Wednesday, 23 October 2013

Namibia Part 3 : Melawat Kedutaan Besar Malaysia Di Windhoek

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan dari Namibia Part 2 : Tour - National Museum of Namibia

Antara perkara penting yang aku titik beratkan bila travel adalah membuat semakan jika ada Kedutaan Malaysia di sesebuah negara yang akan dilewati. Just in case kalau terjadi apa-apa, boleh la call atau pergi jumpa mereka sebab kita dah simpan phone number and address. Boleh la minta tolong pihak kedutaan.. kan?  😅

Untuk pengetahuan semua, Malaysia mempunyai 3 kedutaan di Southern Africa iaitu Johannesburg, Harare, Zimbabwe dan Windhoek, Namibia. Dan mempunyai 13 kedutaan di seluruh benua Afrika, iaitu Senegal, Ghana, Nigeria, Libya, Egypt, Guinea, Algeria, Morocco, Kenya dan Sudan.

Sebelum terus membaca.. Apa kata cuba baca nama jalan ini? 😜
Mungkin kalau nak travel di benua lain tak perlu amik tahu pasal kedutaan malaysia tapi kalau trave di Afrika. Tolong la amik precaution lebih sikit. Banyak negara Afrika dengan politik tak stabil maka susah nak buat jangkaan.

Al-kisahnya bila berjalan-jalan di Bandar Windhoek. Aku terbaca satu nama jalan dan macam agak familiar. Bila check dalam buku nota, ia sama dengan alamat Kedutaan Malaysia. Aku pun bagitau Anas dengan Mus'ab "Jom pergi melawat.. Mana la tau boleh bergambar dengan Tuan Ambassador ke kan?" hahahaa.. 😅

Mus'ab nak jadi orang pertama yang sentuh kedutaan hahaa.. 😅
Akhirnya kami sampai juga di High Commission of Malaysia Windhoek.
Selepas berjalan selama lebih 15 minit dengan pertolongan beberapa orang yang kami tanya. Alhamdulillah akhirnya kami sampai di hadapan bangunan kedutaan Malaysia dengan perasaan penuh excited. Terus bergambar di hadapan kedutaan dan selepas tulis nama di pondak pak guard kami dibenarkan masuk.

Dan kemudian kami berjumpa dengan receptionist arga tempatan. Dan tiba-tiba kami jadi sedikit takut dan cemas. Betul ke apa yang kami buat ni..? Kang tak pasal-pasal kena marah sia-sia jer huhuu.. 😄.

Bergambar bersama kakitangan Kedutaan Malaysia di Windhoek. 
Tuan Ambassador offer nak bawa kami pusing-pusing Bandar Windhoek.
Duta Malaysia Paling Awesome Di Dunia..!!!! 😉👍
Aku cakap dengan reception "If possible we were like to meet any Malaysian in this office.. because.. aaa.. We are Malaysian students.." time tu aku pun tak tahu nak kata apa. Dan kami pun diminta untuk duduk di sofa berhadapan kaunter. Tiba-tiba nampak seorang akak ni yang pakai tudung macam orang Malaysia datang ke arah kami.

Dan memperkenalkan diri beliau sebagai Kak Masz PA kepada Tuan Ambassador. First question dari Kak Masz ni "Orang Malaysia ke..?" Terus kami jawap "Aah kak..". Kak Mazs tanya lagi "Ada apa urusan datang..?" Aku pun jawap "Tadi jalan-jalan pastu nampak macam dah dekat dengan kedutaan.. So saja lah menyinggah..".

First Tuan Mustapa bawa kami ke satu kawasan bukit.
Dari atas bukit boleh lihat memandangan seluruh bandar Windhoek.
Pemandangan waktu petang ke arah Bandar Windhoek.
Tuan Ambassador kata seronok layan view dari sini sekali sekala.
Bandar Windhoek pun tak besar mana katanya.
Kak Maz jemput kami bertiga masuk ke bilik mesyuarat dan tak sampai 2 minit Kak Masz pun datang duduk dan berborak dengan kami. Kemudian datang seorang lagi orang Malaysia iaitu En. Ariffin merangkap Setiausaha Kedutaan Malaysia.

Kami dijamu oren jus sejuk - syukur sangat hilang dahaga dan penat kami akibat cuaca panas di laur tadi. Lepas hampir sejam berborak, tiba-tiba Tuan Ambassador muncul di hadapan kami (baru balik meeting dari luar). Selepas kami diperkenalkan oleh Kak Masz, Tuan Ambassador senyum sikit dan terus masuk bilik office dia. Muka memang sangat serius.

