Showing posts with label Royal Belum Part2 : Pulau Banding di Tasik Temenggor. Show all posts
Showing posts with label Royal Belum Part2 : Pulau Banding di Tasik Temenggor. Show all posts

Friday, 23 May 2014

Royal Belum Part2 : Pulau Banding di Tasik Temenggor

Sambungan Dari  Royal Belum Part 1 : Calling From Travelholic Awesome Team

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

Pagi Sabtu - 12 April.. Kami semua bersiap2 selepas solat subuh dengan tujuan bergerak seawal yang termampu untuk ke Grik dan terus ke Tasik Temenggor.. tetapi sedikit terhalang dengan bau Haruman Wangi Nasi Lemak yang di masak oleh Ibu Chawanna.. huhuhu memang terbaik.. Mungkin disebabkan lelaki tidur di bawah dan wanita semua di atas.. Maka lebih ramai jejaka yang membantu di dapur pagi tu huhuu :P


Ceria di pagi hari.. Blogger Dan Arif pun turut join breakfast.. :D
 Nasi Lemak Harum Wangi, Cucur Badak, Kuih Kaswi dan Kek Nemo..
Itu dia Kek Nemo Kak Anash huhuhu.. :D

Alhamdulillah pagi tu kami semua breakfast Nasi Lemak Wangi Daun Pisang di rumah Ibu Chawanna.. Tak cukup dengan itu di tambah lagi dengan Kuih Kasuwi ( Dr Shah Rule) - Kaswi ( Chawanna ).. Macam2 ejaan ada.. Janji ia sedap di makan.. Bila dah siap semua hidangan tiba2 Ibu Chawanna buka peti ais.. Nak goreng Cucur Badak pulak... Waaaa tambah lagi.. One of my favorite kuih pulak tu huhuu..


Suasana dan wajah-wajah ceria kami di pagi hari yang mulia ini hehehe... 

Selesai Breakfast.. Kami mula bersalaman dengan rasa sedih berpisah padahal sebab tak boleh makan nasi lemak dan kuih cucur badak yang sedap ni lagi.. Nasib baik Ibu Chawanna bekalkan aku Cucur Badak tu sket nak ke Royal Belum huhuhuu.. Dan Arif serta isteri beliau pun turut memberikan lambaian selamat pergi untuk kami huhuu.. meriah sungguh pagi ini..


Senyum dan terus senyum memanjang.. Thanks to all of you :D
Selfie memang terbaik la.. sampai nak keluar tingkap pun ada huhuu .. :D

Okay untuk pagi ni arrangement kereta bertukar kalau semalam aku naik dengan Lili, Bayya dan Hang Dhamin.. tapi kali ni kene transfer sekali dengan Kak Anash, Janggel, Shahrul dan Hang Dhamin.. Kereta 2 - Bayya, Paie, Lily dan MasMZ.. Kereta 3 - Kak Ely, Bro Hasrul, Sami dan Suci.. Kereta 4 - Chawan, Chawanna, Icam dan Aqila.. Kereta 5 - Husband and wife Zaraab dan Fadh..


Mengalas perut di gerai makan di Jeti Pulau Banding..
Lapor sungguh mereka .. Dari kiri Dr Shahrule, Janggel dan Hang Dhamin..
Pemandangan di Jeti Pulau Banding.. Credit to Janggel Trekker :D
Saudara Hisham Yusof memberi talimat ringkas untuk perjalanan houseboat ini..
Bersantai sambil mengisi borang selepas penat memunggah beg ke atas houseboat..

Sebelum pukul 12.00 tengah hari alhamdulillah kami semua selamat sampai di jeti Pulau Banding.. walau beberapa kali sesat nak cari jeti ni sampai ada yang masam muka hahahaa.. Sampaikan Hang Dhamin meletakan jari di bibir demi menyuruh aku diam sebab takut bila semua dah kasi pendapat masing2.. lagi celaru jadi nyer hahahaa..

Sebelum naik ke houseboat ada gerai makan di jeti boleh la anda mengalas perut.. Nak makan nasi campur atau goreng2 pun ada.. Bersama kami ada 6 orang Chinese yang suka senyum.. 5 pelajar yang ceria dari sebuah university dan satu pasangan veteran spotting bersama anak lelaki mereka.. So we the biggest team on board and we conquer the environment hehehee.. :D

Trekking Mencari Dan Melihat Bunga Rafflesia

Taklimat sebelum trekking di mulakan :D
Jom Masuk  Uzma Respect Nature.. 

Houseboat memulakan perjalanan sambil kami semua di minta untuk mengisi borong dan taklimat penerangan di sampaikan oleh Saudara Hisham Yusof dari BOA - Belum Outdoor Adventure.. Dan perjalanan di dahului dengan bacaan doa dari Ustaz Mohd Issam salah seorang krew BOA.. Dan seorang lagi krew BOA Saudara Hilmi Yusof.. Seorang yang terkenal dalam dunia photographer.. Gambar beliau pernah dibeli dengan harga RM 20 ribu okay!!!. bukan seratus dua huhuu.. Dan mereka bertiga bersama kaki tangan yang lain di dalam houseboat sangatlah friendly menambahkan lagi kecerian suasana kami :D


Bunga Rafflesia yang ada dah mati dan sesetengah nyer masih di dalam kuntum huhuuu..
Yang layu sahaja rezeki kami nak lihat.. sedih nyerr..
Insyallah akan kembali untuk melihat keunikan Bunga Rafflesia..

Destinasi pertama kami untuk hari ini ialah untuk melihat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Rafflesia.. Houseboat berhenti pada di sebuah jeti dan kami memulakan trekking kedalam hutan lebih kurang dalam 15 minit kami sampai.. Alhamdulillah ada Bunga Rafflesia ni tapi semua dah layu kehitaman.. dan yang tinggal adalah pucuk2 baru yang belum terbuka menjadi Bunga Rafflesia.. Setelah sedikit penerangan di beri oleh Saudara Hisham Yusof kami beredar pulang ke Houseboat..


Selamat Tinggal Bunga Rafflesia.. Nanti ada masa kita jumpa lagi huhuu..
Keindahan melayan pemandangan dari Houseboat ini memang terbaik
- Credit tu Hang Dhamin

Info Bunga Rafflesia -  Taburannya yang sangat terhad.. Bunga ini hanya tumbuh di Hutan Hujan Tropika Asia Tenggara sahaja. Selayaknya Rafflesia menjadi kebanggaan dan simbol kepada keindahan dan kepelbagaian hutan tropika di rantau ini.. Daripada 20 spesies Rafflesia yang terdapat di seluruh dunia lapan daripadanya terdapat di Malaysia.. Antara nama lain bagi bunga ini ialah Bunga Pakma.. Dan Gajah adalah haiwan yang amat menyukai bunga ini untuk dijadikan sebagai makanan..

Rafflesia merupakan sejenis tumbuhan, tetapi ia tidak mempunyai klorofil, iaitu bahagian hijau tumbuhan yang diperlukan dalam proses membuat makanan sendiri seperti yang terdapat pada tumbuhan lain. Bunga Rafflesia indah dan menawan tetapi berbau busuk. Selain itu, Rafflesia merupakan sejenis parasit tetapi jarang-jarang ditemui dan dilindungi pula, berlainan dengan parasit lain yang selalunya dikaitkan dengan penyakit dan sukar dikawal daripada merebak.. Conrinue Part 3