Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Sambungan Dari
Jordan Part 2 : Jejak Ke Bandar Amman Yang Bersejarah
Fuh Alhamdulillah…!!!! Dengan bangganya berjaya terbitkan “Jordan Part 3” ini.. Hurmm actually kesihatan aku tidak begitu baik.. tapi syukur semangat nak update blog masih kuat maka wujud la sambungan kisah Jordan ni.. Harap-harap ada ler orang sudi baca perkongsian pengalaman aku mengembara.. Eh, Ada kerr???....!!!! Nak dengar sorakan skett.. :P Ah poyo la ko hahahahaa…
Okay sambung cerita.. Selepas kami jalan-jalan di
The Martyrs Memorial and Museum dan
Mosque King Abdullah.. Tanpa membuang waktu petang.. Kami meneruskan jejak kami ke
Amman Citadel dan
The Roman Theater atau dikenali
The Roman Colosseum.. Ianya terletak bersebelahan tapi kene beli tiket yang berlainan..
|
Masih boleh dilihat masih banyak peninggalan pemerintahan Rome.. |
|
Welcome to Amman Citadel Museum.. :D |
|
Jom pusing-pusing cuci mata.. Suka sejarah macam aku sesuai sangat la kan :D |
The Amman Citadel Archaeological Museum
The Hill of the Citadel (Jabal al-Qal'a - 850 meters above sea level) yang terletak di tengah-tengah Bandar Amman telah menjadi pusat pemerintahan sejak Zaman Neolithic dan menjadi pusat pertahanan di zaman Bronze Age (1800 BC).. Peninggalan di atas bukit sekarang ni adalah struktur peninggalan Rome pada pemerintahan permulaan islam..
Menjadi satu aktiviti menarik untuk menziarahi Amman Citadel.. Kerana kekayaan sejarah yang terdapat di sini.. Bayangkan semenjak beribu tahun yang lalu kerajaan saling bertukar tangan di bumi Amman yang indah ini.. Penaklukan demi penaklukan dari zaman batu Stone Age, Iron Age dan Bronze Age hinggalah ke zaman pemerintahan Roman, Byzantine dan akhir sekali pemerintahan Uthmaniyah Turkey..
|
Sebuah rumah yang hanya tinggal suku dari pembinaanya.. |
|
Jom merayap-rayap dalam Bandar Peninggalan ini :D |
Walaupun banyak sturktur yang hancur tapi masih lagi terdapat peninggalan sturktur yang boleh dilihat dengan mata kasar.. Dan sebagai tempat yang di iktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site sudah tentu mempunyai nilai yang perlu kita hargai.. Di dalam Amman Citadel ini terdapat sebuah bangunan muzium 2 tingkat bagi menyimpan dan menjaga artifek zaman terdahulu..
In ancient times, Amman with its surrounding region was successively ruled by the then-superpowers of the Middle East:
Assyria (8th century BC),
Babylonia (6th century),
the Ptolemies,
the Seleucids (third century BC),
Rome (1st century BC), and
the Umayyads (7th century AD).
Renamed
"Philadelphia" after himself by
Ptolemy II Philadelphus, the city was incorporated into Pompey the
Great's province of Syria, and later into the province of Arabia created by
Trajan (106 AD). As the southernmost city of the Decapolis, Philadelphia prospered during Imperial times due to its advantageous location alongside Trajan's new trade and administrative road, the Via Nova Traiana.
|
Sebuah masjid dari peninggalan pemerintahan khalifah islam.. |
|
Sudut pandangan dari dalam.. |
|
Sebahagian binaan yang masih berdiri megah :D |
The Jordan Archaeological Museum
The Amman Citadel Museum dan muzium kecil ini di buka seawal 08:00 am dan di tutup 16:00 pm Sabtu - Khamis untuk October - March.. 08:00 am hingga 19:00 pm Sabtu - Khamis untuk April - September.. Dan untuk hari Jumaat 10:00 am hingga 16:00 pm all year around..
