Monday, 5 October 2026

Hong Kong & Macau Part 10 : Halal Egg Tart At Maarof Puff Bake - Dinner At Sher-E Punjab

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Once dapat masuk bilik terus mandi dan berehat sambil makan apa yang ditapau dari Cemiterio Islamico e Mesquita Macau ketika solat jumaat siang tadi. Tiada plan nak ke mana ketika ini apatah lagi kalau dah turun pasti nanti nak naik lift semula kena beratur panjang. Maka berehat sahajalah sehingga lepas solat maghrib nanti baru keluar jalan-jalan.

Dari jauh dah boleh nampak gelagat orang Malaysia.
Dalam pukul 6.30 petang dapat whatsapp dari wife "Malam nanti dalam pukul 8.00 malam.. Saya dengan kawan-kawan nak ke Tsim Sha Tsui sebab nak beli Egg Tart halal di Maarof Puff Bake dan nak cari tempat dinner sekali.. Nak join sekali ke?". 

Aku pun kata boleh jer nak join sekali sebab memang plan malam ni nak keluar jalan-jalan tapi tak ada arah tuju nak ke mana. After hari ke-3 barulah dapat jumpa wife huhuu.. Terus aku search kat mana kedai Pakcik Maarof Puff Bake ni.

Maarof Puff Bake antara few pastry halal di Hong Kong.
Hampir semua jenis egg tart di sini adalah signature. Serious sedap 🤤.
Okla tak jauh mana dari Canada Inn dari bacaan google map. Selepas waktu maghrib aku turun awal sebab nak survey terlebih dahulu, kang nanti senang la nak jadi tour guide tak berdaftar lagi kepada wife dengan kawan-kawan dia.

Pukul 8.15 malam kami plan berjumpa di trafik light simpang utama berhadapan I-Square Mall. Wife bersama 4 orang kawan yang lain muncul di hadapan aku. Terasa macam Drama Korea Winter Sonata pulak selepas lama tak berjumpa, dah la tengah kesejukan waktu ini huhu.. Nasib tak ada lagu korea jer masa ni.. Tetiba feeling kan hahahaa.. 😅.

Kelihatan ramai orang Malaysia memenuhi ruang dalam kedai ini 😅.
Selain egg tart terdapat few dozen pastry yang wajib dicuba di sini.
Tak ada lah.. kitorang rileks jer cuma kawan-kawan wife jer excited bila kitorang bertemu. Dan kami pun beramai-ramai berjalan menuju ke Maarof Puff Bakes yang kurang 70 meter dari tempat kami bertemu. Beralamat di G/F, 3 Humphreys Avenue, Tsim Sha Tsui. If korang datang dari Station MRT Tsim Sha Tsui, cari Exit A2 dan akan terus jumpa Maarof ni.

Masuk sini make sure kawal nafsu sebab semua pastry di sini kelihatan sangatlah sedap tapi satu jer masalah. Harga dia memang tak marhain sungguh tapi orang memang ramai, if silap waktu korang datang, sampai kena beratur nak masuk ya.

Meja disediakan tanpa kerusi kalau nak layan coffee dan pastry sekali.
Terdapat beberapa pastry lain juga yang kami terbeli masa ni 😅.
Dari luar lagi dah boleh bau pelbagai jenis pastry yang dibakar dari dalam ketuhar. Time ni aku dengan wife beli beberapa jenis egg tart sebab ada banyak perisa. But somehow yang original flavour wajib korang try. Percayalah sekali cuba mesti korang akan repeat lagi beli kat sini. Itu belum lagi explain roti yang pebagai jenis dan tiramisu serta dessert lain.

Entrance masuk Canada Inn dan Sher-E Punjab
Disebabkan mereka semua stay di hotel yang terletak di Pulau Hong Kong dan agak jauh untuk ke Tsim Sha Tsui maka banyak juga mereka membeli. Walau masih berbaki 2-3 hari lagi nak habis conference. Katanya kalau tak sempat nanti tak lah terkejar nak beli di Tsim Sha Tsui ni sebab nak bawa balik Malaysia huhuu..

