blogger, followers dan readers.. di atas kelewatan dalam mengeluarkan sambungan entry Brunei ini.. Kesibukan dalam menerokai keindahan alam semula jadi di negara matahari terbit dan juga demam batuk ku yang teruk masuk hari ke-5.. 

Menyebabkan ku hanya memberi masa untuk badan ku berehat.. tanpa mampu mengarang tapi mampu buat blog walking huhuu.. Alhamdulillah hari ini batuk dan demam dah kurang maka aku cuba untuk membuat sambungan entry ini.. kalau tak berpuas hati faham2 la tengah sakit tak boleh nak mengarang dengan baik :D


Antara kampung air di Bandar Seri Begawan..

Okay la jom sambung cerita dari entry yang lepas.. Tidur di tempat mereka yang prihatin pada malam itu memang membuat aku nyenyak hingga kesokan pagi.. selepas waktu subuh dan setelah matahari naik dengan cerah.. ia menandakan waktu pagi yang baik bagi ku..

Faizal mengajak aku breakfast di restoran tempat beliau berkerja.. kali ni kedai dah mula beroperasi.. dan ramai pekerja lain.. for sure kene bayar.. tapi Faizal kata tak apa.. breakfast pun dia belanja.. makan Roti Canai Telur kuah Kari kambing dengan Teh Susu Panas..




Selesai sarapan Faizal menawarkan diri untuk bawa aku melawat kawasan sekitar.. tapi aku rasa cukup la dah menyusahkan dia dari semalam.. dan aku rasa mampu berjalan seorang diri.. dan Faizal suruh aku tinggalkan beg di tempat tido semalam.. tak payah la nak di bawa ke hulu ke hilir..

Tempat yang patut di lawati di sini ialah kampung air.. akan ada ramai pemandu bot kecil pelawa diri untuk menjadi tour guide ke kampung air berdekatan.. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan mereka boleh la menunggu mereka di sebelah Tamu Kianggeh di Sungai Kianggeh..


Keadaan kampung air yang bersih..
Boleh nampak Masjid Omar Ali Saifuddin dari sini..

Titi untuk ke rumah di kampung air ini..
Bot sebagai pengankutan penduduk di kampung air..
Sekolah Rendah (Biru).. Sekolah Agama (Brown)

Terdapat beberapa keunikan di kampung air ini.. menyebabkan aku teruja berjalan dan bersiar di sekitar kampung air ini.. lengkap dengan surau mahupan masjid.. ada dewan untuk orang ramai berkumpul.. ada juga kedai runcit.. dan sesetengah rumah terlalu cantik dengan hiasaan pokok bunga dalam pasu.. mahupun pokok buah.. seolah seperti kebun.. tak nampak pun macam rumah mereka di atas air..


Jangan sangka rumah mereka kayu semata-mata saja..
Aircond, Tingkap Tinted.. LCD Tv.. ada taman pokok pasu lagi tu..
Bersih dan tenang jer..
Rasa macam nak ketuk pintu nak masuk dalam rumah jer..
Kalau di atas jalan "Bus Stop".. tapi ni Boat Stop la jadi nya hahaa.. :D

Selepas aku jalan-jalan di sekitar kampung air ini.. aku terus ke Tamu Kianggeh.. sebuah pasar pagi.. macam-macam benda rare ada.. termasuk jenis ikan yang aku tak pernah nampak.. dan tak jauh mana pun berjalan kaki dari kampung air ini ke Tamu Kianggeh dalam 25 - 35 minit.. merentasi Masjid Omar Ali Saifuddin..

Selamat Datang Ke Tamu Kianggeh
Ada di antara penduduk datang dengan menaiki bot..
85 % keadaan sungai ini memang bersih.. 

Di Pasar Tamu Kianggeh ini ada sejenis makanan yang aku cari.. ianya sejenis pulut (mungkin) dibalut dengan sejenis daun.. memang famous katanya.. bila baca di blog orang lain memang ada sebut pasal makanan ni tapi lupa pulak nama nya.. dan lebih mengecewakan ialah satu pun makanan special ni tidak ditemui.. terus kempunan hahahaa..

Buah ni aku pun tak pernah jumpa :D
Teringin nak beli tapi payah nak bawa nanti..
Lauk mungkin bermakna ikan kot..
Ikan Salai original dari kampung.. terbaik:D
Ikan Batu Karang

Beras Bandal ??? 

Beras Pusu ???

Jika sesiapa yang tahu makanan yang aku maksudkan itu silalah share nama nyer di comment di bawah yer.. 

Okay Pasar Tamu Kianggeh ni adalah sebuah pasar yang tidaklah besar tapi amat menarik untuk berjalan-jalan.. ada orang kata ia hanya beroperasi di sebelah pagi hingga tengah hari.. ada yang kata sampai lewat petang.. apa pun selain pasar terdapat juga gerai makanan..


