Wednesday, 30 April 2025

Kyrgyzstan Part 6 : Solat Hari Raya Aidilfitri Di Turkish Bishkek Central Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia

Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 5 : Shopping At Bimar Supermarket - Asar Prayer At Old Central Mosque

Di entry yang lepas aku telah tulis bahawa terdapat dua central mosque di Bishkek. Dan semalam kami telah pun pergi ke Old Central Mosque dan pada hari ni kami akan ke New Central Mosque atau Turkish Bishkek Central Mosque dan pada asalnya dikenali sebagai Imam Sarakhsi Central Mosque yang dibina pada tahun 1944.

Selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Turkish Bishkek Central Mosque
Seawal pagi kami telah bangun dan aku ajak the kids semua bertakbir raya setelah selesai solat subuh berjemaah. Nak kata terasa sayu sedih tu macam tidaklah sangat sebab sekarang dunia dah maju. Kalau ada perasaan rindu pada family dan suasana di Malaysia boleh video call sahaja.

Turun dari apartment seawal pagi untuk menunaikan solat aidilfitri.
Inilah pemandu Yandex kami orang Kyrgyzstan. 
Suasana malam raya sebelumnya adalah seperti malam-malam biasa di Bishkek. Tiada kedengaran letupan mercun atau suasana kecoh dengan persiapan nak raya. Keadaan sangatlah sunyi sepi sahaja. Mungkin juga area tempat kami ini kawasan orang berkerja bukan area kampung yang pasti akan ada persiapan menyambut raya.

Sarapan pagi sebelum kami keluar ke masjid.
Setelah terbitnya matahari kami bersarapan terlebih dahulu kerana adalah sunat untuk kita menjamah makanan sebelum keluar rumah bagi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Daging Blackpepper with Button Mushroom telah pun aku masak malam tadi. Macam biasa aku sibuk di dapur dan wife sibuk siapkan the kids.

Orang ramai yang hadir ke masjid bagi menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri.
Ni masa kami sampai kelihatan orang ramai sedang memasuki masjid.
Bergambar sebentar sebelum masuk ke dalam masjid. Ada student medic dari Bangladesh.
Dan juga untuk hari ni kami memang tak ada plan nak berjalan sangat lebih kepada nak santai-santai sahaja. Dalam keadaan pagi yang teramat sejuk kami telah pun berada di bawah apartment dan aku order Yandex Go untuk ke masjid dan bayaran ketika ini adalah KGS195.00 bersamaan MYR9.75 untuk perjalan sejauh 7.5km.

Affan tiba-tiba dapat duit raya dari seorang hamba Allah. Sampai sekarang dia simpan.
Sebab dia seorang jer yang dapat. Habis dia ajuk si kakak-kakak dia yang tak dapat.
Dan bila pemandu Yandex ni tengok kami menuju ke masjid terus tanya "Muslim?" Aku pun angguk kepala. Dia kata dia pun muslim. Perjalanan memakan masa lebih 10 minit sebab jalan agak sesak dengan kenderaan orang nak pergi kerja.

Open hall di bahagian belakang masjid Turkish Bishkek Central Mosque.
Besar sungguh masjid ini nak jalan ke belakang pun terasa jauh.
Dah selesai solat dan ramai orang yang balik barulah kita boleh bergambar.
Bagitau dengan the kids. Di Istanbul ada masjid seperti ini yang dah berumur ratusan tahun.
Termasuklah pemandu kami yang masih muda dalam lingkungan awal 20an yang tak kesah dengan solat raya. Aku ada tanya juga tak pergi solat ke dengan isyarat sekali. Dia jawap simple jer "No'' sambil memberi isyarat kerja bawa kereta.

Berbanding dengan Malaysia. Kalau waktu solat raya tu jalan lenggang. Kedai semua pun tutup. Ada kedai runcit pakcik cina di kampung aku pun tutup tunggu tengah hari nanti baru buka. Tapi di sini ramai yang ke masjid tapi masih ramai lagi yang tak kesah dengan solat raya walau beragama islam.

Ruang dewan solat utama yang sangat besar dan cantik.
Design dalam masjid ini teramatlah cantik. Memang mempersonakan mata yang melihat.
Pintu masuk utama di bahagian tengah belakang dewan solat utama.
Dan alkisahnya di sini tidak disediakan ruang solat untuk wanita. Yang hadir 99% adala kaum lelaki sahaja. Namun kelihatan ada beberapa muslimat lain yang hadir untuk bersolat yang kebanyakan foreigner. Bersolat di bahagian luar dengan membawa sejadah sendiri dan bersolat disamping suami dan keluarga masing-masing.