Hanya 50 meter berhadapan dengan I-Square Mall.
Dari MRT Tsim Sha Tsui ke Maarof Puff Bake dan Sher-E Punjab.
Selepas semua gembira dengan hasil masing-masing terus wife kata "Sini kat mana nak makan nasi eh..?" Semua dah lapar nasi katanya. Aku memang tak ada idea langsung tapi aku bagitau dekat area entrance hotel aku ada banyak kedai makan Pakistani dan India Muslim. Tapi mungkin nasi yang ada is biryani la "if you all okay with that then jom la.."

Sebab dah hampir pukul 9.00 malam maka semua pun setuju sebab nanti nak balik ke Pulau Hong Kong lagi. Dan aku inform awal-awal "Don't expect environment yang baik ya". Aku pun guide diorang menuju ke entrance hotel aku dan tiba-tiba ramai giler geng-geng diorang ni approach dengan cuba memberi menu dari kedai makan masing-masing.

Bahagian depan Restoran Sher-E Punjab tapi kita pilih duduk di dalam
Sher-E Punjab ada tempat duduk indoor aircond.
Wife dengan member dia semua macam ketakutan la sebab masa ni keadaan sebiji macam kena kerumun di India tu 😅.

Terus aku kata "Its okay i will look for my self where to go and where to eat". Tapi macam biasa lah puak-puak ni mana nak dengar kata kan. Sampai lah aku sound diorang dalam bahasa Urdu. "Chup Karr Yaarr.. Yeih kiya sab bakuas hei..". Semua terdiam seketika. Makna lebih kurang "Diam lah.. Apa Benda la mengarut korang semua ni.."

Aku tak rasa diorang terdiam sebab kena marah tapi terdiam sebab mungkin terkejut aku boleh cakap Urdu 😂.

Bahan mentah seperti ayam dan daging dibeli dari certificate halal supplier.
Terus aku tarik tangan wife dan yang lain semua ikut masuk ke dalam. Kami menuju ke tingkat atas dan terlihat ada lebih kurang 5-6 kedai menjual makanan yang sama seperti Biryani, Tandoori, Butter Chicken, Naan dan seangkatannya.

Tiba-tiba ada seorang ni approach dengan menu di tangan, terus aku kata "Take us to your restaurant, quickly". Sebab once bila kita dah masuk dalam restoran, tak ada la yang akan ganggu apatah lagi selepas keluar selesai makan nanti.

Hong Kong Chicken Fried Rice.
Chicken Biryani.
Dah masuk dan duduk dalam di tempat aircond barulah semua rasa lega dan masing-masing tergelak mengenang keadaan tadi. Bila waiter datang aku order semua makanan dalam bahasa urdu selepas tanya masing-masing nak makan apa. 

Garlic Butter Naan and Chicken Kebab.
Sempat aku tanya ada Halal Certificate? Terus waiter tu panggil manager dia 😅. Dan manager tu bawa resit pembelian daging dan ayam yang ada certificate halal with other support document lain lagi (perbualan kami dalam bahasa Urdu).

Kowloon Mosque & Islamic Centre terletak bersebelahan MRT.
Bertegur beberapa orang jemaah tempatan.
Selesai tu kawan-kawan wife tanya mana aku tahu bahasa urdu bagai hahaa.. Dan bila makanan sampai kami diberikan Chai Masala percuma seorang satu. Alasan sebab mereka happy aku boleh berbahasa Urdu - Bos belanja katanya 😉.

Dipotong cerita, kami pun selesai makan dan selepas menghantar mereka ke entrance MRT, aku terus berjalan menuju ke Masjid Kowloon yang terletak kurang 100 meter dari I-Square Mall. Alhamdulillah dapat bersolat jama Maghrib dan Isya' di masjid dan tak perlulah solat di bilik yang kecik tu.

The Peninsula 5 Star Hotel.
Pemandangan waktu malam dari Avenue of Start Hong Kong.
Perasan ada masjid di sini ketika berjalan ke Maarof Puff Bake. Okla walking distance sahaja dengan penginapan aku.

