Showing posts with label South Africa. Show all posts
Showing posts with label South Africa. Show all posts

Tuesday, 19 November 2013

The Kimberley Big Hole - South Africa

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

From Namibia - Moving to World Largest Man Made Hole - The Kimberley Big Hole South Africa..
Sambungan Dari Namibia Part 4 : Train Journey To Keetmanshoop City

The Big Hole of Kimberley - World Largest Man Made Hole..
Sumber gambar dari google..

Kami menaiki bas dari Bandar Keetmanshoop pada pukul 11.00 malam lebih.. naik bas memang terus tido.. memang tak sedar apa2.. kepenatan dari Windhoek memang terasa lagi.. kami hanya sedar apabila di kejutkan seawal 4:00 pagi untuk turun dari bas di Nakop Border Post.. antara Negara Namibia dan South Africa..

Selesai passport kami di cop.. kami menaiki semula bas dan meneruskan perjalanan.. dan kami turun di Bandar Upington, South Africa.. untuk penukaran bas.. kira transit la selama satu jam setengah.. sempat la kami bersolat subuh dan menjamah breakfast di KFC.. 


Bersama penumpang lain.. Menunggu bas ke destinasi masing2 :D

A men in black..
Mus'ab bergambar dgn abang angkat dia :P
Breakfast di KFC.. ada Wifi free lagi tu..
( dekat afrika susah nak dapat internet free yer.. )

Tepat pukul 8:30 pagi.. kami menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Kimberley.. sebuah Bandar yang wujud kerana terdapat lombong galian diamond atau lebih di kenali sekarang dengan nama Big Hole.. dan sekarang tiada lagi sebarang pencarian.. hanya menjadi sebuah kawasan Kimberley Mine Museum.. dan kerana apa ia patut di lawati.. kerana inilah The World Largest Man - Made Hole.. 

Diamond Mining Town.. itulah panggilan penduduk tempatan apabali kami bertanya.. bermula dengan pertemuan oleh Erasmus Jacob pada tahun 1866.. dia menemui sebiji  batu putih / white pebble.. dan setelah membuat kajian.. dia mendapati ia adalah sebiji diamond - measuring 21.25 carats..


Akhirnya kami sampai juga..
Sedikit info mengenai The Big Hole

Some of interesting place..
Sebelum masuk.. 
Antara peralatan yang masih di simpan..
Menara menggantung jambatan tinjau..

Walaupun benda ni besar..
tapi sebab tergantung ia tetap bergoyang sket :P
Jom usha kat hujung anjung tinjau nie.. Kalau gayat duk belakang..
Hampir 100 tahun telah di tutup lombong galian ni.. dah jadi tasik pulak..

Pada tahun 1871.. sebiji diamond yang lebih besar telah di temui measuring 83.50 carats.. di kawasan berhampiran.. maka bermulalah pencari diamond membanjiri kawasan ini sehingga terbinanya sebuah pekan dan kemudian menjadi sebuah bandar.. what would become know as the big hole.. dan pada 5 Jun 1873.. bandar ini telah di beri nama " Kimberley "..

Keadaan disekeliling.. Kedai lama masih di kekalkan ..

Pada waktu lombong ini di tutup pada tahun 1914.. keluasan lubang galian ini ialah 170,000 square meters... dan mencecah sedalam 1,097 meters.. dan telah mengeluarkan lebih dari 3 tan diamond.. Dan yang menariknya mereka mengekalkan hampir 100 meters kawasan sekekeliling pintu masuk The Big Hole ini seperti mana pada era kemegahannya..


Pekan Koboi.. Ada tram lagi tu.. Sigle trip R 7.00..
Comel jer rumah2 nie kan..
Sekarang dah jadi lodge untuk di sewa pelancong..

