Showing posts with label Part 7 - Natural History Museum - Victoria Albert Museum. Show all posts
Showing posts with label Part 7 - Natural History Museum - Victoria Albert Museum. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Kembara England : Part 7 - Natural History Museum - Victoria & Albert Museum - Hyde Park

Sambungan dari Kembara England : Part 6 - Camden Town Street Market

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Di kala waktu pagi yang sejuk serendah 15 degree.. Aku menguatkan badan untuk bangun seawal pagi bagi melengkapkan lagi misi kembara aku di bumi London ini.. Tempat ini adalah yang harus dan semestinya anda lawat jika berada di Kota London iaitu Natural History Museum.. 

Terlalu banyak benda yang menarik dari pra-sejarah lagi.. Dari tulang dinosaur hingga la ke abad ini.. memerlukan lebih setengah hari untuk berlegar-legar dalam muzium ini.. Apa pun nasihat dari aku ialah.. masuk souvenir shop dulu sebelum nak berlegar2.. sebab takut tutup kalau dah lewat petang hahaa..


Natural History Museum dibina pada tahun 1873 dan dirasmikan pada 1881. 
Founder by Richard Owen and Architect by Alfred Waterhouse..
So hari ni jom kita masuk muzium sejarah yang bersejarah ini..  :D

Dan yang paling utama ialah bayaran untuk memasuki Natural History Museum ni adalah percuma yer.. tiada sebarang bayaran.. Kecuali jika terdapat exhibition yang memerlukan anda membeli tiket masuk.. Alamat :- Natural History Museum, Cromwell Road London SW7 5BD United Kingdom.. Tel: +44 (0)20 7942 5000.. Open Monday to Sunday from 10.00-17.50, except 24-26 December.. Last admission 17.30.. Dan Train Station South Kensington adalah yang paling hampir dengan muzium ni..

Dan jika anda datang ke sini anda bukan hanya melawat satu muzium tetapi 2 muzium yang lain iaitu Victoria and Albert Museum dan Science Museum.. Dan disini juga terletaknya banyak collage termasuk la Imperial Collage, Royal Collage of Music, Imperial Collage Union dan Royal Collage of Art.. Dan paling pasti anda nak pergi ialah Royal Albert Hall.. tempat bagi artis tersohor membuat show mereka.. termasuk artis dari Malaysia seperti Dato' Siti Nurhaliza..


Jom Tengok Apa Ada Dalam Natural History Museum Ini :-

Masuk2 dah nampak fossil dinosaur yang besar.. Dan pokok yang telah menjadi batu..
Masuk dalam ni untuk melihat hampir kesemua specis serangga yang telah diawetkan
Tu dia .. fossil dinosaur pulak..  :D
Antara jenis burung yang telah diawetkan.. Kesian pun ada.. 
Antara jenis burung yang diambil dari benua lain juga diawetkan ..
Batu-batu yang menarik.. harga pun beribu2.. sekadar batu..
Part ni aku suka macam dalam movie.. huhuuu..  
Statues Titans dan Fossil Dinosaur .. :D
Pamandangan di dalam Natural History Museum 1
Pamandangan di dalam Natural History Museum 2
Pamandangan di dalam Natural History Museum 3


Dan apa yang menarik di Victoria and Albert Museum ni..?? Untuk pengetahuan anda muzium ini adalah The World's Largest Museum of Decorative Arts and Design.. Mempunyai lebih 4.5 juta collection dari serata dunia.. Diberi nama sempena Queen Victoria dan Prince Albert.. Dengan keluasan lebih 12 ekar.. Terdapat lebih dari 145 gallery.. yang merangkumi art dan design hampir lebih 5000 tahun yang lepas..

The museum owns the world's largest collection of post-classical sculpture, with the holdings of Italian Renaissance items being the largest outside Italy. The departments of Asia include art from South Asia, China, Japan, Korea and the Islamic world. The East Asian collections are among the best in Europe, with particular strengths in ceramics and metalwork, while the Islamic collection is amongst the largest in the Western world.


