Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..
Sambungan dari
Jordan Part 4 : River Trekking - Wadi Al- Mujib Natural Reserve
Petra - The Lost City.. Adalah salah satu tempat yang wajib di dalam bucket list aku untuk dilawati ketika sampai di Jordan.. Tapi dengan kos yang agak mahal untuk membawa seorang solo traveller ke Petra membuatkan aku lebih banyak berfikir dari membuat tindakan.. tapi Alhamdulillah Allah telah mempermudahkan aku untuk melawat tempat ini..
Sebelum semua pembaca meneruskan bacaan di artikel ini.. Aku mohon maaf sebab entry kali ni memang panjang sangat sebab there is so many thing i want to share with all of you especially photos.. bagi aku tempat ni memang awesome.. pape pun sila komen dibawah pada segala kekurangan :D
.JPG) |
| Welcome to The Lost City of Petra, Jordan |
Maka plan asal ialah aku akan bertolak ke Petra for good dari Amman dan akan meneruskan perjalanan ke Aqaba dan terus menaiki ferry ke Dahab atau Nuwaibah, Egypt.. Tapi secara kebetulan aku diberitahu,
Ust Wan Abdbaith Izzuddin yang baru habis belajar di University of Jordan nak drive ke Petra so dia tengah mencari sesiapa yang free untuk temankan beliau..
Dan yang paling menakutkan ialah harga tiket untuk masuk ke Petra ialah
1.00 JD per person for Jordanians and Residents.. Dan 50.00 JD untuk Non-Jordanian yang bermalam di Jordan.. Bermakna bagi pengunjung yang bukan Jordanian dan mereka datang ke Jordan dalam tempoh tidak bermalam maka bayaran mereka ialah 90.00 JD..!!! Mahal tak.. by the way
1.00 JD bersamaan 4.89 MYR.. :P
.JPG) |
| Antara Kedai Souvenir di bahagian entrance Petra. |
.JPG) |
| Kaunter membeli tiket untuk masuk ke Petra. |
.JPG) |
| Nampak tak berapa jauh beza harga tiket.. Mahal gilerr..!!! |
Bagi pelajar luar negara yang belajar di Jordan mereka dikira sebagai Residents.. So aku bayar berapa?? hehehe.. 1.00 JD jer..!! Sebab aku pinjam kad pelajar Ustaz Farid hahaa.. Tapi takut jugak sebab ada orang pernah try tapi tak lepas, kantoi beb..!! well aku cuba nasib jer la.. nasib baik lepas huhuu..
Thanks Ustaz Farid Suhaimi :D
.JPG) |
Jom mulakan perjalanan.. Tanah Gersang + Panas + Berdebu + Kering Kalau korang nak datang make sure bukan musim panas yer :D |
Info : Pada tarikh 7 Julai 2007 bertempat di Lisbon, Portugal.. Petra telah dinobat sebagai salah satu 7 keajaiban dunia.. Terletak di tengah-tengah di antara Teluk Aqaba dan Laut Mati dan Petra bermakna "Batu" dalam bahasa Yunani.. Petra pada zaman kegemilanganya adalah ibukota bagi kerajaan Nabatean yang didirikan oleh Raja Aretas IV..
Mengikut kajian yang telah dibuat - Petra telah dibina 9 tahun sebelum Masihi dan wujud sehingga tahun ke 40 Masihi.. Sebuah kota yang aman, selamat dari ancaman musuh mahu pun bencana alam serta sistem pengairan mereka yang teramat istimewa iaitu teknologi Hidraulik bagi mengangkat air..
.JPG) |
| Jangan ditanya masa ini panas ke tidak hahahaa :P |
.JPG) |
| Antara peninggalan bangunan dari zaman Kaum Tsamud |
.JPG) |
Alhamdulillah sampai di first check point.. Ada kedai jual souvenir dan minuman dan makanan ringan tapi mahal :P |
.JPG&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*) |
| Di first check point ni ada pondok pengawal.. Tandas jika anda sanggup guna.. dan kalau nak amik gambar dengan askar yang pegang lembing tu kene donate something dalam tabung huhuhu.. :D |
Petra yang dikenali dengan beberapa panggilan antara yang paling famous
"The Hidden City" dan
"The Lost City".. Membawa pengunjung kembali semula pada zaman kegemilanganya di satu masa dahulu mengenai Kaum Tsamud dan nabi yang di utuskan pada mereka ialah Nabi Saleh a.s seperti mana yang di ceritakan di dalam Qasasul Quran (قصص القران) ..