Harga Tiket Masuk : 
Adult : R 85.00 
Child : R 55.00 ( 2 - 12 years ) 
Family : R 280.00  ( 2 Adults & 3 Children 2 - 12 years )
Pensioners : R 65.00
Student : R 55.00 ( must provide valid student card to qualify for discount )


Jom Masuk Tunnel Under Ground

Suis untuk elektrik seluruh tunnel..
Ada jumpa berlian ker Mus'ab? :P

Diorang kata..
Kalau untung jumpa berlian.. sila amik masuk poket :P
Sedikit Info.. rajin boleh baca yer..

Lepas habis tour Kimberley Mine Museum ni.. kami bergegas semula ke perhentian bas... untuk membeli tiket bas ke Johannesburg.. Nasib agak tidak menyebelahi kami sebab semua tiket bas habis di jual untuk hari ni.. maka the only choice yang kami ada ialah bermalam dan amik bas seawal pagi esok..

Tapi nak bermalam kat mana.. kalau nak bayar hotel memang dah tak ada duit.. cukup2 jer nak beli tiket balik ke Johannesburg.. Sampai nak maghrib kami terserempak dengan seorang india muslim memakai kurta dan kupiah.. berjalan seorang diri..





Tak boleh amik gambar diamond kat sini.. but tangan gatal :P
Aku kata pada Anas dan Mus'ab.. ni mesti nak pergi masjid jom tanya dia.. mungkin ada hotel murah yg diorang tahu.. dia pula mengajak kami ke masjid dahulu.. sebab dia kata kat sana ramai orang.. mungkin ada yang tahu apa solution.. alhamdulillah kami di sambut baik oleh ahli masjid..

First ada yang bagi cadangan dan bawa aku ke train station.. nak tahu jika ada lagi train yang akan ke Johannesburg.. tapi tak ada luck.. than balik ke masjid.. diorang kata ada Combi ( Van / Bas Mini ) yang akan bertolak ke Johannesburg jam 9.00 malam nanti.. 


Antara alat pengangkut hasil diamond dari Big hole..

Selesai solat isya' kami di bawa terus ke lokasi combi berkumpul.. Alhamdulillah tak mahal seorang hanya R120.00.. berbanding dengan tiket bas paling murah R 200.00.. but naik combi ni risiko sket la.. membahaya sebab diorang suka bawa laju.. dan tak tahu kat mana dia akan stop di Bandar Johannesburg nanti..

Sebab nya satu dunia tahu Bandar Johannesburg adalah Top - 5 bandar paling merbahaya di dunia.. but alhamdulillah driver combi ni faham dan tolong kami.. aku minta dia tolong carikan kami teksi untuk balik semula ke Uni.. tepat pukul 4.30 pagi kami sampai ke di pintu gate uni.. tamat pengembaraan kami lebih 3500 km.. selama hampir 3 minggu.. Johannesburg - Cape Town - Windhoek - Keetmanshoop - Kimberley - Joahnnesburg.. :D

Thursday, 23 May 2013

Jom Jalan-Jalan di Republic of South Africa (Pretoria)

Lama betul aku tinggal di South Africa ni..  but satu entry pasal negara ni pun aku tak tulis lagi hahaa.. fikir2 balik Malaysia nanti baru nak tulis.. tapi tak pe lah .. boleh start sikit2 dari sekarang.. so jom aku nak bawa pi tengok Church Square and Union Building di Bandar Pretoria - Capital of South Africa.. ini adalah antara the most interesting place for tourist dekat area Bandar Pretoria ni sebab ia di bina dengan seni bentuk Dutch pada zaman Pemerintahan Boer yang memperkenalkan sistem Apartheid..

1. Church Square or Kerkplein (Afrikaans) 

Use to know as Paul Kruger Square.. tapi di ubah selepas kemerdekaan pada tahun 1994.. Di sini  terletak banyak bangunan lama yang unik.. di bina lebih seratus tahun yang lalu.. and most of the building is something to do with Department of justice.. termasuk lah syarikat guaman private.. antara bangunan di sini ialah The Palace of Justice, The Old Capital Theater, The Tudor Chambers, The Ou Raadsaal ( Old Council Chamber ) and The General Post Office..