Tempat makan yang selesa di gerai makan sekitar Tamu Kianggeh
Harga BD 0.50.. mungkin nasi lemak kot
Nak apa.. mihun atau nasi lemak dan kuih muih semua ada..
Jika datang pada waktu pagi memang meriah dengan makanan  :D
Tepung Pelita versi Brunei..??
Warna dan rasa lain dari yang lain tapi janji sedap dan terbaik.. :D
Ini Tapai kot.. aku rasa la.. nak kata ketupat palas macam tak jer..

Dan di sini adalah satu-satu nya tempat di mana anda boleh jumpa fridge magnet Brunei.. dengan harga yang agak mahal iaitu BD 4.00 hingga BD 6.00 untuk satu.. apa boleh buat dah kata fridge magnet collector beli la satu.. sekadar cukupkan syarat huhuhuu.. Contineu Part 4..

Monday, 20 January 2014

Update of My Self January 2014 : Kansai - Osaka - Kyoto - Tokyo

Assalamualaikum..

Ohaiyo.. Selamat Pagi.. Harap semua sahabat bloggers, followers dan readers semua berada dalam keadaan sihat walafiat.. Memohon maaf di atas tidak meng"update"kan blog ini.. sebab sedang berada di negara matahari terbit - Jepun.. Insyallah once aku balik Malaysia akan habiskan final part untuk kisah Brunei dan entry kisah seterusnya..

Osaka Castle
Osaka Castle
Namba Street - Osaka
Doakan perjalanan aku selamat pulang ke tanah air bila masa nya nanti :D Nak tulis banyak2 memang tak ada masa yang cukup.. tapi tangan dan jari tetap gatal nak menaip kat blog ni hehehee.. k see u soon.. Arigato Huzaimas..  :D

Update 22 January.. Selepas jelajah Kansai - Osaka.. meneruskan perjalanan ke Kyoto.. dengan menaiki Willer Express Bus berharga JPY 500.00 atau MYR 16.50 - Harga untuk seorang.. dari Umeida Sky Building in Osaka to Kyoto Train Stain.. 



Konichiwa.. bersama pelajar sekolah Jr High School - Kyoto :D
Contoh kanak2 yang comel di Jepun :D
Contoh pakaian orang dewasa lelaki Jepun

Peace Museum - Osaka
Tokyo Trick Art Museum  -  Odaiba Island
Bandar Kyoto ni.. tak besar mana .. dan best sebab ia suatu kawasan yang agak aman dan orang di sini lebih lembut dari Osaka.. Dan paling best is should try rent a basikal.. to move around the city.. Interesting.. tapi kalau tak reti bawa basikal tak payah la  :P

Boleh sewa di kedai sewa basikal seawal pukul 9.00 - 10.00 am sampai 06.00 pm.. Dan harga adalah bermula JPY 800.00.. kalau lebih masa maka harga lain.. Dan juga bergantung dengan jenis basikal yang kita nak pinjam..  ok bye :D  


Monday, 13 January 2014

Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar seri Begawan

Sambungan Dari Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Perjalanan untuk ke Bandar Seri Begawan semalam terhenti seketika apabila Pak Man dan Lynn membawa aku berjalan-jalan di Kuala Belait sepanjang hari.. Maka hari ni barulah aku memulakan jejak untuk menaiki bas menuju ke Bandar Seri Begawan..

Menaiki Bas Bintang Jaya Express Sdn Bhd dengan harga RM 40.00 atau BD 18.00.. Bas ini hanya bertolak dua kali sehari pada pukul 8:15 pagi dan 3:45 petang.. di sebabkan bas pagi dah terlepas maka aku beli tiket bas pada pukul 3:45 petang.. yang bagus mengenai bas ini ialah walau pun hanya ada 9 orang penumpang mereka tetap bertolak tepat pada waktunya.. Bersih dan di jaga rapi serta service yang baik..


Ini lah Bas Bintang Jaya Express..

Wednesday, 8 January 2014

Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria

Assalamualaikum..

Aku nak minta maaf sebab ada beberapa kekeliruan.. semuanya bermula dengan internet yang tiba2 jadi sangat slow.. actually dah publish entry Brunei Part 1 pada pagi Isnin 6 January.. tapi "page not exist" pulak.. bila check di dashboard half of this entry hilang.. nak upload gambar semua tak lepas.. so tindakan aku ialah tutup laptop dan abaikan.. keseokan baru lah aku start balik mengarang dan upload gambar.. 

Okay sambung cerita.. Selama 5 hari berada di Miri Sarawak.. aku berpeluang berkunjung ke beberapa tempat yang menarik dan merasai makanan yang amat sedap dan menarik.. yang hanya boleh di dapati di Miri Sarawak.. Maka hari ini aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke Bandar Seri Begawan, Brunei dengan menaiki bas..


Selepas aku menyatakan hasrat.. Pak Man kata "Terus ke Bandar Seri Begawan ker..? Kenapa tak singgah di Kuala Belait dulu.." hurmm.. ada apa di Kuala Belait aku kata.. Pak Man kata kalau nak jom kita pergi hari ni.. alang2 hari ni free.. "Boleh ko tahu apa ada kat sana.. dari Miri ke Kuala Belait tak sampai 40 km pun.."


