Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia
Memulakan perjalanan dari
Bandar Cape Town, South Africa ke Windhoek, Namibia dengan Bas Intercape memakan masa selama 21 jam. Bertolak dari Cape Town pukul 11.00 pagi dan sampai di
Bandar Windhoek capital of Namibia pukul 08.30 pagi keesokan harinya. Alhamdulillah kami sampai dengan selamat dan tiada masalah yang dihadapi di boarder antara South Africa - Namibia.
 |
| Sebelum naik bas untuk perjalanan sejuah 1,272 kilometer. |
 |
Walau dah hampir 10 jam perjalanan
tapi mampu loncat macam orang giler hahaha.. |
By the way nak cerita sket mengenai Syarikat Bas Intercape ni. Ianya adalah syarikat bas yang memberi perkhidmatan terbesar merangkumi seluruh Southern Africa. Dan ada pelbagai kategori ticket example kerusi biasa atau kerusi VIP yang lebih selesa.
Dan jika perjalanan jauh memakan masa yang lama maka boleh la ambil Sleepliner. Yang mana anda boleh mengubah kerusi anda untuk menjadi katil. Maka faham-faham je la besar dan luasnya tempat.. harga amat berpatutan. Dari Cape Town ke Windhoek, kami beli tiket Sleepliner R620.00 atau bersamaan RM 217.00 untuk perjalanan sejauh 1,272 km..
 |
| Merentasi kawasan gurun sejauh lebih 400 kilometer. |
 |
| Keadaan bukit dan gunung ganang di kawasan gurun.. |
 |
| Bergambar seketika di kawasan gurun. Time bas tengah berhenti rehat. |
 |
Di tempat bas ni berhenti rehat ada pulak orang jual arnab gurun. Kalau on the way balik mesti dah beli ni. Comel sangat dan murah pulak tu :D |
 |
| Tak tahu sama ada di memang bersaiz kecil atau masih kecil. So cute :D |
Actually aku memang suka naik bas di kawasan afrika ni.. kalau perjalanan tu setakat bawah 1,500 km boleh tahan lagi la.. sebab afika memang mempunyai pemandangan yang indah dan ia di panggail "virgin" oleh penduduk tempatan.. sebab belum lagi disentuh oleh pembangunan atau sebagainya.. so amatlah patut anda menikmati keindahan alam semula jadi ini.. Dalam perjalanan ini kami merentasi kawasan gurun sejauh lebih 400 kilometer.
 |
| Amik Sleepliner Coach memang selesa nak tidur :P |
 |
Bekalan makanan kami di dalam bas. Snack, roti dengan cheese cheddar.
|
Immigration Namibia.. aku rasa adalah antara yang terbaik di seluruh Southern Africa.. pegawai diorang rileks jer.. tak banyak soal.. tahu2 dia dah stamp passport kami.. Kami bertiga.. Aku, Anas dengan Mus'ab ( asal plan nak pi berdua ngan Anas jer.. last2 kene bawa Mus'ab sekali sebab nak ikut sangat :P hahahaa )..
Dalam bas macam biasa aku memang suka berborak dengan orang.. at least boleh dapat information destinasi nanti.. secara kebetulan ada pulak seorang orang Namibian ni student kat Cape Town.. so dalam bas kami berborak.. aku minta jasa baik dia "IF" boleh guna alamat dia di Namibia untuk di guna pakai dalam form immigration nanti.. alhamdulillah dia kasi.. dan dia bagitau pihak immigration yang kami ni roomate dia kat university.. perrghhh memang terbaik la dia nie.. !!
 |
| Namibia Arrival/ Departure Form.. |
 |
| Bersabar.. Lagi sejam jer nak sampai Bandar Windhoek.. |
 |
| Bersama crew bas yang telah memberi services terbaik untuk kami.. |
Sampai di Windhoek.. Pemuda yang sama offer nak hantar kami pi mana2 jika kami mahu.. free jer.. walaupun dia seorang yang bukan beragama islam dia kata hari ni dia tolong orang.. esok lusa tuhan mesti hantar someone untuk tolong dia pulak.. bagus jugak depa ni.. :D
Dan kami pun apa lagi.. first aku minta bawa kami pi Windhoek Train Station untuk beli tiket first class dari Windhoek ke Keepmanshoop untuk 3 hari kemudian.. Alhamdulillah murah jer 110 Namibian Dollar bersamaan RM 38.42..
 |
| In front Windhoek Train Station. |
 |
| Aku dengan Anas depan pintu masuk Chameleon City Backpackers Lodge. |
Lepas habis beli train ticket.. dia tanya aku lagi " where you going to sleep to night?.. let me send your there.." :P .. part ni agak susah sebab dia pun tak tahu kat mana lodge yang kami nak pi tu.. Chameleon City Backpackers Lodge.. setengah jam lebih jugak pusing2 dalam bandar tu nak cari padahal dekat jer.. siap boleh pi counter tourism information hehehe.. but at last alhamdulillah kami sampai juga :D