Selesai solat aku terus berjalan 850 meter menuju ke arah Victoria Harbour Waterfront. Kerana di sini terletaknya Museum of Art, Space Museum, Legoland Discovery Centre, Avenue of Star Hong Kong dan banyak lagi. Pemandangan waktu malam ke arah Hong Kong Island juga sangat menakjubkan. 

Bersambung Hong Kong & Macau Part 11 : (Under Construction)

Friday, 2 October 2026

Salam 02 Oktober 2026 - Jumaat Yang Barakah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah masih diberi keizinan untuk bernafas di atas muka bumi ini. Moga semua yang baik kita amalkan sentiasa dan mana yang tidak baik kita jauhkan. 

Sedar tak sedar berbaki 3 bulan lagi sebelum tirai tahun 2026 akan ditutup. Dan berbaki 5 bulan lagi sebelum bulan Ramadhan Al Mubarak kembali menemui kita. Rasa masih baru suasana Ramadhan yang lepas dan masih kuat diingatan.

Cerita travel semasa puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Yunnan tahun ini pun belum berkesempatan untuk dicoretkan dalam blog ini. Harap dapatlah ditulis habis kisah pengembaraan sebelum sampai next Aidilfitri.

Banyak yang berlaku semenjak dua ini - Perginya Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali seorang wanita yang hebat yang mengenali suami beliau dari sebelum perang dunia kedua sehingga menjadi antara doktor wanita melayu pertama di Malaysia dan kemudian menjadi isteri kepada seorang Perdana Menteri sebanyak dua kali. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Dr Hasmah Binti Mohamad Ali.
Jerebu yang tak berkesudahan walau ia berlaku pada setiap tahun. Yang membakar dan yang dapat keuntungan adalah negara lain tapi yang menanggung akibat asap jerebu adalah negara lain. Patut dah boleh bincang dalam persidangan ASEAN kena ada guide line dan denda yang harus ditanggung akibat perbuatan jerebu ini.

Pengarah AKPS Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain.
Sembang pula berkenaan video Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain Pengarah AKPS yang viral. Kenyataan media Datuk Shuhaily jelas bahawa anggota polis tersebut tak sepatutnya ada di tempat soal siasat dan kenapa video tu disebarkan.

Memang nampak konspirasi nak jatuhkan beliau. Ye la banyak tangkapan dibuat memang tokan dadah tak duduk senang la sekarang ni. Dua anggota polis tu bagi aku, baru kena jerkah sikit, telinga kena piat dan kepala kena hantuk sama kepala pun nak buat report. Easy word "Lembik" dan "Lemah" jangan sarung baju beruniform la.

Wednesday, 30 September 2026

Hong Kong & Macau Part 9 : Perjalanan Dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal Ke Hong Kong

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Terdapat dua terminal yang menyediakan perkhidmatan feri ke Hong Kong iaitu Macau Outer Harbour Ferry Terminal yang terletak berdekatan Macau Historical Center. Dan kedua Taipa Ferry Terminal - Macau’s largest and most modern maritime gateway. Keduanya mengambil masa 1 jam dengan jarak lebih kurang 64km atau 35 batu nautika untuk ke Hong Kong.

Kaunter pembelian tiket feri menuju ke beberapa destinasi di Hong Kong dan China.
Okay dah dapat tiket berharga HKD175.00 atau bersamaan RM90.00.
Oh ya ini part terakhir kisah solo backpack ke Macau, walau pengembaraan hanya selama dua hari dua malam tapi ntah kenapa sampai part 9 aku bercerita. Maaf la yer sebab Si Afif ini memang suka bercerita dan banyak ambil gambar. Kalau boleh semua gambar dan pengalaman nak di share dalam blog ini. Harap u all enjoy la dengan apa yang aku kongsikan 😁.

