Monday, 31 March 2025

Salam Lebaran Aidilfitri - Mohon Maaf Zahir Dan Batin

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Alhamdulillah syukur bertemu kita dengan 1 Syawal pada tahun ini. Menyambut kemeriahan kerana berjaya berpuasa sebulan. Semoga semua amalan kita yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, diterima Allah Taala.

Insyallah lepas solat raya pagi esok, kami sekeluarga akan beraya ke rumah Mak Tok di Ampang dan kemudian akan bertolak pulang ke Kg Jimah Sendayan, N9 untuk menyambut dan meraikan raya di sana. Harap-harap jalan di pagi raya tak jem lah.

Salam Lebaran Aidilfitri - Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Apa pun aku bersama seisi keluarga ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Dan Batin kepada semua yang sudi datang tanpa lelah membaca kisah pengembaraan aku dan memberikan comment yang sentiasa menjadi semangat untuk terus menerus menulis di blog ini.

Insyallah selagi ada kekuatan selagi tu akan update blog ini untuk bacaan bersama dengan para pengunjung dan juga menjadi kenangan untuk diri sendiri di masa hadapan. Dan untuk anak-anak tahu cerita hidup mereka di usia kecil.  Dan pada salah silap aku jika ada tulisan yang membuat seseorang terasa especially diruangan comment aku mohon maaf yer.

Alhamdulillah siap sudah memasak dan packing Rendang Arnab
Saat semua bahan dah mula mengering. Dah seronok time ni.
Nasib la masak rendang arnab. Tak lama macam nak masak daging.
Ingatkan malam raya tak nak dah masak apa-apa tapi tangan menggatal juga nak masak. Sebba bahan rendang semua ada lagi. Tengah bersihkan frozen ada pulak daging arnab 2 kg beli di Tanjung Malim tempoh hari. Maka termasak dan terjadilah Rendang Arnab. 

Jangan tanya macam mana rasa daging Arnab. Aku pun baru lepas siap masak dan terus packing untuk frozen. Insyallah esok kita try lah makan dengan lemang yer. Harap-harap sedaplah hihihi. Again Selamat Hari Raya u alls..!!!

Saturday, 29 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 10 : Astana Square - Yubileynyy Supermarket - Final Moment

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Selama beberapa hari di Almaty, kami banyak menghabiskan masa dengan bersantai sahaja. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah Taala sepanjang berada di Almaty. Apartment yang selesa, owner yang baik dan kemudahan yang ada di sekeliling juga sangatlah convenience especially for a family with kids. 

Pemandangan di Astana Square pada musim bunga - Sumber Google.
Namun Almaty hanyalah sebahagian dari itinerary kami di Central Asia. Second last day puasa iaitu pada 29 Ramadhan kalau tak silap aku. Kami check out dan meneruskan perjalanan ke Bishkek, Kyrgyzstan menaiki bas selama 5 jam lamanya dengan jarak 240km. Sebab dah dekat kan maka kita pergi jer lah.

Suasana ketika winter di Astana Square.
Memorial of Aliya Moldagulova and Manshuk Mametova.
Perjalanan ke Bishkek nanti aku akan share next entry. Untuk entry ni aku nak share beberapa perkara yang aku tak sempat nak bercerita di entry yang lepas sebab kisah di Almaty ini aku tulis bukan ikut pergerakan dari hari pertama dan seterusnya seperti kisah-kisah travel di tempat lain.

Ketika balik dari Kok Tobe Hill kami turun bas di area Astana Square. Di sini terletaknya Memorial of Aliya Moldagulova and Manshuk Mametova dan pada musim bunga akan penuh Bunga Tulip yang berwarna warni di tanam di sini. Bersebelahan Astana Park ada bangunan Kazakh-British Technical University.

Insyallah selamat untuk berjalan di setiap pelusuk di Almaty ini base on our experience. 
Kena banyakan berjalan kaki untuk melihat keindahan di Bandar Alamty ini.
Astana Square dulu dikenali sebagai Old Square (1980), Red Square (1921) dan juga Lenin Square (1957). Memang seronok untuk have a walk di Astana Square Park ini. Dan kami berjalanan melepasi park ini untuk balik ke aparment yang terletak lebih kurang 1 km. Oh ya kalau bernasib baik terdapat banyak event yang diadakan di sini sepanjang tahun.

