Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Selesai kami makan tengah hari Nasi Mandi yang sedap di Dapur Syu'lah sehingga ada yang meratah kepala kambing - Yang ratah tu pun dah selamat diijab kabul bulan Februari tahun 2024 ni Alhamdulillah Tahniah Tuan Ahnaf. Di restoran ini juga disediakan tandas dan ruang solat yang berada dalam keadaan yang amat baik dan bersih. Dan boleh dilihat mostly yang datang makan di sini ialah rombongan para jemaah umrah dari Malaysia.
 |
| Tiba di Ar Rasheed Rose Factory. Agak ramai pengujung di sini ketika kami sampai. |
Setelah selesai makan, Ust Atif iaitu Mutawwif kami memanggil semua para jemaah untuk naik semula ke dalam bas bagi untuk menuju ke sebuah destinasi yang masih lagi di dalam Kota Thoif. Kami telah dibawa menuju ke Kilang Memproses Bunga Ros. Di sini kami diberi penerangan bagaimana mereka mendapatkan pati (extract) dari Bunga Ros. Dan dari situ mereka telah menghasilkan produk seperti Minyak Wangi, Sabun, Minuman dan pelbagai lagi.
 |
| Kami dibawa ke dewan utama dah diberi penerangan cara memproses bunga ros. |
 |
| Bahagian atas rose factory ini terdapat cafe dan ruang anjung open air. Kalau winter seronok la. |
Kilang Rose yang dimiliki oleh Keluarga Rashid Al Quraisy ini juga menjual barangan lain seperti souvenir, kekacang, buah-buahan, madu dan pelbagai lagi termasuklah IndoMie Cup. Mungkin juga mostly yang datang ialah para jemaah dari Malaysia dan Indonesia. Dan terdapat sebuah cafe di bahagian anjung atas yang menyajikan pandangan indah ke arah kawasan pergunungan dan Ladang Bunga Ros. Aku bersama beberapa orang jemaah layan coffee di sini.
 |
| Kita dibenarkan untuk masuk dan lihat kebahagian kilang bagaimana bunga ros di ekstrek. |
 |
| Di bahagian lain terdapat kedai yang menjual beratus jenis perfume yang dibuat dari bunga ros. |
Marina Café Garden
Oleh kerana tiada apa yang ingin dibeli maka aku berjalan kaki di tepi Kilang Rose ini dan ternampak entrance ke Marina Cafe Garden yang terletak kurang 15 meter dari Kilang Rose Rashid tadi dan beberapa orang jemaah lelaki turut ikut serta. Bayaran masuk adalah 5 Riyal seorang dan akan dapat secawan teh untuk diminum di mana sahaja di dalam garden ini. Alhamdulillah kami pilih duduk di bawah pepohon pokok yang redup. Mencari ketenangan melayan teh.
 |
| Okay dah bayar tiket masuk. Jom kita explore keindahan Marina Cafe Garden ini. |
 |
| Memang tempat lepak jer dalam ini. Tiada juadah istimewa yang disediakan melainkan minuman. |
Sedang melayan teh kami dimaklumkan di dalam group Whatsapp bahawa Ust Atif telah memanggil semua para jemaah menaiki bas secepat mungkin. Tiba-tiba kami rasa eh bukan ke ada masa lagi. Terus kalam kabut menghabiskan teh yang panas hahaha.. Dan menuju ke arah bas tiba-tiba aku rasa macam aku orang paling last naik bas. Aduhai terus nampak wajah Ust Atif yang comey sedang melihat hihii.
 |
| Antara dua orang besar dalam Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor. |
 |
| Walaupun cuaca agak panas ketika ini tetapi di dalam garden ini amatlah tenang. |
Seorang jemaah telah tertinggal pouch bag di Restoran Dapur Syu'lah tadi. Pada mulanya aku beranggapan bas akan berpatah balik ke tempat makan tengah hari tadi. Tapi alhamdulillah dengan kecekapan serta kebijaksanaan Ustaz Mutawwif kami. Beliau telah meng "arrange" kan pouch bag itu dibawa ke Masjid Qarnul Manazil. Dan telah selamat dikembalikan kepada owner tanpa sebarang kehilangan barang berharga di dalam pouch tersebut. Syukur alhamdulillah.
