Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
# Membaca Adalah Amalan Yang Mulia :D
Kali ini aku ingin berkongsi sedikit atau beberapa tips yang mana mungkin ia boleh dibaca begitu sahaja bagi yang tidak berminat atau mungkin ia boleh digunapakai untuk menjadikan anda seorang traveler backpackers dan ia adalah dari pengalaman aku sendiri. Namun entry ini tidaklah mengatakan atau menunjukkan aku adalah seorang yang hebat dalam dunia travel backpackers ini. Ianya lebih kepada sekadar sebuah perkongsian.
Jom kita berkongsi tips menjadi seorang backpackers dari teknik dan bajet travel, cara travel di negara orang, isu keselamatan diri, tempat tinggal, makanan dan sebagainya di sini. Apa pun kepada yang tidak bersetuju boleh luahkan di ruangkan komen. Dan kalau ada yang nak buat penambahbaikan pun juga dialu-alukan diruangkan komen. Untuk kebaikkan aku dan juga bagi mereka yang membaca entry ini :D
1. Biasakan Diri Dengan Perkhidmatan Awam - Bas dan Train
Ini aku rasa adalah tips nombor satu sebab bagi mereka yang tak nak guna langsung atau rasa susah (Complicated) nak gunakan perkhidmatan awam bas dan train di Kuala Lumpur. Maka lupakanlah niat nak travel secara backpackers ke seluruh dunia. Aku boleh kategorikan train dan bas di Kuala Lumpur ini adalah antara yang paling mudah nak difahami untuk digunakan. And as backpackers our main transportation is Public Transport.
|
Rapid - Main public transport company in Malaysia. |
Sebab kalau tidak, korang mesti jem kepala bila tengok sistem train terutamanya di Paris dan Tokyo yang lebih merumitkan. Apatah lagi dengan bahasa yang kita tak faham langsung. At least belajarlah naik bas dan train di negara sendiri bagi yang tak pernah. Dan bagi yang hari-hari naik train atau bas ke tempat kerja. Memang kacang jer lah korang nak figure how to travel form one point to another point.
2. Latih Diri Banyak Berjalan Kaki
Banyakkan latihan berjalan kaki, jogging dan hiking. Sebab bagi negara seperti South Korea, Japan and most European country berjalan kaki adalah culture mereka. Setakat nak berjalan less then 1km dari rumah atau dari tempat kerja ke train station atau bas stop itu adalah satu perkara normal. Mungkin juga faktor negara mereka selalu bermusim sejuk yang membuat mereka suka berjalan kaki.
Sebab di Malaysia ni kalau boleh nak bus stop atau train station tu dibina betul-betul depan rumah. Mungkin juga negara Malaysia ni cuacanya selalu panas dan hujan maka itulah alasan kita kurang berjalan kaki. Dan sebenarnya bila kita travel ke sesebuah negara, accommodation tak perlu pun berada di tengah bandar cukup la ia berhampiran "Walking Distance" ke train station atau bus stop. Kebiasaannya accommodation diluar attraction place akan jauh lebih murah.
Dah kalau travel secara backpackers memang akan banyak berjalan kaki dan sebab itulah kebiasaannya orang yang travel backpack ni akan lebih banyak explore tempat dari orang yang menggunakan agent. Dan bagi aku paling best bila balik dari travel yang seminggu lamanya mesti berat aku akan turun at least minimum 3-4kg hahaha.. Kalau aku la, dek nak cerita punyalah banyak aku berjalan semasa trip travel.
3. Banyakkan Membaca, Buat Research Dan Buat Itinerary Sendiri
Paling penting bila nak travel mesti ada itinerary lengkap. Ini bagi mengelakkan kita membazir waktu dan duit terutamanya. Dan sifat rajin membaca wajib ada pada seorang backpackers. Dan sebenarnya even kita travel guna agent pun make sure kita kena jugak study tempat yang kita nak travel tu. Tak la nanti kena gula-gula jer dengan syarikat travel agent tu. Termasuklah yang nak menunaikan umrah dengan travel agent.