Seronok jalan-jalan di sekitar kawasan Almaty.

Dan yang penting untuk kita berjalan kaki explore setiap pelusuk di Bandar Alamty ini adalah selamat. Base on my own experience yang berjalan kaki hampir ke semua tempat bersama the kids. Even kami ikut google earth sampai masuk ke lorong-lorong kecik di celahan banguanan.

Insyallah selamat dan sepanjang berada di sini tiada sesiapa yang ingin bertanya kami dari mana and so on. Means mereka lebih tak kesah pun kita yang datang dari luar ini. Or else mungkin sebab mereka tak pandai nak berkomunikasi dalam bahasa English. Dari jadi itik dengan ayam lebih baik diam gitu hahaa.

Selepas Astana Square Park kami balik mengikut jalan Abylai Khan Avenue dan menuju ke Yubileynyy Supermarket untuk kali yang ke berapa pun tak tahu. Aku try google translate Yubileynyy ini bermaksud Anniversary. Maka Supermarket Anniversary lah namanya dalam English. Membeli barang di sini agak murah berbanding di tempat lain.

Lama betul cari beras sampai Afnan tertidur keletihan dalam stroller.
Section for Chocolate, Cheese and Original Butter.
Susu di sini memang sedap. Sehari memang wajib beli sepeket dua.
Ikan kebanyakan yang telah dikeringkan. Dan roti adalah makanan yang termurah.
Nak beli beras pun kena baca betul-betul. Sebab di sini beras dalam kategori bijiran.
Biasa di oversea aku akan cari White Rice. If beras lain takut tak kena tekak macam Tastic Rice.
Kenapa kami selalu beli barang di sini sebab bila nama supermarket maka harganya lebih murah dari kedai runcit di luar. Dan pada waktu ini kami nak beli beras untuk masak berbuka nanti. And the kids memang amik seorang satu air kotak jus. Dah penat berjalan kita pun reward la sikit the kids.

Di antara Yubileynyy Supermarket dan apartment kami terletaknya Zhibek Zholy Metro Station. Dan area sini juga banyak kedai makan dan cafe kalau nak duduk santai. Antara yang kami pernah duduk mengopi adalah Pinsa & Coffee, Double Coffee dan paling best Coffee Boom Premium.

Semua dah penat berjalanan. Apa pun syukur anak-anak semua tak meragam.
Terlihat seorang makcik sedap berdoa dalam kesedihan di hadapan statue itu.
Di sebelah Yubileynyy Supermarket terdapat sebuah ATM yang berwarna merah jambu dan kami mencuba draw duit dengan menggunakan kredit kad. Alhamdulillah berjayakan keluarkan duit dan terus senyum tak terkata sambil jalan menuju pulang ke apartment. 

Sebuah ATM mesin yang berada bersebelahan dengan Yubileynyy Supermarket.
Masing-masing kepenatan tak sabar nak balik apartment nak baring tidur.
Alhamdulillah selesai sudah semua kisah pengembaraan kami sekeluarga di Bandar Almaty. Masa mula-mula start tulis Part 1 ada azam nak habiskan semua kisah di Almaty sebelum masuk puasa. Ni esok dah nak raya baru dapat siapakan. Bertabahlah kepada yang menanti. 

Insyallah next story will be at Bishkek, Kyrgyzstan. Dan syukur Alhamdulillah, banyak perkara yang telah dipermudahkan oleh Allah buat kami sekeluarga sepanjang berada di Almaty dan juga Bishkek, Kyrgyzstan. Tak sabar nak share our experience di sana.

