Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 6 - Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Dalam 20 minit kami duduk menjamah Chendul dan Asam Laksa.. ahli group konvoi kami yang lain semua sampai dan memenuhi ruang restoran ni.. maka kami mengundur diri memberi ruang.. dan terus keluar untuk shopping.. aku macam biasa cari fridge magnet.. echa cari jeruk buah.. farani dan fareez cari ketenangan hahahaa.. :P by the way untuk Fridge Magnet korang boleh dapatkan 3 for RM 10.00.. so make sure korang tak kene tipu yer dengan harga yang mahal..
Tepat pukul 2:00 petang kami beransur keluar dari Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang - Sedikit Info - Jambatan ini mula di bina seawal 1982 dan siap pada tahun 1985.. dengan kos hanya RM 850 juta ( berbanding RM 3 billion untuk jambatan kedua ).. Panjang 13.5 km membuatkan ia menjadi terpanjang di asia tenggara dan ketiga di dunia ketika ia siap di bina..
Antara tarikh penting - Pada awal tahun 1970-an Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan bagi menghubungkan antara Seberang Perai dengan Pulau Pinang.. dan Tun Hussein Onn merancang untuk pembinaan sekitar lewat 1970-an.. Konsep jambatan menggunakan Jambatan San Francisco Golden Gate di umukan pada tahun 23 Julai 1981.. Dan di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada 3 Ogos 1985.. Ia mula di buka untuk kenderaan awam pada 14 September 1985..
Sebelum pulang ke KL.. masih ada dua tempat lagi yang perlu kami singgah iaitu Kellie Castle dan menjamah Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak.. tetapi terdapat salah info sedikit masa di highway.. menyebabkan Kereta Aizat dan Kereta Suma terus ke Kellie Castle dan Kereta Hadri dan kereta yang aku naik ni ke Mee Udang Mak Jah.. nak patah balik jauh.. lagi pun dah lewat petang.. maka keputusan di ambil enjoy where ever u are :P
Mee Udang Mak Jah - First comment dari aku.. Memang terbaikkk..!!! tak cuba memang rugi.. dan nak cari restoran ni pun tak susah.. tapi kene ingat secara tak langsung banyak restoran Mee Udang yang naik kat sini bila Mee Udang Mak Jah ni popular.. so make sure korang betul2 stop kat yang ada nama " MAK JAH " kang tak pasal dapat yang tiruan.. sia2 jer.. Di buka setiap hari kecuali Rabu kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah - Untuk pertanyaan sila hubungi : sabri_sidan@yahoo.com - 03 4131 4430 - 012 293 1101..
Separuh dari ahli konvoi enjoy di Kellie Castle dan separuh lagi di Mee Udang.. walau bagaimana pun kami tetap bungkus Mee Udang untuk kawan2 di Kellie Castle.. tapi dari Kellie Castle nak minta diorang bungkus apa?? hahaha.. redha jer.. tak ada rezeki nak buat macam mana kan.. insyallah next time.. Kami bertemu kembali di R&R Tapah.. dan geng Kellie Castle menjamu makanan malam Mee Udang yang di bungkus..
Perjalanan kami tamat hari ni 8 September 2013.. selamat sampai semula di Restoran Kayu Ampang pada pukul 10.36 malam sebab keadaan trafik bergerak perlahan dari Tapah menuju ke Kuala Lumpur..
Pape pun trip ramai2 mcm ni korang kene banyak bertolak ansur.. saling memahami.. dan trip macam ni jugak lah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.. thanks to Hadri, Asma, Aizu dan Echa kredit gambar.. Dan thanks to Naa for double check untuk semua entries Pulau Pinang nie.. :D
Pulau Pinang Part 1 : Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA
Pulau Pinang Part 2 : Seberang Prai to GeorgeTown
Pulau Pinang Part 3 : Bukit Bendera to Batu Feringgi
Pulau Pinang Part 4 : Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah
Pulau Pinang Part 5 : Muzium Perang di Batu Maung
Pulau Pinang Part 6 : Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
First aku nak memohon maaf sesangat to all readers sebab lambat terbitkan final Part 7 nie.. Kesihatan tak mengizinkan aku untuk stay depan laptop menghabiskan final part nie.. hope will get well soon.. doakan aku k.. sayang korang hahahaha.. cakap macam ada reader ramai jer.. perasan famous sungguh hahaha.. :P
8 September - Selepas check out dari Leisure Cove Resort pukul 12:30 tengah hari.. kami terus menuju ke Georgetown.. ada yang kata nak tapau nasi kandar di Line Clear Restaurant.. tapi perkara paling penting ialah shopping souvenir yang murah2.. t-shirt, fridge magnet etc.. memandangkan echa, farani, fareez dan aku tak nak ke nasi kandar.. so kami terus ke Penang Road Famous TeoChew Chendul..