Jalan ke dataran Church Square
Statue of Paul Kruger - 5th President of South Africa..
Kegemilangan Kekuasaan Pemerintahan Apartheid
Actually tempat ni walau pun di ketegorikan sebagai tempat site seeing oleh Department of Tourism.. ( tapi tak lah ia nyer 100% selamat untuk di kunjungi ).. dan aku nampak bas pelancong hanya akan parking on one side.. dan pelancong just amik gambar dari dalam bas.. tapi aku.. sebab dah lama kot kat sini.. so buat berani jer hahaha.. siap boleh bawa wakil MPOB dari Malaysia jalan2 kat sini.. 

Haji Hishamuddin dari MPOB pun jalan-jalan kat sini
Antara bangunan lama The Palace of Justice - Church Square, Pretoria
Seni bena dutch..
Lakaran sejarah - Perbincangan orang2 besar Boer
Kekuasan dengan askar2 Dutch
Empat statues askar mengelilingi statues Paul Kruger
Setiap statue berlainan bentuk
The General Post Office Building
The Old capital Theater Building 
Berani bolehlah picnic kat sini.. sambil di temani bangunan lama hahaha..

2. Union Building or Die Uniegebou ( Afrikaans )

Bangunan ini sekarang di guna pakai sebagai pejabat kepada President South Africa..  Di bina pada tahun 1910 dan siap 3 tahun kemudian 1913.. Architect by Sir Herbert Baker.. Bangunan ini pernah di gunakan sebagai persidangan parliment dalam masa yang agak lama.. sebelum ia di tukar ke sebuah bangunan di Cape town.. jom kita tengok Union Building ni..

Pemandangan dari arah depan Union Building..
" Eastern Wing " of  Union Building.. 
Statues memang banyak kat sini..
Garden bertingkat di hadapan Union Building
Kraf Tangan orang2 south africa ada di jual di hadapan bangunan Union Building..
Statue paling tinggi di hadapan Union Building
Cannon yang di gunakan pada waktu dulu.. :D
South Africa ni negara besar.. kalau dalam bandar nie tak adalah banyak yang menarik.. yang menarik semua kat kawasan luar bandar macam safari, wild animal, mountain hiking, camping etc.. kalau setakat ada masa singkat jer.. maka dalam bandar pi tempat2 macam ni je la.. :D

Friday, 22 February 2013

My Next Trip.. The Most Dangerous In My Life

Assalamualaikum.. 

First at all aku harap para pembaca2 blog ni happy dengan apa yang aku coretkan setakat ni.. macam ada jer orang yang nak baca :P hahahaa...   Walau aku baru jer mula menulis tak sampai 6 bulan dari September 2012 sampai la tarikh sekarang ni.. Alhamdulillah dapat jugak 23 post aku tulis.. dari 12 negara yang aku dah travel..

Insyallah aku akan try tulis semua pengalaman di 21 negara yang aku dah travel setakat ini.. sibuk dengan kerjaya sekarang dan sibuk dengan urusan pemindahan aku ke negara lain.. membuat aku tak dapat nk focus  sangat dalm tulisan di blog ni..

Terima kasih pada  ramai yang sudi tegur aku dalam cara berblogging ni.. thank a lot to Puan Fajariah, Usop Wonderland dan adik comel aku Ida yang banyak menegur di permulaan aku blogging ni.. "Asal tulis macam orang buat thesis".. "Boring la.. sebab tulis panjang2.." etc hahaha... dan terima kasih juga pada rakan2 dan kenalan yang sudi baca dan menegur dari A to Z.. especially member2 SKA, Duzak and Ex-Duzak South Africa..