Mujur waktu ini orang tak ramai walau hari Jumaat.
Everything look very easy for me untuk ke terminal kerana inilah terminal yang aku salah turun dari bas ketika sampai di Macau - Boleh baca di Part 2 (klik sini). Sampai di pintu entrance terminal terus aku berjalan ke kaunter dan membeli tiket feri paling awal dengan waktu aku ketika ini berharga HKD175.00 atau RM90.00 yang akan bertolak jam 3.30 petang.

Melepasi Macau Immigration menuju ke boarding gate.
Antara kedai duty free yang ada di Macau Outer Harbour Ferry Terminal ini.
Berjalan dari departure gate menuju ke boarding gate agak jauh juga.
Terlihat jambatan yang menyambungkan Macau dan Hong Kong dari terminal ini.
Alhamdulillah ada setengah jam lagi feri nak berlepas, tak la rushing nak berkejaran masuk ke feri sebab agak jauh juga nak berjalan dari tempat beli tiket ke pintu departure dan kemudian ke pintu boarding. Sempat fresh up di toilet sekejap.

Terdapat beberapa kedai convenience, cafe dan juga restoran di dalam terminal ini dan selepas kita masuk ke departure gate terdapat pula kedai duty free. Oh ya di sini kita diperlukan membawa passport ya sebab Macau dan Hong Kong seperti dua buah negara yang berlainan yang mempunyai pihak berkuasa dan immigration sendiri.

Itulah feri yang akan dinaiki sekejap lagi menuju ke Hong Kong selama satu jam.
Masa ni excited nak masuk ke dalam feri sebab nak tahu macam mana keadaannya.
That is why if someone ask me, aku akan jawap at this moment Hong Kong dan Macau adalah dua buah negara yang berlainan dari China sebab mereka mempunyai sistem pentadbiran negara, pihak berkuasa seperti polis dan immigration sendiri. Dan juga mengamalkan sistem perundangan dan mahkamah sendiri yang berlainan dari sistem di negara China.

Keadaan tempat duduk yang selesa di dalam feri dari Turbo Jet Company.
Masa beli tiket aku hanya lihat pada waktu berlepas tak kesah pun company apa.
Walau British telah menyerahkan Hong Kong dan Portuguese telah menyerahkan semula Macau, namun penduduk di kedua negara ini masih mempunyai kuasa hampir penuh dalam keseluruhan pentadbiran seperti sebuah negara at least untuk 50-100 tahun akan datang. Negara China setakat ini hanya memegang kuasa askar dan diplomatik sahaja.

Safely arrived at The Shun Tak Centre Shopping Mall, Hong Kong.
Just follow signboard MRT Station sehingga kita sampai di ground floor.
Untuk keadaan di dalam feri bagi aku cukup selesa, bersih dan lengkap dengan toilet. Ruangan seat juga luas boleh strait kan kaki. Aku tertidur hampir keseluruhan perjalanan dan tak pasti jika ada staff yang menolak troli menjual makanan seperti dalam kabin AirAsia tu. Hanya tersedar 10-15 minit sebelum feri sampai di Hong Kong Terminal.

Perjalanan pertama feri dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal ke Hong Kong bermula pada pukul 7.30 pagi dan feri terakhir di antara pukul 11.00 -11.50 malam (bergantung kepada keadaan). Dan schedule perjalanan feri ada setiap 60 minit dan pada ketika pick hour perkhidmatan feri akan ditambah di antara setiap 30 atau 40 minit sekali.

Beli Octopus Card dengan harga HKD200.00 di MRT Station.
Digalakkan membeli tiket feri secara online (in advance) sekiranya anda datang pada public holiday, school holiday atau pada sambutan perayaan atau acara besar. Feri akan tiba di Hong Kong - Macau Ferry Terminal yang juga berada di dalam The Shun Tak Centre (shopping mall). Memang sangatlah convenience kerana terdapat Sheung Wan MRT Station.

