Showing posts with label Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara. Show all posts
Showing posts with label Part 4 : Bandar Seri Begawan - Gambar Berbicara. Show all posts

Thursday, 6 February 2014

Brunei Part 4 : Bandar Seri Begawan Final Moment - Gambar Berbicara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari  Brunei Part 3 : Kampung Air Limbongan dan Tamu Kianggeh

Gigih siapkan Brunei Part 4 walau baru baik sakit.. Hari ni sakit demam dan batuk dah sembuh.. tapi dugaan lain pulak sakit perut yang datang secara tiba-tiba.. Apa pun masih syukur alhamdulillah nyawa masih di badan.. Tak lupa juga nak mohon pembaca semua untuk undi blog ini di Malaysia Sosial Media Week 2014 - Ketegori "Best Travel Blog " (Klik Sini) yer  :D

Okay la jom kita sambung cerita di Brunei yang makin tidak terhabis ni.. Entry kali ni jom aku nak bawa pembaca semua melayan keadaan yang tenang di BSB ini.. Melihat beberapa binaan dan juga kawasan yang menarik di Bandar Seri Begawan..

Jalan-jalan pada waktu siang di Masjid Omar Ali Saifuddin..
Jalan Masuk Utama
Tugu Perasmian oleh Sultan Burnei
Tempat Wudhu

Kolah air.. Dari tadahan hujan mungkin..

Sedikit Info - Masjid yang telah mula dibina pada 1 Jamadilakhir 1373 Hijrah.. bersamaan dengan 4 Februari 1954.. Dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan.. Masjid ini juga di iktiraf sebagai masjid terunik di Asia Pacific dan menjadi tumpuan para pelancong..

Telah dibuka secara rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.. Sultan Brunei Ke-28 pada Hari Jumaat 13 Rabiulawal 1378 Hijrah.. Bersamaan dengan 26 September 1958.. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.. Arikitek masjid Cavallieri R Nolli dari Italy..

Masa lawatan pada Hari Sabtu hingga Hari Rabu ialah 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari - 1.00 petang hingga 3.00 petang - 4.30 petang hingga 5.30 petang di benarkan kawasan dalam dan luar bangunan masjid.. 5.30 petang hingga 8.00 malam hanya dibenarkan kawasan luar masjid sahaja..

Di tutup pada Hari Khamis dan hanya di benarkan kawasan luar masjid sahaja dari jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam.. Dan pada Hari Jumaat 4.30 petang hingga 5.30 petang di benarkan kawasan dalam bangunan masjid.. (info ini mungkin berguna kepada Non-Muslim)




Masjid Omar Ali Saifuddin..
Tersergam indah dengan keunikan berbeza di malam dan siang hari..

Dengan berjalan kaki ia sudah memadai untuk merayau-rayau di sekitar Bandar Seri Begawan ini.. Apa pun perkara penting ialah ianya selamat dan amatlah tenang jika anda berjalan seorang diri pada waktu siang mahu pun malam hari..

Dan dengan keadaan bandar yang tak ramai orang berjalan kaki di tepi jalan.. tiada istilah sesak dengan orang ramai.. Dan hampir semua nama kedai barangan, restoran, signboard atau nama jalan ada di tulis dengan rumi dan jawi.. Mood : Sejuk jer mata memandang  :D








Jom Nikmati Keindahan di Bandar Seri Begawan


Makam Raya Ayang.. Berada di hadapan Bangunan Pejabat Pos Brunei.
Poskad dan setem.. Dapat beli setem keluaran khas lagi tu..
Bangunan Alat Kebesaran Di Raja Brunei..

Antara tempat lain yang anda boleh kunjungi di Bandar Seri Begawan ini ialah.. Makam Raja Ayang.. Bila dah datang berkunjung ke sini.. Silalah sedekahkan lah Al-Fatihah yer.. tak rugi pun malah dapat pahala.. Dan kemudian boleh berkunjung ke Bangunan Alat Kebesaran Di Raja atau The Royal Regalia Building.. 

Bersebelahan Makam Raja Ayang terdapat Bangunan Pejabat Pos Brunei.. Cara mudah menghantar poskad ialah di sini.. ada jual poskad dan juga souvenir lain.. Terdapat juga kerusi dan meja di sediakan jika mahu berehat sambil menulis poskad di situ.. Dan yang seronok dapat beli beberapa keping setem keluaran terhad gambar Sultan Brunei.. Dan juga setem untuk festival tahun 2013..


Bangunan Jabatan Adat Istiadat Negara
Pandangan dari salah satu sudut di Bandar Seri Begawan..

Walaupun Brunei selalu di katakan sebagai sebuah negara islam yang teguh dan bakal mengamalkan undang-undang islam.. tapi agama lain masih juga di beri ruang dan di layan dengan baik untuk mereka mengamalkan ajaran agama mereka..


Terdapat juga sebuah Tokong Budha di tengah bandar ini.. 

Selain dari tempat-tempat yang menarik di tunjukan pada entry kali ini.. Anda perlu menggunakan teksi atau bas untuk ke Masjid Jamek Asr' Hassanil Bolkiah dan Istana Nurul Iman.. Bagi pendapat Time Traveller jika mahu datang bercuti ke Brunei.. Cukup sekadar 3 hari 2 malam.. :D

Peruntukan satu hari untuk berjalan-jalan di Kuala Belait dan Seria.. dan baki dua hari lagi untuk berjalan-jalan di sekitar Bandar Seri Begawan.. Dan mohon sekali lagi pada semua untuk mengundi blog timetravelafif.blogspot ini di MSMW 2014.. Terima Kasih :D  Continue Part 5..