Tuesday, 6 February 2024

Suasana Pasar Pagi Ahad Di Pekan Damak Jerantut

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Berkesempatan menziarahi Pak Ngah Bakar iaitu dua pupu kepada ibu mertua ku tapi senang kita panggil pakcik kepada wife jer la. Beliau telah pun berpuluh tahun menetap di Jerantut bersama 2-3 orang adik beradik beliau. Asalnya dari Negeri Sembilan ntah macam mana tercampak jauh sikit ke Pahang. Yang itu tak yah sembang la sebab aku pun tak tahu sangat hahaha.

Pasar tak besar mana mungkin ada ada dalam 50-60 peniaga sahaja. Tapi best :D
Cuma yang pasti bila Pak Ngah Bakar borak dengan mak mertua aku habis loghat negori dia keluar. Bila kawan-kawan dia orang Jerantut datang boleh lak bertukar loghat Pahang. Cuma dengan aku dia cakap loghat Pahang la. Kalau dulu masa baru kahwin apa yang arwah nenek wife aku cakap sepatah haram pun aku tak faham tebalnye loghat negori dia hahaha.

Dulu masa baru-baru kahwin dengan wife rajin jugak la datang ke rumah Pak Ngah Bakar ni. Sebab rumah kampung dia ni dalam kawasan hutan yang berbukit. Memang seronok dan nyaman jer. Kalau dulu line handphone pun susah nak dapat. Memang seronok la nak escape dari suasana bandar. 

Orang sini kebiasaanya makan kangkung liar yang daun lebar-lebar tu.
Inilah dia Kulat Sisir atau Cendawan Sisir yang telah dikeringkan.
Kalau beli yang telah dibersihkan kesan kayu tu mahal sikit macam yang ini.
Yang ini apa nama ntah tak ingat pulak. Siapa tahu boleh komen di bawah yer.
Aktiviti paling wajib kalau ke kampung Pak Ngah ni ialah mandi sungai. Dan kemudian kait, petik atau kutip buah. Kalau musim buah tu segala jenis tok nenek buah dia suruh kami bawa balik. Di kampung Pak Ngah ni la aku belajar makan Cendawan Busut, Jering, Biji Getah, Kulat Sisir atau Cendawan Sisir dan pelbagai lagi yang di bandar kita susah nak dapat.

Ikan-Ikan Sungai. Lampam, Baung, Patin, Jelawat dan Talapia Merah.
Harga mengikut saiz pun ada juga macam yang ini saiz kecik harga per kilo murah sikit.
Ikan Patin yang dibela di dalam sangkar di sungai. Aku beli 4 ekor ;D
Hasil laut pun ada dijual tapi nampak harga macam murah juga.
Pagi Ahad selepas subuh Pak Ngah ajak kami semua ke Pasar Pagi di Pekan Damak dan dia dah pesan kat aku kalau nak beli ikan air tawar kat sana memang banyak orang jual. So kami pun naik kereta axia baru Pak Ngah yang tak sampai sebulan keluar. Jauh gak la perjalanan aku rasa tapi bagi orang kampung dekat jer.

Di pasar ni memang banyak benda rare yang di KL tak berapa nak jual sangat. Dan walau pasar ni tak besar mana tapi seronok tengok suasana di sini. Ramai pengusaha kecil-kecilan berniaga. Ada seorang makcik ni berniaga Cili Api, Batang Daun Keladi, dengan Jantung Pisang jer. Ada abang OKU jual pau dengan tempe homemade. Ada yang jual sebakul ikan sahaja.

Abang OKU ni jual Pau dengan Tempe home made. 
Yang batang hijau panjang tu tak ramai dah orang makan sekarang ni, Meh kita tengok yang komen tahu tak apa benda tu huhuu. Yang Kecil tu aku panggil Terung Telunjuk. Korang panggil apa?
Selesai kami bershopping sakan di pasar sampai Pak Ngah kata macam tak pernah pergi pasar jer kamu semua ni hahah.. Semua benda nak dibelinya dengan pau frozen, jagung manis, ikan, segala sayur-sayur dan ulam-ulam. Yer la kadang-kadang tengok sayur segar-segar ni geram sampai terpaksa membelinya. kan? :P

Sedap Roti Boom Brother ni. Tapi sayang Kuah Dhal dah habis masa ni.
Seronok tengok wife dengan anak teman berniaga :D
Lepas letak semua barang yang dibeli dalam kereta kami singgah di sebuah warung untuk breakfast. Aku dengan wife tak makan kami minum jer sebab pagi-pagi pukul 9.00 ni makan nasi berlauk memang idok ler teman hahaa.. Mungkin sini mostly kerja kebun atau kerja kampung so mereka memang makan nasi seawal pagi.. Ntah la..

