Assalamualaikum Dan Salam Sejehtera 1Malaysia
Sambungan Dari Kyrgyzstan Part 3 : Check In Ailin Apartment - A Friendly & Helpful Young Owner.
Keesokan pagi kami semua telah bersiap-siap untuk explore Bishkek dan tentunya destinasi pertama adalah Osh Bazaar. Sebuah traditional market yang telah dibina pada tahun 1983. Agak besar dan luas tapi tidaklah sebesar Green Bazaar di Almaty. Di sini kami mencari-cari sesuatu untuk dimasak sebagai menu raya kami di perantauan.
 |
Here we are at the entrance Osh Bazaar - One of the top tourist destination in Bishkek. |
Memandangkan jarak ke Osh Bazaar hanya 1.2km sahaja maka kami decide untuk berjalan kaki dan lagi pun cuaca ketika ini hanya 3 degree sahaja. So macam nice jer kan kalau nak jalan kaki. Dan masing-masing excited sebab esok dah nak raya. Maka jom lah kita tengok apa yang ada di Osh Bazaar ini.
Disebabkan cuaca yang sejuk tak terasa pun kami berjalan jauh. Dan lebih menyeronokan dapat melihat cara kehidupan orang tempatan di pagi hari. Kami melalui kawasan perumahan dan kedai-kedai yang ada sekitar.
 |
Seronok berjalan kaki di sini priority untuk pejalan kaki memang selesa dan luas. |
 |
Laluan pejalan kaki di sini dah macam park dan disediakan kerusi dan playground. |
 |
Nampak playground memang kena cukai lah dengan the kids. Ok 10 minit jer. |
By the way Kyrgystan dan juga negara Central Asia yang lain adalah negara-negara yang mana rakyatnya suka berjalan kaki. Oleh sebab itu keutamaan trek untuk berjalan kaki sangatlah luas. Dan bila berjalan dua tiga blok bangunan pasti akan terjumpa dengan satu laluan perjalanan kaki seperti taman di antara dua jalan.
Rasanya kalau berjalan pada musim spring pasti pemandangan akan lebih cantik menghijau dan dipenuhi dengan bunga-bunga liar yang tumbuh di sekitar kawasan laluan taman ini. Dan ada juga tempat kanak-kanak bermain disediakan di sini.
 |
Muka memang dah out of service sebab sejuk dan jauh berjalan. |
 |
Moh le kita masuk jauh ke dalam Osh Bazaar ini. Melihat apa yang menarik. |
Alhamdulillah berpandukan google map di handphone akhirnya kami sampai di Osh Bazaar setelah berjalan lebih kurang 30 minit bersama the kids. Itu pun setelah beberapa kali berhenti rehat dan bagi the kids bermain the playground. Dan ada berhenti beli jagung rebus dan terus bagi the kids makan panas-panas sebelum sampai Osh Bazaar.
 |
Mencari kasut baru untuk affan. Okla made in china RM15.00 sepasang. |
Sempat juga beli kasut baru untuk Affan sebab kasut dia dah terkoyak teruk di bahagian depan dah jadi macam mulut ternganga hahaha.. Mungkin banyak sangat berjalan tapi yang bagus dia tak complain pun pakai dan bila dapat kasut baru terus tersenyum.
Di sini juga terdapat beberapa buah restoran yang menjual makanan traditional Kyrgyz's. Dan aku bagitau wife insyallah nanti masuk syawal kita serang makan di sini. Tak sabar dah nak makan makanan mereka dengan bau yang cukup mengoncangkan perut.
 |
Buah-buahan kebanyakan dijual dibahagian luar yang terbuka. |
 |
Jom la kita pusing-pusing di bahagian buah-buahan sambil membeli. |
 |
Sebakul buah limau dan anggur ini hanya RM10-15 sahaja. |
Di sini terdapat ramai yang menjual buah-buahan musim winter. Limau, Epal, Pear, Anggur, Strawberry dan segala jenis berries yang lain semuanya memukau mata. Itu belum cerita kemanisan buah di sini. Alhamdulillah semua yang dibeli semunya manis seolah-olah istilah masam itu tidak wujud dalam kamus orang di sini.
 |
Nampak kawasan ini maka di dalam tu semua tempat menjual daging. |
Dan salah satu perkara yang harus kita buat adalah mencuba masakan berasaskan daging di Kyrgyz's ini. Kerana terkenal dengan kelembutan walau hanya dimasak dengan sekejap. Daging yang aku masak sangatlah lembut teringat sampai ketika sedang menulis entry ini. Still tak boleh move on dengan kesedapan daging di sini.
 |
Esok dah nak raya dah. Jom lah kita beli daging nak masak-masak. |
 |
Sekilo daging segar ini bermula dari RM20-RM40 sekilo bergantung jenis daging. |
Kami telah membeli 450 gram daging kambing biri-biri dan 400 gram daging lembu dari dua penjual yang berlainan. Untuk dimasak black pepper dan kari sebagai menu utama di pagi raya dan insyallah akan dimakan bersama nasi putih. sedih kan? hahaha.