Bayaran harga tiket untuk masuk Amman Citadel ini ialah JD 2.00 bagi orang luar.. tapi ada special price untuk warga Jordan dan juga pelajar luar yang belajar di Jordan dengan syarat menunjukan kad pelajar mereka.. So kalau nak murah silalah pinjam kad pelajar dari pelajar malaysia yang belajar di sana yer :p
|
Tiada bayaran yang diperlukan.. masuk free.. |
|
Barangan bersejarah melebihi beratus tahun kesemuanya .. |
|
Macam manalah mereka bina tiang tinggi2 macam tu zama dulu yer .. |
|
Senarai nama-nama pemerintahan di bumi Amman, Jordan.. |
The Roman Theater / The Roman Colosseum
Actually aku tak pergi dekat pun The Roman Colosseum ni.. tengok dari atas Amman Citadel jer.. Kedudukan di antara dua tempat ini adalah dua bukit bersebelahan so kalau nak ke sana kenelah amik teksi kalau nak save duit silalah berjalan kaki.. tapi tengah 46 degree ni tak apalah hahahaa..
Dibina pada era kegemilanga Antonius Pius (138-161 CE) is cut into the northern side of a hill that once served as a necropolis or graveyard. It is very similar in design to the amphitheater at Jerash, and can accommodate 6000 spectators.The theater is still used periodically for sporting and cultural events.
Terdapat dua buah muzium di Roman Colosseum ini.. The Jordan Folklore Museum terletak di sebelah kanan theater ini menyimpan banyak khazanah dari "Traditional life of local people".. Dan The Museum of Popular Traditions terletak dibahagian kiri theater ini lebih kepada "Traditional Jordanian costumes, including fine embroidery and beautiful antique jewelry".. Kedua-dua muzium ini di buka setiap hari dari 09:00-17:00 kecuali Folklore Museum pada Hari Jumaat 10:00-16:00 sahaja..
|
Itulah dia The Roman Theater or Roman Colosseum |
|
Pemandangan Roman Colosseum dari atas bukit Amman Citadel.. |
The Babul Yaman Restaurant
Okay.. Nak kongsi cerita pasal Restoran Babul Yaman ni sebab makanan dia memang awesome, terbaik dan sedap.. Lepas tu boleh pilih nak makan berkerusi meja atau style duduk atas lantai kemudian mereka akan letak “Sapra”- (dalam Bahasa Urdu).. iaitu satu lebaran plastik untuk alas makanan.. Maka makanlah berjemaah dengan penuh kusyuk huhuhuu.. :D
Ustaz Mursyid yang mula-mula memperkenalkan pada aku restoran ni selepas kami pulang dari berjalan-jalan.. Penat berjalan singgah seketika untuk makan di sini.. dan pada waktu yang sama Ustaz Mursyid call Ust Arif dan Ust Farid untuk join makan.. Ust Hakim masa ni ada hal tak dapat join kami..
|
Inilah dia Restoran Babul Yaman.. Datang Jordan wajib makan kat sini :D |
|
Jom duduk.. dah lapar nie hahahahaa... Ust Mursyid orderkan hehehee :D |
Terletak di hadapan
University of Jordan.. secara tak langsung ada diskaun untuk pelajar2 university yang datang makan di sini.. Patut la ustaz-ustaz ni suka makan kat sini hehehee.. Malam ni Ust Farid kata nak belanja aku makan sebab aku asyik masak kat rumah..