Ini lah dia.. Penang Road Famous TeoChew Chendul Restaurant.. Since 1936.. |
Echa kata restoran ni sedap dan ramai artis datang makan.. siap masuk tv3, ntv7 dan astro - asian food channel lagi tu.. dan Ketua Pengakap kami Mr. Mohd Hadri pun dah bagi arahan.. boleh buat aktiviti bebas untuk sejam.. maklumlah dah masuk bandar.. kereta semua berpecah nak cari parking..
Okay back to Penang Road Famous TeoChew Chendul nie.. ia telah di buka seawal 1936.. Founder by Mr. Tan Teik Fuang.. selain Chendul yang menjadi menu utama.. ada juga Asam Laksa, Penang Curry dan TeoChew Rojak.. dan yang pasti ia di jamin Halal oleh JAIPP..
Bersama one of the main chef .. TeoChew Restaurant.. |
Ini dia Asam Laksa Teochew siap untuk pelanggan.. Proof by Asian Food Channel - Astro.. Terbaikk..!! |
Senyum dan senyum seikhlas hati.. sebab sedap sangat kot hahahaa.. :D |
Ada 3 jenis cendul yang luar biasa di sini.. Chendul Durian, Chendul White Coffee dan Chendul Original.. Aku makan Chendul Original jer.. yang lain semua bantai Chendul dengan Asam Laksa.. memang kaw Asam Laksa kat sini.. tapi satu je masalah ruang makan yang sedikit.. akan membuatkan anda berdiri seketika di luar restoran untuk menunggu tempat kosong.. apa2 pun ia berbaloi sebab makanan di sini menjanjikan suatu kelainan yang patut anda cuba..
Memeriahkan lagi keadaan.. Layan Asam Laksa dan Chendul White Coffee.. |
Dalam 20 minit kami duduk menjamah Chendul dan Asam Laksa.. ahli group konvoi kami yang lain semua sampai dan memenuhi ruang restoran ni.. maka kami mengundur diri memberi ruang.. dan terus keluar untuk shopping.. aku macam biasa cari fridge magnet.. echa cari jeruk buah.. farani dan fareez cari ketenangan hahahaa.. :P by the way untuk Fridge Magnet korang boleh dapatkan 3 for RM 10.00.. so make sure korang tak kene tipu yer dengan harga yang mahal..
Jeruk terbaik dari ladang hahaha.. :D |
Echa Seronok terjumpa kedai jeruk sendiri.. |
Echa.. Artis of the week hahahaa.. :D Lebuh Kimberly ni antara wajib di lawati.. |
Dialog - Ikin : Bang nak yang nie.. Hadri : Ish u ni.. amik la 10 kilo pun.. :P |
Antara jeruk - jeruk yang memukau mata dan hidung huhuhuu.. :P |
Even gerai2 kecil tepi jalan penuh dengan pelanggan.. itu lah kemewahan nikmat makan di Pulau Pinang.. |
T- Shirt Pulau Pinang berharga RM 10.00 satu.. okay ker?? |
Macam- macam souvenir ada kat sekitar kawasan ni.. Jangan terus beli yer.. check harga semua kedai dulu then baru beli.. |
Tepat pukul 2:00 petang kami beransur keluar dari Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang - Sedikit Info - Jambatan ini mula di bina seawal 1982 dan siap pada tahun 1985.. dengan kos hanya RM 850 juta ( berbanding RM 3 billion untuk jambatan kedua ).. Panjang 13.5 km membuatkan ia menjadi terpanjang di asia tenggara dan ketiga di dunia ketika ia siap di bina..
