Pages

Wednesday, 23 October 2013

Namibia Part 3 : Melawat Kedutaan Besar Malaysia Di Windhoek

Sambungan dari Namibia Part 2 : Tour - National Museum of Namibia

Antara perkara penting yang aku titik beratkan bila travel adalah membuat semakan jika ada Kedutaan Malaysia di sesebuah negara yang akan di lewati.. just in case kalau pape jadi.. boleh call or pergi kat diorang sebab kita dah ada phone number and address.. boleh la minta tolong pihak kedutaan.. kan?  :D

Secara tak langsung untuk pengetahuan korang.. Malaysia mempunyai 3 kedutaan di Southern Africa.. iaitu Johannesburg, Harare dan Windhoek.. dan mempunyai 13 kedutaan di seluruh benua afrika.. iaitu Senegal, Ghana, Nigeria, Libya, Egypt, Guinea, Algeria, Morocco, Kenya dan Sudan.. Mungkin kalau korang nak travel benua lain.. tak perlu amik tahu pasal kedutaan malaysia.. but kalau kat afrika.. tolong la amik precaution sket.. negara politik tak stabil ni susah nak buat jangkaan..

Sebelum korang terus membaca..
Aku nak tanya siapa boleh sebut nama jalan nie.. :P
Al-kisah nyer.. berjalan2 di Bandar Windhoek.. aku terbaca nama jalan.. macam kenal.. bila check dalam buku.. sama dengan alamat kedutaan.. aku pun bagitau anas dengan mus'ab.. jom pi melawat.. kot2 boleh bergambar dengan Tuan Ambassador ke kan hahahaa..


Mus'ab nak jadi orang pertama yang sentuh kedutaan hahahaha..
Akhir nyer sampai ..
High Commission of Malaysia Windhoek

Selepas berjalan kaki selama 20 minit.. dengan pertolongan orang ramai yang kami tanya.. alhamdulillah sampai di depan bangunan kedutaan dengan perasaan excited.. terus snap gambar.. lepas tulis nama kat pak guard.. kami di benarkan masuk.. then jumpa dengan reception.. tiba2 jadi cemas.. betul ke apa aku buat ni.. kang kene marah sia2 jer.. :P


Bergambar bersama kaki tangan kedutaan.. 
Tuan Ambassador offer lepas habis keje.. nak bawa kami pusing2 bandar Windhoek ni..
Duta Malaysia Paling Awesome Di Dunia..!!!! :D

Aku bagitau reception " if possible.. we were like to meet any Malaysian in this office.. because.. aaa.. we are Malaysian students ".. dan kami pun duduk kat sofa depan kaunter.. tiba2 dapat seorang akak ni.. pakai tudung macam orang malaysia.. memperkenalkan diri Kak Masz PA Ambassador.. first question Kak Masz ni tanya.. " orang malaysia ke? ".. terus kami jawap aah la kak.. " ada apa datang..?" aku pun jawap la.. tadi jalan2 pastu nampak macam dah dekat dengan kedutaan.. so saja lah singgah..

First Tuan Mustapa bawa kami ke satu kawasan bukit
untuk lihat memandangan seluruh bandar Windhoek
Pemandangan Bandar Windhoek
Layan view dari sini pun best jugak..
Kak Maz jemput kami masuk ke tempat mesyuarat dulu.. tak sampai 2 minit Kak Masz pun duduk berborak dengan kami then datang seorang lagi.. En. Ariffin Setiausaha Kedutaan Malaysia.. Kami di jamu fresh oren ( memang terbaikk pada cuaca panas camni ).. lepas sejam berborak Tuan Ambassador muncul.. baru balik meeting.. selepas kami di perkenalkan oleh Kak Masz.. Ambassador senyum sket.. then terus masuk office dia.. muka serius jer.. 