Nak segan tak boleh sebab orang nak belanja makan.. Kita kene terima la kan sebab nak tolong ustaz-ustaz ni dapat pahala.. tak gitu hehehehee... Okay untuk nak order2 nie.. aku serahkan pada mereka.. sebab diorang lebih mahir.. selalu makan kat sini.. so aku pum macam biasa lah "Ana ikut jer apa yang antuum semua order"..
|
Itu dia nasi - nasi pilihan dah dapat.. amik bau dulu :D |
|
Apa lagi kita tabur kat tengah-tengah.. Makan berjemaah :D |
|
Antara juadah lain yang kami makan di sini.. Sedap dia teringat sampai sekarang hahahaa :D |
Antara hidangan makanan special kat sini
Beriani Meat/Chicken,
Mandi Meat/Chicken, Madbot Chicken, Zorbean Meat, Madbok Chicken, Hanith Meat, Mathbi Chicken dan
Madghot Chicken.. Tapi kene ingat nak order bukan macam di Malaysia.. Sebab satu pinggan nasi kat sini boleh share makan untuk 2 orang yang normal..
Yang tak normal pi main jauh2.. :P
Macam kami pun amik dua jenis hidangan nasi dan kemudian makan sejenis roti ala2 nan-capati cenggitu la.. cicah dengan telur dada dan kari kambing.. Memang terbaik la tapi hanya bagi mereka yang tiada darah tinggi macam kami ni hehehee.. Sambil makan sambil layan teh arab gitu.. :D
Untuk Sambungan Entry Jordan Sila Klik Link Di Bawah :-
wahhh sangat menarik la.. bila lah boleh dapat pergi tempat2 macam ni.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah memang menarik.. insyallah saya doakan satu hari nanti akan spai sana :D
DeleteMakan atas plastik gitu je ke? Kalo kat sini pun ada jugak saprah tp biasanya kain putih.
DeleteAfif, bila akak tgk kota lama tu, hati rasa gementar sbb mcm dpt rasa aura kegemilangan pemerintahan khalifah dulu..
Colosseum tu yg femes tu ke? Atau yg femes tu yg dekat Rome ye?
Hurmm kain putih lebih kepada alas utk hidangan makan berpinggan atau makan dalam talam kan.. kalau kain nak letak makanan direct melekat pulak nanti.. sbb tu yg ini guna plastik tak ada la makanan melekat :D
DeleteYeap pemerintahan zama khalifah dari utara afrika sampai ke afghanistan melepasi negara2 arab.. mmg seronok bila baca sejarah islam..
DeleteColosseum tu mcm pusat theater pd zaman kerajaan rome.. so kebanyakan jajahan mereka ada colosseum ini dibina :D
suka jugak tempat2 bersejarah nie.. kalau dpt pegi..mesti terlebih excited anis nanti.. hihi.. tengok gambar pon dah rase syok... :)
DeleteSaya yg sampai sana pun mmg extra excited over k hahaha.. Didoakan moga anis pun dpt pergi ke sana..
Deleteseronoknya
ReplyDeleteYeapp memang seronok.. :D
DeleteBestnyaaa ! How I wish to go there. T_T
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best..
DeleteWish u will be there to :D
Moga dipermudahkan..
Cicah ngan kari kambing... perghhhh mabeles gitu :D
ReplyDeleteHahahaa.. kan kan.. memang terbaik kari kambing.. :D
Deletekalau pegi tengok tiang2 togel camni mmg x lah kota bagi sis JM...x inzal ahahaha (mmg x minat sejarah)
ReplyDeleteWahh...semua kawan-kawan Ustaz tu...itu sbb yang in Ustaz Afif
Antumm? ..ingatkan Anta je...
Susah nak bagi gambaran la Kak JM.. kalau ada kat sana akan nampak bandar peninggalan mmg cantik confirm inzal la hahaha :D
DeleteAna - Saya
Amtum - Kamu semua :D
Nasi di Jordan, butirannya gede-gede dan panjang-panjang banget ya bang Afif. Beda dengan nasi di sini. kecil-kecil saja.
ReplyDeleteIya.. itulah dia.. lain negara lain cara lain benda nya... sedap sungguh sampai teringat-teringat di fikiran :D
Deleteseronoknya pegi Jordan..
ReplyDeletemmg teringin nak pergi dua negara ni...Jordan dan Morocco...