Antara tarikh penting - Pada awal tahun 1970-an Tun Abdul Razak mencadangkan pembinaan bagi menghubungkan antara Seberang Perai dengan Pulau Pinang.. dan Tun Hussein Onn merancang untuk pembinaan sekitar lewat 1970-an.. Konsep jambatan menggunakan Jambatan San Francisco Golden Gate di umukan pada tahun 23 Julai 1981.. Dan di rasmikan oleh Tun Dr Mahathir pada 3 Ogos 1985.. Ia mula di buka untuk kenderaan awam pada 14 September 1985..
Restoran Mee Udang Mak Jah
Sebelum pulang ke KL.. masih ada dua tempat lagi yang perlu kami singgah iaitu Kellie Castle dan menjamah Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang, Taiping, Perak.. tetapi terdapat salah info sedikit masa di highway.. menyebabkan Kereta Aizat dan Kereta Suma terus ke Kellie Castle dan Kereta Hadri dan kereta yang aku naik ni ke Mee Udang Mak Jah.. nak patah balik jauh.. lagi pun dah lewat petang.. maka keputusan di ambil enjoy where ever u are :P
Senyum.. habis lincin makanan.. Tapi tengok muka semua macam tak cukup jer :P |
Memang ramai pengunjung.. Sampai nak bayar pun kene beratur panjang.. |
Aku pun jealous bile tengok diorang pi Kellie Castle nie.. hahaha.. tak ada rezeki kan.. :P |
Sempat lagi menjamah tosei.. Di Restoran Original Kayu Ampang.. |
Semetara tunggu yang lain sampai.. Layan la makan malam dulu.. Mamak.. Teh tarik dengan Tosei satu..!! |
Tempat berkumpul.. Bermula dan Tamat.. Rasa kejap jer 3 hari di Pulau Pinang.. Korang tak nak buat trip lagi ker?? |
Pape pun trip ramai2 mcm ni korang kene banyak bertolak ansur.. saling memahami.. dan trip macam ni jugak lah mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.. thanks to Hadri, Asma, Aizu dan Echa kredit gambar.. Dan thanks to Naa for double check untuk semua entries Pulau Pinang nie.. :D
Pulau Pinang Part 1 : Bercuti Bersama Sahabat Ex-SKA
Pulau Pinang Part 2 : Seberang Prai to GeorgeTown
Pulau Pinang Part 3 : Bukit Bendera to Batu Feringgi
Pulau Pinang Part 4 : Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah
Pulau Pinang Part 5 : Muzium Perang di Batu Maung
Pulau Pinang Part 6 : Pasar Malam Bayan Lepas - Steamboat - Check Out
Oh...penulis tak sihat ke..no nonder lama menyepi..akak doakan cepat2 sembuh dan sihat seperti biasa eh..sakit sikit2 tu biasalah..kalau tak sakit kang x normal pulak..ye dak
ReplyDeleteKalau ke Penang tapi tak beli Jeruk..cam tak cukup syarat kan..
Woww..terliur tgk mee udang Mak Jah yg pemes tu..TAMAT sudah :-)
Tak sihat sket.. but now dah kurang sket la.. thanks doakan.. betul tu.. sakit fitrah manusia.. :D.. Jeruk tak bape suka.. tapi lps try kat Pulau Pinang lps terus suka lak dgn jeruk.. Mee Udang Mak Jah tu mmg terbaik.. :D
Deleteasam laksa adoi dok pi penang tak pernah pi pon tempat ni memang rugi teramat sangat, tq share. next time memang conform pi cari makanan sedap dulu.. ^_^
ReplyDeleteBiasa la.. tunggu orang luar discover dulu ek hahahaa.. nanti boleh la try.. mmg sedap..
DeleteWell.. banyak lagi restoran yg patut di serang.. tapi masa tak cukup..
makan teruuss.. nanti gendut looh
ReplyDeletenak buat macam mana goiq.. kalau tempat itu sudah di gelar syurga makan :D hehehe..
