Assalamualaikum..
Sebelum aku mulakan cerita pengembaraan solo aku di Borneo dari Miri sampai ke Kota Kinabalu.. aku nak share pengalaman di Dubai, U.A.E.. dan kongsi sket maklumat berkenaan Airport Dubai nie.. sebab ada ramai yang bertanya.. aku tak la tahu semua benda di Dubai.. tapi sebab dah pernah transit beberapa kali di sini.. so nak kongsi sket apa yang aku tahu..
Pemandangan Sunrise dari dalam pesawat Emirate Airlines |
Pemandangan Bandar Dubai.. Padang Pasir yang di bangunkan.. |
Okay first.. aku nasihatkan.. kalau boleh.. JANGAN jadikan Dubai nie sebagai destinasi utama korang untuk melancong.. sebab nyer ialah.. kalau boleh kita melawat negara ni sebagai destinasi transit.. rugi kalau beli tiket return Dubai - Kuala Lumpur dengan Emirate Airlines.. sebab terbang dengan Emirate Airlines dari Kuala Lumpur ke Istanbul harga ticket sama dengan terbang ke Dubai..
Dan bila menggunakan perkhidmatan Emirate Airlines.. maka gunalah peluang ini untuk transit di Dubai.. masa nak beli tiket tu.. minta lah dengan travel agent or airlines company untuk dapatkan transit paling maximum.. Aku biasa akan amik transit lebih 1 Hari 1 Malam di Dubai.. at least boleh jalan2 Bandar Dubai.. dan tak ada extra charge pun.. harga still sama kalau transit lama..
Jom Pusing Dalam Dubai Airport
Arrival Hall.. |
International Transit Terminal |
Untuk Warganegara Malaysia.. kita akan dapat visa on arrival.. selama 30 hari.. tanpa perlu bayar apa2.. free jer.. tak macam Jordan, Oman atau Qatar kene bayar visa on arrival.. okay back to first point.. Airport Dubai.. ada something yang aku nak share.. sebab ramai yang tahu perkara nie..
Bagi mereka yang transit di Dubai Airport dengan menaiki pesawat Emirate Airlines atau dengan kata lain Passenger of Emirate Airlines.. Jika transit lebih dari 4 jam.. maka mereka layak untuk mendapatkan Hidangan Meal Free dari pihak Emirate Airlines..
Itu lah kadang2 aku kesian tengok ada pakcik makcik yang dah berumur atau sebuah keluarga yang tak berkemampuan.. duduk melopong kelaparan.. menunggu connecting flight berjam lama nyer.. mereka tak tahu ada makanan sedap boleh di makan dan penting ia percuma..
Ini kaunter voucher meal di Terminal Gate B.. Khas untuk passenger Emirate Airlines.. |
Ini dia Meal Voucher makanan Emirate Airlines.. 4 jam untuk satu voucher.. aku amik 2 sebab transit lebih 24 jam.. Pilihan masing2 untuk tukar voucher di restoran mana yang anda suka.. |
First voucher - aku makan malam di restoran Ocean Basket di Gate B.. Nasi bersama Ikan goreng salut tepung.. dengan kuah mushroom soup.. |
Second Voucher aku makan di Restaurant Taste of India di Terminal Gate A.. Restoran ni aku pilih sebab ada buffet untuk breakfast.. |
Kalau dulu actually lagi best.. bukan hidangan meal.. tapi Buffet khas dari pihak Emirate Airlines.. pelbagai jenis makanan dari lebih 35 negara ada kat buffet nie.. bagi setiap yang transit lebih 4 jam.. layak masuk buffet nie..
Makan la apa saja.. dan boleh order apa saja minuman berkarbonet, jus, coffee, tea etc.. dan makan yang di sediakan adalah untuk semua jenis - breakfast - lunch - supper - dinner.. makna kata sandwich untuk breakfast hingga lah nasi biryani or other heavy food semua ada..
Antara hidangan buffet disini.. Nasi goreng pun ada :D |
Pemandangan dalam restoran agak mahal ni.. tapi yang penting free.. |
Boleh dapat makanan free.. dan terminal transit ni pun besar.. 4 jam kira sesuai la.. sebab shopping duty free pun best jugak dalam airport nie.. nak guna internet pun Wifi free.. kalau tak ada laptop nak guna internet.. boleh guna komputer yang di sediakan.. tapi free komputer hanya di sediakan di bahgian Gate B transit terminal sahaja..
Untuk Sambungan Ke Entry Seterusnya Sila Klik Link Di Bawah :
United Arab Emirate Part 2 : Escape From Airport To Dubai City
United Arab Emirate Part 3 : Interesting Place To Visit In Dubai
United Arab Emirate Part 4 : Biar Gambar Berbicara ( Final )