Tuesday, 25 March 2025

Menu Berbuka Puasa 24 Ramadhan 1446 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Alhamdulillah hampir masuk waktu berbuka untuk hari ke 24 Ramadhan. Syukur target untuk tidak ke bazaar Ramadhan sepanjang bulan puasa kali ini nampaknya akan tercapai. Dan syukur Alhamdulillah setiap hari diberi izin oleh Ilahi untuk masak juadah berbuka buat keluarga tercinta.

Masak setiap hari tapi tak pernah nak update kan. Tengok orang lain update kita pun lama-lama nak share juga la menu yang dimasak hihi.. Untuk menu berbuka hari ini Kari Ikan Jenahak Sekor dan Sayur Campur Isi Udang. Telur Dadar dan Sambal Ikan Bilis Tempoyak. Pemcuci mulut letak pisang jer lah hihii.. 

Okla Selamat Berbuka pada semua.. 😊 

Kari Ikan Jenahak Seekor
Sayur Campur Isi Udang
Pisang Emas segar dari Ladang Pak Ngah di Jerantut.

Update: Waktu sahur kita masak simple-simple sahaja. Hirisan Daging Salai Goreng Light Blackpepper. Sekali dengan Bayam Tumis Ikan Bilis sahaja. Jadilah ada dua menu untuk bersahur. Kalau kat rumah ini mesti masak ada sup sedikit sebab the kids anak ayah ni semua suka sup. So Bayam ni kita lebihkan air.

Daging Salai Blackpepper dan Bayam Tumis Ikan Bilis 
Bila dah nak hujung-hujung Ramadhan ni memang sifat malas nak memasak tu akan datang menyerang. Paling malas nak masak adalah menggoreng ikan. So hujung-hujung waktu ni biasa tak ada dah gambar menu ikan goreng. 

Juadah last sahur di bulan Ramadhan kali ini. 
Last sahur kita masak Kobis Cina Tumis Ikan Bilis letak fish ball bagi budak-budak ceria. Ayam Goreng Serai, Timun potong, Sambal Ikan Bilis Tempoyak tu memang sentiasa ada dalam peti ais. Kadang-kadang sampai 2 -3 jenis sambal aku prepare dalam peti ais. Last sekali Tembikai.

Nak dekat raya ni nampaknya harga buah tembikai jatuh mendadak dari RM3.50 sekilo jatuh sampai RM0.80 sekilo. Terus beli 2-3 biji sekali beli. Makanlah kami sekeluarga sampai muak hahahaa. Ada orang kata kalau puasa jangan makan Tembikai banyak sangat takut nanti batuk atau sakit tekak. Tapi syukur Alhamdulillah we all just fine. 

Monday, 24 March 2025

Imperium Residence Waterfront & Pasar Peramu Kuantan

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Ke Kuantan lagi kita pada weekend baru-baru ini. Ada beberapa urusan kerja yang harus diselesaikan. Dapatlah berehat dan bercuti-cuti dengan anak-anak. Dah alang-alang mai Kuantan kan. Dan kali ini mencuba pengalaman baru iaitu menginap di Imperium Residence Kuantan Waterfront Resort City.

Selama ini sekadar melihat bangunan tinggi di sebelah kiri apabila memandu naik jambatan menghala ke Tanjung Lumpur. Terdapat dua bangunan di sini satu adalah Swiss BelHotel Kuantan dan bangunan sebelah adalah Imperium Residence.

Keadaan di dalam studio. Cantik, kemas dan lengkap semua peralatan.
Sebuah katil, sebuah sofa dan sebuah tilam sofa.
Untuk first time ni kita cuba homestay yang ada di Imperium Residence ini. Next insyallah kita try check in Swiss BelHotel pulak. Untuk unit residence ini ada yang unit studio dan ada yang rumah dengan 2 atau 3 bilik. Homestay yang kami dapat ini adalah sebuah studio milik orang melayu. Alhamdulillah owner pun sangatlah baik dan friendly customer gitu.

Tandas yang teramat luas. Air panas, syampu dan sabun mandi juga disediakan.
Sejadah, Telekung dan Arah Qiblat disediakan. Tv, Aircond, Peti Ais Mini dan Pengering Rambut juga disediakan. Untuk memasak periuk elektrik disediakan. Ruang studio juga just nice untuk kami anak beranak. Dan kebanyakan homestay di sini kesemuanya berharga RM200+- semalam termasuk segala extra charge dan cukai negeri Pahang.