DeleteALolo cian la dier tak sihat yer.. Get well soon k.. - patotla akak nih jenguk blog dier tak berhapdet rupenye tak sihat..
ReplyDeletePenang = Jeruk
Tepeng = Mee Udang
Dua2 memang pemesss...
Tu la.. xlarat nak update.. larat bal;as comment jer huhuuu..
DeleteSape tak suka jeruk dgn Mee Udang yg mewah hahaha.. :D
mee udang makjah tu ok,sedap jugak la..tapi tak tahan udang dia macam tak basuh betul2 je..haha (cerewet). area ni memang banyak kedai mee udang.ekcelli depan mak jah tu ada hutan paya bakau laut matang, apasal x p usha? lawa jugak
ReplyDeletetak basuh betul... hurmm.. mungkin sebab dia kene masak beribu2 udang dalam sehari.. so ada yang dia terlepas pandang kot.. tak pe next time pi lagi tgk cana.. :D
Deleteaah ada hutan paya bakau..nak usha cane.. dah lewat petang.. sebab ingat mula2 pastu nak kejar ke Kellie Castle..
pulau pinang negeri yg paling teringin nak jejak... hehehe... laksa asam... febret zaza tu... sluuurrrppp... meriahnya tgk dia jalan2 dan shoping ya.. ;)
ReplyDeleteInsyallah kalau dah rezeki berjalan2 ke Pulau Pinang tu.. sampai jugak :D
DeleteLaksa asam febret.. hohohohoo.. pahang susah nak jumpa tu :P
Meriah la bila dah bersama kengkawan.. kan..
TT...laksa tu mmg nampak pekat dan yummy.....sedapnya cendol pun sama... Nampaknya nak kena pekena jugak tu
ReplyDeleteAah.. Laksa tu memang pekat sesangat.. pastu isi ikan mmg tak kedek la.. cendol white coffee dia mmg terbaik la.. sila ke sana.. sekali sekala tak pe la kak hainom hehehe :D
Deletekenapa selalu saja ada makanan yang sedap dalam setiap entry.sobsob rasa nak telan blog ni..perut yg kenyang kembali lapar.mee udang satu! (eh) :)
ReplyDeletecepat2 sembuh en.travel :)
kenapa selalu aja ade makanan..dah baca entry kat Pulau Pinang mmg mkn je la keje nyer.. cuba baca pasal entry afrika.. tau la mcm mne sy kebulur nak mkn hahaha :P
DeleteLa dah lapar ker.. tadi baru je masak ikan salmon kukus..sila mkn hahhaa..
Thanks.. insyallah sehari dua lagi sihat la aminn.. :D
untunglakann baik mintak maaf dgn reader sbb lambat kuarkan entry. hiks. uishhhh sedapnya chendul tuh! ejaan pun masih lagi cara lama. aku ada kawan nickname dia Mr. Laksa. Femes giler kat area Putrajaya tuh.
ReplyDeleteAisyah Jeruk pun kitaorang penah singgah gak. Roadtrip korang ni byk pitstops. best best!
Hahahaa... tu la.. ada reader kasi comment kenapa lama tak update hehee.. so kene minta maaf buat mereka menunggu :P
DeleteSince 1936 kan.. itu ejaan zaman atuk nenek dulu.. Mr Laksa kat putrajaya?? boleh try nie.. tapi guna nama henry fox dapat murah tak?? hahaha..
P.Pinang jauhkan.. kene la pi seberapa byk yg mungkin :D
kesilapan menunjuk entry blog pada waktu mlm di saat tekak takda selera dan laksa yang super yummeh...mee udang mak jah ada franchise kat kl ...tapi x sama cm kat penang ...laksa tu saya sgt craving
ReplyDeleteAlamak sorry la.. kesian hahahaa.. tapi nak buat mcm mne kan hahahahaaa.. layan je la.. aah franchise mmg tak sama dgn main place.. asam laksa me udang... mmg terbaik :D
Deletegambar di kellie's castle menarik, nampak cantik pulak castle tu..
ReplyDeletecendol white coffee, first time dengar ni..
