 |
| Ada ruang untuk simpan beg kat atas pintu masuk bilik.. |
 |
| Pemandangan di sebelah pagi.. Layan view gurun yang menawan :D |
 |
| Perjalanan sejauh hampir 500km dari Windhoek ke Keetmanshoop. |
Nasihat aku bila nak naik train ni. Make sure korang beli la makanan dan minuman yang cukup untuk perjalanan satu malam ini. Dan sebelum naik train cari la botol-botol terbiar yang nampak baru dan bersih. Isi air paip di station untuk kegunaan ketika berada di dalam tandas train nanti. Especially untuk berhadas, basuh muka, gosok gigi dan seangkatanya.
Sekiranya berhenti pun belum tentu makanan yang dijual halal untuk dimakan dan itu belum berjumpa makanan yang diluar jangkaan. Dan sekiranya makanan seperti roti dan air mineral yang dijual ditepi train ketika berhenti di station. Harga nya agak mahal berkali ganda dari Windhoek. Jagung bakar yang dijual kalau lalu nak makan silakan. Oh ya jagung rebus jangan sekali-kali try makan yer.
.JPG) |
| Keseluruhan train ni lebih 35 gerabak la. Selagi boleh tarik memang diorang tarik. |
.JPG) |
| Merentasi kawasan gurun yang nyaman. Sekali sekala terlihat haiwan berkeliaran :D |
 |
| Laluan di gerabak First Class. |
 |
| Kita kacau jangan bagi Musab tidur. |
 |
| Ada cermin tapi plug tapi dah rosak. |
.JPG) |
| Keadaan gerabak di third class. |
 |
| Keetmanshoop ke Nakop Border Post Control sejauh 350km. |
Dan sebab kedua ialah kami nak ke Kimberley Big Hole di South Africa. Cara yang murah dan menyeronokan tapi sedikit merbahaya ialah kene pergi ke Keetmanshoop sejauh 470 km dari Windhoek iaitu dengan menaiki train waktu malam dan itu adalah cara terbaik dan menarik. Kemudian ambil bas dari Keetmanshoop ke Kimberly sejauh 877 km.
Dan kami akan stamp passport di Nakop Border Post. Iaitu border di antara negara Namibia dengan Republic of South Africa dengan jarak 350km dari Keetmanshoop. Dan kemudian menyambung perjalanan dari Nakop Border Post Control ke Kimberley sejauh 540km. Total perjalanan hampir 1000km dan memakan masa hampir sehari suntuk untuk sampai ke Kimberley :D
.JPG) |
| Alhamdulillah kami selamat sampai Di Keetmanshoop Train Station |
.JPG) |
| Lega dah sampai akhirnya dan cuaca pun baik :D |
.JPG) |
| Kereta api lama yang telah menjadi perhiasan di luar station. |
.JPG) |
Kereta api lama yang menggunakan arang batu sebagai bahan bakar.
|
Dan ada sedikit risiko sebenarnya untuk plan kami ini. Kami kena beli tiket bas itu di Keetmanshoop pada hari kami sampai. Boleh jer kami nak beli tiket bas dari Keetmanshoop ke Kimberly di Windhoek. Tapi harga tiket akan mahal extra RM45.00. Sebab tiket kalau beli di tempat departure lebih murah dari beli di tempat yang bukan departure.
Tapi ada masalah lain pula. Kereta api akan sampai di Keetmanshoop pagi keesokannya iaitu pada pukul 8.00 pagi. Dan satu-satunya bas akan bertolak dari Keetmanshoop ialah pada pukul 10.00 malam nanti. Masa ini memang berharap sangat ada 3 seat available untuk kami bertiga. Sampai di Keetmanshoop first thing kami kena beli tiket bas terlebih dahulu dari buat perkara lain.
Suasana Resort Mewah Di Tengah Gurun
Alhamdulillah perjalanan kami dengan train selamat tiba dan kami berjaya membeli tiket bas ke Kimberly seawal pagi. Dengan bantuan Mr Jacob - Orang yang membantu kami selama sehari di Keetmanshoop. Mr Jacob yang diperkenalkan oleh
Tuan Ambassador Malaysia Haji Mustapa (Update 2024 - Ex Ambassador Haji Mustapa telah meninggal dunia - AlFatihah untuk beliau)
Sempatlah kami meninjau-ninjau hampir seluruh bandar koboi ni. Ada beberapa tempat menarik dan juga tempat bersejarah seperti sebuah muzium yang asalnya ialah sebuah gereja lama yang telah dibina oleh orang-orang German pada kurun 1700. Dan sebuah kilang pemotong diamond yang dikendalikan oleh orang-orang Scandinavian.
 |
| Mr Jacob membawa kami ke kilang memotong Diamond. Tempat beliau berkerja. |
Jom Masuk Keetmanshoop Museum
.JPG) |
| Sila tanya dengan anas apa dia tengah buat :P |
.JPG) |
| Ruang di dalam muzium. Yang merupakan sebuah gereja lebih 300 tahun dahulu. |
 |
| Bersama Mr Jacob di pintu masuk Muzium Keetmanshoop yang bersejarah. |
Mr Jacob secara tak langsung menjadi tour guide kami di sini. Walau beliau bukan la seorang yang berkemampuan sangat. Beliau hanya meminta duit petrol tanpa sebarang extra charge dan membawa kami ke rumah beliau untuk berehat, mandi dan tak kisah langsung apabila kami meminta ruang untuk bersolat. (Update 2024 - Mr Jacob beragama Kristian Ortodoks)
Dari pagi beliau menjemput kami di train station dan membawa kami berjalan-jalan menziarahi hampir ke seluruh bandar. Dari pagi sehinggalah waktu malam. Dan terakhir beliau membawa kami ke tempat bas berlepas di sebuah station minyak. Dan menunggu sehingga bas bergerak meninggalkan Keetmanshoop.