Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Malam semalam aku berjaya blog walking lebih 40 blog rakan-rakan dari sebelum pukul 1.00pg sampailah pukul 3.30pg. Apa pilihan yang ada bila selalu sibuk sampai tak dapat nak ziarah. Maka dipilih satu masa dan kita ziarah semua orang.
Namun masih ada yang tak juga sempat aku ziarahi.
Malu juga sebenarnya bila rakan-rakan datang berkunjung tapi tak dapat nak membalas kunjungan. Mohon maaf sangat-sangat yer. Dan pada yang datang dan meninggalkan jejak di blog aku yang tak seberapa ini - Thank you so much..!!
![]() |
Blogger Afeezz - Tbilisi, Georgia
Setakat ini dah 4 episod beliau tulis mengenai kisah kembara beliau di Bumi Georgia. Seronok aku baca kisah beliau yang mengembara bersama 5 rakan yang lain. Apatah lagi Georgia adalah tempat yang belum pernah aku jejaki.
![]() |
| Header blog dengan tulisan terbalik "I'm writing for my self". |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Georgia :-
1042 : Catatan Perjalanan - Tbilisi, Georgia (Episod 4) : Menyusuri Sungai Kura Sambil Menghirup Udara Petanghttps://imwritingformyself.blogspot.com/2026/04/1042-catatan-perjalanan-tbilisi-georgia_01790016463.html
Blogger Dear Anies - Thessaloniki, Greece
Blogger terkenal dan berjiwa kental ni mesti semua kenal. Memang kaki travel sepanjang masa dan rajin BW blog sahabat-sahabat. At this moment Anies tengah menulis kisah kembara beliau di Bumi Greece. Negara yang juga belum aku jejaki.
![]() |
| Otherwise Known As Anies The Great Traveller. |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Greece :-
Thessaloniki, Greece: λαϊκή αγορά (Laiki Agora)
https://aniesandyou.blogspot.com/2026/04/thessaloniki-greece-laiki-agora.html
Blogger Ren - Hanoi Vietnam
Seorang yang tidak pernah berhenti dari dunia mengembara. Susuk tubuh yang hebat dalam dunia mengembara dari 20 tahun yang lepas sehinggalah ke hari ini. Entry beliau secara tiba-tiba Paris, next entry Singapore, next entry Geneva 😉.
![]() |
| Aku rasa ni header blog yang paling cantik dalam list ini. |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Vietnam :-
VIETNAM: Cerita Jalanan Hanoi: Bila Kamera Tangkap Kehidupan
https://janggeltrekking2.blogspot.com/2026/04/hanoi-cerita-jalanan-hanoi-bila-kamera.html
Blogger Ziela - Xian, China
Another hard core travel blogger yang aku kenal sejak mula-mula berblogging dari 14 tahun lepas. Jarang beliau nak tulis entry yang tiada kena mengena dengan kisah mengembara beliau. Dari Canada sampai New Zealan beliau dah conquer.
![]() |
| Header yang simple tapi penuh dengan makna jalan cerita blog. |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di China :-
https://akulovetravel.blogspot.com/2026/04/winter-in-xian-part-4.html
Blogger Yan's Family - Manana, Afghanistan
Mula menulis di blog tahun 2008 dan sekarang mempunyai 47 juta view - Hebat tak?. Beliau sekarang sedang menceritakan kisah kembara di Manana, Afghanistan. Memang rare sangat-sangat. Aku pun tak terfikir lagi jejakkan kaki di sana 😅.
![]() |
| Header yang simple tapi gambar menunjukan betapa hard core nya tuan empunya. |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Afghanistan :-
Manana Afghanistan - ke Bamyan untuk 2 malam (9)
https://yan-yanjournal.blogspot.com/2026/04/manana-afghanistan-ke-bamyan-untuk-2.html
Blogger Diana Teo - Almaty, Kazakhstan
Blogger asal Sabah yang sangat ramah. Di tahun 2025 sahaja beliau telah mengembara ke Kenya, Tanzania, Qatar, South Korea, Japan dan Uzbekistan. Mula menulis blog pada tahun 2008 dari bujang sehinggalah anak satu.. ke dua eh? aku pun dah lupa 😅. At this moment beliau dah travel lebih 60 negara.
![]() |
| Motto "Just Go" with current ending 60 countries conquered. |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Kazakhstan :-
Day 1: Flying With AirAsia X From KL to Almaty, Kazakhstan
https://dianateo-dt.blogspot.com/2025/12/day-1-flying-with-airasia-x-from-kl-to.html
Blogger Faa / SN Faezah - Perth, Australia
Okay yang ini special sikit. Kalau blogger lain tulis mengenai cerita mengembara beberapa hari tapi beliau menceritakan keadaan dan suasana tinggal di Perth, Australia. Banyak berkongsi kisah hidup, aktiviti dan pengalaman menetap di sana. Secara tak langsung boleh tahu tempat makanan halal dan apa yang menarik di Perth.
![]() |
| Rakan blogger baru dengan first entry pada November 2025. |
Boleh klik link di bawah ini untuk entry terbaru beliau di Australia :-
#17 Bersiaran Secara Langsung Dari Westfield, Carousel
https://snfaaezahh.blogspot.com/2026/04/bersiaran-secara-langsung-dari.html
Blogger Miss Mirror - Perth, Australia
Sama seperti Blogger Faa, rakyat Malaysia yang tinggal di Australia. Namun aku tak tahu samada mereka berdua saling mengenali atau tidak hahahaa. Kalau belum, lepas baca entry ni boleh la jadi jiran kat Perth tu 😅. Aku suka baca kisah kehidupan beliau sekeluarga di Perth yang aku rasa telah lebih 10 tahun menetap di sana.
![]() |
| Entry beliau macam chipsmore, sekejap di Aussie, sekejap di Malaysia. |
https://sam-puansyurga.blogspot.com/2026/04/dah-balik-aussie.html
Blogger Fanny - Maafushi, Maldives
![]() |
| Satu-satunya blogger yang aku kenal dah travel ke Pyongyang, North Korea. |