Alhamdulillah mmg seronok sewaktu berada di Jordan.. insyallah moga dipermudahkan Nana Tron utk kedua negara tu.. :D
DeletePemandangan Roman Colosseum dari atas bukit Amman Citadel tu nampak cantik...
ReplyDeletePemandangan yang indah.. kan?
DeleteMemang totally different dari negara asia.. teringin nak pergi lagi ke Jordan :D
sambung jordan plak dah..
ReplyDeleteMyanmar mana weh?? hahaha
hebat makan pree ko..
(sorok kwangsoo dalam beg TT)
Sambung jordan macam mana nyer.. dah masuk part 3 ni hahaha.. tunggu la Jordan abis dulu.. makan pree yg terhebat la katakan hahaha.. :P
Deletebestnya travel tempat orang...
ReplyDeletebtw done follow u... follow mine too :) - Noob
Alhamdulillah dapat melihat keindahan di tempat orang.. :D
DeleteOrait will follow u back :D
Ooooo....yelah....asyik jadi tukang masak jer hihi sesekali kasi chance le makan luar ....
ReplyDeleteSeronok yeh TT dapat tengok negara orang....banyak berjalan luas pengalaman
Huhuhu.. sekali kalau Kak Hainom Okje dah comment semua entry.. best nyerrr hahahaha :D
DeleteAlhamdulillah diberi sedikit nikmat utk mlihat keindahan di tmpat lain.. memasak kan satu hobi.. :D
kekadang tak terjangkau dik akal kita..bagaimana teknlogi mereka mendahului zaman kita.bagaimanakah bongkah batu besar di susun begitu rapi, adakah mengunakan tenaga manusia atau kren seperti masa kini..
ReplyDeleteItulah... kita kadang2 pun terfikir macam mana zaman dahulu mereka blh membina dgn secanggih ini.. moga satu hari nanti terungkai lah :D
DeleteMaknanya Jordan pernah dijajah oleh Rome...memang tak tahu ni...
ReplyDeleteMakanan Arab memang sedap, tapi kambing juga takde masalah kat orang yang ada darah tinggi...kandungan kolesterolnya lebih rendah berbanding daging lembu...
Yeap... di Jordan memang banyak seni bina peninggalan rome.. di Jerash, Amman dan Petra.. dan banyak lagi.. :D
DeleteHehehe... bukan selalu makan kan.. so tak apa lah kalau makan sekali sekala hehehee :D
wow bestnyeeeeee..... seronok bercuti sambil tgk budaya, peninggalan sejarah dan makanan dieorg.....pengalaman yg takleh dijual beli tuh....
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok.. dapat lihat sejarah yg mahal di tempat orang.. setuju pengalaman yg tak boleh dijual beli.. ;D
Deletesalam..lama akak menatap setiap gambar...menghayati keindahan nya...
ReplyDeletedan menghayati makannaya..:)
akka dh letak blog ni dlam bloglist akak..tak mau ketinggalan lagi..
Waalaikumsalam.. thanks for that.. insyallah kalau ada rezeki lebih akan cuba upgrade camera.. moga gambar lebih ceria dan clear :D
Deletemak aih...seronoknya tengok awak dah travel banyak tempat. jeles betul. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok.. sebab tu nak share pengalaman itu di blog .. boleh berkongsi dgn semua org :D
Deleteyup betul. tak dapat ke sana, tapi dapat melihat pengalaman orang lain pun dah memadai bagi Ros:)
DeleteInsyallah akan selalu share dari pengalaman sendiri mengembara.. thanks for coming here Cik Ros :D
DeleteWow..akak suka tempat sejarah, jadi mmg minat tempat gini.
ReplyDeleteSyokla..makan ada yg belanja.
Kan kan kan.. best kan tempat bersejarah mcm ni.. mencari sejarah biar serata dunia..