 |
| Kaunter untuk order minuman dan snack dan toilet juga disediakan di dalam garden ini. |
 |
| Terdapat aliran air yang dibuat seperti sungai kecil mengelilingi seluruh taman ini. |
Masjid Qarnul Manazil
Kami telah selamat sampai di Masjid Qarnul Manazil pada waktu asar. Perjalanan sejauh 63 km dari kilang memproses rose ke Masjid Qarnul Manazil menyebabkan hampir kesemuanya jemaah tertidur di dalam bas. Dan setelah sampai di masjid kami telah diarahkan oleh Ustaz Atif untuk mengeluarkan kain ihram bagi lelaki dari dalam beg dan menukar terus di dalam masjid.
 |
| Perjalanan sejauh 63km ke Masjid Qarnul Manazil dari Ar Rasheed Rose Factory. |
Boleh dikatakan hampir kesemua para jemaah mengambil kesempatan ini untuk mandi dan membersihkan diri kerana dari semalam kami menaiki flight dari KLIA sehingga ke saat ini kami belum berkesempatan untuk mandi. Tapi ujian nak mandi di sini agak mencabar kerana air yang keluar dari shower adalah air panas hahaha..
 |
| Alhamdulillah safely arrived at Masjid Qarnul Manazil. Walau dah lewat petang tapi cuaca still panas. Bila bergambar semua mata sepet jer menahan terik matahari :P |
 |
| Setelah mengambil kelengkapan mandi dan ihram kita berjalan ke arah masjid. |
Namun kena mandi jugak sebab selepas ini akan ke Kota Mekah check in hotel dan makan malam dan hanya selepas itu kami akan ke Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah. Dan cuaca ketika kami di sini dari hujung September sehingga awal Oktober adalah amat panas. Allahu hanya Allah yang tahu dugaan menahan panas matahari di siang hari dan menahan haba panas di malam hari.
 |
| Alhamdulillah setelah semua dah bersiap memakai ihram kita menuju ke dalam masjid untuk solat sunat ihram dua rakaat. |
 |
| Pemandangan di dalam ruang solat utama Masjid Qarnul Manazil. |
Selepas mandi dan memakai ihram kami masuk ke dalam masjid untuk bersolat jama' Zohor dan Asar dan terus menunaikan solat sunat ihram. Dan setelah selesai semua urusan masing-masing, para jemaah menaiki semula bas dan kami terus ke Kota Mekah. Di dalam bas Ust Atif telah memberi penerangan do and don't semasa di dalam keadaan ihram.
 |
| Terlihat kecerian terpampang di wajah masing-masing setelah memakai ihram. |
Menurut Ust Atif dibolehkan memakai wangi-wangian sebelum berniat ihram dan semasa mandi sebelum memakai ihram juga dibolehkan menggunakani sabun dan shampoo yang meninggalkan kesan wangian pada badan. Yang tidak boleh hanyalah selepas berniat ihram. Di dalam bas kami telah berniat dan bertalbiayah bersama-sama.
 |
| Perjalanan diteruskan lagi ke Kota Mekah sejauh 85km melintasan kawasan tandus yang kering. |
Perjalanan dari Masjid Qarnul Manazil ke Kota Mekah sejauh hampir 85 km dan mengambil masa satu jam atau lebih bergantung kepada kesesakan lalu lintas. Bayangkan perjalanan Nabi Muhamad saw ke Thoif bersama Zaid Bin Harithah ra. untuk berdakwah 1400 tahun yang lalu pada Bulan Syawal tahun Ke10 kerasulan ketika cuaca yang amat panas.