Pemandangan ke arah Bandar Kuantan dari unit kami di tingkat 15.
Pemandangan ke arah Bandar Kuantan sangatlah cantik dari unit kami di tingkat 15. Lebih-lebih lagi di malam hari minggu dengan suasana meriah lampu yang memenuhi pemandangan. Kian terasa aura Aidilfitri yang akan menjelma tak lama lagi. Minggu depan jer pun huhuu..

Kalau ada peluang lagi lepas ni nak try check in unit yang menghadap laut pulak. Pemandangan ke arah Pantai Gelora dan Pantai Teluk Sisik. Dapat juga tengok view ke arah laut dari swimming pool yang berada di tingkat 6 kalau tak silap aku.

Pemandangan ke arah laut dari tingkap sebelum menaiki lift.
Di hari terakhir iaitu semalam (Ahad). Selepas check out kami ke Pasar Peramu yang terletak lebih kurang 3 km. Katanya di sini ada menjual Keropok Lekor yang sedap dan boleh juga kalau nak membeli ikan segar. Tapi kami datang dah hampir-hampir waktu zohor. Banyak ikan yang telah habis dijual.

Kelihatan orang masih ramai membeli hasil laut di sini.
Insyallah next time amik homestay yang boleh masak, kita borong di sini.
Udang dan Sotong yang segar dari laut. Insyallah next time kita serang semula.
Di sini ada menjual ikan segar, ayam, daging, sayur-sayuran dan juga hasil produk orang tempatan. Terasa pulak lepas ni nak cari homestay yang boleh masak. Nak beli di sini dan balik hometsya terus masak. Geram tengok kesemuanya yang segar-segar especillay hasil laut dan sayuran.

Dan yang menarik juga terdapat banyak produk buatan bumiputera seperti tauhu, cendol hijau, fishcake, fishball, kerisik, tauhu kering dan sohun, cincau, buah kabung dan pelbagai lagi. Terapat juga ada yang menjual Bahulu, kerepek pisang dan kuih kapit dan kuih traditional yang lain.

Terasa nak membeli tu sebab tengok semuanya segar-segar.
Nasib baik dah nak balik KL kalau tak mesti banyak benda yag nak dibeli.
Dan juga di sini ada menjual Keropok Lekor yang dibuat fresh setiap hari. Yang juga menjadi salah satu utama orang ramai datang berkunjung ke sini. Dan antara yang aku rasa famous di sini adalah Kak Yah Keropok Lekor dan Keropok Lekor Ghani Black. Mungkin ada yang lain cuma aku tak perasan sebab tak sempat nak explore keseluruhan tempat ini.

First time dengar Keropok Lekor Sagu Bawang Ghani Black. 1 Pack RM7.00.
Bentuk rupa Keropok Lekor Sagu Bawang. Kelihatan sama tapi berlainan rasa.
Keropok lekor biasa juga ada dijual. Yang besar 5 batang RM11 Yang kecil 10 Batang RM12.
Alhamdulillah niat nak memborong keropok lepor tercapai. Biasa kalau datang ke Kuantan akan cari keropok lekor ke arah Balok sana. Tapi kali ini kita jalan-jalan area Tanjung Lumpur sahaja. Oh ya di sini ada sejenis keropok lekor yang istimewa iaitu keropok lekor yang dicampur sagu dan bawang. 

First time dengar maka kami hanya membeli satu pack sahaja Keropok Lekor Sagu Bawang ini dengan harga RM7.00 satu pack berisi 10 batang. Dan antara kelainan ia tidak direbus seperti keropok lekor biasa tapi ia terus digoreng di dalam minyak panas selepas diuli. Until now belum dimasak lagi so tak tahu macam mana rasanya. 