Kraftangan tepi jalan agak murah dan boleh tawar menawar.. :D
Di sini boleh tengok orang tanpa pakaian..
kata nya ini tradisi orang asli di sana
Then bawa kami naik bukit lain.. kawasan yang macam tak boleh masuk nie..
Untuk melihat mahligai President Namibia
Kalau tak silap aku nama President Nambia
- Hifikepunye Pohamba..
Zoom sket bagi dekat.. tu dia mahligai :D
Selepas 5 minit Kak Maz bagitau Ambassador jemput kami bertiga masuk office dia.. Dah siap tunggu kat sofa.. rupa2 nyer saje jer dia buat muka serius tapi orang nyer memang baik dan peramah.. dia tanya " bila last makan biskut ping pong? " sambil memberi pada aku sepeket.. " tu kat tepi tu ada kopi teh.. pi buat sendiri.. saya dah ada kopi.. nak berborak macam ni baru sedap.. cara melayu kitas ".. sambil kami semua ketawa..


Tempat terakhir Tuan Mustapa bawa
ialah Namibian Parliament House

Statue di hadapan Parliament House
Statue di hadapan Parliament House
Tour Guide terbaik dalam hidup aku.. Thanks Tuan Mustapa
Encik Mustapa bawa kami ke salah satu masjid dari 3 masjid yang ada di seluruh Windhoek untuk bersolat asar.. dan secara tak langsung jadi tour guide.. pusing pergi tempat2 menarik.. tak pernah lagi aku jumpa Ambassador sebaik Tuan Mustapa Haji Mansor. dan yang best nye Tuan Ambassador sendiri drive bawa kami jenjalan sepanjang petang tu.. memang tak akan lupa jasa baik Tuan Mustapa.. :D  Continue Part 4

Monday, 21 October 2013

Namibia Part 2 : Tour National Historical Museum of Namibia

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Namibia Part 1 : Our Journey Stuck In Windhoek - Train Museum

Di sebabkan kami tak boleh nak ke Swakpmund dan Walvis Bay.. maka kami just stay di Windhoek selama 3 Hari 2 Malam.. kat bandar ni memang tiada apa yang menarik.. ia nya dari sebuah kawasan gurun yang di bangunkan menjadi pekan koboi dan menjadi sebuah bandar pada masa kini.. aku rasa la.. hahaa :P

Semalam kami sampai Windhoek pagi dan selepas check in kat Chameleon City Bacpackers Hostel sempat jugak la nak merayau2 kawasan bandar ni.. tapi tak ada la hebat macam Shanghai, Beijing, Bangkok or even Kuala Lumpur.. tak ada bangunan canggih.. dan tak banyak tempat menarik yang boleh kita lihat..

Jom masuk..
Dengan population di Windhoek lebih sket dari angka 300,00 orang.. maka cukup la sekadar bangunan 5 - 10 tingkat.. dan bangunan paling tinggi di seluruh negara ni berketinggian 100 meter /330 ft - 21 floor.. Old Mutual Namibia Headquarters..


Gambaran keadaan purba di satu ketika dahulu..
Antara pakaian traditional orang2 Namibia..
Tulang gajah afrika.. besar tak?? huhuu..
Seekor Leopard yang telah di awet kan.. 
Peralatan memburu orang-orang terdahulu..
Anak panah pelbagai jenis untuk pelbagai jenis binatang dan keadaan..
Kereta kuda..
Kaum wanita menyediakan makanan
Sampan lama yang dijumpai ahli sejarah
Antara jenis rumah zaman purba
Mus'ab cuba untuk memahami design :P
Jom move next section.. 

Yang bagus pasal semua National Museum Of Namibia nie.. tidak di kenakan sebarang bayaran masuk.. siap ada tulis kami tidak akan menerima sebarang bayaran termasuk lah sumbangan dan sebagai nyer.. menggunakan bangunan lama sekitar bandar Windhoek ni.. termasuk pejabat pos lama, penjara lama dan station kereta api lama..