DeleteOrg belanja memang la syokk :D
Salam kenal.. bestnya.. tempat cantik.. makanan pun nampak sedap.. tambah2 orang belanja kan..heeee =D
ReplyDeleteSalam kenal :D... tempat cantik makanan sedap tu kan mmg sinonim hehehe.. :D part org belanja tu kat mana2 pun terbaik..
Deletekalau mampu..semua tempat bleh sampai :-)
ReplyDeleteItulah kalau ada duit insyallah nak guna utk lihat satu dunia.. keindahan ciptaan Allah.. Kan :D
DeleteOMG!!! Bestnya Jordan!
ReplyDeleteYeap mmg best... sila lah berkunjung kesana.. :D didoakan moga dipermudahkan :D
Deleteya allahh..best nya...
ReplyDeletepaling best akak tengok, tuuuu nasi tu.. siap tabur atas plastic tu.. best nyaaa..
Hehehee.. well different place lain lah cara nya.. makan nasi tu memang terbaik.. layan.. mengeratkan ukhwah :D
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWah bestnya... Teringin nak ke bumi Anbiyaa.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best.. :D
DeleteMoga Artandsoul pun diberi peluang utk ke sana :D
"sapra" tu dari bahasa Urdu ke..baru tahu ni..orang utara cakap 'saprah"..benda yg sama, tempat alas makanan..
ReplyDeletesemoga cepat sembuh..banyak lg travelogue tertangguh ni..hehe..never mind, take your time..banyakkan berehat..
Dalam bahasa urdu sapra.. sebab sy biasa guna dlm bahasa urdu mcm tu.. huhuhu.. :D
DeleteOh org utara pun lebih kuranv yer.. insyallah akan habis kan travelogue yg tertangguh nie :D
huuuuuhuuuu yeeeha *bersorak*
ReplyDeletejujurnya untuk yang spesis tak berapa minat sejarah ni memang tertarik dengan part restoran itu aja. hihi.. kenot go lah. sy kena gi tempat yang pemandangan cantik aje. kalo sejarah memang tido.. tapi kalau dah sampai kat tempat orang sket sbanyak kena amek tahu jugak ceritanya. orang kita pun panggil kain bentang gitu sapra kan. ingatkan memang istilah melayu ke apa.. dari sana rupanya.
Hahaha.. tertarik dgn part restoran tu pun tak apa la kan.. asalkan ada yg menarik di sini..
DeleteIya lah kan dalam banyak2 keadaan setiap tmpat pasti ada kelebihan masing2.. well enjoy the site seeing je la :D
nasi arab dia mmg boleh bagi AAA
ReplyDeleteNasi arab bila mkn di arab mmg terbaik... kan kan...
Deletedah sorak sorang sorang sini tapi takde sapa dengar...!!
ReplyDeletesaya memang respek kat orang yang suka sejarah, maksudnya dia tau kenapa dia ke satu-satu tempat.
saya dengan sejarah tak berapa ngam. tapi kalau saya suka sesuatu tu saya akan cuba cari sejarah tentangnya. Biasanya kalau berkait dengan kerja kita la..
Oh dgr dgr... sorakan yg cukup hebat huhuhuu...kadang2 pasal sejarah la kita akan sampai di satu tmpt kita tak percaya dgn kehebatan nya :D
DeleteYa Allah..banyak nye nasik dia...kalau sy leh makan 2 hari..kununnye laaa..kalau en suami sy tgk mesti dia nak makan....hahhahahaha
ReplyDeleteRestoran arab menjual mengikut cara arab la.. bgi kita banyak tapi mungkin bagi mereka itu tidak banyak .. just nice hahahah :D
DeleteBila la nk sampai Jordan. Jeles nengoknya. hehehe
ReplyDeleteInsyallah satu hari nanti smpai la tu.. di doakan agar dipermudahkan :D
DeleteKesihatan adalah sangat penting, ingat sentiasa jaga badan supaya boleh melancong ke banyak tempat lagi :)
ReplyDeletePemandangan sangat cantik dan macam pernah nampak dalam buku sejarah semasa belajar di sekolah menegah tapi sudah lupa apa yang belajar pula :P
p/s lama sudah tak taip Bahasa Melayu..Haha...
