Sambungan Dari Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..
Kita masih lagi di entry Brunei.. Nak tunjuk betapa best nyer Brunei ni.. sampai masuk entry ke-5.. Aku pun tak tahu kenapa boleh sampai 5 entry huhuu.. Apa pun aku memang tak setuju dengan mereka yang mengatakan tak perlu datang Brunei sebab tiada apa yang menarik..
Mungkin orang yang suka shopping dan suka pada kemodenan maka memanglah Brunei ini bukan destinasi yang sesuai bagi mereka.. tapi bagi mereka yang suka ketenangan dan keindahan alam sila lah ke Brunei..
oh tak lupa nak bagitau.. hari ni hari terakhir untuk mengundi di Malaysia Sosial Media Week 2014.. Kepada yang belum undi blog ini di ketegori "Best Travel Blog" di harap dapat mengundi yer.. jasa baik anda semua saya ucapkan jutaan terima kasih :D
Jom hari ni kita amik tahu sedikit cara untuk ke Pulau Labuan dari Brunei.. Dari pengalaman aku sendiri.. Alhamdulillah ianya amatlah mudah.. dan orang2 di Brunei memang baik hati.. suka menolong bila aku bertanya bagai..

| Hanya Bas 36 dan 37 sahaja akan ke Muara dari Bandar Seri Begawan.. |
Jom hari ni kita amik tahu sedikit cara untuk ke Pulau Labuan dari Brunei.. Dari pengalaman aku sendiri.. Alhamdulillah ianya amatlah mudah.. dan orang2 di Brunei memang baik hati.. suka menolong bila aku bertanya bagai..
Ada dua cara untuk ke Pulau Labuan dari Bandar Seri Begawan.. Pertama menerusi penerbangan Royal Brunei Airlines, MAS Wings dan juga Airasia.. Kedua ialah feri besar di mana kereta dan motor pun boleh di bawa sekali.. Dan yang paling menarik ialah menaiki speed boat.. :D
| Lebih selamat bertanya dengan orang ramai atau pemandu bas untuk ke Muara.. |
| Amik seat second last Sebab Muara jauh.. |
| Kira duit dalam bas cuak tak cukup huhu.. |
Cara menggunakan perkhidmatan air ke Pulau Labuan dari Bandar Seri Begawan ialah pertama anda perlu pergi ke Daerah Muara dengan menaiki perkhidmatan awam..
Teksi adalah paling cepat tapi agak mahal sedikit.. Jika tidak mengejar masa dan dalam keadaan bajet.. Maka boleh la menaiki bas Laluan Timur ke Muara..
| Inilah pegawai yang cop tiket bas anda.. |
| Tiket hanya BD 1.00 sahaja untuk terus ke Terminal Muara dari BSB |
| Perhentian Bas di Pekan Muara.. |
| Turun bas.. cop tiket.. Terus naik bas 33 parking sebelah jer.. |
Bas akan melakukan transit di Pekan Muara sebelum sampai ke Terminal Feri Penumpang Serasa.. Anda di kehendaki untuk turun dari bas dan dapat kat stamp dari pegawai bas yang duduk berhadapan dengan tempat bas berhenti.. Kemudian menaiki bas warna unggu nombor 33.. untuk ke terminal feri..
| Akhirnya sampai juga di Terminal Feri Penumpang Serasa.. :D |
| Kaunter membeli tiket speeed boat.. |
| Tiket dan juga tax permit terminal.. |
Dalam sehari hanya ada dua kali feri ke Labuan dari Muara, Brunei.. Pukul 10.00 pagi dan 13.30 petang.. Dan telah dinasihatkan oleh Faizal.. Feri pagi memang akan bertolak ke Labuan tetapi feri petang mungkin tidak sebab bergantung berapa ramai penumpang.. Jika tiada feri petang atau terlepas maka second choice ialah menaiki speed boat.. Perkhidmatan speed boat 3 hingga 4 kali sehari..
| Ini lah dia rupa speed boat.. |
| Mereka ambil peluang untuk hisap rokok sebelum masuk dalam.. |
| First time naik memang cuak jugak la.. Alhamdulillah nasib tak kene mabuk laut.. :D |
| Sempat peace - Pegawai Immigration Brunei yang spotting :D |
Jika tidak.. maka anda kene bermalam di terminal feri sehingga keesokan pagi nyer.. Bayaran untuk ticket speed boat adalah BD 15.00 dan tax untuk terminal perlabuhan BD 3.00.. maka jumlah yang perlu bayar adalah BD 18.00 untuk seorang.. speed boat mengambil masa 1jam untuk smpai ke Labuan..
| Keadaan dalam speed boat yang bersih dan selesa.. |
Dari pandangan tingkap seolah-olah kita duduk betul-betul di atas paras air.. tapi bagi yang mabuk laut jaga2 sebab speed boat ni bergoyang-gayang je huhu.. Lagi-lagi bila keadaan ribut atau hujan.. ombak dia memang best hehehe.. :P
Untuk entry Brunei yang lepas.. Sila klik link di bawah :D
Brunei Part 1 : Jalan - Jalan Di Kuala Belait dan Seria
Brunei Part 2 : Perjalanan Miri ke Bandar Seri Begawan