Kami pun ikut sama bersolat di bahagian luar tapi sebab tak bawa sejadah maka kami gunalah segala apa yang ada untuk dibuat sejadah. Masa ni pun the kids memang behave mungkin sebab datang masjid di negara orang kot. Kalau kat Malaysia diorang main lari-lari macam tak cukup tanah.

Bergambar bersama warga Kyrgyzstan selepas selesai Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.
Kemudian diorang suruh aku pakai topi traditional Kyrgyz's pulak.
Bergambar anggota polis yang menjaga keselamatan semasa solat raya aidilfitri.
Selesai solat dan khutbah raya maka bangunlah kami semua dan masa ni baru terasa gembira, sedih, tenang dan terharu bila solat raya di negara lain dengan pelbagai bangsa yang hadir untuk bersolat raya. Boleh dikatakan 40% jemaah yang hadir adalah foreigner. Dan masa inilah kami bersalaman dengan umat islam lain. 

Oh ya masa kami datang tadi penuh polis dan askar yang menjaga lalu lintas dan menjaga keselamatan. Terdapat juga beberapa orang yang membawa beg diperiksa oleh askar yang menjaga. Terasa macam takut sikit di situ. Tapi selepas solat aku ada berborak dengan seorang student dari Bangladesh yang belajar di Bishkek.

Dia bagitau kawalan ketat ni sebab baru sahaja terdapat kejadian terrorist attack di Crocus City Hall, Moscow, Russia. Dengan 145 jumlah kematian dan 551 orang cedera. Dan lebih menggerunkan adalah penyerang berkemungkinan dari kumpulan extremists dari Kyrgyzstan. Apa pun syukur sebab solat raya dah selesai.

Polis dan askar menjaga laluan ke masjid dari 100 meter ke arah masjid.
Ketika selesai solat pun masih lagi ada polis dan askar yang memeriksa beg para jemaah.
Selesai solat dan bersalaman dengan umat islam yang lain barulah kami explore masjid yang teramat cantik ini. Masa ini kalau muslimat nak masuk ke dalam ruangan dewan solat utama pun boleh. Memang terpegun dengan kebesaran dan kecantikan masjid ini. 

Bagi aku adalah wajib datang ke masjid ini untuk melihat dengan mata sendiri One of The Interesting Place To Visit in Bishkek. Seni bina yang banyak persamaan dengan Masjid Biru atau Sultan ahmed Mosque di Istanbul. Ye lah yang sponsor dan yang membina pun Kerajaan Turkiye.

Bersambung Kyrgyzstan Part 7 : Victory Square - TSUM Aichurok Mall - Chuy Avenue 

Sunday, 27 April 2025

Hujung Minggu Untuk Berehat Yang Tiada Hala Tuju

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 

Mencuba menarik nafas lega bila tak post entry berkenaan travel. Penat nak tulis jalan cerita, search info dan cari gambar yang kena dengan jalan cerita. Dan nak meng'edit' gambar another part of story. 😏

Kadang-kadang bila jumpa gambar tapi tak kena pulak dengan jalan cerita. Padam balik, tulis lain. Begitulah bila menulis journal travel yang memerlukan beberapa hari hanya untuk menyiapkan satu entry sahaja.

Kadang-kadang tu teringin nak ceritakan sesuatu yang berlaku semasa travel tapi tiada langsung gambar untuk disertakan sekali. Atau juga kadang-kadang bila nak ceritakan sesuatu kejadian tapi entry dah terlalu panjang. 

Maka most of the time dilupakan sahaja dari penulisan di sesuatu entry berkenaan. Tapi bila dah post terasa macam rugi kenapa tak diceritakan. 😅 Macam-macam hal la pulak bila ada perasaan macam tu. Tak best nyer. 😂

Bila aku keluarkan entry luahan hati macam ni faham-faham jer la. Tengah burn out, tak ada idea dan otak tengah tepu. Dari mulanya buka laptop nak update blog. Tiba-tiba terus bertukar buat blog walking sahaja. 😁

Ada orang jual jagung sebelum masuk pasar pagi tadi.
Sebelah orang jual jagung ada orang jual nenas MD2.
Macam-macam ada. Masa ni Bihun Sup Affan belum smpai lagi.
Cucur Bawang, Rangka Ayam Goreng, Nugget dan Sosej.
Nasi Ayam Taiping yang paling famous di sini.
Hari ni memang hari untuk bermalas-malasan yang teramat amat malas. Pagi bawa the kids makan di pasar muhibbah tak jauh dari rumah. Petang kita bawa the kids makan Chinese Muslim Food. Mula-mula nak makan di Restoran Barakah Chinese Muslim Food di Ampang.