It okay J-Mei.. as long tahu bunyi dan tahu nak eja.. u still consider know malay language.. :D
DeleteDah lama tinggal buku sekolah.. mana nak ingat sangat kan.. Geografi la kot or mungkin sejarah.. :D
seronok menjelajah tempat orang...tak dapat jelajah, dapat tengok kawan2 update pon dah bole rasai keseronokkan...
ReplyDeleteAlhamdulillah ada rezeki sket kita menjelajah .. insyallah akan terus share pengalaman di blog ini utk semua kengkawan :D
DeletesubhanAllah.. kota tinggal.. masih cantik.. walaupon dah hancur.. bende yang same saye fikir.. macam mane derang bina tiang tinggi tu.. orang dulu2 tinggi kot kan..
ReplyDeleteItulah kota yang ditinggal rome ini mmg unik.. cantik terpegun bagaimana mereka bina pada zaman ketika itu.. org dulu tinggi?? Huhuhuu.. :D
Deletewow...Jordan... mostly kurang tourist eh? mcm sunyi je....
ReplyDeleteJordan ramai tourist.. tapi musim panas memang tak ramai la.. :D
DeleteKalau winter ada salji lagi ramai.. spring pun ramai.. masa pergi ni memang sunyi sebab dah petang ..
Wahhh. Bestnya. Makan berjemaah tu yg double best. Hehe
ReplyDeleteAah Alhamdulillah.. Sunnah nabi kan.. memang layan la.. rasa kelainan :D
DeleteMemang. Lebih menyelerakan sebenarnya..
DeleteNabi s.a.w dah ajar terbaik just kita jer yg nak amal atau tidak huhuhuu.. :D
DeleteiNDAH oembinaan dan infrasruktur bangunan dia kan? kagum kejap. tgk gambar pun da excited.
ReplyDeleteHuhuhuu... tgk gambar dah excited.. sy masa kat sana lagi lah excited teramat huhuu.. :D
Deleteas'salam..
ReplyDeletebnyk melawat tmpt bersejarah ye.. =)
mkn sedap..bnyknyerr nasi dier..lau yaya makan tu sekali je..lpas tu 'puasa' nasi sebulan..hahahaha ;p
Waalaikumsalam..
DeleteMemang suka nak melawat tmpt bersejarah nie.. hahaha.. takde nyer makna nak puasa smpai sebulan hahahaa :D
Assalamualaikum.. datang singgah sini...
ReplyDeleteseronoknya berjalan.. =)
Waalaikumsaam.. alhamdulillah seronok sangat mengembara :D
DeleteMmg unik sungguh muzium tu TT..... tinggalan sejarah yek.....
ReplyDeleteKat sana nasi mmg ghupe tulah yer..... mesti jarang jumpa nasi putih dengan asam pedas yek hihi
Memang tak ada la nasi putih dengan asam kak hainom oiii.. hahahaa :D lain tmpt lain la citarasa dia.. peninggalan sejarah mmg cantik.. :D
Deleteunik nya binaan peninggalan org dulu2 ye...
ReplyDeleteUnik sangat... teknologi dulu kala dah hebat :D
DeleteCantiknya barangan lama..seni ukiran dia orang memang first class...
ReplyDeletepst..pst..nasi arab tu bestttt....
Betul tu barangan lama kan semua hand made.. tu yg seni dalam mendalam tu huhuhuu.. :D
DeleteYeap nasi tu mmg terbaik.. :D
Rasa nasi beriyani dia sama tak macam kat Malaysia?
