Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
6 November 2011 - Cuti Raya Haji ada 9 hari.. Start Jumaat.. minggu depan Ahad kene daftar diri semula.. so sebulan sebelum cuti aku dah plan nak pi trip tavel ni.. untuk pertama kali aku nak travel bawa member.. sebab dah boring rasa travel sorang2.. seronok travel sorang2 tapi yang tak best satu jer.. picture sendiri tak ada.. lagi pun ini tahun akhir aku kat South Africa..
Terasa nak ajar member how to travel.. aku tak ada lah pandai sangat..ilmu sket2 tu ada la.. aku pilih empat orang.. Muhammad Khalid pelajar tahun 5, Muhamad Anas pelajar tahun 4, Ridwan Ganu Pelajar tahun 1, aku pilih member Malaysia sebab satu je..
 |
Salah satu hotel yang mega
di Harare, Zimbabwe.
|
 |
Road Port Bus Station in Harare
|
 |
Walaupun Afrika tapi kereta2 boleh tahan :P |
 |
Ada juga bangunan lawa kat sini |
 |
Bandar Harare ni antara yang
tersibuk di Southern Africa |
Passport Malaysia adalah ranking 13 dalam dunia.. sebab itu pemegang passport Malaysia boleh enter lebih 120 negara tanpa perlukan visa.. atau boleh dapat visa on arrival.. di sebabkan tak nak ada any problem kat border maka aku pilih student malaysia sahaja..
Aku dengan Ridwan bertolak 6 November.. Anas dengan Khalid 4 November dah bertolak ke Harare - capital of Zimbabwe..
diorang nak celebrate Raya Haji di Zimbabwe.. Aku dengan Ridwan nak sambut kat Kedutaan Malaysia di Pretoria, South Africa.. boleh makan makanan melayu..
Hari Raya Aidiladha - pukul 6.00 pm tepat kami bertolak dari Park Station, Johannesburg.. Harga ticket Bus Eagle Liner R 288.00 seorang.. teruk bas ni.. tak ada aircond.. satu line ada 5 seat.. Dan Anas dengan Khalid amik Greyhound harga ticket seorang R 480.00.. memang selasa yang teramat..
 |
Bersama Sheik Ebrahim, Imam Masjid Kwe Kwe |
Bas yang kami naik memakan masa selama 23 jam untuk smpai ke Bandar Harare.. sebab driver bas berhenti suka hati even kat tengah hutan.. sekali berhenti lama lak tu.. Sampai Harare pukul 05:00 pm kesokan hari
7 November 2011..
Nasib baik Brother Zimbabwen yang duduk sebelah aku dalam bas.. tolong aku untuk dapatkan Mini bas untuk ke Bandar Kwe Kwe.. but sementara tu kene tunggu dia setelkan barang2 dia dulu.. Sempatlah aku dan Wan merayau Bandaraya Harare.. Mini bas ke Kwe Kwe yang aku naik ni ada 22 seat.. harga seorang R 60.00..
 |
Layan Sunset atas masjid.. |
.JPG) |
Ruang solat dalam Masjid Kwe Kwe |
 |
Dihadapan Masjid Kwe Kwe. |
Dulu currency di kenali Zimbabwen Dolar ( ada tarikh luput ).. tapi sebab mata wang diorang dah teruk sangat.. maka di lupuskan.. Korang boleh guna USD, GBP, South African RAND, EURO atau Bostwana PULA..
Tips : Setiap kali nak bayar.. tanya dulu " how much?" if diorang bagi harga dalam USD korang tanya pulak "how much in RAND?" sebab kalau korang buat macam tu.. selalunya korang pilih mana yang murah untuk di bayar..
 |
Ruang tamu rumah Tohir Bhai |
Oh lupa nak bagi tahu.. sebab apa kami tak stay kat Harare.. sebab apa kami terus ke Kwe Kwe.. sebab nya Ramadhan baru ni Khalid dengan Wan jadi imam terawih di masjid paling besar kat Bandar Kwe Kwe ni..
