Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Pada hari kedua di Tashkent ini, kami dah keluar seawal pagi menuju ke Alisher Navoiy Theater dengan menaiki Yandex. Bangunan asal theater telah dibina pada tahun 1929 oleh M. Kari-Yakubov dan pada tahun 1939 ia dikenali sebagai The Uzbek State Opera and Ballet Theatre.
Dan kemudian telah dibina sebuah bangunan yang lebih besar seperti yang ada pada hari ini di antara 1942-1947 dengan menggunakan forced labor. Dibuka pada tahun 1947 sempena ulang tahun kelahiran Alisher Navoiy yang ke 500. Theater ini boleh memuatkan 1,400 orang penonton dalam satu masa.
 |
Di hadapan bangunan Alisher Navoiy Theater yang bersejarah. |
Oh ya force labor yang membina theater ini adalah banduan dari bekas tentera jepun atau dikenali sebagai Prison of War (POW) yang ditangkap oleh Soviet selepas perang dunia kedua yang dianggarkan lebih 750,000 orang. Dan dianggarkan 3.5 juta tentera jepun yang tertangkap selepas kalahnya Jepun pada Perang Dunia Kedua.
 |
Bila musim winter memang kebiasaanya fountain akan ditutup. |
Di tahun 1996, President Uzbekistan Islam Karimov telah meletakan sebuah plague di theater ini bagi memperingati (honoring) orang-orang jepun yang telah membina Theater ini. Tertulis pada plague ini "In 1945–1946 hundreds of Japanese citizens deported from the Far East took an active part in the Alisher Navoiy Theater Construction".
 |
Simpang empat besar ini juga lengang. Abg polis tu pun tak tahu nak buat apa π
|
 |
Nak lintas jalan besar kena ikut laluan underground. |
 |
Ianya bukan underground station tapi hanya lintasan bawah tanah semata-mata. |
Dari Alisher Navoiy Theater, kami berjalan kaki menuju ke State Museum of Uzbekistan History yang terletak hanya 600 meter sahaja. Dan mungkin disebabkan masih lagi cuti Aidilfitri, maka jalan raya tidaklah begitu banyak kenderaan sehingga kami boleh shot video di atas jalan bersama the kids.
 |
Suasana yang tenang di pagi hari menuju ke State Museum |
 |
State Museum hanya terletak 600 meter dari Alisher Navoiy Theater. |
Apa yang menarik tentang muzium ini adalah ia memberikan gambaran dari zaman stone age sehinggalah zaman sekarang tentang budaya, masyarakat dan negara Uzbek itu sendiri. Dibina pada tahun 1876 dan pernah dinamakan sebagai Lenin Museum ketika di awal pemerintahan soviet. Bayaran masuk 60,000 SOM atau 20.00 MYR untuk orang dewasa.
Bagi yang suka nak membaca banyak fakta berkenaan sejarah seperti aku insyallah ia sangatlah berbaloi dan amat menyeronokan. Tapi bagi yang tidak hurmm pepandai lah korang hahaha π€£. Bagi aku bila datang negara kita kena mendalami sejarah, adat dan budaya barulah enjoy the trip di sesebuah negara tersebut.
 |
Antara barangan bersejarah yang dipamerkan di dalam state museum |
Info dari bacaan aku pada hari ini mengatakan muzium telah ditutup untuk satu jangka masa yang lama untuk memberi laluan kepada kerja-kerja baik pulih dan naik taraf bangunan muzium yang telah pun menghampiri 150 tahun. Tempat banyak menyimpan artifak pra sejarah kan, harus lah dijaga dengan baik.
Sejarah awal ajaran Budha dan agama islam juga banyak ada di sini. Dari Kerajaan Islam Timurid Empire (1370-1507) dan Mughal Empire (1526-1857) dari Barlas Clan of Turco - Mongol yang memerintah dari Bukhara & Samarkand sehingga Almaty di atas dan sehingga Kabul di bawah. Pemerintahan yang berasal dari salah satu keturunan Genghis Khan.
 |
Mustakillik Fountain - Waktu winter tiada air lansung di sini. |
Dari State Museum kami berjalan melintasi Mustakillik Fountain dan Independence Square. Dan terus menuju ke Ankhor Park dengan jarak 1.8km. Terlalu banyak yang menarik di sepanjang perjalanan sehingga tak terasa kami berjalan jauh. Mustakillik Fountain ini kalau bukan musim sejuk pasti cantik sebab susunan air pancut yang seolah menari-nari.
Melintasi park yang luas menghijau dan terdapat banyak bunga berwarna warni tumbuh dengan segar walau dengan cuaca yang sejuk. Athira dengan Atiyya suka lah dengan pemadangan bunga-bunga ini. Affan pulak tak begitu menghayati.
Selepas Uzbekistan mengisytiharkan kemerdekaan pada September 1991 maka Lenin Square ini telah ditukar kepada nama Mustaqillik Maydon yang membawa maksud Independence Square. Dan Lenin Monument telah diruntuhkan. Dan telah digantikan dengan sebuah "Globe" bagi menunjukkan simbolik kebebesan.
Untuk sekarang Independence Square ini selalu dijadikan sebgai host dalam mana-mana acara sambutan pada peringkat negara termasuklah perarakan ketenteraan di hari ulang tahun ketenteraan atau sambutan kemerdekaan. Dan Independence Square ini adalah square yang terbesar di Tashkent dan di sini terdapat banyak statue atau monument.
Dan akhirnya kami berjalan sampai di Ankhor Park yang berada di hujung bersebelahan denagn sebatang sungai yang cantik. Dan dari sini kami akan ke Memorial Square yang mana terletaknya Ilhaq Eternal Flame dan The Tomb of Motherland. Nak tahu apa ada di Memorial Square? tunggulah next part.
Bersambung Uzbekistan Part 7 : (under construction)