Selepas diberitahu Masjid Raya Batam ditutup atas sebab kerja-kerja pembaikan selepas kejadian kebakaran qubah masjid baru-baru ini. Aku mula berjalan keluar dari area muzium mencari Pak Supir untuk ke Hotel kami di kawasan Nogoya di tengah bandar. Pada pengalaman aku insyallah Pak Supir ini ada di mana-mana sahaja especially di kawasan macam terminal yang ramai pelancong ini.
![]() |
| Masjid Tanwirun Naja atau juga dikenali sebagai Masjid Tanjak. |
Tak jauh dari pintu masuk Muzium Raja Ali Haji aku dah pun terserempak dengan beberapa Pak Supir. So first thing kita nego harga nak ke Hotel. Dalam bacaan di google rate standard dari terminal nak ke area Nagoya adalah sekitar bawah IDR 100,000. Dan lepas nego Alhamdulillah aku dapat IDR70,000/RM20.00.
![]() |
| Melintasi Masjid Agung Batam yang sedang dalam kerja pembinaan kubah baru. |
Sebab dapat harga murah aku pun cuba tanya kalau nak ke Masjid Tanjak dan kemudian mungkin ke Costarina dan lepas tu baru ke Hotel, berapakah harganya. Dia kata IDR300,000 dan aku pun start tawar menawar. At last alhamdulillah dapat IDR 250,000/RM74.00. Boleh la lagi pun Pak Supir ni bawa Toyota Advanza. Dan mengenangkan bawa baby and The Kids lagi. Kita layan jer lah. Tak perlu fikir panjang-panjang.
Welcome To Batam Monument
Sebelum ke Masjid Tanjak kami request singgah ke Welcome To Batam Monument yang terletak tidak jauh dari Masjid Raya Batam. Beralamat di Teluk Tering, Batam Kota, Riau Islands 29444, Indonesia. Ini adalah tempat wajib bergambar jika anda sampai ke Batam. Kami berhenti tak sampai 10 minit untuk bergambar dan kemudian meneruskan perjalanan ke Masjid Tanjak yang terletak tidak jauh dari Airport Batam.
![]() |
| Inilah dia Welcome To Batam Monument - Pak Supir memang suggest ke sini untuk bergambar. |
Di kawasan kita bergambar berhadapan monument ini terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai aneka makanan. Anda boleh luangkan sedikit masa cuba untuk menikmatinya. Cuma kami hadir di waktu tengah hari kebanyakan peniaga baru mula menyiapkan gerai masing-masing. Maka selepas puas bergambar kami meneruskan perjalanan ke Masjid Tanjak yang mengambil masa hampiar 20 minit untuk sampai.
Masjid Tanjak
Nama penuh bagi masjid ini adalah Masjid Tanwirun Naja dan diringkaskan kepada Masjid Tanjak. Beralamat di Tugu Rajawali, Batu Besar, Kecamatan Nongsa, Kota Batam, Kepulauan Riau 29465, Indonesia. Ada yang mengatakan ia adalah bentuk tanjak yang pernah dipakai oleh Hang Nadim pada suatu ketika dahulu.
![]() |
| Masjid Tanjak yang bercirikan Lambang Pemakaian Kemelayuan iaitu Tanjak. |
![]() |
| Pemandangan dari sisi kubah Masjid Tanjak. |
![]() |
| Persekitaran masjid yang cantik, bersih dan kemas. Dikelilingi oleh kolam ikan. |
Dari Batam Terminal feri ke Masjid Tanjak lebih kurang 9km. Kami sampai lebih kurang 20 minit sebelum masuk waktu Asar. Oh ya waktu di Batam adalah sejam lewat dari Malaysia. So kami masuk ke dalam solat jama zohor asar dan terus meneroka masjid cantik ini bergambar untuk kenang kenangan :D
Keluasan masjid sebesar 4,983 meter persegi dan keseluruhan tapak lebih 15,700 meter persegi ini menjadi satu lagi ikonik pelancongan di Batam dan ia terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Hang Nadim.
![]() |
| Mimbar masjid juga berbentuk tanjak. |
![]() |
| Corak bunga menghiasi di syiling Masjid Tanjak ini. |
![]() |
| Ruang solat secara open air. Tidak memerlukan kipas dan lampu untuk menerangi ruang utama. |
Mula dibina pada Disember 2020 dan siap 16 bulan kemudian dan telah dirasmikan pada 24 Jun 2022 dan telah dibaik pulih pada penghujung 2022 selepas kejadian syiling masjid yang runtuh pada September 2022 dan bernasib baik pada ketika itu tiada jemaah yang berada di ruang solat. Masjid ini memilik menara setinggi 45 meter dan dihiasi dengan beberapa buah kolam di sekeliling banguanan masjid.
![]() |
| Masjid ini tidak mempunyai pintu dan memang terbuka 24 jam buat para pengunjung. |
![]() |
| Di sebalik mimbar dan bilik imam. Nampak nyaman jer kalau jadi imam kat sini :D |
![]() |
| Pemandangan Bulatan Helang di hadapan Masjid Tanjak. |
Masjid yang mampu menampung 1,250 jemaah dalam satu-satu masa ini mengamalkan konsep "open air". Kerana kedudukan masjid yang berada di kawasan tinggi memboleh angin bertiup masuk dan keadaan di dalam masjid yang sentiasa sejuk dan nyaman. Dan tidak memerlukan lampu di siang hari.
Mega Wisata Ocarina Batam - Coastarina
Digelar sebagai Mini Amusement Park oleh warga tempatan. Jika ada waktu kelapangan dan masa yang lebih boleh la datang merayau ke sini. Dan bayaran tiket masuk agak murah iaitu dewasa adalah IDR 25,000 seorang dan kanak-kanak IDR10,000 seorang. Dan jika anda datang dengan Pak Supir maka harus juga dibayarkan tiket masuknya.
![]() |
| Suasana matahari terbenam di Coastarina. |
Di sini tidaklah ada begitu banyak tempat permainan. Ia seperti masih dalam fasa pertama sekitar 4 atau 5 jenis permainan sahaja yang ada. Namun tempat yang cantik ini lebih untuk bergambar disebabkan keadaan persekitaran yang di tepi laut dan bila malam ada lampu-lampu gitu. Lagi-lagi wajib bergambar dengan Monument Coastarina itu sendiri.
![]() |
| Peta keseluruhan Coastarina tapi mostly kesemuanya masih dalam pembinaan |
Setiap permainan dikenakan bayaran maka tidak hairanlah entrance masuk tadi adalah murah hahaha. So kalau sekadar nak bergambar dan berseronok-seronok boleh la datang jika tidak, aku suggest jangan datang sebab Indoor Theme Park Berjaya Times Square adalah 20 kali ganda besar permainan nya :D
![]() |
Disebabkan kami rasa macam tak berapa sangat Costarina ni maka kami decide untuk terus keluar dan nak check in hotel. Tak sampai setengah jam spend masa di sini. Pak Supir nampak kami macam tak berapa happy di sini maka dia suggest untuk kami jalan-jalan ke area Wisata Bengkong. Tapi sekadar jalan-jalan dalam mobil sahaja. Dia kata nanti lain hari boleh ke sini ada banyak tempat yang best boleh dilawati.