Kalau minum di warung-warung kampung ni. Air dia memang kaw lain macam.
Ok otw balik singgah kebun alhamdulillah ada durian yang gugur, D24 okey :D
Time ni anak-anak semua tak ikut tinggal di rumah kampung. Anak-anak Pak Ngah ni tolong tengok kan. Kami pun beli sarapan apa yang ada untuk dimakan di rumah Pak Ngah. Lagi pun kejap lagi nak mandi sungai dan Pak Ngah kata kejap lagi balik singgah kebun durian tengok ada tak durian yang gugur. :D

Boleh baca entry ni kalau nak tahu keadaan kampung dan kebun Pak Ngah ni - Sehari Di Kawasan Pedalaman Daerah Jerantut - Pahang. Yang ini aku tulis 8 tahun lepas masa baru-baru kawen dulu. Sungai kat area sini memang best sebab jernih dan bersih. Dan dalam entry ni juga aku ada share hasil kebun dan buah-buahan. Dan macam mana perangai orang bandar masuk kebun kampung hahaha :P

42 comments:

  1. meriah dpt pegi pasar pagi tu...mmg kaw la tgk teh tarik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi meriah bila org kg mcm saya masuk pasar mcm ni hihihii...
      Itulah teh tarik tu mmg kaw.. Padu lain macam.. :D

      Delete
  2. terliur nya durian tu...wpun i ni fussy bab2 mkn durian ;) tiba2 mcm craving plak hahah anyway jerantut tu tempat my kakak keje (jadi cikgu) zmn dia muda2 dulu..she's 60 this year, dh lama bersara (option bersara awal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. Tulsis entry ni pun boleh terliur mcm nk cri durian lak hahaha.. Mesti kakak ada tanah kat jerantut tu.. Seronok la kalu ada kebun buah :D

      Delete
  3. Yg apa ntah tu apa ya?. Nak tahu jugak. Best la kalau gi sini mesti dapat jumpa makanan yang rare.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah la sedang cuba diingatkan tapi tak dpt2 hahahaa.. Aah mmg byk yg rare.. makanan ala kg pun dia pun sedap :D

      Delete
  4. banyaknye brg2 segar.. durian tu pun ade.. dah musimnya ke ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Durian tu kdg2 ada je sepohon yg tiba2 ada je buah saki baki.. kdg2 buah nak abis tiba2 ada pucuk bunga baru.. :D

      Delete
  5. Yang apa nama ntah tu saya pun pertama kali tengok gambarnya, jadi memang tak tahu namanya.
    Yang batang hijau panjang tu rasanya batang keladi.
    Kami pun panggil terung telunjuk.
    Di belakangnya yang kecil bulat warna gelap-gelap tu buah kerdas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kena tanya org yg betul2 kg kot baru depa tau apa kebenda tu hahaha.. yes btg daun keladi.. buat msk lemak sedap tu.. yes terus telunjuk kdg2 celur air panas je cicah smabal tempoyak.. aah buah kerdas mmg rare la kalau nk dpt di KL ni.. :D

      Delete
  6. Jeles ni kami tak sampai lagi. Asyik sampai ke Pekan Sari Temerloh je. Memang super best pergi pasar ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada la sampai super duper best hahahaa.. okla buat org bandar tgk benda2 rare yg pasar kat KL tak jual hihihii :D

      Delete
  7. Tu apa tu? Cangkul dengan sabit eh?

    Kat jerantut tu ada Galeri Aza kan? Simpan cita2 nak pegi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peralatan berkebun kan.. mmg ada la cangkul sabit keramit bagai tu hahahaha..
      Galeri Aza.. apakah itu jap google dulu huhuu...

      Delete
  8. Allahu seronoknya! Macam balik kampung dulu²...
    Itu batang keladi kan? Ke salah ahak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan rasa mcm waktu kecik dulu.. Yer betul batang daun keladi.. Jgn la salah hahahaha.. :D

      Delete
  9. kita duduk bandar terasa pasar jauh sebab kita dah biasa toleh sini Lotus, pandang sana NSK..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu setuju sangat sini Lotus NSK Matahari Jaya Grocer semua tak sampai 5 minit naik kereta hahahaha :P

      Delete
  10. Pasarnya tak besar tapi cukup lengkap dan bersih..saya baru tau ada kangkung pembohong:D,.itu yg batang warna hijau kalau tak salah batang talas / lompong kalau di sini, enak di masak kuah santan/gulai lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan pembohong la Cici - Liar dalam bahasa melayu bukan english hahahaha :P
      Daun nya lebar2 bukan panjang2 seperti yg selalu dibeli di supermarekt itu. Di Malaysia dipanggil batang daun keladi enak nbila di masak gulai atau lemak santan gitu :D