Tapi disebabkan nak try kedai baru iaitu Oriental Mee Tarik - Original From Lanzhou. Tak pernah lagi masuk semenjak dibuka di Lotus Ampang. Yang menggantikan Shushi King yang tak survive di situ. Overall makanan Chinese cuisine ni semua sama sahaja rasanya. Dari semahal-mahal Mohd Chan sehinggalah yang biasa ini. 

Jom try Oriental Mee Tarik - Original from Lanzhou.
Mee Tarik Beef Soup & Beef Dumplings Soup.
Chinese Fried Rice - Okla sesuai untuk the kids yang tak nak pedas.
Dah biasa buat entry panjang-panjang. Bila nak up entry biasa macam ni pun dah tak reti nak tulis pendek-pendek hahaha 😂 . Banyak betul yang nak diluahkan. Apa pun salam weekend buat semua. Malam nak tidur awal sebab esok pagi nak berperang kejut anak pi sekolah lagi 😂

Esok dah start kerja. Malam karang nak iron baju sekolah anak. Esok pagi dah berbalik ke rutin weekdays. Moga-moga seminggu ni semua baik-baik sahaja sampai la weekend depan. Amin.

Friday, 25 April 2025

Kyrgyzstan Part 5 : Bimar Supermarket - Asar Prayer At Old Central Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai membeli dan berjalan-jalan di kawasan Osh Bazaar. Kami terus ke Western Bishkek Bus Station untuk membeli tiket bas bagi perjalanan menuju ke Tashkent, Uzbekistan pada malam hari raya kedua nanti.

Oleh kerana jarak antara bus station hanya 1.8km sahaja dari Osh Bazaar. Kami decide untuk terus ke sana dan membeli tiket bas takut beli lewat nanti berputih mata. Maklumlah di musim Perayaan Aidilfitri sekarang ini. 

Di hadapan persimpangan Bishkek Central Mosque.
Kami telah menggunakan E-Hailing Yandex Go dengan bayaran SOM120.00 atau bersamaan MYR6.00 sahaja. Dan pada ketika ini keadaan jalan sedikit basah kerana hujan renyai yang turun tadi. Setelah sampai kami terus masuk ke dalam terminal dan membeli tiket di kaunter. Syukur Alhamdulillah dapat beli tiket untuk kami berenam sekeluarga.

Ruangan bagi bakal penumbang bas yang sedang menunggu departure.
Selepas membeli tiket kami merayau tengok keadaan sekeliling terminal ini. Sebab semalam sampai waktu dah malam and most of the shop dah tutup. Maka bila dah siang ini barulah nampak terdapat banyak kedai runcit, restoran, cafe dan juga money changer. 

Dan di sini terdapat sebuah surau yang cukup selesa dan luas disediakan. Tapi nak amik wudhu perlu ke toilet dan membayar toilet fee SOM20.00/MYR1.00 seorang. Agak susah dengan keadaan winter yang sejuk perlu mengambil air wudhu di luar surau. Namun itulah antara cabaran yang menyeronokan ketika travel.

Syukur dapat beli tiket bas Bishkek ke Tashkent, Uzbekistan.
Keadaan surau yang disediakan di Terminal Western Bishkek Bus Station.
Selesai membeli tiket bas kami pulang semula ke apartmentTak tahan dengan keadaan yang bertambah sejuk dan berangin. Dicampur pula stocking the kids semua macam dah basah. Dan waktu juga menunjukan masih lagi awal belum pun masuk waktu Zohor. Moh ler kita balik berehat sekejap. Dalam kereta Yandex lagi the kids ada yang dah terlena.

Selepas solat zohor, kami decide untuk keluar merayau lagi. Memandangkan the kids pun dah tidur cukup hampir sejam. Dan kami menuju terus ke Bishkek Old Central Mosque dengan menaiki Yandex Go dengan jarak hampir 7 km. 

Bila menggunakan Yandex kami lebih kepada pin location sebab tak pandai nak guna bahasa local. Maka sebab tu kadang-kadang Yandex akan berhenti beberapa meter dari location yang dituju.
Kami diturunkan betul-betul di hadapan Bimar Supermarket yang terletak kurang beberapa puluh meter sahaja untuk masuk ke bahagian perkarangan masjid. Memandangkan nak bersolat asar bersama para jemaah tempatan. Kami decide untuk masuk dulu ke dalam supermarket, saja nak tengok-tengok sebab masa banyak lagi ni.