Betul-betul jauh ke bawah tanah station MRT di sini.
Kepadatan orang yang ramai di MRT walau bukan pada pick hour.
Sampai di terminal yang juga sebuah shopping mall, kita akan exit di tingkat 3 dan aku mula berjalan mencari arah menuju ke MRT. Agak mudah sebab banyak sign dengan logo MRT berwarna merah yang memerlukan kita ke lower ground.

Sampai di MRT terus mencari ticket machine dan membeli MRT Card dengan harga HKD200.00 dengan jumlah isi HKD150.00 dan HKD50.00 lagi adalah deposit yang kita akan dapat semula selepas kita memulangkan kad tersebut. Okay for now destinasi aku ke Tsim Sha Tsui MRT Station untuk menuju ke hotel yang telah di book melalui Agoda.com.

Terlihat supermarket jom lah beli buah dengan air untuk bekal didalam hotel.
Waktu pun dah hampir pukul 5 petang memang akan terus berehat dalam bilik la.
Jarak hotel yang aku booking melalui agoda hanya 50 meter dari MRT.
Dari Sheung Wan MRT Station aku perlu menukar train ke Red Line di Central MRT Station menuju Tsim Sha Tsui MRT Station. Perjalanan akan melalui terowong di bawah laut. Tak sedar apa pun dan tak nampak apa sebab sekejap sangat perjalanannya. Tapi terasa jugak lah telinga berdesing sedikit untuk 1-2 kali pertama sahaja. Lepas tu dah biasa 😉.

Bila sampai di Tsim Sha Tsui pun kita masih lagi berada dalam underground station. Dari banyak-banyak exit yang ada aku memilih untuk exit melalui I-square Shopping Mall at least dapat la lihat dalam mall. Masa ni orang teramatlah ramai dan padat + sesak huhuu. Sempat berhenti supermarket membeli air dan buah nak makan dalam bilik hotel sat lagi.

Bilik sangatlah sempat tapi harag boleh tahan mahal. Itulah Hong Kong 😅.
Keluar dari MRT Station yang juga I-Square Shopping Mall terus aku berjalan menuju ke hotel yang telah ditempah melalui Agoda.com dengan jarak hanya 50 meter sahaja. Tapi nak cari hotel bukan main susah dekat 20 minit lebih memutar di kawasan yang sama tapi tak jumpa. At last aku tanya dengan seorang pakcik Bangladesh yang sedang bekerja.

Tilam tu tak boleh terlebih, kalau tidak ganggu nak buka pintu bilik.
Tak tahu berapa kali buka pintu langgar bucu katil hahaha.. 😅
Bila bilik pun kecil maka bilik air lagi la kecik. Apa pun semua di satu tempat.
Itulah review hotel Canada Inn di Hong Kong yang berharga RM180.00 semalam 😎.
Terus dia bagitahu kena ikut main entrance di depan dan akan ada satu lift sebelah kiri untuk naik ke atas. Masa aku jumpa lift, que beratur teramatlah panjang sebab lift hanya boleh memuatkan 5 orang sahaja. Dan lift ini akan menuju ke hampir 20 buah hotel yang berada di atas. Masa ni mesej reception pun tak dibalas. Memang teruk sangat hotel ini.

Update: Itik Salai dan Cucur Sayur yang ditapau dari Cemiterio Islamico e Mesquita.
Bila sampai giliran untuk naik lift rasa la tenang sedikit dan kemudian bila sampai di tingkat 15. Hanya nampak perkataan Canada Inn dan tiada reception. Dan barulah aku tahu ini adalah apartment biasa yang telah diubahsuai menjadi bilik-bilik kecil. Bayangkan 800sqft apartment dijadikan 7 buah bilik (Canada Inn ada dalam 4-5 apartment di floor ini).