Kraftangan tepi jalan lebih murah dan boleh tawar menawar 😉.
Tapi once dah minta tawar bagai jangan tak beli pula. 
Walau di tengah bandar masih ada etnik yang biasa tanpa berpakaian.
Kata mereka ini adalah tradisi orang asal di sana.
Lebih kurang selepas 5 minit,  Kak Maz beritahu Tuan Ambassador jemput kami bertiga masuk ke bilik beliau. Dan ketika pintu dibuka Tuan Ambassadir dah pun siap menunggu kami di sofa sambil tersenyum dan menjemut kami duduk.

Rupa-rupaya beliau sengaja buat muka serius sebentar tadi 😅. Lagi pun wajah beliau memang nampak serius, lagi-lagi pada orang pertama kali jumpa macam kami. Walau berwajah serius tapi sebenarnya perwatakkan beliau sangatlah baik, peramah dan boleh tahan juga membuat lawak.

Then bawa kami naik bukit lain.. kawasan yang macam tak boleh masuk nie..
Untuk melihat mahligai President Namibia
Kalau tak silap aku nama President Nambia
- Hifikepunye Pohamba..
Zoom sikit lagi bagi dekat. Baru jelas mahligai untuk seorang Presiden Namibia.
First question Tuan Ambassador tanya kami "Bila last makan biskut Ping Pong..?" Sambil memberi pada aku sepeket biskut yang belum dibuka "Tu kat tepi tu ada kopi dan teh.. Pi buat sendiri.. Saya dah ada kopi.. Nak berborak kena macam ni baru sedap.. Cara Melayu kita.." Sambil kami semua tertawa 😂.

Banyak yang kami bualkan ketika ini. Katanya di sini tak ramai orang Malaysia maka tidaklah susah kerja beliau. Ingat lagi beliau kata "Saya kadang-kadang hantar email yang sama sahaja ke Kementerian sebab tiada apa yang nak di update kan".

Tempat terakhir Tuan Mustapa bawa ialah Namibian Parliament House.
Selepas habis waktu kerja Tuan Mustafa bawa kami pusing-pusing Bandar Windhoek. At first beliau bawa kami ke satu kawasan bukit untuk melihat seluruh bandar (view dari atas bukit ini memang cantik). Dan kemudian menunjukan kami di mana letaknya Istana President Namibia yang sangat besar di atas bukit.

Kami juga ke satu kawasan tepi jalan di mana orang tempatan menjual hasil kraftangan dan ada sebahgaian mereka yang berniaga tidak berpakaian. Tapi pada badan mereka actually ada lapisan lumpur yang sengaja disapu pada badan mereka.

Antara statue yang ada di hadapan Parliament House
Another statue di hadapan Parliament House.
Tuan Mustapa bawa kami ke salah satu masjid dari hanya 3 masjid yang ada di seluruh Bandar Windhoek ini untuk bersolat Asar. Kataya salah satu dari tiga masjid tu tak boleh pergi sebab itu masjid yang berpegang dengan ajaran Syiah.

Dan selepas solat Asar, Tuan Mustafa bawa kami ke Namibian Parliament House. Oh ya disebabkan kereta ini ada nombor plat diplomat maka mudah kami untuk ke mana-mana especially melihat istana president tu dari atas bukit. Sebab kalau kereta biasa memang tak boleh masuk area tu 😉.

Tour Guide terbaik dalam hidup aku.. Terima Kasih buat Tuan Mustapa.
Dan secara tak langsung Tuan Mustafa jadi tour guide kami sepanjang petang tu. Beliau bawa kami pergi ke beberapa tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandar Windhoek. Tak pernah lagi aku jumpa seorang Duta Malaysia sebaik Tuan Mustapa Haji Mansor yang sangatlah baik dan humble ini. Boleh pula layan kerenah kami bertiga.

Dan yang lagi menyeronokkan Tuan Ambassador sendiri yang drive kereta bawa kami jalan-jalan sepanjang petang tu. Walau beliau ada driver tapi beliau sendiri yang drive bawa kami. Memang tak akan lupa jasa baik Tuan Mustapa 😎.

Monday, 21 October 2013

Namibia Part 2 : Tour National Historical Museum of Namibia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Namibia Part 1 : Our Journey Stuck In Windhoek - Train Museum

Di sebabkan kami tak boleh nak ke Swakpmund dan Walvis Bay.. maka kami just stay di Windhoek selama 3 Hari 2 Malam.. kat bandar ni memang tiada apa yang menarik.. ia nya dari sebuah kawasan gurun yang di bangunkan menjadi pekan koboi dan menjadi sebuah bandar pada masa kini.. aku rasa la.. hahaa :P

Semalam kami sampai Windhoek pagi dan selepas check in kat Chameleon City Bacpackers Hostel sempat jugak la nak merayau2 kawasan bandar ni.. tapi tak ada la hebat macam Shanghai, Beijing, Bangkok or even Kuala Lumpur.. tak ada bangunan canggih.. dan tak banyak tempat menarik yang boleh kita lihat..