Aah.. gambar tu cantik sebab one of the member aizu mmg photographer.. dia tahu nak bagi gambar tu cantik .. saya pun first time dgr white coffee chendul .. :D
Deletewowww...fuh..sies ambe jelez tgok ni semua..dh lama xjenjalan dgn kawan2..nk2 kt tmpat jauh mcm penang ni =) makanan dia btol2 bt ambe lapar..c.k.teaw xde ke?? terbaik gak tu..pasemboq ke..jeruk 2 xsuka..batuk dibuatnya..terlalu berasid..
ReplyDeleteOh dah lama ker.. sebab tu seorang kene jadi planner baru trip mcm ni blh terjadi hehehe... Pulau Pinang ok lagi tak la jauh jalan2 ramai mcm ni pun save giler duit transport.. :D
Deletec.k.teaw kat mak jah tu ada la.. jeruk pun tak suka but itu mkn2 sket ngan kwn sedap la.. tapi xde la ketagih hahahaa..
Banyoknya jeruk!
ReplyDeleteRambang mata!
Kompim gi next week borong jeruk sbg buah hati... ops, buah tangan :D
Tp nama AISHAH tu memang tak buleh terima dalam idup ni hahahah buleh camtuh?
Okeeee... noted! Tersimpan kemas dlm buku tempat2 ni :D
Rambang mata sama jer mcm kwn2 pmpn dlm trip tu.. bukan beli tapi borong hahahaa.. :P nama AiSyah tu?? kenapa ek? hahahaa.. :D
Deletenanti pi p.pinang explore tmpat lain dari yg lain :D
Eh chup... FM RM10 3ketui tu kat mana?
ReplyDeleteGi 2tahun lps mati2 dia tak kasi.. dia bg 2ketui RM10.
Kat area situ la.. kat Lembah Kimberley tu.. ada je 3 RM 10.00 sebab tu kene tanya harga semua kedai dulu.. nnti boleh cuba lagi.. :D
Deletekena try laksa janggus balik pulau
ReplyDeletethe best in town kut..
mmg laksa ngan ABC situ femes in town
tp cina yg buat..so xteringin hehehe
mee udang ptt pi mee udang balik pulau atau pulau aman atau mee udang sg dua
the best in town gak haha
mee udang mak jah nah sekali try
not my taste..udang dia x fresh..mmg rs mcm dah lama udang dia
tp selera tekak masing2 kan..bukan semua sama hahahaha
xcukup tu lepak penang..kena sebulan wakakakakaka
Alaa..orang dah balik dari P.Pinang baru nak bagitau.. lain kali nak pi P.Pinang kene cari tour guide org pulau baru tau nak discover tempat makan yg sedap.. tapi mmg P.Pinang makanan terbaik la :D
DeleteAlamak.. makin ramai kata Mee Udang Mak Jah ni tak sedap hahaha.. tak pe akan pergi utk kali kedua untuk bagi result hahaha.. tu la mungkin kdng2 ok kdng2 tak kot.. betul 3 hari kat P.Pinang mmg tak cukup.. sebulan paling kurang :D
Kalau di bogor jeruk tu disebut manisan bogor
ReplyDeleteDede Ruslan.. lama tak dgr kabar :D
Deleteoh manisan bogor ekk... ok thanks for the info ..