      Delete
  11. wahh byk sayuran stail kampung nih., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama pun pasar di perkampungan.. Gambar no 4 tu apa wak? Hahahaha.. :D

      Delete
  12. Kalau Cuya mesti beli je segala jenis mak nenek sayur kat sana sebab semua macam menarik je.. hahahhaha

    Air teh tu nampak pekat macam teh thailand, confirm padu tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segar-segar sayur kalau yang orang kampung jual di pasar ni. Mungkin tanam sendiri dan sendiri jual tak ada la banyak tangan sgt sebelum smpi ke pembeli huhu.. Yes mmg padu teruk air org kampung takut juga nak minum selalu sbb manis pun boleh tahan hahaha :D

      Delete
  13. Meriaaah 😍😍😍😅. Saya sukaaaaa suasana pasar di kampung2 begini. Memang lebih kecil, tapi terkadang barang yg dijual LBH murah dan banyak juga yg tak ada di kota besar kan.

    Kalo terung hijau telunjuk itu di sini kami sebut terong gulai/ kari bang. Krn suka dibuat gulai atau kari. Kalo di Malaysia biasanya pakai bendi, di sini lebih sering terong hijau telunjuk itu.

    Yg hijau panjang tuh apa yaa? Mirip pelepah pisang. Betul tak? Tapi pelepah pisang biasanya dibuat mainan senapan kalo di sini 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau jauh dipedalaman tapi jualan murah dan segar dri di Bandar.. O ye ke terunh kari atau terung gulai betul juga sbb nya di sini pun dimasukin kedalam gulai juga..
      Itu batang daun keladi.. Biasa nya dimasak gulai juga.. :D

      Delete
  14. aduhaiiii banyaknya ularrrr! mmg kompom jerit lah ghiso jatuh atas kepala je ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm salah entry komen ni hahahaha tapi tak apa la kita layan jer.. Hahahaha :D

      Delete
  15. sukaaaaaaa pasar macam ni
    sebab ada pelbagai barang
    esp yg jarang jumpa mcm cendawan sisir tu
    kalau laa dekat
    boleh terjah selalu ke sini
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Byk benda rare especially sayuran yg susah nak dpt tu.. Tu yg kita brlanja sakan membelu hahaha pening kepala pak ngah..

      Delete
    2. tu laaa
      kalau nak dekat raya tu
      kat sini mesti meriah kan?
      huiishhh untung org2 yg duduk dekat sini

      Delete
    3. Aah kalau nk raya mesti penuh sakan kat sini.. Org2 kg pun meniaga keperluan raya.. best nyer nak gi bulan ramadhan nanti :D

      Delete
  16. Ini pasar biasa buat kami di Jerantut. Setiap pekan akan ada pasar pagi mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok utk org mcm sy yg dtg dri bandar.. Sayur2 semua segar.. Dan byk brg raee yg dijual :D

      Delete
  17. Terung telunjuk, samo yo kek Pilah pun panggey cenggitu..Loghat SA kalau jumpo sekampung memng pokat la..kalau kek bandar auto tukar..muahahahah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes terung telunjuk jugak... Dlm byk2 loghat.. Loghat negori la paling pekat rasa nya.. Hahahaha.. Kat bandor tak ngaku negori dah hahaha :P

      Delete
  18. Seronoknya dapat pergi pasar pagi macam ni. Meriah ramai orang. Banyak sayuran rare yang kita boleh dapat. Saya pun tak tahu apa namanya tu. Baru tahu jugak nama pekan damak ni. huhu...

    Sekarang pasar macam ni pun banyak dah naik harga. lagi lagi yang rare tu.
    Tahu takpe! hidangan air dia memang puas hati lah kan. Tak kedekut rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. bagi org yg duduk di bandar mcm saya memang seronok sangat.. semua benda nak dibelinya hihiiii.. Org di kg mmg nak makan sayur fresh sahaja. sebab tu meriah segar segar sayuran mereka. :D

      Delete
  19. menarik jualan hasil kampung....pernah pegi pasar minggu di Temerloh, besar betul kwsn dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pergi pasar mcm ni seronok sbb org kampung akan jual apa sahaja hasil mereka.. tu yg mcm2 benda rare ada tu.. pasar Temerloh tu blm pernah pergi lagi. Nanti nk try sekali inshallah

      Delete
  20. Bestnya dapat pergi pasar pagi macam ni. Pernah pergi pasar pagi dekat Maran, Pahang. Meriah dengan macam-macam sayur yang jarang jumpa, ikan sungai, etc. Memang teruja nak beli macam-macam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mmg akan terbeli macam2 pun .. dah la barang semua macam rare kat KL takde huhu.. byk jugak kami borong huhuu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...