My dream is to be first Backpacker Malaysian Boy who conquer 22 countries by land in Southern and Eastern Africa

So next trip aku ni akan memakan masa hampir sebulan lebih.. dan aku tahu ia nya agak merbahaya apatah lagi untuk travel backpacker seorang diri.. mengharap pengalaman aku travel 8 negara iaitu South Africa, Namibia, Bostwana, Zambia, Zimbabwe, Malawi, Mozambique dan Swaziland dapat membantu aku dalam next trip ni.. Insyallah..

Untuk mengejar impian angan2 menjadi pemuda backpacker melayu pertama conquer Southern Africa dan Eastern Africa by land.. i have to do it.. and normaly chance doesn't come twice.. if something happen to me in my next trip journey.. so aku nak minta maaf awal2 pada salah silap aku.. jika ada yang tak puas hati.. 

Insyallah I will start my journey on 24 March 2013 and will start form Johannesburg, South Africa and will ending in Addis Ababa, Ethiopia on 30 April 2013..

1) Johannesburg, South Africa to Harare, Zimbabwe        983 km  - 
2) Harare, Zimbabwe to Lusaka, Zambia                         400 km -
3) Lusaka, Zambia to Chipata, Zambia                             508 km  -
4) Chipata, Zambia to Lilongwe, Malawi                          132 km  -
5) Lilongwe, Malawi to Dar Es Salaam, Tanzania             998 km  -
6) Dar Es Salaam Tanzania to Zanzibar Island, Tanzania   74 km   -
7) Zanzibar Island, Tanzania to Kigali, Rwanda                1,119 km -
8) Kigali, Rwanda to Kampala, Uganda                            377 km -
9) Kampala, Uganda to Nairobi, Kenya                            505 km -
10) Nairobi, Kenya to Mombasa, Kenya                          442 km -
11) Mombassa, Nairobi to Addia Ababa, Ethiopia            1,168 km - 

                                     Total Perjalanan                      6,706 km -


I'm just want to request doa from you guys..
Wish me luck and safe till the end of my journey.. Thank you.. :D 

Tuesday, 23 October 2012

Final Year Batch 2012 Daurah Hadith Darul Uloom Zakariya (DUZAK)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sesi pembelajaran tahun akhir dari September 2011 sehingga Julai 2012 - Adalah waktu paling penting untuk aku. 11 bulan terakhir buat aku dan juga buat para sahabat handai yang berjuang dalam menghabiskan kursus pengajian kami.

Alhamdulillah kami semua lulus dengan berjaya menggenggam segulung ijzah setelah 7 tahun mengharungi susah payah bersama. Sama ada dengan markah cemerlang atau tidak. Yang penting dapat menabur bakti pada ilmu yang diperlajari  kepada orang lain.

With Maulana Ebrahim Koca (German) and Maulana Younus Ally (south Africa).
Maulana Abu Hurairah ( South Africa ) Best Student in The Class.
Seramai 57 pelajar tahun akhir atau lebih dikenali "Batch Daurah Hadith 2012" yang datang dari 17 buah negara. walau datang dari pelbagai bangsa, berbeza bahasa dan warna kulit tetapi kami semua tetapi sehati sejiwa.

First place in number of score is Maulana Abu Hurairah from South Africa, Second place Maulana Amir Al-Hadidy from Egypt and third place Maulana Noman Ahmed from Saudi Arabia.

The oldest student in my class is Maulana Hidayatur Rahman from Indonesia. He finished his study with us at the age of 34 years old.

Six students already have a family. Maulana Aadil Wadee (Johannesburg, South Africa) 2 kids. Maulana Abdur Rahman (Mombasa, Kenya) 3 kids. Maulana Yusuf Ali (Mauritius) 2 kids. Maulana Bilal Ebrahim (Riyadh, Saudi Arabia) 2 kids. Maulana Younus Ally (Johannesburg, South Africa) 4 kids. Maulana Abdul Qahhar (Maputo, Mozambique) and Maulana Abdul Salam (Cape Town, South Africa)..

