Wednesday, 27 May 2026

Romania Part 7 : Hanul Cu Tei (Old Town) & Ion Constantin Brătianu Monument

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Jam dan pun menunjukan waktu hampir 12.00 tengah hari. Dan aku masih lagi merayau di dalam Bucharest Old Town ini.

Walau kaki berjalan menuju pulang ke arah hotel tapi ada sahaja yang menarik pandangan mata untuk aku berhenti seketika bagi melayan dan memotretkan suasana sama ada di dalam fikiran mahupun di dalam handphone.

Hanul Cu Tei atau The Linden Tree Inn adalah sebuah hotel pada abad ke 18.
Tempat penginapan di tingkat atas dan mempunyai 14 kedai di kiri dan 14 di kanan.
Hanul Cu Tei  atau The Linden Tree Inn adalah salah satu rumah penginapan pedagang tertua dan masih dipelihara dengan baik di Old Town Bucharest ini. Dibina pada tahun 1833 oleh Anastasie Hagi Gheorghe Polizu and Ștefan Popovici. Dan setiap dari mereka mempunyai 14 buah rumah kedai samada di sebelah kiri atau kanan.

Kedai-kedai yang ada sekarang kebanyakan menjual hasil kraftangan dan souvenir.
Kalau nak lebih meriah boleh datang pada waktu petang atau malam.
Dan di tingkat atas dijadikan rumah penginapan kepada para pedagang yang datang ke Lipscani Street dan ia merupakan satu-satunya rumah penginapan bercirikan gaya kehidupan Wallachian yang masih wujud dan yang mengekalkan bentuk seni bina yang asal. Dan sekarang ia tidak lagi beroperasi dan menjadi sebahagian galeri yang menyimpan sejarah.

Biserica Sfântul Nicolae Șelari Orthodox Curch.
Dari The Linden Tree Inn ini aku melangkah keluar dari arah yang bertentangan dan menjumpai sebuah Orthodox Church yang bernama St. Nicholas Parish Selari. Dibina di antara kurun ke-16 dan 17. Tapi dah banyak sangat church yang aku jumpa so sekadar mengambil gambar sekali dan terus aku meneruskan perjalanan.

Selepas 12.00 tengah hari orang ramai mula memenuh setiap jalan di Old Town.
Romania pernah berada dibawah rejim komunis selama 42 tahun.
Di sini kita akan melihat agak mudah untuk menjumpai perkataan atau logo komunis atau juga gambar-gamabr pemimpin komunis seperti Fidel Castro dan lain-lain kerana Parti Komunis Romania pernah memerintah selama 42 tahun.

Parti Komunis Romania memaksa Raja Mihai I turun takhta dan menubuhkan Republik Rakyat Romania (kemudian dikenali sebagai Republik Sosialis Romania). Era ini terkenal dengan pemerintahan satu parti dan didominasi oleh diktator Nicolae Ceaușescu dari tahun 1965 sehingga beliau dan isterinya dihukum mati pada penghujung tahun 1989.

Jumpa poster adik Mr Gru as candidate president 2024.
Berjalan dan terus bejalan dan akhirnya berjaya juga keluar dari old town.
Aku berjaya keluar dari old town di satu persimpangan jalan besar Bulevardul Ion C. Brătianu. Dan terus mengikuti jalan utama ini sehingga menjumpai Ion Constantin Brătianu Monument dan di bawah monument terletaknya Metro Station Universitate yang semalam aku gunakan untuk ke Bucharest Train Station.

Colțea Clinical Hospital - The Oldest Hospital in Romania from 18 Century.
Dan terjumpa sebuah bangunan hospital yang sangatlah cantik sebab kebiasaanya hospital hanya berbentuk petak tapi yang ini macam castle. Info yang aku dapat ialah the oldest hospital in Bucharest and the third oldest hospital in Europe. 

Menarik kan? Tapi boleh ke kita nak masuk ke dalam? Secara tidak rasmi ya boleh tapi very limited space jika kita nak masuk dan melihat dari dalam. Namun jangan sampai mengganggu keadaan dan kakitangan hospital di dalam. 

