Friday, 19 July 2024

Australia Perth Part 4 : Driving From Perth City To Lancelin - The Sand Dunes

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Seawal pagi aku dah dikejutkan oleh mereka dengan panggilan telefon untuk bersiap pergi solat subuh di Masjid Perth. Cuma aku sahaja yang ikut. Abang wan dan yang lain-lain masih lagi jetlag, kejut langsung tak bangun huhuu.. Dah la menumpang tidur, malu pulak rasanya kalau tak ikut mereka pergi solat subuh di masjid hahaha.. 

Welcome to Lancelin. Sebuah pekan yang ada pantai dan ada padang pasir berwarna putih
Sekembali dari masjid, sempatlah juga aku breakfast bersama mereka sebelum naik ke bilik. Itulah bak kata ustaz, kalau kita jaga subuh kita Allah akan bantu kita jaga hari kita. Yang lain semua tak dapat breakfast hihi.. Bila naik ke bilik semua dah bangun dan sedang bersiap-siap sebab kami nak keluar dari hotel seawal pagi bagi meneruskan perjalanan.

Pemanduan dimulai dengan Abang Wan dan bertukar-tukar kepada Kak Ngah dan Wife aku. Satu sebab kami stop di banyak spot yang cantik-cantik untuk bergambar. Tengok rumput yang memenuhi jauh mata memandang pun kami berhenti nak bergambar. Biasa la dah datang negara orang dan benda susah nak jumpa kita enjoy la the moment.

Hujan renyai turun menemani perjalanan kami dan menambahkan lagi kesejukan.
Perjalanan sejauh 126km dari Perth City ke Lancelin yang memakan masa hampir 2 jam.
Untuk sampai ke Pekan Lancelin pun tak tahu berapa kali tukar driver. Dan paling memenatkan adalah had kelajuan di Australia yang terlalu rendah. Memang boring yang teramat. Dah la nak drive ratusan kilometer. Kita drive ke Kuantan dari KL pun boleh dua jam setengah dengan 140-170km/j. Kalau di Aussie tak tahu la berapa banyak saman kena kalau bawa selaju itu hahaha..

Lancelin Tourist Info - Sand Dunes adalah main attraction di sini.
Semua info tempat menarik dan aktiviti ada di sini. Pilih sahaja mana kita nak pergi :D
Bayangkan paling laju anda boleh bawa kereta di highway adalah 110km/j dan ada di sesetengah jalan akan muncul papan tanda 80 atau 90km/j sahaja. Speed trap di Australia agak aktif yer. Polis boleh berada di mana-mana sahaja termasuk di semak samun atau di balik pokok-pokok. Dan pemanduan di dalam bandar adalah dibawah 70km/j sahaja. Kalau ada kawasan sekolah 40km/j sahaja.

Tempat parking ini sunyi tapi bersih dan lengkap dengan public toilet yang bersih.
Jom ke berjalan ke arah pantai disebalik bukit kecil tu. Angin masa ni terlalu kuat.
Okla tutup cerita pemanduan yang memenatkan di Aussia tapi nasib baik pemandangan dia cantik dan terpukau juga la walau tak boleh bawa laju. Lagi-lagi bila dah nak sampai di area Pekan Lancelin yang terletaknya Sand Dunes. Ada satu part tu kita dalam kereta dalam keadaan menaiki (bukit) dan bila tiba di puncak dan pemanduan menurun ternampak kawasan pantai dan laut yang terbentang luas. Allahu memang cantik sangat. Dan la pasir pantai kat sini warna putih.

Pasir yang terlalu halus dan tebal disebabkan angin yang kuat. Rumput pun boleh tenggelam.
Keadaan sepanjang pemanduan agak mendung dan bertukar cerah sekali sekala. Ketika kami sampai Lancelin ini keadaan seperti baru habis hujan lebat dan sedikit sunny. Namun kami gagah juga ke arah Back Beach yang terletak tidak jauh sebelum sampai ke Sand Dunes. Berehat seketika di dalam kereta disebabkan masih ada titisan hujan. Terdapat tandas dan shower yang lengkap serta bersih disediakan. Boleh la nak fresh up sedikit selepas long journey.

Cantik dan bersih keadaan pantai di Lancelin ini dengan pasir yang berwarna putih.
Tak tahu pulak kenapa filter hp ni melebih-lebih memutihkan gambar.
Atiyya memang tak nak duduk diam. Macam la tak ada pantai di Malaysia haha :P
Kami menunggu hampir 10 minit di dalam kereta sambil mengunyah apa yang ada dalam beg. Matahari tak juga keluar maka kami decide pergi je lah ke arah pantai walau cuaca masih tidak mengizinkan. Pantai Back Beach ini tidaklah ada apa-apa aktiviti yang menarik sangat. Cuma dari bacaan di internet ianya sebuah pantai yang bersih dan mempunyai pasir yang berwarna putih. Memang cantik untuk bergambar.