ReplyDeleteMemang tak sama langsung dgn kat malaysia... rindu nasi arab di arab.. :D
Deletebestnya travel sana siniiiiiiii! i know what's the best part. it's the fooddddd! at least to me it is haha
ReplyDeletesincerely,
Najlaa 'Aqilah
Yeap memang best.. suka travel.. hahaha.. most of the time food is always awesome huhuhuu.. :D
DeleteUntungnya dapat jejak ke sana sambil menghayati peninggalan sejarah..
ReplyDeleteTengok tang menu terpikir, boleh habis ke gitu punya banyak, tp klau sedap konpem abes, kan :)
Alhamdulillah diberi peluang untuk melihat peninggalan sejarah.. sebab tu nak share keseronokan di sini.. :D
DeleteSedap sangat kot.. ingat travel jordan boleh kuruskan bdn sket tapi berat naik pulak asyik mkn jer hahahaha... :P
Wahhhh....bestnya...bila agknya dpt smpai kat sini....
ReplyDeleteLaporr pulak perut tgk nasi tu...uhuhuhu...
Insyallah moga dipermudahkan untuk sampai ke sana.. nasi tu mmg membuatkan rasa lapar yg teramat kan hahaha :D
DeleteWah, lapar perut tengok makanan tu..seronok makan ramai2 macam tu kan? kat malaysia time sambutan maulidur rasul je dapat merasa makan dalam dulang..hehehe
ReplyDeleteHehehe.. dekat johor kan ada nasi dlm dulang tu.. nasi ambang gitu nma nyer.. alhamdulillah mkn ramai2 ukhwah pun bertambah :D
Deletemcm berada di Rom kan.. walaupun bangunan di situ mcm xsempat nak siap je. hehee. suka tengok nasi arabnya. beras panjang2. terliur pulak :D
ReplyDeleteItulah.. kan jajahan rome tu besar sampai ke tanah arab.. bangunan dah ditelan zaman apa yg tinggal itu dikira untung blh dilihat dgn mata.. nasi arab mmg sedap kan :D
Deletebetoi2 sejarahni... jajahan Rome yang kita duk baca dalam sejarah..
ReplyDeletepeninggalan khalifah Islam... ooi memang terbaikler...
memang berbaloi Afif ke sana yerk...
pengalaman yang berhargatu...
Sejarah yg penuh di Jordan.. syukur sangat dapat jejak kaki ke sana.. alhamdulillah.. dari rome sampai lah ke khalifah islam.. mmg pengalaman yg berharga.. :D
DeleteAssalamualaikum afif, bestnya makan camtu.. kiranya ala-ala bertalam la kan.. tinggi betul tiang tu. guane ekk depa buat zaman dulu.. terfikir-fikir sheila dibuatnya... orang dulu2 tinggi ek?
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. alhamdulillah cara makan sunnah nabi memang yang terbaik.. itulah zaman dulu lagi dah canggih teknologi kan.. mngkin juga la org dulu2 tinggi dan kuat :D
DeleteAlhamdulillah dah sampai sini jugak. Seronok baca ur journal journey. Dasyatnya dah pergi banyak tempat. Serious tough, saya pun dah berpeluang jejak Paris, Granada, Cordoba, Barcelona, Madrid, London, Manchester and Frankfurt. Itali otw. Hihi. Lagi best kalau boleh share kan sekali macamana pengurusan bajet sepanjang perjalanan. :) tq
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus la dah smpai.. seronok kan..setiap tmpt ada kelebihan masing2..
DeleteInshallah dalam planning nak buat sekali dgn bajet bagai.. thankss for your feedback :D
Salam tuan, boleh berikan contacts no kawan2 yang ada di Jordan? saya akan kesana awal mei 2016 ni. TQ
ReplyDeleteWaalaikumsalam.. kawan2 semua dah habis belajar la di jordan.. kalau ada pun mungkin junior mereka..moga dipermudahkan kembara di Jordan nanti.. :D
DeleteThank You and I have a swell provide: Whole House Renovation Cost Calculator Canada typical renovation costs
ReplyDelete