Bila aku buat plan nak jalan2 Zimbabwe, diorang nak ikut la.. sebab diorang rindu nak jumpa kaum kerabat diorang kat situ hehee.. So dekat pukul 11 malam baru kami sampai ke Kwe Kwe..
 |
Antara jenis mangga yang di tanam |
.JPG) |
Kolam Ikan.. nampak biasa tapi ikan besar.. |
Tohir Bhai adalah keluarga angkat kepada Khalid dan Wan.. dah pun tunggu kami di perhentian bas mini ni.. masuk2 je dalam kereta.. Tohir Bhai macam marah sebab risau.. dia takut tak sampai.. sebab kami hanya beritahu akan sampai malam 7 November jer..
Actually marah main2 la.. dan dia kata "why u guys don't celebrate eid ( untuk Hari Raya orang kat afrika panggil Eid ) with us?" aku cover line - cakap ada urusan di Embassy that why tak leh datang awal..
Sampai rumah Tohir Bhai.. Anas dengan Khalid duk depan TV sambil bermain dengan anak2 Tohir yang masih kecil.. aku dengan wan di jamu makan malam.. tapi kami berdua je la.. sebab diorang dah makan awal malam tadi.. Tohir Bhai suh tido awal sebab esok nak minta kami tolong sembelih lembu..
8 November 2011.. Pagi2 lagi aku dengan Wan dah bangun.. tapi Anas dengan Khalid lagi awal.. aku ngan wan kene tinggal untuk acara korban.. diorang dah pi sembelih lembu.. lepas Breakfast, tengok TV dan pusing2 kawasan farm ( Tohir Bhai stay kat dalam farm)..
Ada yang best kat farm Tohir Bhai ni.. dia tanam 16 jenis pokok mangga.. pastu ada kolam ikan.. dan ada kebun sayur.. rasa macam kat kampung aku kat johor lak kan huhuhuu.. lepas balik dari jalan2 kat farm dia.. isteri Tohir Bhai boleh kata tak ada jumpa ular ke? errkkk..!!! tak ada la pulak.. dia kata banyak ular kat situ.. Tohir Bhai je yang berani pi kat kawasan pokok mangga tu.. :p
.JPG) |
Suasana pekan di Kwe Kwe - Zimbabwe |
.JPG) |
Makan petang di rumah Daud Bhai |
Petang lepas khalid ngan anas balik.. kami pi town jalan2.. tak ade bende sangat.. nk cari poskad pun tak ada.. memeng kawasan macam Malaysia tahun 1960-an dulu.. khalid dengan Wan imam kat sini terawih lepas.. so diorang agak terkenal la kat sini..
Jalan2 sket ada je orang tegur.. nak belanja air la.. sampai ada makcik tu bagi ampau seorang US$ 15.00.. then singgah satu2 nyer kedai perabut yang ada di Kwe Kwe ni.. Daud Bhai.. ajak lepak kat kedai sambil belanja minum.. Daud Bhai ni la yang tolong kitorang dapatkan kami tiket bas ke Victoria Fall.. sebab member dia owner company bas..
.JPG) |
Ada pulak kereta antik ni.. Posing sat hahahaa.. :P |
Lepas solat magrib.. kami balik ke rumah Tohir Bhai.. actually aku dah janji nak masak Malaysian Food.. sebab Khalid dengan Wan tak reti sangat masak.. tak ada la Tohir Bhai sekeluarga merasa masakan melayu masa bulan ramadhan lepas.. aku masak nasi ayam & ayam goreng madu.. senang, bahan pun tak susah..
.JPG) |
Saat sedih ridwan nak berpisah dengan ayah angkat dia.. |
 |
Bergambar Kenangan Bersama Tohir Bhai |
9 November 2011.. Lepas solat subuh dan breakfast.. kami bergegeas ke bus station.. Khalid dengan Wan agak sedih sebab nak tinggal kan keluarga angkat diorang.. Kami di bekalkan 2 Cheese Burger setiap orang dan 15 mexican apple penuh satu beg plastik oleh Tohir Bhai..
Perjalanan bas mengambil masa selama 8 jam lebih.. dan di sebabkan tauke bas (Tomb Motorways) ni kawan Tohir maka dapat diskaun 5% lagi.. Alhamdulillah syukur sangat.. next destination to The Largest Water Falls in The World..