Showing posts with label Ziarah Teratak Pak Long Di Kampung Jimah Lama Sendayan. Show all posts
Showing posts with label Ziarah Teratak Pak Long Di Kampung Jimah Lama Sendayan. Show all posts

Wednesday, 8 January 2025

Ziarah Teratak Rumah Pak Long Di Kampung Jimah Lama Sendayan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sikit-sikit aku tulis dari tahun lepas tapi tak tahulah kenapa susah sangat nak habiskan menulis short trip ziarah rumah Pak Long wife aku di Kampung Jimah Lama, Sendayan. Padahal rumah dia best sebab ada sungai dan bela banyak binatang. Ayam Kampung, Ayam Api-Api atau Ayam Mutiara dan macam-macam lagi.

Rumah Pondok Kecil yang comel untuk Pak Long dan Mak Long tinggal.
Kambing, Itik dengan Angsa pun ada. Memang seronok kalau bertandang ke rumah pak long wife aku ni. Rumah dia pulak unik sebab dia tak buat satu rumah besar dengan banyak bilik sebab ada anak-anak yang ramai tapi dia buat satu rumah utama di tengah-tengah kawasan dengan dua bilik tidur, dapur, bilik air dan beranda yang luas.

Rumah utama di tengah-tengah ada dua bilik, dapur, bilik air dan beranda yang luas.
Di hadapan rumah utama ada rumah pondok berbentuk L. Dua bilik tidur, dapur dan bilik air.
Dan dia buat satu lagi rumah kecil/pondok di sebelah kiri 5 meter dari rumah utama tadi untuk dia dan wife. Rumah tu ada bilik air dan beranda. Dan ada satu lagi pondok panjang berbentuk L di hadapan rumah utama dengan jarak 5 meter yang mempunyai dua bilik tidur, satu bilik air, dapur serta beranda.

Di sebelah kanan rumah utama ada dua pondok dengan masing-masing mempunyai dua bilik tidur dan tandas untuk anak-anak pak long yang telah berkahwin. Kesemua rumah kecil/pondok ini diperbuat dari kayu dan papan. Dan ruang di antara rumah-rumah kecil ini Pak Long tanam dengan banyak pokok bunga dan pokok buah.

Rumah terakhir di sebelah kanan rumah utama tadi.
Sungai Lukut Besar yang melalui Kampung Jimah Lama di Sendayan.
Mancing di sini pernah la dapat Udang Galah, Lampam, Keli, Talapia dan Belida.
Setiap kali datang ke rumah pak long mesti ada jer buah tangan yang dia bagi. Paling selalu dapat Betik, Mangga dengan Ubi. Durian, Mata Kucing dengan Rambutan tu kalau musim la. Paling best Pak Long bagi Udang Galah sebab kadang-kadang tu dia menjala di sungai depan rumah dia.

Ayam Api-Api atau juga dinamakan Ayam Mutiara (Guineafowls).
Rumah Pak Long ni dah jadi macam satu perkampungan kecil. Memang kalau bawa anak-anak mesti diorang main keliling pondok lepas tu naik turun dari satu pondok ke satu pondok yang lain. Main kejar-kerjar dengan Angsa atau Ayam Api Api la. Kalau malam sejuk sangat dengan angin bertiup masuk kedalam pondok. 

Anjung atau beranda di yang selalu kami lepak. 
Ni masa waktu datang beraya 2 tahun lepas. Lepak di anjung rumah pondok di depan.
Tak jauh belakang rumah pak long ada kebun sayur. Selalu pekerja kebun tanya nak sayur ke tidak. Kalau tanya Pak Long dia kata sini dah bertahun tak pernah beli sayur boleh kata seminggu 2 3 kali dapat sayur. Tak Kangkung dapat bayam atau kacang panjang. Peria, labu air, limau, terung tu tak pernah putus ada stock dalam rumah.

Ada kebun sayur-sayuran di belakang rumah Pak Long. Jom tour sekejap :D
Kangkung, Bayam, Bayam Merah, Sawi, Peria, Terung, Petola dan pelbagai lagi.
Limau Nipis segar dari pokok. Ada ke yang guna daun ni untuk masak Tomyam?
Antara hasil dari rumah Pak Long ketika berkunjung baru-baru ini.
Dan kalau berkunjung ke Rumah Pak Long ni memang tak sah kalau tak makan nasi. Mak Long kalau memasak memang power (cepat dan sedap). Tetamu datang jer dia sambut sekejap pastu hilang sebab di akan memasak di dapur. Tup tup dah siap.

Macam baru-baru ni tau-tau dah siap Asam Pedas Ikan Pari, Sawi Jepun Goreng, Ayam Kampung Goreng dengan Kerang Rebus Berempah. Dan paling best setiap kami datang mesti makan duduk di lantai anjung dan makanan akan dihidang dalam talam besar. Masih mengekalkan adat budaya lama.

Lepas penat bermain, amik hasil tanaman, berlari dan bermain keliling rumah. Meh la makan.
Asam Pedas, Ayam Kampung Goreng, Sawi  Jepun Goreng dan Kerang Rebus.
Rumah Pak Long ni seronok andai kata kalau semua anak menantu cucu balik memang riuh rendah tapi macam mana pun semua akan ada tempat nak tidur sebab ada banyak bilik dan rumah. Bagus idea Pak Long buat rumah macam ni. Saja aku nak kongsi sebab rumah ni keunikan dia lain dari yang lain 

Rasa seronok sangat kalau duduk kampung kan? Moga aku boleh capai target untuk bersara awal dan pindah duduk di kampung sebelum umur 50 tahun nanti. Salah satu dari banyak perkara yang aku nak achieve dalam hidup ini Insyallah kalau diizinkan :D