Dan seperti mana diketahui ramai Kaum Tsamud ini adalah anak warisan daripada Kaum 'Ad iaitu di zaman Nabi Nuh a.s yang telah dihancurkan kerana keingkaran mereka pada Allah Taala.. Cerita mengenai Kaum Tsamud, Nabi Saleh a.s dan unta betina yang besar sebagai mukjizatnya telah banyak diceritakan maka tidak perlulah aku tulis di sini.. :D
Sebab boleh dikatakan ramai jugak la pelajar Malaysia yang duduk di sekitar rumah Ust Mursyid ni.. Sekali dah jumpa baru ingat beliau lah yang tolong aku nak beli ayam kat pasar selepas waktu asar beberapa hari lepas hahaha :D
Siapa Ust Abdbaith ni..?? Beliau sudah habis belajar dan beliau juga merupakan bekas Ketua Pelajar Malaysia Amman.. Oleh kerana isteri beliau masih menuntut di Amman maka beliau terus tinggal di Jordan.. seorang yang amat peramah dan baik serta ringan tulang.. Alhamdulillah seronok jumpa dengan orang-orang yang hebat di Jordan nie :D
.JPG) |
| Okay jom masuk untuk melihat Bandar Petra.. Excited giler aku time ni.. :D |
.JPG) |
| Ramai yang bergambar di binaan pertama dari 13 binaan yang lain.. :D |
.JPG) |
| Mungkin orang dulu tinggi kot boleh ukir setinggi tu.. |
.JPG) |
| Inilah dia ukiran di gunung yang menjadikan ia sebuah kota.. |
.JPG) |
| Part souvenir nie memang menarik.. sebab menggunakan pasir yang berwarna-warni sekitar Petra untuk melukis di dalam botol kaca.. Nak suruh di tulis nama kita dalam botol tu pun boleh.. tapi harga mahal la :D |
Bagaimana cara untuk ke Petra.. Pertama ialah dengan cara paling senang dan mahal iaitu mengambil tour guide atau juga menggunakan perkhidmatan teksi.. Dan yang kedua ialah dengan menaiki satu-satunya bas dari Amman iaitu
JETT Bus Company (CLIK).. Bertolak pada pukul 06:30 am dari Amman (Di hadapan JETT Office di Abdali) dan 07:00 pm dari Petra tak jauh dari entrance parking lot Petra.. Harga tiket bas ini ialah JD 19.00..
Dan cara ketiga ialah mengambil Public Mini Bus di Mujamaa Janobi Station dengan bayaran JD 5.00 seorang dari pukul 09:00 am - 04:00 pm.. But actually ni aku tak suggest sangat sebab antaranya Minibus ni hanya akan berjalan setelah penuh dengan penumpang..
Over charge to tourist.. Kadang2 ada penipuan dari segi mencuri.. tapi kene berjaga-jaga juga sebab kadang-kadang pemandu teksi akan datang pada kita memberitahu bahawa minibas cancel hari ni bagi memudahkan kita mengmbil teksi mereka ke Petra..
Kawasan Perumahan Dibina/Diukir Pada Gunung
.JPG) |
| Tak tahu mana Master Bedroom ke apa ke hahahaa :P |
.JPG) |
| Jalan dalam rumah yang dibina beribu tahun dahulu.. |
.JPG) |
| Menikmati pemandangan sejarah yang indah. |
.JPG) |
| Kalau boleh main paintball kat sini.. Memang terbaik la.. :P |
Colosseum Kaum Tsamud atau Rome?
.JPG) |
| Dilarang masuk.. Tapi bayar mahal.. curi-curi lah masuk ruang theater ni :D |
.JPG) |
| Inilah ruang theater mirip Colosseum Rome |
.JPG) |
| Memang takda orang sebab kawasan larangan hehehee.. :D |
.JPG) |
| Maka kita posing la dengan sakan sebelum kantoi.. :P |
.JPG) |
| Ini pun dah cukup mempersona.. Mesti lagi cantik pada zaman ia digunakan.. |
Bayaran teksi dalam lingkungan JD 65.00-80.00.. Dan jika anda dari Bandar Aqabah di selatan Jordan maka bayaran adalah lebih murah yer.. Dan berita baik untuk orang Malaysia ialah Ust Baith ni secara tak langsung memberi perkhidmatan dengan harga yang amat berpatutan bagi mereka yang ingin tour gudie sekali dengan transport ke tempat2 menarik berdekatan Amman termasuklah Laut Mati, Ashabul Kahfi dan Petra..
Contact Ust Baith (CLICK)..
Secara tak langsung aku bernasib baik sebab Ust Baith nak kene bawa 2 kakitangan kementerian berjalan-jalan di Petra tapi sebab beliau tak berapa sihat maka sebab tu mencari seseorang yang boleh bantu beliau.. Alhamdulillah dapat la jugak aku merasa bawa kereta lebih 150 km di Jordan melepasi tanah gurun arab yang gersang ni balik dari Petra.. :D
.JPG) |
| Kereta Keldai atau nak tunggang unta.. silakan :D |
.JPG) |
Kalau korang jumpa budak jual poskad nie.. Beli jer.. sebab memang murah USD 1.00 untuk 10 keping.. |
.JPG) |
| Kalau sesiapa ada kenal dengan 2 akak kementerian ni tolong sampaikan salam saya dan ucapan terima kasih :D |
Okay few thing yang aku boleh nasihatkan di sini ialah elakan dari datang musim panas.. Bawalah air minum 1-2 liter seorang.. Coklat atau gula-gula.. Boleh bawa bekal sebab nak tour Petra ni memakan masa atleast 3-4 jam lebih.. kalau sanggup nak beli makanan mahal tak apa la.. huhuhu..
Di sini bagi mereka yang tak sanggup nak berjalan jauh ada perkhidmatan Kereta keldai atau unta dan kuda yang boleh ditunggang.. but again.. bayaran dia mahal.. Kalau amik dari pintu enterance mereka hanya membawa anda ke first check point sahaja.. So jangan tertipu okay.. sebab perjalanan dari frist check point ke first view point adalah lebih jauh.. :D
Untuk Sambungan Entry Jordan Sila Klik Link Di Bawah :-