Jika anda ingin menggunakan pengangkutan awam.. Intra-City Public Bus menyediakan perkhidmatan sebanyak 5 kali sehari untuk ke Kuala Belait.. Anda hanya perlu ke Miri Bus Station di Jalan Padang.. menaiki bas hingga ke Sungai Tujuh Border Check Point untuk penukaran bas dan melepasi immigration untuk pengesahan passport..

Dan aku tak pasti kalau syarikat bas besar seperti Biaramas, Suria Bas Express dan Borneo Highway Express ada memberi perkhidmatan bas untuk ke Kuala Belait atau Seria dari Bandar Miri.. Yang pasti ke Bandar Seri Begawan memang banyak.. oh ya.. untuk lesen memandu Malaysia anda tidak perlu untuk menukar kepada lesen antarabangsa untuk memandu di Brunei  :D


Jalan menuju ke Kuala Belait - Brunei Darussalam..
Merentasi Jambatan Asean.. 
Tol sebelum sampai Sungai Tujuh Immigration Check Point
Resit selepas melepasi Tol Jambatan Rasau..
" Teapot - The Monument "

Kami memulakan perjalanan seawal pagi dan menukar duit di Boulevard Mall RM 2.50 - BD 1.00.. aku tukar RM 140.00 dapat dalam BD 55.00.. sekadar cukup untuk di guna di Bandar Seri Begawan nanti.. Perjalanan melepasi Jambatan Asean.. Dan melepasi Tol dengan bayaran yang mencekik darah RM 10.00.. sebelum sampai di Sungai Tujuh Immigration Check Point..

Antara masjid di Kuala Belait

Alhamdulillah urusan passport yang amat mudah dengan pihak immigration Malaysia dan Brunei.. tiada banyak soalan.. dan yang seronok pegawai immigration Brunei sempat membuat jenaka pada aku kerana lupa untuk memulangkan pen beliau selepas mengisi form.. baik dan spotting.. sebab selama ni dengar orang kata pegawai dia sombong tapi tidak bagi aku..


 Jom Jalan-Jalan Di Oil & Gas Discovery Centre


Replika Masjid Bersejarah di Kuala Belait
Replika Balai Bomba di Kuala Belait..
Shell - Sebagai Syarikat Minyak Pertama di Brunei

Naik Go-kart ni pun ok
Ada beca boleh round kawasan sekitar..

Menara Jam Kuala Belait

Replika Ibu Pejabat Polis Kuala Belait

Selepas melepasi Border Brunei.. aku terpandang ada signboard.. "Berbanggalah Dengan Bahasa Melayu" dan juga "Selamat Datang Ke Brunei Darussalam" dalam ejaan Jawi dan Rumi.. Dan kami melepasi Tol Jambatan Rasau di Kuala Belait dengan bayaran BD 3.00.. perjalanan hanya memakan masa tak sampai 45 minit untuk sampai di Pekan Kuala Belait.. 

Kuala Belait mempunyai sejarah tersendiri.. Dan ianya adalah bandar kedua terbesar di Brunei.. Ada sebuah bangunan dua tingkat sebagai Mini Shopping Mall.. nama aku dah tak ingat hahaa.. dan Kuala Belait dan Seria dua kawasan yang bersebelahan.. ada beberapa monument di kawasan sekitar ini.. termasuk la "teapot" yang besar seperti yang pernah ada di kerajaan langit di Terengganu suata ketika dahulu :P .. 


One Billionth Barrel Monument

Tulisan jawi tetap berada di mana-mana..
Pemandangan ke arah main structure Monument

Pemandangan ke arah hadapan monument..

Free Style..!!

Bersebelahan Pantai Laut Cina Selatan

Sempena pengeluaran tong ke 1 billion
Ada model pulak :P

Antara Telaga Minyak sekitar Kuala Belait

Di sini terdapat banyak mesin automatik untuk menyedut minyak dari bawah tanah.. belakang rumah orang ker.. tepi jalan ker.. sebelah masjid.. ia ada di mana2 sahaja.. sesuatu pemandangan yang tidak pernah di lihat sebelum ini.. mungkin dengan kata lain seluruh kawasan Kuala Belait ni penuh dengan lautan minyak di bawah tanah..

Jika datang ke Miri.. Kuala Belait di Brunei memang menjadi salah satu tempat untuk di lawati para pengunjung.. selepas solat asar kami bertolak semula ke Miri.. pada waktu ini jika anda boleh elak maka elaklah dari menyeberangi Border di antara Kuala Belait dan Miri.. Kerana selepas waktu asar adalah waktu orang ramai pulang dari kerja.. memang slow kereta bergerak di border.. So please avoid :D

Untuk Sambungan Entry Di Brunei Sila Klik Link Di Bawah : 

Brunei Part 1 : Jalan-Jalan Di Kuala Belait Dan Seria
Brunei Part 2 : Perjalanan Miri Ke Bandar Seri Begawan
Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan Dan Tamu Kianggeh
Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara
Brunei Part 5 : Speed Boat Dari Brunei Ke Pulau Labuan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...