Jom masuk..
Dengan population di Windhoek lebih sket dari angka 300,00 orang.. maka cukup la sekadar bangunan 5 - 10 tingkat.. dan bangunan paling tinggi di seluruh negara ni berketinggian 100 meter /330 ft - 21 floor.. Old Mutual Namibia Headquarters..

Gambaran keadaan purba di satu ketika dahulu..
Antara pakaian traditional orang2 Namibia..
Tulang gajah afrika.. besar tak?? huhuu..
Seekor Leopard yang telah di awet kan.. 
Peralatan memburu orang-orang terdahulu..
Anak panah pelbagai jenis untuk pelbagai jenis binatang dan keadaan..
Kereta kuda..
Kaum wanita menyediakan makanan
Sampan lama yang dijumpai ahli sejarah
Antara jenis rumah zaman purba
Mus'ab cuba untuk memahami design :P
Jom move next section.. 

Yang bagus pasal semua National Museum Of Namibia nie.. tidak di kenakan sebarang bayaran masuk.. siap ada tulis kami tidak akan menerima sebarang bayaran termasuk lah sumbangan dan sebagai nyer.. menggunakan bangunan lama sekitar bandar Windhoek ni.. termasuk pejabat pos lama, penjara lama dan station kereta api lama..

Semalam kami sempat jalan2 di Muzium Station Kereta Api Lama.. Hari ni kami dapat masuk Muzium Penjara Lama dan Muzium Pejabat Pos Lama.. tapi nama semua tetap sama National Museum of Namibia.. Menarik jugak la muzium kat sini.. sebab sejarah yang amat berbeza dengan kita di nusantara.. atleast ada jugak something nak buat kat Windhoek.. dari datang tak buat apa2 seteah kecewa tak dapat ke Walvis Bay..


Muzium di bangunan penjara lama..
Muzium di pejabat pos lama..
Siapa yang faham bahasa
Afrikaans, Dutch atau Germany mesti boleh baca :P
Tetiba aku pelik..
Kenapa ada Bendera Malaysia kat dalam Muzium nie..
Rupa2 nyer pada zaman kemerdekaan mereka..
Tentera Malaysia ada join misi dengan UNTAG - PBB..

Bangga sungguh aku sebagai seorang rakyat Malaysia :D
Jom Layan Barang - Barang Antik 
Barang2 dapur yang antik..
Iron baju baju antik yang menggunakan arang.. susah jugak zaman dulu iron baju..
Teropong?? Telescope?? sape tahu sila bagitau..
Mus'ab cuba untuk menghidupkan lagu :D



Penjagaan muzium oleh pihak berkuasa Namibia memang terbaik.. semua barang di jaga dengan elok.. even satu hari tak sampai 20 orang datang melawat.. sejarah kehiduapan awal di Namibia di kesan seawal 25,000 BC.. di kenali " The First Human In The Hun Mountains ".. terbukti dengan penemuan lukisan dan peralatan memburu zaman stone age di Hun Mountains.. kalau nak tahu lebih lanjut sejarah yang unik ni.. sila klik sini.. Continue Part 3

Friday, 18 October 2013

Namibia Part 1 : Journey Stuck In Windhoek City - Visit Train Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Entry ni patut aku tulis dari awal tahun lagi.. tapi sebab banyak perkara aku kene dahulukan.. dan juga sebab trip solo aku yang yang baru habis sebulan lepas.. maka terpaksa tangguhkan cerita aku di Namibia ni.. Lagi pun aku tension sebab member aku main setting date and time pada camera.. gambar semua ada date and time.. dah la salah lak tu.. habis hilang mood nak letak gambar.

Okay - sambil senyum sket.. Population 2.2 juta adalah amat sedikit untuk sebuah negara yang hampir 3 kali ganda besar dari Malaysia - 824,292 sq km.. bayangkan wild animal lebih banyak dari jumlah manusia di Namibia.. Tapi sebab itu juga negara ni terbaik untuk semua outdoor activity especially hunting..

Banyak kawasan yang masih tidak di sentuh.. anda mampu lihat pelbagai jenis rusa liar berkeliaran hanya 15 kilometer dari kawasan bandar.. termasuk wild Namibian Horse.. Oryx.. Duiker.. Zebra.. dan kalau Cheetah - only if u lucky la macam aku.. dan pelbagai lagi binatang lain..


Siapa sangka. Orang berhati baik itu ada di mana-mana sahaja.
Di hadapan Chameleon City Backpackers Hostel.
Kepenatan perjalanan di dalam bas selama 21 jam dari Cape Town masih kuat terasa.. Sampai je di Windhoek ada orang Namibia yang sudi tolong hantar kami ke hostel.. selepas check in di Chameleon City Backpackers Hostel.. dapat bilik terus mandi.. maklumlah 21 jam dalam bas.. campur waktu2 lain.. kira lebih sehari la tak mandi.. bau badan memang terbaik.. melekit bagai tak yah kata la hahahaa..