Gambar Colțea Clinical Hospital yang aku ambil dari Pakcik Google. 
Ia telah dibina oleh Mihai Cantacuzino pada tahun 1704 dengan tujuan asal sebagai charity institution untuk orang miskin dengan hanya 24 katil sahaja. Tahun 1739 rosak teruk akibat kebakaran besar. Tahun 1802 mengalami kerosakan besar akibat gempa. Tahun 1861 dibina semula dan dibuka dengan 60 katil.

Tahun 1888 beberapa sturktur lama dirobohkan bagi pembinaan boulevard dan selebihnya ditambah baik sehingga ke hari ini. Medical care at Colțea Clinical Hospital is 100% free for individuals covered by the Romanian National Health Insurance House (CASMB). Jika tidak mempunyai insurance harga charge di hospital ini masih lagi reasonable. 

Museum Municipiuliu Bucarest
Cantik bangunan muzium ini namun sayang ianya tutup tak tahu kenapa.
Sebelum sampai monument aku terlihat sebuah bangunan di sebelah kiri dan selepas aku membaca signboard di pintu masuk baru aku tahu rupanya sebuah muzium namun pelik kerana tiada pengunjung mahu pun staff.  Dan seolah-olah telah ditutup. Hanya selepas itu baru aku tahu ia ditutup pada setiap hari isnin dan selasa.

Dibuka dari Rabu sehingga Ahad dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan bayaran masuk RON30.00 atau RM27.00. The Suțu Palace which serves as the museum was built by Austrian architects Johann Veit and Conrad Schwinck for the Wallachian aristocrat Costache Grigore Suțu pada tahun 1833-1835.

Ion Constantin Brătianu Monument
Dan akhirnya aku berjaya sampai di Ion Constantin Bratianu Monument. Menandakan hotel aku dah tak jauh. Info: The monument honoring Ion Constantin Brătianu - Romania’s most prominent 19th century statesmen and Prime Minister. 

Originally designed in 1903 by French sculptor Ernest Henri Dubois and architect Petre Antonescu, it was demolished and melted by the communist regime in 1948. Namun ia telah dibina semula pada tahun 2019 di tempat yang sama namun tidak mengikut reka bentuk yang asal secara menyeluruh. Di bawah monument ini terletaknya underground metro station.

Statue of Spiru Haret (1851–1912) & Statue of Michael the Brave (1558–1601).
Michael the Brave was the Prince of Wallachia, Transylvania, and Moldavia.
Berhampiran monument terletaknya University Square dan di sini terdapat beberapa statue pemimpin dan pahlawan Romania. Statue Spiru Haret (1851–1912) seorang ahli matematik, astronomi dan politik. Beliau diiktiraf secara meluas sebagai arkitek sistem sekolah Romania moden kerana pembaharuan pendidikannya yang radikal dan meluas.

University of Bucharest Palace yang berusia lebih 170 tahun.
Statue of Heliade Radulescu (1802–1872) ialah seorang penulis, ahli filologi dan pemimpin politik dan digelar "Bapa Kesusasteraan Romania Moden". Beliau memodenkan bahasa dengan memperkenalkan abjad Latin dalam penulisan.

Statue Gheorghe Lazăr (1779–1823) ialah seorang sarjana, ahli teologi, ahli matematik dan jurutera Transylvania perintis. Beliau adalah wira negara di Romania kerana memecahkan monopoli berkurun lamanya terhadap pendidikan berpusatkan Yunani dan mewujudkan asas untuk sistem sekolah asli sekular.

Bersambung Romania Part 7 : Monument Arcul de Triumf - Masjid At-Taqwa - Efes Turkish Cuisine (Under Construction)

3 comments:

  1. Dasyat juga hospitalnya tu. Macam istana tersergam je.

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan Afif jalan kaki je explore Bucharest 😃

    ReplyDelete
  3. Bandar diorang ni macam masuk terowong masa kan?

    'Hanul Cu Tei' tu tak bunyi macam negara diorang... macam bunyi asia je

    ReplyDelete