dulu suka makan mee udg makjah tu..tp selepas bertemu ngn mi udang sg dua....terus ktorg clash!hahahaha
ReplyDeleteKak DJ.. saya baru je balik Malaysia.. bagi la chance sket hahahaa.. :P
Deletenanti try mee udang sungai dua pulak .. thanks :D
ala bkn tak bg chance...sbb tau awak br balik la, sy bg recommendation yg lg beshhh..next time ke utara, leh ke situ plak...sy pun umur dah tua br dpt pi situ...awak takpe, muda lagi...hehehe
DeleteIsh saya pun dah berumur Kak DJ.. mana ada kesempatan jer saya boleh pergi :D
DeleteInsyallah nanti kalau ke utara akan search mee udang sungai dua tu...hehehe.. thanks for recommendation.. ;D
posting makan makan nih yang bergelojak napsu.. haish!!!!.. takpe hujung tahun nanti nak buat road trip 2 minggu dari utara selatan timur barat.. kita makaaaan je.. hehehhe
ReplyDeleteKak Yus.. kalau perasan la.. semua entry P.Pinang nie.. dari part 1 sampai part 7 nie semua ada makanan jer hahaha.. oh nak buat trip 2 minggu tu menarik.. betul tu mkn jgn tak mkn :D
Deleteperghh.. byk gak tempat menarik kat oineng yea.. hu2.. teman nengok makanan dalam gambo ni sedap2 belaka.. aishhh
ReplyDeleteIsh P.Pinang memang banyak kot tempat menarik.. rugi kalau tak explore semua tempat kat sana :D
DeleteMemang antara aktiviti kami ialah makan dan mkan dan makan hehehee :D
jerukkkk sedapnyerrr...mee udang tu pn nampak best
ReplyDeleteJerukkk ..!!!! sedap even sebelum ni tak minat makan tapi on the way balik tu ratah pulak jeruk dlm kereta hahahha :P
DeleteAku mau mee udang nampak enak sekali :)
ReplyDeleteDatang aja ke Malaysia ..jika di Indonesia ada Bakso.. di Malaysia ada Mee Udang nyer.. :D
Deletealahaiii..x menahan la tgk laksa ngan cendol tu...naseb baik dah kenyang mkn... kalo tak menitik air liur kat sini.. hahaha...
ReplyDeletehehehee... menitik air liur tak kritikal hahaha :p
Deletetak pe nanti lapar sila tgk balik yer hahahhaa ..
pernah singgah ke kedai makcik aishah jeruk tu masa ke Penang awal tahun haritu.. kemain baik makcik aishah tu.. ramah tamah oii hehe..
ReplyDeletesalam kenal jg saya follow sini..
mesti menarik blog ni mcm2 cerita pasal travelling.. thx =)
aah makcik tu mmg baik.. siap kasi rasa semua jenis.. baik hati.. mmg seronok kedai beliau.. thanks dtg ke teratak nie .. and follow my blog..
Deleteyep just for travelling story :D
haih... pepagi dah terliur tengok gambar makanan
ReplyDeletehehehee.. sekadar berkongsi Cik Puan Tatie :P
DeleteAdehhh lapar tengok Asam Laksa Teochew tuuuuu :D
ReplyDeleteKak Myra Jay.. Asam Laksa Teochew memang terbaik.. kuah dia mmg pekat dgn isi ikan.. terbaikk..!! :D
DeletePart shopping ni yg paling digemari!
ReplyDeleteBro janggel rain..biasa la.. shopping sape tak suka :D
DeleteBlog makin best . Komen pon da makin ramai . So teruskan travel so boleh tulis dlm blog banyak2 lagi .
ReplyDeleteBtw , boleh aaa pos sket jeruk kat umah . Teringin . Heheee
Mya=]
Terima kasih... still dalam pelajari untuk memperbaiki;;insyallah will travel again soon.. :D
DeleteNak pos jeruk??? dah abis la hahahaa :P
Dan2 je dah abis ye :p
ReplyDeleteOkay la . Reason accepted .
Semoga murah rezeki n dpt travel sampai lebam :p
Amin :)
oh thanks .. will do that as u said..smpai lebam :P
Deletemee udang nampak sedap.. :D
ReplyDeletenampak jer sedap.. tapi mmg sedap :D
Deletep.pinang?? alaa.. belah2 utara xpenah pegi lagi.. untung la dapat berjalan sakan kan. xpe rubi xpe. nanti dah keja, baru dapat explore semua ni. hihi. isi gambar banyak2. haha. tengok. saje kan dengki.. :D btw, kita sama. suka aktiviti macam ni daripada buangg masa dengan benda yang tak berfaedah kan :)
ReplyDeleteBetul.. lebih baik create environment.. so tak ada la kosong je otak.. pastu buat benda tak berfaedah.. oh tak pernah pergi lagi keR?? tak per.. nanti dah ada masa pi la.. buat plan ngan kawan2 :D lagi seronok.. bukan hri tu kata nak ikut ker? hahhahaa :P
Deletedatang sini balas kunjungan. ehh datang taiping?? my raintown tu. hihi. tapi kalau awk nk makan the best mee udang, senanya kat tempat lain ada yg lagi best. Dkt tol changkat jering. Mak jah tu ... bolehlah~~~
ReplyDeleteoh terima kasih dtg balas kunjungan :D.. singgah taiping sekejap.. untuk mee udang mak jah tu.. tak pernah discover pun.. try sedap jugak.. but bila org Taiping sendiri kata ada lgi sedap dkt tol changkat jering.. kene try nnti.. thanks :D
DeleteKali nie xde plak tredmark lompat2.. Oh, lupa kureng sihat.. Haha..
