Showing posts with label Part 5 - Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung. Show all posts
Showing posts with label Part 5 - Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

Pulau Pinang : Part 5 - Muzium Perang Berhantu Di Batu Maung

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Pulau Pinang : Part 4 - Mandi Laut Dan Makan2 di Tanjung Bungah

Selepas kekenyangan makan Mee Sotong dan Coconut Shake di Kota Lama. Kami memulakan perjalanan ke Batu Maung. Destinasi yang dikata agak menyeramkan ni ialah Penang War Museum. Bekas Kubu Pertahanan Tentera British dan kemudian menjadi Kem Tahanan Tentera Jepun. Beratus-ratus orang mati semasa dalam tahanan Jepun.

Refresh : Suasa ceria ketika menjamu Mee sotong dan coconut shake :D
Bayaran masuk setiap kereta ialah RM5.00 dan for adult entrance fee ialah RM20.00 per person. Tapi kan, tak tahu kenapa auntie kat kaunter tu refund balik duit parking kereta pada kami.

Tapi ada extra charge yang dikenakan iaitu RM2.00 untuk semua peralatan mengambil gambar seperti camera, phone etc. If ada 2 camera 3 phone bayaran RM2.00 untuk semua. Bukan setiap satu item.. Aaa faham dok?? Layan je lah..  By the way auntie tu kerek sket so sabar je la.. 

Welcome to War Museum Pulau Pinang

Walau shazmin seorang engineer tapi mampu buat keje accountant -
Contoh :  in charge kutip duit untuk beli tiket masuk :P  
Aizat dan aku jer yang excited dengar taklimat dari pihak pengurusan.
Laluan tentera seperti keadaan tahun 1941.
Replica bom atom kata tour guide tu. Kitorang pun iyerkan jer lah :D
Bilik simpanan peluru meriam sedalam 18 meter berada di bawah ini.
A replica Cannon of 6 inch-breech loading gun cannon installed here since 1941
Terdapat sebuah meriam yang amat besar di tapak ini.
Namun telah dimusnahkan oleh Tentera British supaya tidak jatuh ke tangan Jepun.
Kami sampai War Museum ni agak lewat lebih kurang pukul 5.30 petang. Nampak gaya kami macam group terakhir yang masuk. At first rasa seperti tiada apa yang perlu dirisaukan sehinggalah kami mula melangkah masuk ke dalam.

Meh aku nak bagi tip sikit, sebenarnya kalau nak datang sini tak payah la korang baca kisah-kisah seram berkenaan tempat ini. Sebab buat korang seram je sepanjang masa..  Macam aku hahaha.. Actually tempat ni memang keras banyak dan bukan sikit yer.. Sehingga disenaraikan di dalam "10 most haunted site in Asia" by National Geography Channel.

Suasana Terowong Dan Kubu Bawah Tanah


Penerangan yang di beri oleh Saudara Indra di dalam salah satu kubu bawah tanah.
Ada lebih 3 atau 4 tunnel dalam kubu ini..
Dan ini tunnel pertama yang kami masuk..

Dan ada tunnel yang telah ditutup sebab terlalu kerass..
Terowong ini mampu memuatkan 220 tentera
untuk berlindung ketika serangan udara pihak musuh..
Keadaan tunnel yang sempit ini mampu memuatkan 220 tentera..
Kene berjalan secara menunduk..

Menyeramkan.. Memang gelap..
hanya lampu flash camera dan handphone je yang menerangi suasana

Bilik simpanan senjata bawah tanah yang di bina 1930-an.
Antara bekas peninggalan surat yang dijumpai.
Antara peluru meriam yang sudah tidak berfungsi..
Dan sesiapa pun janganlah cakap besar "Aku tak takut la.. Ape la and so on" Just rileks. Baca bismillah dan masuk. Ok sambung cerita, tempat ni memang besar dan luas maka korang perluka masa lebih kurang dua jam di sini. Kalau yang suka ambil gambar tu lagi la akan spend more time di sini.

Dan nasihat aku datang la awal sebab tak la jadi macam kami. Ketika azam maghrib selesai dilaungkan, kami masih lagi berada di dalam war museum ini.. Itu another story yang menambahkan suasana menjadi lebih seram sampai.

Alhamdulillah mungkin sebab kami ni adalah  peramah dan comel  group terakhir. Seorang staff yang bekerja di sini dengan suka rela jadi guide kami and explain pada kami di setiap sudut muzium ini. Secara tak langsung walau group terakhir tapi kami berjaya tour di setiap pelusuk muzium ini.

Memudahkan kamidalam nak explore muzium ini tapi pada masa yang sama menjadi lebih seram sebab dia cerita semua kisah-kisah seram yang pernah terjadi di sini dan mostly adalah dari pengalaman beliau sendiri.