Saturday, 22 March 2025

Selesai Merendang Untuk Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Memandang ketiadaan masa dan keadaan diri yang selalu sibuk. Aku mengambil masa seminggu untuk menyiapkan rendang daging sebanyak 2.5kg. Nak buat lebih tapi kuali tak cukup besar huhuhuu.

Dari membeli daging dan kemudian memotong dan dibekukan. Di lain hari membeli segala bahan-bahan bawang, lengkuas, serai, daun limau purut, kunyit, halia dan sebagainya. Dan keesokan  hari nya baru la sambung memotong dan mengisar dan kemudian disimpan dalam peti ais.

Sesi paling lama adalah menunggu kuah rendang mengering.
Setelah semua bahan telah siap disediakan. Maka semalam Jumaat aku mula memasak rendang daging. Kalau semua kerja tu nak buat dalam satu hari memang tak larat huhu. Apa pun syukur siap dah rendang daging untuk hari raya nanti.

Lepas dah pack semua rendang yang dimasak. Dapat la dalam 8 bekas empat segi yang transparent tu. Satu pack tu anggaran untuk sekali hidang. Kiranya first come first serve la gitu. Semua dah siap masuk dalam frozen insyallah anytime boleh panaskan.

Gembira hati bila lihat rendang makin mengering setelah 3 jam lebih.

Cara aku membuat rendang adalah dengan menumis sebanyak tiga kali. Pertama tumis bahan kisar bawang, bawang putih, halia, serai dan lengkuas. Setelah pecah minyak barulah campur dengan bahan kisar yang lain seperti cili hijau, cili merah, cili kampung, kunyit, daun limau purut dan yang lain-lain.

Setelah pecah minyak untuk kedua kali barulah masukan cili kering yang telah di kisar. Tumis sampai pecah minyak dan barulah masukan daging. Tunggu separuh kering kemudian masukan kerisik dan santan serta hirisan daun kunyit.

Cara u all pulak macam mana?

Tuesday, 18 March 2025

Kazakhstan Almaty Part 9 : Visit Al-Hamid Mosque & Taraweh At Baiken Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia


Pulang dari Kok Tobe Hill kami tidak menggunakan Cable Car atau any other transport. Kami memilih untuk berjalan kaki turun ke bawah sebab nak menikmati lagi view pemandangan yang indah tersaji di setiap saat kaki melangkah.

Lagi pun masa kami datang bersama E-Hailing Yandex pagi tadi, kelihatan ada sebuah masjid yang cantik just sebelum sampai entrance di kaki bukit Kok Tobe ini. Alang-alang dah sampaikan kita singgah la sekejap.

Our Second mosque visit in Almaty City - Al Hamid Mosque.
Memangkan sekarang ini masih lagi waktu Duha. Maka aku mengarahkan the kids untuk bersolat Duha terlebih dahulu sebelum pulang ke apartment. Sebab balik nanti pun confirm semua akan tertidur kepenatan. Dan jarak di antara entrance Kok Tobe ke masjid ini cuma 150 meter sahaja.

Ketika kami sampai dan masuk ke dalam. Kelihatan hanya ada 2 atau 3 orang sahaja yang berada di dalam dan kawasan sekitar masjid. Selepas mengambil wudhu dan bersolat kami berehat seketika nak recharge tenaga dek kepenatan berjalan jauh. Masa ni Athira dengan Aidel dah terlelap bersama disebalik tiang masjid.

Jumlah masjid di Almaty ni agak rare. Bila terjumpa satu dia jadi macam excited sikit :D
Ok jom masuk dalam. Dan macam biasa tempat wudhu & tandas berada di luar masjid.
Dikenali sebagai One of The Youngest Mosque in Southern Almaty City. Masjid yang memiliki 5 khubah berwarna emas dan satu menara ini boleh memuatkan sehingga 2000 jemaah dalam satu satu masa. Dan masjid yang bermazhab Sunni ini memiliki ruang khas untuk jemaah muslimat. 

Telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 2011. Decoration interior design di dalam masjid ini sangatlah cantik dengan ukiran corak culture central asia. Ada iras-iras seperti masjid di Iran. Tema light blue dengan putih memang menyejukan pandangan mata. Boleh tiru tema untuk deco rumah raya tahun ni hihi.

