Monday, 8 October 2012

Zimbabwe Part 1 : Journey to Harare City & Kwe Kwe Town

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia.

06 November 2011 - Cuti Raya Haji kali ini adalah selama 9 hari dari Jumaat sehingga Ahad depan baru kene daftar diri semula. Sebulan sebelum cuti aku dah plan nak pi trip ini dan untuk pertama kali travel dalam satu group. Mungkin dah boring travel seorang diri hahaha.. Memang seronok travel seorang diri tapi yang tak best susah nak amikgambar sendiri. Lagi pun ini tahun terakhir aku di South Africa.

Somehow terasa juga nak ajar kawan-kawan "how to travel backapack" ni. Nak kata pandai sangat tak la juga cuma kita share dari pengalaman yang telah mengajari. So 3 orang pelajar Malaysia aku pilih kali ini. Khalid pelajar tahun 5, Anas pelajar tahun 4, Ridwan pelajar tahun 1 dan yang ke4 aku lah :D


Salah satu hotel yang megah
 di Harare, Zimbabwe.
Road Port Bus Station in Harare.
Jangan sangka afrika takde kereta mewah
Ada juga bangunan tinggi & cantik
Bandar Harare ini antara yang
tersibuk di Southern Africa.

Pada saat ini passport Malaysia adalah ranking 13 terbaik dalam dunia sebab itu pemegang passport Malaysia boleh masuk lebih 120 negara tanpa perlukan visa atau boleh dapat visa on arrival. Di sebabkan tak nak ada any problem kat border nanti maka aku pilih student malaysia sahaja.

Aku dengan Ridwan bertolak 6 November dan Anas dengan Khalid 4 November dah bertolak ke Zimbabwe. Sebab diorang nak celebrate Raya Haji di Zimbabwe. Aku dengan Ridwan nak sambut di Kedutaan Malaysia di Pretoria, South Africa sebab kitaorang nak makan masakan raya Melayu :D

Pukul 6.00 petang Hari Raya Aidiladha kami naik bas bertolak dari Park Station, Johannesburg. Harga ticket Bus Eagle Liner R288.00 per person. Btw teruk sangat bas ni aircond pun tak ada. Satu line ada 5 seat. Anas dengan Khalid naik bas Greyhound harga ticket seorang R480.00. Memang selasa yang teramat.

Bersama Sheik Ebrahim, Imam Masjid Kwe Kwe
Bas yang kami naik memakan masa selama 23 jam untuk smpai ke Bandar Harare sebab driver bas berhenti suka hati even kat tengah hutan. Sekali berhenti memang lama ikut suka hati dia dan kami sampai Harare The Capital of Zimbabwe pukul 5:00 petang keesokan harinya.

07 November 2011 - Kami bernasib baik sebab Brother Zimbabwe yang duduk sebelah aku dalam bas tolong dapatkan mini bas ke Bandar Kwe Kwe selepas kami sampai di Harare. But sementara kene tunggu dia setelkan barang-barang dia. Sempatlah kami tour sedikit Bandaraya Harare ni. Mini bas ke Kwe Kwe yang kami naik ni ada 22 seat dan berharga R60.00 per person.

Layan Sunset atas masjid..
Ruang solat dalam Masjid Kwe Kwe
Di hadapan Masjid Kwe Kwe.
Dulu currency di kenali Zimbabwean Dollar dan ada tarikh luput tapi sebab mata wang mereka dah jatuh teruk sangat maka telah dilupuskan. Semasa kami datang ke sini mata wang yang digunakan adalah USD, GBP, EURO atau matawang negara jiran iaitu South African RAND dan Botswana PULA.

Tips: Setiap kali nak bayar tanya dulu "How much?" If mereka bagi harga dalam USD kita tanya pulak "How much in RAND?" Sebab bila kita tanya macam ni selalunya kita boleh pilih mana yang lebih murah untuk di bayar.

Ruang tamu rumah Tohir Bhai
Oh lupa nak bagi tahu kenapa kami tak stay di Harare dan terus ke Kwe Kwe. Satu memang tak ada plan nak stay Harare sebab cuti pun tak banyak. Kedua sebab matlamat utama kami adalah Victoria Falls. Dan kenapa terus ke Kwe Kwe sebab Ramadhan baru ni Khalid dan Ridwan jadi imam terawih di masjid sini.

Bila aku plan trip Zimbabwe ni dan tanya Khalid dengan Ridwan berkenaan info di Zimbabwe. Diorang terus kata nak ikut sebab diorang bagitau rindu nak jumpa kenalan diorang di Kwe Kwe ketika bertugas sepanjang Ramadhan dan Syawal di sana especially keluarga Tohir Bhai.

Tohir Bhai adalah insan yang menjaga Khalid dan Wan sepanjang mereka berkhidmat di sana.. Beliau lah yang menunggu kami di perhentian bas mini krtika kami sampai jam 11 malam lebih. Masuk je dalam kereta Tohir Bhai macam marah sebab risau takut kami tak sampai. Sebab asal plan akan sampai malam 07 November.

