Showing posts with label Part 2 : The Netherlands - Amsterdam City. Show all posts
Showing posts with label Part 2 : The Netherlands - Amsterdam City. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Part 2 : The Netherlands - Amsterdam City

Sambungan dari Part 1 : The Netherlands - Sampai di Schiphol Airport

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Keluar dari Train Station Amsterdam.. terus keluarkan camera jadi budak jakun.. macam beruk masuk bandar.. tak pernah sampai Europe la katakan.. Berpandukan buku travel Lonely Planet yang aku beli di South Africa sebagai tour guide aku.. semua jalan dan lorong aku masuk.. Red Light District pun aku masuk.. sebab aku yakin.. tak ada apa yang boleh menghasut aku :P hahahaa..


Di hadapan bangunan Train Station Amsterdam..
Kedai-kedai di Red Light District :P
Antara bangunan di Dam Square - Amsterdam..
Antara bangunan2 yang
unik di Amsterdam.. :D
Kalau travel seorang diri
macam ni la jadi nyer :P
Antara salah satu pemandangan Canal yang ada di Amsterdam

Tengah sibuk berjalan smbil bergambar.. aku terserempak dengan dengan singboard Wau Malaysian Restaurant.. Mula2 ingatkan 'Wan' sekali jumpa owner cina nama dia wau hahaa..  ( aku salah baca ).. dapat la amik gambar dengan Mr Wau.. memang rasa macam kat malaysia sebab dalam kedai ada wau bagai.. jumpa restoran indonesia.. restoran iran rab etc..

Bergambar bersama dengan owner restoran Encik Wau

Jom masuk.. :D
Ada restoran Malaysia la.. 
Di dalam restoran Encik Wau
ada wau yang lain hehehee..  :D

Kalau tak larat nak jalan kaki.. sila lah sewa basikal :D

Bila dah happy sangat berjalan ke sana sini.. makanya terlupa pulak nak cari hostel.. waktu dah dekat pukul 5.00 petang ni.. Masa ni baru nak sibuk cari hostel memang tak dapat la.. Di Amsterdam ada hostel yang boleh booking untuk berhari2.. ada yang boleh booking satu malam sahaja.. so memang banyak yang dah penuh.. dekat 7 hostel jugak aku cuba bertanya.. semua full book.. nak amik hotel jangan harap la.. mahal sesangat..

Jom layan pemandangan di Amsterdam sekejap :D

Banyak pulak swan kat canal2 di Amsterdam ni.. 
Rumah - rumah di Amsterdam..
Sempit tapi lebih 3 tingkat..
Snap picture jer.. Duit kene saving..
Untuk next destination.. :D
Salah satu mercu
di Dam Square, Amsterdam
Antara canal di Amsterdam.. Duit banyak boleh la naik sampan2 tu
Seronok berkeliaran di lorong2
dan jalan2 di amsterdam ni.. 
Antara statue yg banyak
di Bandar Amsterdam nie..

Last2 dapat ideal sebab tengok magrib pun macam dah dekat.. last chance untuk aku ialah balik bermalam di airport.. ( yang part ni aku nasihat korang jangan ikut la ).. in the same time bagus juga untuk jimat duit hehee.. tapi malam tu nak tido payah sangat sebab polis halau homeless dari bermalam di airport.. nasib baik aku tak kene halau.. so next time apa apa hal pun first thing.. make sure korang booking hostel awal2 untuk bermalam yer.. especially backpackers.. Continue Part 3..