Corak dan ukiran di dalam masjid ini memang sangat cantik.
Terdapat pokok pasu di setiap tingkap masjid ini. Mungkin sebab sekarang ini tengah musim winter maka mereka bawa semua pokok masuk ke dalam masjid.
Tema warna light blue dengan white soft cream dalam masjid ini memang cantik.
Antara keunikan seni bina masjid ini adalah pintu masjid yang diperbuat dari crystal chandelier yang di import dari Saudi Arabia. Dan paling menarik terdapat Kiswah iaitu kain sutera hitam bercorak benang emas yang pernah digunakan pada dinding Kaabah ada dipamerkan di sini - Info Visit Almaty.

Alhamdulillah selesai semua urusan moh ler kita gerak dan sebelum balik
kita selfie dulu dengan staff pemuda masjid yang banyak membantu ini.
Selesai urusan di masjid kami kemudian memilih untuk menaiki bas untuk pulang ke apartment. Wife tanya berani ke naik bas kang takut nanti dia pi ntah ke mana. Aku jawap kita tengok map la mana bas tu tuju. Agak-agak dah dekat nanti kita turun la dari bas. Kalau sesat kita order yandex jer la balik ke Apartment.

Maka naiklah kami semua ke dalam bas menuju ke Almaty City dari Kok Tobe ini.
Sampai di apartment memang kepenatan yang teramat. Kami mandikan the kids semua dengan air panas dan terus tertidur. Sambil aku dengan wife berehat dan membuat rancangan nak ke mana lagi selepas ini. Tiba-tiba aku terfikir dan bagitau wife, why not malam ni kita semua pergi ke masjid untuk bersolat taraweh.

Terus wife aku cakap "Kat Malaysia nak bawa the kids pergi masjid pun fikir 100 kali, Ini kan nak bawa pi masjid kat negara orang". Aku pun cakap tak cuba tak tahu dan mana la tahu kalau dekat sini the kids behave sikit ker hihi. 

Baiken Mosque - The Most Beautiful Mosque in Almaty, Kazakhstan.
Gambar dari google sebab aku datang waktu malam mostly gambar tak berapa clear.
Malam pun menjelma dan selesai kami berbuka puasa dan solat maghrib terus kami bersiap-siap dan keluar apartment dan menuju ke jalan yang lebih mudah untuk ke Baiken Mosque dan order Yandax. Agak jauh juga perjalanan dengan jarak hampir 9 km dari apartment kami. Bayaran Yandax adalah sebanyak KZT1,670.00 dan balik KZT1,790.00.

Alhamdulillah hajat kami tertunai untuk bersolat taraweh di Baiken Mosque.
Yang aku faham cuma ke mana arah tandas musliman dan muslimat :D
Sangatlah cantik dan unik dengan keindahan di bahagian dalam Masjid Baiken ini.
Waktu datang kami dapat Pemandu Yandex yang baik sangat selepas tahu kami nak ke masjid untuk solat taraweh dan charge kami hanya KZT1,200.00 sahaja. Dan dia kata "Please make dua for me, One day i also want to pray". Dia macam terkejut sebab kami nak ke masjid untuk solat siap gigih angkut semua 4 orang anak sekali. 

Gambar diambil setelah selesai Solat Taraweh sebanyak 8 rakaat. 
Seperti yang kita tahu Kazakhstan berada lama di bawah jajahan komunis ketika pemerintahan era soviet yang berakhir pada tahun 1991. Dan kesannya ramai orang yang beragama islam atas nama sahaja. Tidak berpuasa dan tidak solat itu adalah perkara yang bukan luar biasa di sini. 

Masjid yang mempunyai 4 menara dengan ketinggian 6 tingkat ini telah dibuka kepada orang ramai pada 5 Disember 2014 ketika waktu solat jumaat. Dengan keluasanan 6,000 sq meter ia boleh memuatkan seramai 3,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. Dan ruangan untuk muslimat solat berada di tingkat atas. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...