Dari tempat parking kereta nak ke pantai, laluan trek akan melintas satu bukit rendah yang tak la susah tapi disebabkan cuaca yang sejuk dan angin yang bertiup agak kuat. Menjadikan pergerakan kami agak sedikit sukar, ditambah pula dengan si atiyya yang nak berjalan sendiri dan tak nak didukung.

Sandboarding, ATV, Quad Bike antara main aktiviti di sini.
Kalau korang datang ke sini make sure korang check weather terlebih dahulu sebab ada banyak aktiviti yang menarik di Sand Dunes atau Pekan Lancelin itu sendiri. Keadaan yang mendung tak begitu mengizinkan kami untuk membuat sebarang aktiviti di Sand Dunes ini. Even do nak masuk ke Sand Dunes ini adalah percuma.

Meneruskan perjalanan dari Lancelin menuju ke The Pinnacles Desert.
Dan hujan turun tak menentu selang beberapa ketika sepanjang kami di sini membuatkan kami untuk melupakan sahaja nak berseronok di sand dunes. Nak turun dari kereta pun tak boleh. Selepas perbincangan seketika Abang Wan kata kalau tunggu pun belum tentu cuaca akan ok. Baik teruskan perjalanan ke The Pinnacles Desert lagi baik. Disebabkan semua setuju maka kami pun meninggalkan Lancelin.

Bersambung Australia Perth Part 5 : The Pinnacles Desert At Nambung National Park


46 comments:

  1. jauh juga ya jaraknya. ibarat KL-melaka... tp kalau diorg buat public transport dr bndr ke sini pasti lg ramai org dtg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada public transport mmg terbaik lah... Tapi yg ada adalah service tour dari perth utk ke Lancelin ini..

      Delete
  2. kawasan2 sepanjang jalan tu mostly hutan or taman-taman or kawasan perkampungan? ada pekan-pekan kecil utk singgah beli air ke etc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada hutan tapi tak tebal.. tapi mostly kawasan bukit dgn rumput sejauh mata memandang.. nanti kita update lagi gmbr dlm entry ni

      Delete
  3. alaa sayangnyaaa... kalau cuaca tak ok nak main pasir pun rasa tak syok.
    nak main.pasir ni kena cuaca sedikit panas barulah pasir dpt meluncur dgn baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nama pun pasir kalau kejap hujan kejap mendung ni malas la pulak nak main.. sebab sewa sandboard tu murah je dalam AUD12.00 jer..

      Delete
  4. cuaca pun nyaman kan kat Perth tu? Teringin nak bercuti ke sana juga nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami datang masa musim sejuk dan hujan. Most of the time mmg cloudy jer termasuk la ke Lancelin ni ;D

      Delete
  5. salute lah public toilet dia bersih cmtu! mmg ada cleaner yg in charge kot ye? kalau kat mlysia ni publit toilet kat pump myk pon boleh tahannnnn lah kdg2 ada 'harta karunnnn' timbul hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Salute kan.. Toilet tempat terpencil pun bersih dan well maintained.. Bab harta karun timul tu boleh tahan lagi.. Yang takut tu harta tak masuk box dia hahahaa.. bergelimpangan :D

      Delete
  6. kenapa nampak map tu sama macam dari klang nak ke lumut :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah la kan.. baru perasan hahahaha... Pun boleh klang dgn lumut pun byk tmpt cantik hihiii...

      Delete
  7. Jauh juga..tapi cantiklah pantai dan pemandangan situu...
    xde rezeki nak lalui keseronokkan dkt situuu..next part 5 pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai mmg cantik dgn pasir putih jer.. tak ada org pulak tu.. itulah tak ada rezeki nak berseronok sakan di sand dunes tu.. insyallah cuba next time.. ok sedang berusaha di part 5

      Delete
  8. Cantiknyaaa view.. Subhanallah.. Bila lah nk sampai sana agaknya ea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan dalam masa terdekat :D

      Delete
  9. Sand boarding je dulu tergolek macam nangka busuk aiihhh. Tapi seronok la jadi budak kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok nya dia dapat buat sandboarding tu.. Insyallah kalau ada rezeki lagi ke Perth mmg nak buat sanboarding tu :D

      Delete
  10. Oh tak sempat sandboarding ke?. Tp nampak mcm ada gambar tu?. Mmg kena tgk cuaca dulu klu ke Lancelin. Berbeza dgn Pinnacle, apa2 cuaca pun boleh pegi sbb sekadar tempat utk bergambar, tak de aktiviti sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ... padahal mmg itulah yg kita nak buat dari sebelum dtg ke Perth lagi huhuu.. tak ada rezeki.. mendung hujan mendung hujan.. last last terus move to Pinnacles.. betul sekadara tempat bergambar kan di Pinnacle tu..

