Showing posts with label Perjalanan Suka Duka Di Mozambique. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Suka Duka Di Mozambique. Show all posts

Friday, 22 November 2013

Perjalanan Suka Duka Di Mozambique

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Cerita untuk negara ni dah lama aku start tulis tapi ntah tak tahu kenapa tak boleh nak siapkan.. mungkin sebab tak ada cerita yang menarik sangat.. sebab semua yang di plan tak menjadi.. Dan sampai sekarang aku still marah kat pegawai2 immigration dan askar2 mozambique yang suka minta duit for every single thing..

Entry ni sepatut nyer menjadi penutup untuk trip aku ke 4 negara.. Zimbabwe - Zambia - Malawi - Mozambique.. tapi untuk part penutup trip nie.. iaitu negara Mozambique.. aku tak ada apa nak kongsi.. tapi di sebabkan ianya satu dari perjalanan aku.. so aku share jer lah..

Bandar Tete adalah tempat persinggahan.
Kalau travel dari Malawi ke Zimbabwe.
Mozambique Transit Visa berharga RM110.00 available for 3 months.
Siap dalam masa 4 hours applying. But only 3 days per entrance.
Plan asal aku ialah sepatut nyer dari Wilayah Blantyre - selatan negara Malawi aku akan cross border ke utara negara Mozambique di Wilayah Tete dan akan travel sejauh 1250 km ke Wilayah Maputo di selatan negara Mozambique.. perjalanan yang akan mengambil masa selama 3 hari.. termasuk berhenti bermalam di pertengahan perjalananan nanti..

Perjalanan dari South Africa ke Zimbabwe.. Zimbabwe ke Zambia.. Zambia ke Malawi.. alhamdulillah semua berjalan seperti apa yang di rancang.. tapi bile nak masuk Mozambique masalah mula datang.. first2 dah kene halau dari border Mozambique.. kisah lanjut sila rujuk entry aku di  Malawi Part 3 : Moving Out From Blantyre City..

Perjalanan selepas melepasi Nyamapanda Border Post
Antara rumah kampung di wilayah Tete - Mozambique
Ada gunung bentuk macam fin jerung.. setuju tak?
Dari sini group aku berpecah.. Anas dengan Abdullah decide lepas siap buat transit visa 3 hari.. nak naik bas strait dari Blantyre, Malawi ke Johannesburg, South Africa.. tak nak continue journey lagi.. aku dgn Mus'ab akan tumpang brother imtiaz yang pelawa kami naik kereta dia sampai ke Wilayah Tete di Mozambique..

Merentasi jambatan utama di Bandar Tete - Mozambique
Jambatan yang merentasi sungai zambezi di Bandar Tete.. Sumber Google..
Di sebabkan dah buat transit visa untuk 3 hari.. tak kan nak by pass jer.. rugi la.. dan yang pasti.. lepas ni aku tak akan jejak lagi negara ni.. so aku ajak Mus'ab follow aku ikut Imtiaz Bhai ni ke Tete.. lepak sehari dua pastu baru masuk Zimbabwe..

Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk sampai di Tete, Mozambique.. sebelum sampai aku minta dengan Imtiaz Bhai untuk hantar aku ke Maahad Darul Uloom Al-Hassanain.. sebab seorang ustaz kat situ adalah bekas anak murid ustaz aku jugak.. ustaz aku pesan kalau singgah sana tolong sampaikan salam pada anak murid beliau.. Imtiaz kata ok sebab dia tahu mahaad tu dan memang akan lalu situ..

Jom Tengok Satu2 Nyer Madrasah Di Tete.. 

Ini lah Madrasah Maahad Darul Uloom Al Hassanain.. 
Kami sampai pada waktu magrib.. dalam keadaan hujan rintik..
Cantik kan? di bina sedikit demi sedikit.. Dari sumbangan orang2 tempatan..

Sebahagian masih dalam pembinaan..
Bahagian atas sebagai asrama..
Di bina sikit demi sikit..
 Mengikut dana yang ada..
Office madrasah..
Dan juga rumah2 tenaga pengajar..
Tandas dan bilik mandi
yang baru siap di bina untuk pelajar..
Mus'a pun nak posing.. :P
Amik la.. nak jadi bahan bukti kata nyer ..

Ini lah satu2 nyer motor yang di gunakan office jika ada urusan di luar..
Bila sampai maahad tu aku bertanya dengan beberapa pelajar dan akhir nya aku di bawa berjumpa dengan Al- Hafiz Muhammad Yussuf Aly.. rupa2 nya orang yang ku cari.. beliau bukanlah hanya seorang pengajar bahkan pengetua di situ.. selepas memperkenalkan diri..  kami di bawa melawat keseluruh kawasan kelas, pejabat, asrama, masjid etc..

Terasa macam tetamu terhormat.. dan paling best kami di pelawa untuk tinggal di rumah tetamu Maahad selama mana kami mahu.. segan2 pun 2 hari 1 malam jugak kami stay kat Maahad ni.. sebab nak stay lebih visa 3 hari jer pun.. tak boleh lama kat negara ni..

Tuk Tuk pun ada di Mozambique.. tak payah pergi India hahaha..
Keadaan jalan dan kedai - kedai..
Tak ada pape yang menarik pun kat sini..
Bawah shopping mall.. tingkat atas jadi hotel.. 
Hari terakhir selepas subuh pagi jumaat.. aku dengan mus'ab dapatkan tempat dalam combi - sebutan "kom-bi".. perkhidmatan mini bas ke border Mozambique - Zimbabwe.. bayaran 250.00 MZN - 27.00 MYR.. 4 jam lebih baru sampai di border.. time nak cop passport kene paw lagi dengan makcik immigration.. kalau tak bayar dia tak nak cop passport.. boleh dia kata " early morning.. i should have tea or coffee.." nak minum pagi pun nak paw ker..

Keadaan dari dalam tingkap Combi nie..
Ini lah Combi yang aku dengan Mus'ab naik..
Sempat snap last pciture sebelum beteri camera kong.. 
Di salah satu tempat berhenti rehat..
Tapi alhamdulillah selepas di uji Allah dalam Mozambique.. Ada sepasang suami isteri orang putih.. tumpangkan kami ke Harare, Capital of Zimbabwe dari Nyamapanda Border Post Zimbabwe - Mozambique nie.. Hitchhiker paling jauh aku dapat.. Lebih 185 km.. boleh apply book of record Malaysia tak hahahaa..