Rate yang kami dapat di hostel ni ialah private room for 3 people ialah ND 240.00.. so seorang ND 80.00 / RM 28.00 per night.. hostel dah fully book that why kami kene amik private room.. harga untuk hostel per person murah sket.. tak banyak beza.. basically untung jugak amik private kalau 3 orang.. ini afrika so korang boleh nak minta tawar.. :D  Currency time ni RM 1.00 / ND 2.50..

Tak tahu kenapa Mus'ab keriangan seperti ini..
Mungkin sebab dia belajar Politeknik kot dulu hahahaha :P
Kami sampai di Wernhill Park Mall

Kitorang shopping sakan jugak..
sebab murah dari South Africa
Barang mentah pun halal dan murah so decide malam masak Seafood Spaghetti :D 

ND 241.00 bahagi 3 orang = ND 80.00 / RM 28.00 seorang :D
For Dinner dengan Lunch esok.. Seafood lak tu.. murah la kan..


Antara yang di beli.. Udang 1 kg, Crab Finger 500 gram, Kupah 500 gram, Fish Ball 500 gram, Chicken Sosej 500 gram, Ayam 2 kg, Daging 750 gram dan Speghetti 1 kg..
Anas macam biasa la.. suka menyibuk dalam gambar hahaha..

Dekat hostel ni boleh masak sendiri.. semua perkakas boleh guna..
just make sure korang basuh dan susun balik.. tu jer..

Lebih kurang pukul 2:00 petang.. kami mula melangkah kaki ke centre city.. nak tinjau2 bandar Windhoek ni.. kata orang ia bersih dan yang paling penting selamat untuk merayau2 bagi traveller.. bukan macam di Johannesburg - bahaya giler kot.. Memang betul selamat dan bersih.. dan yang best ada pekerja berpakaian macam alam flora yang merayap2 seluruh bandar memegang plastik sampah hitam.. dan mengutip sampah2 yang ada di tepi jalan..

Jarak dari Windhoek City ke Walvis Bay hampir 400km.
Sepatutnya Windhoek ni bandar persinggahan kami jer.. sebab matlamat utama nak pergi ke Swakopmund dan Walvis Bay.. di bahagian barat Namibia.. ianya adalah sebuah kawasan tepi pantai yang cantik di Namibia.. di pantai Swakopmund terdapat beberapa bangkai kapal besar yang terdampar rapuh di tinggal begitu saja.. oleh sebab weather report memberitakan cuaca ribut petir dan hujan lebat di Swakopmund.. menyebabkan kami membatalkan hasrat dan hanya stay di Windhoek sahaja selama dua malam..
Muzium Kereta Api Windhoek
(Sila abaikan tarikh dan masa pada semua gambar)


Wild Wild West..
Afrika memang banyak peninggalan lama penjajah..
Hurmmm ... sape tahu sila share kat comment bawah ok :D
Gerabak untuk mengangkut pekerja buruh kulit hitam.. lebih 70 tahun dulu..
Ini adalah kepala kereta api tentera.. korang pernah tengok..??
Kat afrika jer ada.. jangan sangka tak ada ape di afrika tau :P

Ini pun aku tak tahu.. Mus'ab penat fikir :P
Mungkin peralatan ada kene mengena dengan kereta api.. maybe..

Memang old school.. besar sangat kepala kereta api nie.. :P
Di sebabkan rancangan awal dah di batalkan.. Kami pun menggunakan masa ni untuk merayau seluruh Bandar Windhoek.. Antara yang menarik di sini ialah Namibia National Museum yang menggunakan bangunan lama seperti penjara, balai polis, pejabat pos dan station kereta api lama.. yang di bina pada zaman pemerintahan sebelum merdeka.. memang unik.. dan ia juga agak menyeramkan.. dan kesemuanya museum berada di tempat berlainan di seluruh Windhoek..

 Jom layan gambar kami di Bandar Windhoek.. :D


Fidel Castro Street - Nama President Cuba

Kudu nama statue ni..
Robert Mugabe - President Zimbabwe



Seni bina German.. Sebuah church lama di Bandar Windhoek..
Cuaca kat Windhoek ini alhamdulillah okay.. 
Bandar kecik jer.. senang nak merayau2.. jalan kaki jer.. tak yah naik teksi..

Ada ramai orang jual kraftangan etc tepi jalan jer.. dan itu lah paling murah kalau nak beli.. basically rakyat Namibia memang friendly.. dan ada keunikan tersendiri..