With Leader of Class Maulana Sarfaraz from Guyana.
STUDENT FROM MALAYSIA: Maulana Abdullah Osman, Maulana Imran Halimi, Maulana Hafizuddin, Maulana Muhamad Afif

INDONESIA : Maulana Hidayatur Rahman, Maulana Saifullah Abong

THAILAND : Maulana Abdul Halim Kabee

SINGAPORE : Maulana Mohamad Danial Ibrahim

From left Maulana Hafizuddin (Keramat, KL), Maulana Danial Ibrahim (Pasir Ris, Singapore), aku, Maulana Abdullah Osman (Penang), Maulana Abdul Halim Kabee (Thailand), Maulana Younus Ally and Maulana Saifullah Abong (Jakarta, Indonesia).
With the most of my classmate :D

STUDEBT FROM SRI LANGKA: Maulana Aashiq Iqbal,

INDIA : Maulana Anas Rafiq, Maulana Saud Ahmed Mewati, Maulana Asif Kosari, Maulana Talhah Khan, Maulana Farhan Rahid, Maulana Fudhail,

PAKISTAN: Maulana Hafiz Abdullah,

U.A.E : Maulana Shamsul Huda,

SAUDI ARABIA : Maulana Bilal Tahseen, Maulana Noeman Ahmed, Maulana Abdur Rahman Aasif,

EGYPT : Maulana Muhammad Ameer Al-Hadidy,

KENYA : Maulana Abdur Rahman a.k.a Abu Najih,

MAURITIUS : Maulana Ahmed Jaleel, Maulana Yusuf Ali Khudabahas, Maulana Suhaib Falahi, Maulana Ashraffullah,

Makan malam terakhir kami bersama sebelum berpisah pada 7 Julai 2012.

STUDENT FROM SENEGAL : Maulana Suleiman Lee,

BOTSWANA : Maulana Hisyam Abdur Razzaq, Maulana Mohamed Idris Patel,

MOZAMBIQUE : Maulana Abdul Qahhar,

SOUTH AFRICA : Maulana Bilal Khalid, Maulana Aadil Wadee, Maulana Sufyan Malik, Maulana Abu Hurairah, Maulana Hamzah Bhatia, Maulana Suhail Bhamjee, Maulana Bilal Ibrahim, Maulana Yusuf Saloojee, Maulana Siddiq Ahmed Munshi, Maulana Khalid Mansur, Maulana Abdul Salam, Maulana Younus Ali Myfair, Maulana Mohammad Akhalwaya, Maulana Yunus Ali Anadel,

GERMANY : Maulana Ebrahim Kocamanolo,

UNITED STATES of  AMERICA : Maulana Ifdhal Khan, Maulana Usman Akhctar, Maulana Muhamad Afzal,

CANADA : Maulana Suheyl Desai, Maulana Mazhar Patel,

GUYANA : Maulana Sarfaraz.

Our last moment with all classmate after graduation ceremony.
Maulana Usman Akhctar from America and Maulana Sulaimen Lee from Senegal.
With my friend from Mauritius (left) Maulana Ashrafullah, Maulana Suhaib Falahi and Maulana Yusuf Ali.
Semua mengambil gambar kenangan. Tak tahu bila dapat bertemu kembali.
dari kiri  Maulana AbdurRahman (Kenya), Maulana Farhan (India), aku, Maulana Suhyil Bhamjee (South Africa), Maulana Yuonus Ally (South Africa), Maulana Yusuf Ali (Mauritius), Maulana Shamsul Huda (U.A.E).

Wish to see everyone in the this class in one meetup. But it doesn't seen possible with everyone back to thier homeland in different country in the world. From America to Europe, Africa to Middle East and to Asia. But still, I have the feeling that one day we all will meet again. somehow somewhere. Insyallah :D