Showing posts with label Part 4 National Park Tour & Sunset By Zambezi River Cruise. Show all posts
Showing posts with label Part 4 National Park Tour & Sunset By Zambezi River Cruise. Show all posts

Sunday, 1 September 2013

Zimbabwe Part 4 : National Park Tour & Sunset By Zambezi River Cruise


Sebelum keluar dari Victoria Fall National Park.. kami singgah kedai souvenir.. aku beli fridge magnet sebijik jer USD6.00.. habis membeli ada mamat driver offer kami untuk tour Victoria Falls Town dan dia boleh bookingkan untuk naik cruise di Zambezi River.. setelah berbincang kami pun setuju.. sebab dia minta bayaran USD25.00.. dia akan bawa kemana saja kitorang nak pergi..

Nak tunjuk balik..  itu lah Victoria Falls..

But in the same time.. aku minta tawar US$ 20.00 alasan student.. alhamdulillah dapat.. first kami pergi bridge penyambung antara Zimbabwe dengan Zambia.. yang special di sini ialah ada bungee jumping.. setinggi 111 meter.. memang nak try tapi kos USD120.00 pp.. mana ada duit.. budget USD50.00 jer..

Make sure loncat dari platform.. kang terhantuk lak

Ceria selepas selesai bungee jumping 111 meter

With Ridwan di tempat bungee jumping..

Jalan depan sket masuk la border Republic of Zambia -
Malaysian Passport tak perlu apply visa

Then aku tanya mamat driver tu.. ada port boleh mandi kat area zambezi river ni tak? panas sangat.. dia bawa kat satu tempat sunyi.. memang kami jer kat situ.. lepas mandi baru dia bagitau sungai ni banyak buaya.. hampeh betul.. bukan nak bagitau awal2..

Best giler.. memang kami je kat sini.. tak tahu air yang sejuk atau
sebab kitorang dah panas sangat hahaha.. 
Time panas dapat mandi air sungai macam ni memang puas hati :D
Anas main kat tepi sungai jer..
Khalid dengan Anas.. walau cuaca amat panas..
tapi  dah mandi sungai badan jadi sejuk.. :D
Time ni memang rendam kaki je dalam air.. pijak batu panas pulak

Selepas solat berjemaah di tepi sungai.. dia bawa pi the biggest tree and free market.. dapat la aku beli postcard and stamp.. yang lain aku tak kisah.. then pi bayar trip cruise untuk petang nanti.. trip cruise 2 jam setengah dari 4.00 pm - 6.30 pm.. pakej termasuk enterance National Park, makan dan minum.. sepanjang di atas bot dapat tengok dengan dekat alligator, hippo, elephant, pelbagai jenis rusa seperti eland, springbok, kudu, duiker, zebra, baboon, egyption goose, wild hog etc..

Pokok ni memang besar dan lebar.. dan yang mahal sebab dah beratus tahun..  

Dan di atas cruise Zambezi River ni.. kami di sajikan dengan makanan ringan termasuk biscuit, vegetarian pizza, vegetarian samosa dan nachos cheese yang telah kami request.. sebab daging ayam tak halal.. dan air jus, carbonate, mineral, tea, coffee as long atas cruise minta jer unlimited..

Jom naik cruise..


Nak air minta je dengan stewardess  

Kami nampak sesuatu la ..

Hippo atau badak sumbu berenang.. gemuk2 pun boleh berenang tau :P

Dari jauh pun boleh agak dia besar mana :D

Yang ni pulak sekeluarga gajah afrika..

Abang Bujang ni lebih 10 kaki..  dan ini lah yang di maksudkan oleh driver taxi tadi :P

Last activity atas cruise ni ialah menikmati matahari terbenam dari atas boat comey ni.. Bersama kami berempat dari malaysia.. termasuk 4 org tua dari Denmark.. 6 orang dari China.. setelah selesai pukul 6.45 petang.. kami bergegas ke Victoria Rest Camp and Lodge.. untuk mengambil beg kami dan bergegas ke train station..

Jom Layan Sun Set Di Zambezi River - Zimbabwe

Matahari masih berwarna putih
Bertukar oren kemerahan .. dan... dan... 
View yang lawa.. nikmati sebaik2 nya.. sebab tak tahu bila nak datang lagi..
Dan tenggelam.. 
Alhamdulillah kami sempat sampai ke Victoria Fall Train Station sebelum pukul 7.00 pm dan sempat juga membeli roti, air dan crisp untuk bekalan di dalam train nanti.. cuti tak lama so memang tak boleh nak lama di Victoria Falls.. ini pun hari ke 8 kami travel di Zimbabwe.. apa2 pun nak tengok air terjun Victoria Fall dengan mata sendiri dah tercapai.. "One of Seven Natural Wonders of  The World" dah di terokai.. :D

Maka ini lah Zambezi River at Victoria Falls National Park, Zimbabwe
Jika dah sampai Zimbabwe.. Janganlah lupa berkunjung ke sini yer..