Semalam kami sempat jalan2 di Muzium Station Kereta Api Lama.. Hari ni kami dapat masuk Muzium Penjara Lama dan Muzium Pejabat Pos Lama.. tapi nama semua tetap sama National Museum of Namibia.. Menarik jugak la muzium kat sini.. sebab sejarah yang amat berbeza dengan kita di nusantara.. atleast ada jugak something nak buat kat Windhoek.. dari datang tak buat apa2 seteah kecewa tak dapat ke Walvis Bay..


Muzium di bangunan penjara lama..
Muzium di pejabat pos lama..
Siapa yang faham bahasa
Afrikaans, Dutch atau Germany mesti boleh baca :P
Tetiba aku pelik..
Kenapa ada Bendera Malaysia kat dalam Muzium nie..
Rupa2 nyer pada zaman kemerdekaan mereka..
Tentera Malaysia ada join misi dengan UNTAG - PBB..

Bangga sungguh aku sebagai seorang rakyat Malaysia :D
Jom Layan Barang - Barang Antik 
Barang2 dapur yang antik..
Iron baju baju antik yang menggunakan arang.. susah jugak zaman dulu iron baju..
Teropong?? Telescope?? sape tahu sila bagitau..
Mus'ab cuba untuk menghidupkan lagu :D





Penjagaan muzium oleh pihak berkuasa Namibia memang terbaik.. semua barang di jaga dengan elok.. even satu hari tak sampai 20 orang datang melawat.. sejarah kehiduapan awal di Namibia di kesan seawal 25,000 BC.. di kenali " The First Human In The Hun Mountains ".. terbukti dengan penemuan lukisan dan peralatan memburu zaman stone age di Hun Mountains.. kalau nak tahu lebih lanjut sejarah yang unik ni.. sila klik sini.. Continue Part 3

Friday, 18 October 2013

Namibia Part 1 : Journey Stuck in Windhoek City - Train Museum

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Entry ni patut aku tulis dari awal tahun lagi.. tapi sebab banyak perkara aku kene dahulukan.. dan juga sebab trip solo aku yang yang baru habis sebulan lepas.. maka terpaksa tangguhkan cerita aku di Namibia ni.. Lagi pun aku tension sebab member aku main setting date and time pada camera.. gambar semua ada date and time.. dah la salah lak tu.. habis hilang mood nak letak gambar.

Okay - sambil senyum sket.. Population 2.2 juta adalah amat sedikit untuk sebuah negara yang hampir 3 kali ganda besar dari Malaysia - 824,292 sq km.. bayangkan wild animal lebih banyak dari jumlah manusia di Namibia.. Tapi sebab itu juga negara ni terbaik untuk semua outdoor activity especially hunting..

Banyak kawasan yang masih tidak di sentuh.. anda mampu lihat pelbagai jenis rusa liar berkeliaran hanya 15 kilometer dari kawasan bandar.. termasuk wild Namibian Horse.. Oryx.. Duiker.. Zebra.. dan kalau Cheetah - only if u lucky la macam aku.. dan pelbagai lagi binatang lain..


Siapa sangka. Orang berhati baik itu ada di mana-mana sahaja.
Di hadapan Chameleon City Backpackers Hostel.
Kepenatan perjalanan di dalam bas selama 21 jam dari Cape Town masih kuat terasa.. Sampai je di Windhoek ada orang Namibia yang sudi tolong hantar kami ke hostel.. selepas check in di Chameleon City Backpackers Hostel.. dapat bilik terus mandi.. maklumlah 21 jam dalam bas.. campur waktu2 lain.. kira lebih sehari la tak mandi.. bau badan memang terbaik.. melekit bagai tak yah kata la hahahaa..

Rate yang kami dapat di hostel ni ialah private room for 3 people ialah ND 240.00.. so seorang ND 80.00 / RM 28.00 per night.. hostel dah fully book that why kami kene amik private room.. harga untuk hostel per person murah sket.. tak banyak beza.. basically untung jugak amik private kalau 3 orang.. ini afrika so korang boleh nak minta tawar.. :D  Currency time ni RM 1.00 / ND 2.50..