Dan akhirnya aku terlihat perkataan kecil "Reception" di salah satu pintu apartment di sini. Selepas seketika menekan bell pintu terbuka dan seorang wanita warga philippines yang menjaga kaunter terus check booking aku dan terus memberi kunci dan membawa aku ke bilik. Memang terasa tak selamat untuk stay di sini, lagi-lagi kalau untuk kaum wanita.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 10 : (Under Construction)

Friday, 25 September 2026

Hong Kong & Macau Part 8 : Pengalaman Solat Jumaat Di Macau Islamic Mosque & Cemetery

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Hong Kong & Macau Part 7 : Morning Briswalk A Ma Temple - Barra Woof Garden - Sai Van Lake

Selepas briswalk lebih 7km dari sebelum sunrise sehinggalah aku pulang semula ke hotel kira-kira jam 9.45 pagi. Masa berjalan tadi tak la terasa penat tapi bila dah sampai hotel landing atas katil rasa macam nak tercabut kaki hahaha. Masih tak sedar diri dah tak semuda dulu dan pintu 40 series dah berada di depan hidung huhuu..

Welcome to Cemiterio Islamico e Mesquita atau Macau Islamic Mosque & Cemetery.
Sempat ambil nap hampir satu jam sebelum aku mengemas barang dan mandi sunat jumaat. Sharp pukul 11.30 pagi aku menyerahkan kad bilik pada reception dan mula melangkah menuju ke satu-satunya masjid yang ada di Macau ini.

Info dari google map, jarak hanya 1.5km berjalan kaki. Nice la.. Boleh jalan kaki dengan tenang sebab zohor pun masuk dalam 12.00 lebih. Dan hampir 80% perjalanan adalah laluan yang sama aku guna semalam ketika sampai di macau. 

Solat jumaat di sini bermula jam 1.30 petang dan aku sampai pukul 12.30 tengah hari.
Terlihat entrance ke Guia Hill Cable Car, bila dah kenal tempat mudah sangat nak jumpa. Semalam bukan main payah, tercari-cari entrance Guia Hill ini. Dan ketika ini terserempak dengan 2 pemuda dari Indonesia yang juga berjalan kaki ke masjid. Kami bertegur sapa dan terus aku follow mereka ke masjid, senang tak perlu nak tengok google map lagi 😎.

Pemandangan dari sisi belakang kanan masjid.
Dan kawasan kuburan terletak di sebelah kanan masjid.
Banyak kubur di sini berusia hampir 100 tahun.
Cemiterio Islamico e Mesquita atau Macau Islamic Mosque & Cemetery adalah satu-satunya masjid di Macau yang aktif, menjadi tempat umat islam menunaikan solat 5 waktu berjemaah, tarawih, solat hari raya dan solat jumaat. Struktur asal telah dibina seawal kurun ke-18 oleh askar-askar portugis yang berbangsa India yang kebanyakan dari Goa dan Mumbai.

Terdapat pokok Belimbing Besi yang sangat lebat buahnya.
Disebabkan buahnya jatuh bergelimpangan. Aku pun petik la 6-7 biji 😅.
Pada tahun 1935 - The Islamic Association of Macau (IAM) telah ditubuhkan bagi menjaga kepentingan orang islam dan kawasan ini. Asalnya ahli jawatan kuasa adalah dari bangsa asing yang beragama islam sebelum bertukar kepada bangsa China yang beragama islam (kebanyakan mereka telah berhijrah ke Macau kerana perang dan tekanan politik).

Pemandangan di satu-satunya ruang solat di masjid ini.
Di bahagian belakang dan juga tempat untuk kaum wanita bersolat.
Terdapat lebih kurang 120 kubur lama di sini dan ada di antaranya telah berumur hampir 100 tahun. Dan pada batu nisan di setiap kubur tertera pelbagai bahasa antaranya Arabic, Persian, Urdu, Chinese, English dan Portuguese.

Keseluruhan kawasan masjid ini sangatlah luas namun binaan masjid hanya 6.5 x 12 meters (dibina pada 1835) dan hanya boleh memuatkan kurang dari 60 orang jemaah dalam satu-satu masa. Binaan pintu masuk utama ke kawasana ini yang diperbuat dari batu telah disumbangkan oleh Halima binti Sheik yang berbangsa India pada tanggal 27 Jun 1973.