The only way out.. merangkak sejauh 9 meter..
bila dah masuk tunnel nie.. tak boleh patah balik..
Ini gaya seorang komando tak lulus ujian hahahaa..
"Tolong jangan tinggal kan aku.." hahaha gurau jer..
Actually Farani adalah orang paling kuat dalam group kami.
Dah merangkak..
kene pulak panjat tangga setinggi 7 meter..

Hadri :  " MISSION COMPLETE "
Lubang keluar dari tunnel tadi..  baru senyum ko hahaha..
Bergambar dengan penuh ceria.. selepas berjaya memasuki semua terowong..

Sedikit info.. Ia di bina pada tahun 1930-an.. oleh pihak british.. dan di duduki oleh askar british, sikh dan melayu di atas nama Jack Union.. Kubu ini jatuh ke tangan tentera jepun pada World War II - 17 September 1941.. Tentera british kalah di kubu ini dengan kesalahan andaian strategic mereka bahawa jepun akan menyerang dari laut.. tetapi jepun menyerang dari " inland "..

Keluasan tanah kubu ini sebesar lebih 20 ekar.. memuatkan lebih 550 - 700 tentera dalam satu masa.. Kubu ini di lengkapi bilik simpanan peluru meriam bawah tanah sedalam 18 meter.. dan sebesar 2 gelanggang tennis.. mempunyai tiga terowong "escape" ke arah berlainan sejauh 50 - 100 meter..  mempunyai beberapa meriam besar - 6 inch breech loading gun - yang mampu menembak sejuah 15.5 km ke semua arah..

" Ku Terdengar.. Suara.. Kebebasan.. " kata aizat..

Dulu semua bilik di benarkan masuk.. tapi lepas ramai yang kene hysteria..
Hanya bilik paling hujung sahaja di buka.. 
Keadaan bilik paling hujung.. Masih ada kesan tembakan..
Digunakan oleh tentera jepun untuk menembak tahanan.
Fareez di hadapan salah satu asrama tentera
Belakang tu.. Tempat paling keras kata saudara indra..
Sebab ramai orang di bakar hidup2 oleh jepun kat dalam rumah itu..
Peninggalan bendera matahari terbit Nippon
Antara bilik yang di gunakan oleh Jepun untuk menyiksa tahanan wanita..
Kami sempat snap gambar akak ni di salah satu bangunan asrama tentera.
10 Most Haunted Site in Asia ialah:

1. The Abandoned Tak Tak School - Hong Kong 
2. Kadena Air Base - Okinawa Japan
3. The Clark Air Base Hospital - Philippines 
4. Gedung Lawang Sewu - Semarang Indonesia  
5. War Museum Penang - Malaysia
6. The Green Island Prison - Lyudao Island Taiwan
7. Mansion - Yeongdeok-Gun - North Gyeongsang South Korea
8. The Temples of Ayutthaya - Thailand
9. Con Dao Island - Vietnam
10. Old Portuguese Colonial Outpost Diu island - India

Kubu ini juga di lengkapi dengan beberapa dapur.. sesuai dengan cara masakan yang berbeza.. untuk ahli tentera pelbagai bangsa.. asrama tentera.. kantin.. pejabat.. bilik simpanan senjata bawah tanah.. bilik kawalan.. bilik mesyuarat pegawai tinggi bawah tanah.. ruang theater.. dan ada terowong kebal bawah tanah untuk bersembunyi sesama serangan udara oleh pihak musuh.. dan terowong kebal ini mampu memuatkan seramai 220 tentera dalam satu masa..

Kata Saudara Indra - Kenapa gantung patung ni..??
Sebab langsuir banyak berkeliaran di waktu malam..

Time ni dah kedengaran azan maghrib.
Bilik di mana Tentera Jepun memancung kepala tahanan..
Tepat pukul 7.35 malam.. kami beredar dari war museum.. menuju pulang.. rasa lega bila dah keluar dari tempat ni hahaha.. sebab seram sejuk jer kat dalam tadi.. mana tak nyer.. orang yang terakhir dalam group kami berjalan di sapa bahu.. logik tak??  mana ada orang belakang dia.. dia pun tak nak toleh hahaha..

Bersama Tour Guide kami Saudara Indra - baju hijau..
Di hadapan pintu masuk War Museum Pulau Pinang..
Dah la waktu azan maghrib kami still berlegar2 di dalam.. tour guide tu pun boleh cerita macam mana dia kene kacau dulu.. siap tunjuk tempat kami berdiri.. dulu dia nampak makcik tua dengan muka hodoh berambut kusut panjang etc.. apa - apa pun tempat ni memang best.. make sure korang datang tau.