Tak tahu kenapa Mus'ab keriangan seperti ini..
Mungkin sebab dia belajar Politeknik kot dulu hahahaha :P
Kami sampai di Wernhill Park Mall

Kitorang shopping sakan jugak..
sebab murah dari South Africa
Barang mentah pun halal dan murah so decide malam masak Seafood Spaghetti :D 

ND 241.00 bahagi 3 orang = ND 80.00 / RM 28.00 seorang :D
For Dinner dengan Lunch esok.. Seafood lak tu.. murah la kan..


Antara yang di beli.. Udang 1 kg, Crab Finger 500 gram, Kupah 500 gram, Fish Ball 500 gram, Chicken Sosej 500 gram, Ayam 2 kg, Daging 750 gram dan Speghetti 1 kg..
Anas macam biasa la.. suka menyibuk dalam gambar hahaha..

Dekat hostel ni boleh masak sendiri.. semua perkakas boleh guna..
just make sure korang basuh dan susun balik.. tu jer..

Lebih kurang pukul 2:00 petang.. kami mula melangkah kaki ke centre city.. nak tinjau2 bandar Windhoek ni.. kata orang ia bersih dan yang paling penting selamat untuk merayau2 bagi traveller.. bukan macam di Johannesburg - bahaya giler kot.. Memang betul selamat dan bersih.. dan yang best ada pekerja berpakaian macam alam flora yang merayap2 seluruh bandar memegang plastik sampah hitam.. dan mengutip sampah2 yang ada di tepi jalan..

Jarak dari Windhoek City ke Walvis Bay hampir 400km.
Sepatutnya Windhoek ni bandar persinggahan kami jer.. sebab matlamat utama nak pergi ke Swakopmund dan Walvis Bay.. di bahagian barat Namibia.. ianya adalah sebuah kawasan tepi pantai yang cantik di Namibia.. di pantai Swakopmund terdapat beberapa bangkai kapal besar yang terdampar rapuh di tinggal begitu saja.. oleh sebab weather report memberitakan cuaca ribut petir dan hujan lebat di Swakopmund.. menyebabkan kami membatalkan hasrat dan hanya stay di Windhoek sahaja selama dua malam..
Muzium Kereta Api Windhoek
(Sila abaikan tarikh dan masa pada semua gambar)


Wild Wild West..
Afrika memang banyak peninggalan lama penjajah..
Hurmmm ... sape tahu sila share kat comment bawah ok :D
Gerabak untuk mengangkut pekerja buruh kulit hitam.. lebih 70 tahun dulu..
Ini adalah kepala kereta api tentera.. korang pernah tengok..??
Kat afrika jer ada.. jangan sangka tak ada ape di afrika tau :P

Ini pun aku tak tahu.. Mus'ab penat fikir :P
Mungkin peralatan ada kene mengena dengan kereta api.. maybe..

Memang old school.. besar sangat kepala kereta api nie.. :P
Di sebabkan rancangan awal dah di batalkan.. Kami pun menggunakan masa ni untuk merayau seluruh Bandar Windhoek.. Antara yang menarik di sini ialah Namibia National Museum yang menggunakan bangunan lama seperti penjara, balai polis, pejabat pos dan station kereta api lama.. yang di bina pada zaman pemerintahan sebelum merdeka.. memang unik.. dan ia juga agak menyeramkan.. dan kesemuanya museum berada di tempat berlainan di seluruh Windhoek..

 Jom layan gambar kami di Bandar Windhoek.. :D


Fidel Castro Street - Nama President Cuba

Kudu nama statue ni..
Robert Mugabe - President Zimbabwe



Seni bina German.. Sebuah church lama di Bandar Windhoek..
Cuaca kat Windhoek ini alhamdulillah okay.. 
Bandar kecik jer.. senang nak merayau2.. jalan kaki jer.. tak yah naik teksi..

Ada ramai orang jual kraftangan etc tepi jalan jer.. dan itu lah paling murah kalau nak beli.. basically rakyat Namibia memang friendly.. dan ada keunikan tersendiri..