ReplyDeletehahahaa... lepas makan mana boleh nak lompat :P
Deletesedapnya..
ReplyDeletesaya budak baru..support saya ya..follow sini :)
Insyallah.. Akan follow blog adik ariefa syaura :D
DeleteThanks for coming yerr
love this blog, bestnyer travel.. i wish i can travel around da world just like u bro
ReplyDeletethanks for coming here.. u should try.. travelling will teach us a lot .. :D
DeleteTerima kasih atas perkongsian, banyak saya belajar dari blog tuan especially bab jalan-jalan ni. Teruskan blogging ya :)
ReplyDeleteSama2.. berkongsi itu kan menambahkan ilmu.. yep akan teruskan usaha berblogging ini :D thanks
DeleteBestnya dapat jalan2 kat tempat orang, mesti banyak pengalaman menarik kan...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. mmg seronok jalan2 kat tempat orang..
Deletepengalaman yg tak dapat di beli.. :D
eh.. ok ye makan kat kedai cina tu.. akak ni jenis very suspicious sikit even ada tanda HALAL..
ReplyDeletekenapa tak cari jeruk Pak Ali tu..
Jeruk Pak Ali pun kami masuk dan beli.. ada kan dalam gambar kat atas tu..:D
DeleteKedai cina tu semua pekerja melayu islam.. ada seorang dua jer cina.. setakat chendul dan asam laksa jer.. boleh tengok pun dia buat.. bagus la kalau ada rasa mcm tu .. :D
oh tuan punya blog tak sihat,,,ker dah baik sekarang?? cepat2 makan ubat kalo lom baik lagi
ReplyDeletenasib baik pada saat dan ketika ini MS memandang Asam Laksa tu tanpa ada perasaan teringin nak makan :P
Tapi Mee Udang Mak Jah tu.........sempat lap air liur tengok!
isskh tak senonoh betui... gambar ja tu gambar *tetiba psiko diri sendirik
alhamdulillah dah sihat sekrang nie :D eh asam laksa tu sedap kot ... MS kne cuba baru tahu heheheee... Mee Udang tu mmg sedap dgn udang dia yg tak kedekut heheehe :P terima lah kenyataan MS tgh lapar hahahaa...
Deleteamboi.. baca blog ni buat akak rasa nak terbang kejapni juga ke penang.. sedap weh laksa dia dari gambarjer tu.. belum dapat cium bau lagi... isyh ko kejam dik ...
ReplyDeleteakak dah provok suami akak gi penangler sebab adik blog tu gi sana cam bestjer penang...
kat kellie castletu bergambarjerler yang bolehnyer..
mmg sekejap pun kalau nak terbang dgn AirAsia nie hehehee.. :P asam laksa seluruh P.Pinang sedap kot..mesti amik bau dulu sebelum makan.. nikmat nyer terasa :D
Deletememang best but kene masuk kan diri dlm environment.. baru enjoy.. Kellie Castle tu tak sempat nak buat mcm mne :(
Tengok jeruk kakak dan udang melingkar ata mee tak boleh tahan kakak..