Tempat wudhu lelaki di bahagian luar kiri masjid.
Plan jangka masa panjang oleh IAM adalah membina sebuah masjid yang lebih besar bagi memuatkan sekurang-kurangnya 600 jemaah dalam satu-satu masa. Dan membina restoran halal dan tempat menjual bahan mentah halal terutamanya ayam dan daging. Oh ya cemetery di sini strictly hanya dibenarkan kepada warga islam Macau sahaja dikebumikan di sini.

Puas memutar seluruh kawasan masjid ini, jom lah kita masuklah ke dalam.
Alhamdulillah dapat menunaikan solat jumaat di bumi Macau ini.
Terjumpa ramai pemuda dari Indonesia yang bekerja di sini dalam pelbagai sektor.
Ketika sampai di masjid ini kelihatan keadaan sangatlah sunyi yang ada hanya pekerja pembesihan dan seorang security. Dan dimaklumakan solat hanya jumaat hanya akan bermula pada pukul 1.30 petang nanti. Memutarlah aku sekeliling kawasan masjid melihat perkuburan islam di sini dan sempat petik beberapa biji buah Belimbing Besi 😅.

Ada orang sedekah makanan setiap kali selepas solat jumaat di sini.
Menu hari ini adalah Nasi Biryani Ayam. Nampak simple tapi sedap.
Ikutkan hati nak jer tambah dua kali tapi sebab duk makan bersama yang lain 😆.
Aku pun mengambil wudhu dan duduk di dalam masjid sambil membaca Kahfi & Yasin sehinggalah orang ramai mula memenuhi suasana di dalam masjid. Khutbah bermula tepat jam 1.30 petang dengan campuran bahasa English dan Arabic.

Selesai solat aku bertegur sapa dengan beberapa orang jemaah yang datang dari pelbagai negara yang kesemuanya adalah bekerja di Macau. Dan paling best duduk berborak dengan beberapa Indonesian yang bekerja di sini. Sambil berborak mereka beritahu ada makanan percuma setiap kali selepas solat jumaat di sini dan kebiasaanya adalah Biryani Ayam.

Alhamdulillah rezeki makanan selepas selesai Solat Jumaat.
Selain nasi biryani tu semuanya dibawa oleh saudara-saudara dari Indonesia.
Aku pun bangkit dan berjalan bersama 5 orang pemuda Indonesia ini ke bahagian depan bangunan majsid dan kelihatan seorang pakcik berbangsa india sedang serve nasi biryani dengan periuk yang besar. Ya Allah syukur sangat dapat makan free nasi biryani pulak tu huhu.. But Biryani di sini sangatlah lain dari rupa dan rasa tapi tetap sedap untuk tekak aku 😉.


Kami pun mengambil tempat duduk bersila dan makan bersama dan kemudian datang lagi 2 orang Indonesia join makan bersama. Dan yang lebih mengejutkan boleh dikatakan setiap dari mereka membawa sesuatu. Paling rare Itik Salai.!!

Syukur dijumpakan dengan orang-orang yang baik dari Indonesia.
Sempatlah bertanya info mengenai pergerakan feri dari Macau ke Hong Kong.
Ada yang bawa kek, kuih, coffee 3in1 dari Indonesia dan cucur sayur. Terus aku tanya di mana ada jual cucur sayur ini..? Kawan yang bawa cucur tu reply "Dia ni chef restoran di hotel.. Memang dia buat sendiri cucur ni..". Aku pun "Patut la sedap bangat..". Apa yang lebih semuanya mereka bungkuskan pada aku termasuklah beberapa ketul Itik Salai 😅.

Kami berborak soal kerja mereka di sini dalam pelbagai sektor (very interesting to know) dan berborak soal dunia pengembaraan aku. Lebih kurang jam 2.40 petang kami semua bersalaman dan berpisah dan aku terus berjalan sejauh 1km menuju ke Macau Outer Harbour Ferry Terminal bagi menyambung perjalanan ke next destination - Hong Kong.

Bersambung Hong Kong & Macau Part 9 : Perjalanan Dari Macau Outer Harbour Ferry Terminal Ke Hong Kong