Tohir Bhai ni suka tanam pokok mangga.
Kolam Ikan.. nampak biasa tapi ikan besar..
Dalam kereta Tohir Bhai tanya kenapa tak datang awal dan sambut Eidul Adha bersama mereka. Aku pun bagi alasan ada urusan di kedutaan sebab tu tak boleh datang awal hahaa.. Sampai di rumah Anas dengan Khalid sedang menonton TV sambil bermain dengan anak-anak Tohir Bhai yang masih kecil. Aku dengan wan terus ke meja makan makan berdua sebab yang lain dah makan awal tadi. Tohir Bhai suruh tidur awal sebab esok nak minta kami tolong melapah lembu.

08 November 2011 - Seawal pagi lagi aku dengan Wan dah bangun tapi Anas dengan Khalid lagi awal. Memang sah kene tinggal yang lain semua dah pergi sembelih dan melapah lembu. Selepas breakfast, tengok TV dan kemudian tour kawasan farm Tohir Bhai ni Cantik sangat rumah dalam farm ni.

Ada 16 jenis dan lebih 80 pokok mangga/mempelam dia tanam. Ada kolam ikan dan ada kebun sayur. Lepas balik dari tour di farm isteri Tohir Bhai tanya tak ada jumpa ular ke? Eerrkkk..!!! tak ada la pulak. Dia kata nasib baik la sebab banyak ular kat situ. Pastu dia kata Tohir Bhai seorang je yang berani pergi kawasan pokok mangga tu.. :p

Suasana di Pekan Kwe Kwe - Zimbabwe.
Makan petang di rumah Daud Bhai
Selepas Zohor Khalid ngan Anas balik, kami keluar jalan-jalan di town. Keadaan tak jauh beza dengan town zaman koboi dulu. Boleh kira ada berapa jalan sahaja utama sahaja di sini. Dan disebabkan Khalid dengan Wan pernah jadi imam terawih so mereka agak terkenal di sini.

Jalan tak sampai 20 langkah, ada jer orang tegur mereka. Siap ada yang nak belanja minum. Sampai ada makcik tu bagi angpau seorang US$ 15.00. Then singgah satu-satunya kedai perabut yang ada di Kwe Kwe ni. Owner dia Daud Bhai. Ajak lepak dalam kedai sambil belanja minum. Daud Bhai ni la yang tolong dapatkan tiket bas ke Victoria Falls untuk kami sebab member dia owner company bas.

Ada pulak kereta antik ni.. Posing sat hahahaa.. :P
Lepas solat Maghrib di masjid kami balik ke rumah Tohir Bhai dan aku dah janji nak masak masakan Malaysia. Khalid dengan Wan tak reti sangat masak so memang tak ada la Tohir Bhai sekeluarga merasa masakan melayu masa bulan Ramadhan lepas. Aku pun masak Nasi Ayam & Ayam Goreng Madu.

Saat sedih Ridwan nak berpisah dengan ayah angkat dia.
Bergambar Kenangan Bersama Tohir Bhai

09 November 2011 - Selepas solat subuh dan breakfast kami bergegas ke stesen bas. Khalid dengan Ridwan agak sedih sebab nak tinggalkan keluarga angkat mereka. Kami dibekalkan 2 Cheese Burger setiap orang dan 15 Mexican Apple penuh satu beg plastik oleh Tohir Bhai.

Perjalanan bas mengambil masa selama 8 jam lebih dan disebabkan tauke Tomb MotorwaysBus Express ni kawan Tohir Bhai maka kami semua dapat diskaun 5%. Alhamdulillah syukur sangat. So next our destination is The Largest Water Falls in The World..

9 comments:

  1. Thanx following my blog, patut la nampak mcm ada org dari Johanesburg datang. Interesting place.. One day mesti pijak bumi Allah -South Africa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. u are welcome to.. sorry org johannesburg dtg xbagi salam hehee.. insyallah anda juga ada peluang utk mai afrika.. :D

      Delete
  2. Assalamualaikum wbt..

    Nice entry tp mana gmbr? Slalu benor lagu nie, ad x pic 16 pokok mangga tue? Nk tgk.. Btw, awk ingt lg eh pjalanan mse travel even thn lepas pny.. Hebat2.. Jgn lupa mskkn pic tau.. Syukran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah pic akan upload selepas abis tulis huhuuu.. btw saya ada dairy that y boleh rujuk kat dairi..

      Delete
  3. Rare betul kalau dapat travel ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masa belajar pun tak ramai yg nak jelajah negara afrika lain..

      Delete
  4. jauh berjalan luas pandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diizinkan Allah Taala utk melihat keindahan ciptaan nya

      Delete
  5. Jauh kaki tuan berjalan. Terima kasih kongsi pengalaman dan gambar utk pembaca.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...