 Jom Tengok Apa Ada Dalam Victoria and Albert Museum :-

Bangunan muzium yang bersejarah dari tahun 1852.. 
Antara Art yang terdapat di dalam muzium ini..
Antara pintu-pintu gallery dalam muzium ni.. 
Barang2 dari Kerajaan Islam Utmaniyyah Turkey..
Barangan bersejarah dari china dan jepun pun ada..

Ada banyak lagi aku nak tunjuk tapi takut panjang pulak entry nie huhuu.. :P
So ini lah dia Victoria adn Albert Museum.. Masuk adalah percuma.. :D


Dari ketiga2 muzium di sini hanya Science Museum sahaja anda perlu membuat bayaran masuk.. Aku memang tak masuk pun Science Museum ni sekadar mengambil gambar di pintu entrance.. Selepas penat kehulu hilir dalam muzium2 nie.. Aku terus langkah ke Royal Albert Hall tak berapa jauh dari Imperial Collage.. tak masuk pun just amik gambar dari luar jugak hahaha.. 

Bersebelahan jalan dengan Royal Albert Hall ni pulak ialah Hyde Park.. sebuah taman yang besar serta cantik dan nyaman.. kelihatan ramai orang bersiar2, picnic, jogging dan melakukan riadah sukan etc.. Masa aku menjejaki kaki ke dalam Hyde park ni hujan renyai mula membasahi bumi.. tapi yang aku risau bukan hujan tapi keadaan yang semakin sejuk bila hujan huhuu..


Nak jalan ke Royal Albert Hall ternampak pulak apartment curve nie  :D


The Royal Albert Hall - London

Architects: Francis Fowke and Henry Young Darracott Scott..

" The Hall is a Grade I Listed building.. and has been in continuous use since it was opened in March 1871. It was always conceived as a multipurpose building to host not only concerts of music but exhibitions, public meetings, scientific conversations and award ceremonies.. It is a registered charity held in trust for the nation but is financially self sufficient.. it receives no funding from central or local government. "
Well here i am.. Royal Albert Hall, London..  :D

Hyde Park  -  Kensington Palace

Suasana di Hyde Park yang mula mendung huhuuu.. :D

Okay di Hyde Park ni ada beberapa tempat yang menarik iaitu Kensington Palace, Princess Diana Memorial Fountain, Serpentine Gallery dan Speaker's Corner.. Speaker's Corner tu tempat bagi mereka yang mahu meluahkan pandangan masing2.. termasuk la isu keagamaan.. Ada orang kata kadang2 keadaan di Speaker's Corner ni menjadi agak tegang di luar jangkaan.. so kalau pagi ahad tu tak perlu la kesana orang kata la.. tapi nak pergi pun tak salah huhuu.. 


Di hadapan Kensington Palace.. Normal Adult Ticket Price is £15.00..
Aku tak masuk pun sebab sama jer dengan yang lain :p

Berbalik pada Natural History Museum tu.. aku nak komen sket sebab diorang bangga sangat.. Sebab ada banyak benda bersejarah mereka boleh tunjuk dalam muzium ni.. Tapi bagi aku kebanyakan items dalam muzium tu bukan nyer dari Britain tapi banyak yang dicuri/diambil/dibeli masa mereka menjajah tanah jajahan mereka huhuuu.. termasuk la mumia dari mesir.. fosil dinosaur.. dan pelbagai lagi..

Oh lupa nak share di entry yang lepas.. Restaurant Malaysia Hall ini terletak berhampiran dengan Hyde park juga.. sekiranya anda mengambil tempat penginapan berdekatan memang terbaik la sebab boleh dikatakan hampir dengan semua tempat.. tapi walau bagaimana pun kemudahan public transportation di London cukup mudah dan hampir prefect untuk memudahkan anda bergerak kemana sahaja..  Will Continue Part 8..