Geram tengok pastry dia.. Dah la sedap level high end cafe hihii..
Gula, Garam, Beras semua timbang. Sesuai kami yang traveller ini nak beli sikit jer.
Banyak juga yang kami terbeli dengan tidak sengaja. Termasuk jus, roti dan cookies.
Namun dari niat nak tengok-tengok kami terbeli beberapa lagi sumber makanan yang nampak sangat cantik dan sedap dimakan serta murah especially bahagian pastry mereka. Berpuluh jenis roti dijual termasuklah berpuluh jenis cookies. Pelbagai jenis buah-buahan juga dijual dengan harga yang sangat murah kalau dibandingkan harga di Malaysia.

Recommended produk ready to eat untuk dibeli dan dicuba di Bishkek, Kyrgyzstan.
Dan aku nak share satu makanan yang amatlah menarik iaitu produk ready to eat oleh Legurme dari Turkiye. Dan yang ini aku beli agak banyak sebab ianya Halal dan senang nak makan and ofcoz sedap bagi aku la. Kalau tak ada microwave just rendam dalam air panas pun boleh. Produk makanan berasaskan pelbagai jenis nasi atau kekacang dan juga pasta.

Di Kazakhstan tak pula aku jumpa tapi di Tashkent, Uzbekistan ada jumpa produk ini tapi tak banyak sebanyak seperti di Bishkek. Cubalah beli dan you all try, memang sedap recommended sangat. Selesai membeli kami mula melangkah ke arah masjid yang boleh dilihat dari exit supermarket. Dengan jarak lebih kurang 100 meter sahaja.

Selesai di Bimar Supermarket kami berjalan kaki melintas ke arah Old Central Mosque.
Keadaan persekitaran masjid sebelum masuk waktu solat asar. 
Inilah dia Old Central Mosque Bishkek, Kyrgyzstan.
Alhamdulillah kami sempat sampai just before azan berkumandang. Dan terus mencari tempat wudhu yang agak tersembunyi di bahagian belakang. Dan tempat solat wanita juga berada dibahagian belakang kanan tepi masjid. 

Ketika ini seseorang yang agak berusia yang aku rasa dia adalah siak masjid datang menegur kami dan bertanya dari mana kami datang dalam bahasa Arab. Nasib la aku boleh faham dan bercakap sedikit. 

Itu pun selepas aku tak faham bahasa Kyrgyz's yang dia ungkapkan. Gembira sehingga tersenyum lama bila tahu kami dari malayisa. Dan perkataan yang disebut berulang kali adalah "Malaysia Good - Malaysia Good".

Kawasan perkarangan Old Central Mosque.
Ruang solat dibahagian luar yang terbuka. Waktu sejuk memang tiada siapa nak solat sini.
Ruangan solat dibahagian luar dewan solat utama semua carpet warna merah.
Bila azan dilaungkan kelihatan ramai umat islam yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat asar berjemaah. Dan apabila melihat perkara ini hati aku terus berkata keadaan di sini nampak lebih baik dari di Almaty, Kazakhstan. 

Oh ya sepatutnya lokasi unit apartment kami berada tidak jauh dari masjid ini. Supaya memudahkan kami untuk berjalan kaki bagi menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri nanti. Namun owner telah menukar ke lokasi yang agak jauh dan berdekatan Osh Bazaar.

Ruangan wudhu untuk muslimin. Air panas ketika berwudhu itu nikmat sangat.
Keadaan ruangan tandas di Old Central Mosque. Bersih dan lengakp dengan air panas.
Untuk pengetahuan umum di Bishkek kini mempunyai dua Central Mosque. Yang baru dikenali sebagai Imam Sarakhsi Central Mosque atau Turkish Bishkek Central Mosque. Ini kerana masjid asal yang telah dibina pada tahun 1944 dan telah diruntuhkan dan dibina semula yang lebih besar pada tahun 1995.

Dan sekali lagi pada tahun 2022 telah dirobohkan dan dibina sebuah masjid yang lebih besar dan ia telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye. Dan sekarang ia kelihatan banyak persamaan dengan Masjid Biru di Istanbul.

Ruangan dewan solat utama di old Central Mosque.
Penyampaian kuliah ilmu selepas solat asar. Alhamdulillah ramai yang duduk mendengar.
Dan yang ini hanya dikenali sebagai Central Mosque sahaja dan juga yang memanggil ia Old Central Mosque. Kedua-dua Central Mosque terletak dengan kejauhan hanya beberapa blok bangunan sahaja. Yang baru berbentuk seperti Masjid Biru berada di persimpangan Gogol Street dan Jibek Jolu Street.

Dan Old Central Mosque yang lebih kecil berada di persimpangan Gogol Street dan Moskovskaya Street. Bagi aku kedua-dua masjid ada vibe tersendiri dan Old Central Mosque bercirikan Kyrgyzstan dan yang baru lebih kepada vibe Turkiye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...