      Delete
  11. Memang begitulah undang-undang pemanduan di Aussie. Tak pakai tali pinggang pun polis boleh kesan dan kejar.
    Apabila memandu tak laju, bolehlah melihat-lihat kanggaru melompat-lompat bawa anak dalam kantung di hutan kiri kanan jalan.
    Sayangnya tak dapat beraksi meluncur turun bukit pasir di Lancelin. Tak apalah, mungkin ada rezeki di waktu yang lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mmg kena follow the rules betul2.. itulah nasib baik suasana pemandangan dia cantik lagi2 kalau spring kan.. hijau jauh memanjang jer tgk.. itulah tak ada rezeki nak beraksi dgn sandboarding tu huhuu

      Delete
  12. Rugilah rasanya kalau tak meluncur di sand dunes tu.. tapi malang nasib kami sebab salah satu kereta telah terbenam di kawasan berpasir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rasa rugi smpai skrg ni hahaha.. tak dpt nak meluncur di pasir putih.. pasir warna lain ada dh pengalaman huhuu.. Allahu smpai terbenam kereta dlm pasir tu.. seriauu betul tu

      Delete
  13. Best sangat memandu kat sana.. macam langsung tiada jalan yang rosak atau berlubang.. tapi tu lah.. had lajunya terhad.. tak boleh memecut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila jalan nya panjang jauh mata memandang tapi tak boleh nak memecut.. ngantuk jadi nya hahahah.. betul juga tak ada masalah jalan berlubang atau rosak di sana..

      Delete
  14. Cantik suasananya,rugilah bang kalau jauh"gak berfoto-foto 😀entah kapan saya bisa kesana huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik tapi sudah ngak ada rezeki.. berlalu pergi saja dari Sand dunes itu.. Moga rezeki dimurahkan utk ke Australia amin..

      Delete
  15. Best driving di jalan yg elok & pemandangan yg cantik...tapi speed limit tu yg krik² sikit..hehe..kena control diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan speed limit tu la kami bertukar tukar driver.. tak boleh nak layan pemandangan sgt nanti ngantuk jadi nya hahaha.. kdg2 tak sedar dah over limit bawa kereta hahaha

      Delete
  16. Lepaskan je Atiyya tu... biar dia explore... yang penting pantau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lepas dah.. tapi bila dia main pasir mula la mak nyer menjeling hahaha.. bukan takat pantau .. rantau bahau mambau semuanya dah hahahaha :P

      Delete
  17. the beach is super pretty! rainy-rainy lagi vibes kann hehehehe atiyya is soooo adorable!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitrg sempat main kat back beach ni jer.. di sand dunes langsung takde masa. Tapi syukur kami tetap enjoy hihihii..

      Delete
  18. Di sini saya hanya sandboarding ajer. Nak naik balik bukit tu....perghhh lenguh kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tak merasa lenguh kaki tu hahaha... Cuaca tak mengizinkan kami nak bersuka ria huhuu... Insyallah next time maybe other place :D

      Delete
  19. wah menarik...pasir warna putih dan memandu pula tidak perlu laju...bagus untuk keselematan juga tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai pasir putih ni mmg rare tak banyak ada di dunia ni.. pemanduan tu kena tenang tenang jer.. hahaha.. alhamdulillah semua selamat sepanjang pemanduan..

      Delete
  20. cantik nampak halus pasir pantai dia.

    bila travel bab tandas penting sangat. dapat tandas bersih syok sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai cantik dan bersih dan tak ada org langsung mngkin sbb tgh winter hihihii.. Tandas di kawasan terpencil pun brsih dan cantik.. attitude human la sbenarnya..

      Delete
  21. Wow…kawasan sunyi terpencil pun tandasnya bersih ya. Kalau tempat kita, bukan je tak bersih malah tak berfungsi baik dan kadang dikunci.

    Angin bertiup kuat, tak ada masalah pasir berterbangan termasuk mata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata Malaysia tak membangun.. tak juga tapi tak tahu kenapa tandas kat Malaysia ni semua rosak2 walau di tmpt pelancongan.. kebersihan tu another story pulak.. hurmm Malaysia Ku..
      Yes time angin bertiup tu mmg selamat kan Atiyya dulu.. Alhamdulillah tak ada la teruk smpai masuk mata huhuu... Syukur :D

      Delete
  22. Ya laaah, dah dapat kamar nyaman free, tak mungkin kita tak ikut saat mereka ajak sholat subuh ke mesjid kan 😅😂. Rasa tak enak hati pula 😁.

    Memang kalo ke Aussie bagus sewa mobil ya bang. Tapi tuh laah terkadang batas limit beberapa negara nih rendah sangat, dan ditambah jalanan sepiiiii luruuus macam penggaris 😂😂. Yg ada driver mengantuk tau.. itu tak enaknya.

    Tapi nak langgar, samannya tinggi 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah diberi bantuan.. kita pun harus juga ikut jika sudah di ajak ke Masjid solat subuh.. mmg kalau tak pergi mmg rasa tak enak bangat..
      Tak bawa laju mengantuk.. kalau laju saman nya juga tinggi.. hihihii.. dilema sungguh..

      Delete
  23. Kesian rumput-rumput ditenggelami pasir..cantik pemandangan, segala mak nenek info ada so lebih mudah perjalanan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bila info lengkap kita mudah nak buat perancangan.. Suka pantai dia yang cantik tapi tak tahan dgn angin yg kuat ssgt tu huhuuu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...