ReplyDeleteUntunglah mereka yg berjual bila oe group tiba ramai macam ini. Mesti dia suka..
hahahaa.. kene tahan kakzakie.. nanti abis laptop kene makan hahaha :P
Deletetak pun sebab kat sana gerai2 makan mmg selalu penuh :D
lama x update..busy ke.. en.travel bila nak bukak kedai kopi ni..senang sikit nak terjah blog ni walau anda x update pun..hehe
ReplyDeleteni ada tuto :)
http://www.lyssasecret.com/2012/01/tutorial-letak-chatbox-aka-cbox-di-blog.html#.UlukolBHJy4
Busy la jugak .. sebab kene ulang alik ke rumah akak di shah alam.. jadi baby sitter sat.. :P
DeleteAla.. kedai kopi tu..nanti la.. apa kat sila terjah ke entry lama2.. boleh baca pasal pengembaraan di negara berlainan :D btw thanks pada link ni.. akan di kemuka pada CEO hahahaha
sy ni org png pun tak habis travel lg negeri sendiri.yg penting mee udang buat sendiri lg sedap..haha..
ReplyDeletekellies castle tu masa kecik2 dulu byk baca kisah seram pasal tempat tu..skang depa dh buat bg lawa2 dh kan utk pelancong..tak smp jugak lagi,setakat lalu tgok dr jauh je..:)
Biasa lah tu.. Negeri Selangor yang jelajah nyer bukan orang selangor.. P.Pinang pun yg jelajah nyer orang negeri luar.. :D mee udang kalau buat sendiri mmg sedap tapi feeling makan dgn kwn2 ni susah nak dpt kalaukat rumah..
DeleteKellies Castle tu sekarang pun seram kot.. still mcm cerita dari pak guard :D
Saya dok penang 4tahun, rasanya dah kaki jalan habes dah pusing penang, rupanya ada lagi tempt makan yang belum dijelajahi. TQ TT nnt bermula 2014 sy gempur penang dengan tempat2 makan ni :)
ReplyDelete*terus lapaq tengok gambaq2 ni*
gempur jangan tak gempur ia hahahaa..
Deletebanyak tempat menarik sebenar nyer di penang nie..
tempat makanan dia tu bersepah di serata pulau :D
p.pinang mmg best..tang jeruk tuh tak tahan
ReplyDeletePulau Pinang ada tarikan yg unik dan tersendiri.. jeruk dia mmg tak tahan hahaha
Deletethank u for the info pasal penang. esok nk betolak ke penang. atleast adela idea nk ke mane kan..
ReplyDeleteanddddddd, citer kt war museum tu buat seram okkk! lol! akan pstikn dtg awl. :D
U are the most welcome :D.. oh esok nak ke sana semoag selamat pergi dan balik yer.. apa pun feel and enjoy the environment while u there.. War Museum tu dtg pagi tau hahahaa :P
Deletedah blkkk! war museum seram! dah la kami ber2 aje. dgn nyamuk lgg. seram abes. x smpi 30min, tros cau. mmg seram abesss. ;'(
Deletehahahaa... itu la sape suh pergi berdua.. kan dah seram bangat kihkihhh..
Deletetak apa la pengalaman tu kan .. nanti bawa ramai2 sket :D
salam..boleh tak bagi detail lokasi restoran laksa dan cendol tu..next week trip ke penang..macam best je...boleh emel pun tak pe (honeylily29@yahoo.com). Tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. detail ada di link pada ayat atau perkataan yang diwarnakan tu.. saya dah link kan disitu.. try click yer.. memang best chendol dan asam laksa kat situ :D
Deletemy email afif_4ht@hotmail.com
ni yang x sabar nk pi Penang ni.
ReplyDeleteSila-sila.. meriahkan lagi suasana di Penang nanti :D
Deletemee udang mmg npk sedap btui la...
ReplyDeleteTau tak pe... mmg sedap menjilat jari... kuala sepetang kan famous dgn mee udang :D
DeleteKerinduan masa muda mudi kala ini T_T
ReplyDeletehehehhe tau tak pe.. kerinduan sungguh :D
DeleteTeowchew chendul ini saya coba juli lalu, tapi kenapa agak beda yaa. Soalnya antrian memang panjaaaaaang sangat, tapi tak ada tempat duduk indoor macam di atas. Apa yg skr memang hanya pakai gerobak kecil, tak lagi sewa tempat mirip di atas yaa? Jadi saat itu kami antri, begitu dapat giliran chendulnya langsung diracik tapi makannya di sekitar situ, Kat jalan 😄. Tapi enak sih, cocok sangat dengan udara Penang yg panas waktu itu 😁👍
ReplyDelete