Zaman sekarang semua benda dan maklumat di hujung jari. Opss.. Kenapa tak disebut semua di hujung mata? Kan ramai yang dah buat content video travel di YouTube dan Tiktok? Sebab Quran sebab "IQRA" yang bermaksud "Bacalah". Content video boleh tengok namun anda perlu membuat bacaan dengan lebih terperinci. Dan itinerary anda buat juga dalam bentuk bacaan kan? bukan nya video. Dan bacalah dari banyak sumber bukan dari satu sumber sahaja.
Buat research mengenai tempat yang anda nak pergi. Adakah ia masih dibuka atau telah ditutup atau ditutup disebabkan kerja-kerja baikpulih. Berapa entrance fee dan harga nak ke destinasi berkenaan menggunakan public transport. Tengok tarikh ketika travel ke sesebuah negara itu adakah bertembung dengan tarikh cuti sekolah atau public holiday yang mungkin menyebabkan perkhidmatan awam dikurangkan atau siap sedia dengan crowded yang luar biasa.
4. Belajar Makan Apa Yang Ada / Makan Ala Kadar
Apabila travel ke sebuah negara yang bukan majoriti islam dan makanan halal agak susah untuk dijumpai maka siap sedialah untuk membayar harga makanan yang mahal. Atau pun kerana currency yang tinggi dari Ringgit Malaysia. At least makanan yang kita bawa adalah halal dan sedikit sebanyak dapat menjimatkan kos keseluruhan travel kita. Yes, we should enjoy the local food apatah lagi jika makanan itu adalah speciality from that country only.
My first experience backpack adalah ke Europe at Amsterdam. Dan makanan halal yang aku bawa adalah 15 pack biskut bercream sahaja. That time im still learning how to travel as backpack dengan tiny budget with title "student". For the first 4 days aku just makan biskut sampai tengok biskut pun nak muntah hahaha.. But then i survived to travel 5 country in Europe for a month. Holland, Belgium, France, England and Sweden.
5. Belajar Travel Backpack Ke Negara Jiran Sebelum Terbang Lebih Jauh
Kalau tak berani nak travel ke negara orang boleh cuba ambil pengalaman travel ke Indonesia - culture, life style dan makanan yang hampir sama dengan kita. Mata wang juga tidak terlalu tinggi. Dan Indonesia mempunyai banyak destinasi perlancongan untuk kita terokai. Dan makanan halal juga ada di mana sahaja kecuali di Bali atau Medan, kena berjaga-jaga sedikit dalam bab status halal makanan di situ.
|
Jakarta - Capital of Indonesia (Until February 2024) |
Dan kemudian boleh cuba travel ke Singapore untuk ambil pengalaman dengan menghadapai currency yang tinggi, makanan halal yang susah nak jumpa dan hampir kesemuanya mahal. Itulah Singapore. Kalau rasa susah dan mahal untuk travel di Singapore maka itulah kos kalau kita nak travel ke Europe yang hampir kesemuanya adalah lebih kurang atau lebih mahal.
Dan kemudian cubalah pengalaman backpack ke Thailand terutamanya ke Bangkok. U will see negara yang bukan islam dan makanan halal juga susah untuk ditemui dan bahasa yang totally macam itik dengan ayam. Di Thailand korang akan belajar untuk travel by land dari satu tempat ke tempat lain menaiki bas atau train untuk perjalanan jauh. Bangkok - Chiang Mai atau ke Phuket.
|
Bangkok - Capital of Thailand. |
Kalau boleh travel ke tiga negara ini mesti korang boleh travel ke Australia, Taiwan dan South Korea dan yang seangkatannya sebab korang dah ada pengalaman dengan kos living yang mahal, bahasa yang berlainan, makanan halal yang susah untuk ditemui serta penggunaan public transport yang berkesan. But jika ada keyakinan, tidak travel ke negara jiran pun ramai jer yang terus redah travel sampai ke Europe.