Di sini semuanya daging segar dan tiada daging sejuk beku. Terdapat ramai peniaga cuma cari mana yang menjual harga yang lebih murah. Dan seperti biasa aku bila membeli mesti akan cuba minta diskaun. Dan syukur dapat diskaun diorang pun menjual tak berapa nak berkira sangat. :D
 |
First kita beli daging dari makcik ni. Sangat baik dan peramah siap bagi diskaun lagi. |
 |
Yang merah tu lemak lembu yang telah dikeringkan. Dipotong halus dan dimakan begitu sahaja pun sedap. Ayam yang dijual membeku disebabkan cuaca yang terlalu sejuk. |
Di bahagian daging ini kita boleh melihat bagaimana mereka melapah seekor kambing itu hanya dalam beberapa minit sehingga hanya menjadi ketulan di atas meja. Dan jangan risau tiada khinzir yang dijual di sini dan semua daging lembu dan kambing di sini adalah halal.
Ok dah beli daging kita masuk ke bahagian hall utama. Di sini menjual segala jenis rempah ratus, bijiran kekacang dan juga beras. Sayur-sayuran dan bahan-bahan kering yang lain. Dan segala jenis manisan turun dijual di sini. Dan paling best jeruk sayuran mereka yang selama ini kita hanya kenal kimchi tapi di sini ada seratus satu jenis jeruk macam kimchi tu.
 |
Akak ni menjual segala jenis makanan kering dan biji-bijiran. |
 |
Akak ni pula menjual segala jenis manisan dan kekacang. |
Nak juga try beli rempah ratus sebab nak masak daging yang berkuah tapi sebab susah nak berkomunikasi kita lupakan sahaja niat nak beli. Dan kemudian misi mencari beras dan di sini ada berpuluh jenis beras. Yang pasti aku cari beras yang sama kita makan di Malaysia. Alhamdulillah kita ni orang selalu masak tak susah nak cari.
 |
Ada banyak jenis beras yang dijual di sini. Boleh beli 100 gram setiap satu untuk di cuba. |
 |
Sejenis makanan traditional Kyrgyz's iaitu keju kering yang dijadikan seperti keropok. |
Selesai membeli daging kami masuk ke area sayuran dan rempah ratus. Di sini kami membeli untuk beberapa kali masak sahaja. Tak nak lebih membeli nanti membazir. Bawangπ§
, Bawang Putih π§, Halia, Cili πΆ️, Tomato π
dan beberapa jenis sayur. Antaranya Carrotπ₯, Broccoli π₯¦, Capsicum π« dan Sawi Putih π₯¬.
 |
Jalan-jalan dalam hall utama mencari apa lagi yang boleh dimasak. Dari manisan, buah-buahan dan juga rempah ratus, buah kering dan bijiran. |
 |
Agak banayak juga yang kami beli tapi semua dalam kuantiti yang kecil la nak buat raso-raso :D |
Dan last sekali kami beli Button Mushroom π bersaiz XL sebab dah geram sangat bila lihat bentuk dia yang besar dan segar tu. Insyallah nak masak mushroom soup dan nak campur sekali dengan Daging Blackpepper nanti. Bila tengah puasa ni kan kuasa nafsu membeli tu jadi kuat sikit hahaa. π
 |
Salami dan daging kering. Mushroom di sini geram sangat sebab besar dan segar. |
Dan last sekali kami beli roti yang berbentuk bulat leper dengan pelbagai corak. Rupanya setiap corak ada kelainan rasa dan juga berlainan bahan dan teknik pembuatan. Namun bagi aku semuanya sedap dan nampak seperti keras tapi sebenarnya lembut. Dan lagi-lagi di sini mereka makan dengan mencicah sup daging.
 |
Dan kita shopping roti bulat-bulat ni. Sedap dan lembut. Ada yang plain ada yang berperisa. |
 |
Berlainan bentuk berlainan rasa. Berlainan bahan dan semuanya sedap. |
Dan di sini tiada kuih raya tapi ada cookies πͺ raya. Banyak pilihan yang ada dan kelihatan orang ramai sedang membeli mungkin juga untuk dijadikan sebagai menu hari raya. Kami pun tak lepaskan peluang untuk membeli beberapa jenis cookies yang ada. Dan beberapa jenis roti pastry yang cantik dari segi bentuk dan sedap bila dimakan.
 |
Roti manis yang wife aku pegang tu the kids makan sekali hadap jer terus habis. |
 |
Biskut kering, roti manis dan manisan yang banyak dijual. Semuanya sedap. |
Alhamdulillah memang sedap namun menyesal tak beli banyak sebab selepas raya kami datang semula kebanyakan cookies telah habis dijual. Sama macam biskut raya di Malaysia selepas raya memang habis. Nak cari memang susah. The kids ni pulak dalam satu hari makan semua habis hahahaa.
By the way sorry untuk entry kali ini yang agak panjang sebab terlalu banyak perkara dan gambar yang aku nak share di sini sebab nak beri gambaran penuh tentang Osh Bazaar pada pembaca. Ini pun banyak gambar yang aku tak boleh nak selit dalam entry ini. Nanti mungkin last aku buat entry special la kot hahaha.
seronoknya tengok...macma 2 ada...memang kalu boleh nak beli je semuanya...
ReplyDeleteKami pun tak tertahan.. byk juga membeli tapi setiap item sikit2 la nk buat raso raso hihii.. dah la sayur dan buag dia semua segar2 huhuu..π
Deletegeram plak SA tengok daging- daging segar tu..sebab SA ni peminat daging...
ReplyDeleteKalau orang nismilan dah buat salai daging tu.. dah la lembut jer.. kalau pergi lagi mmg nak repeat makan daging di sana..π
DeleteBila lah Malaysia nak jadi macam tu, ada jalan khas untuk pejalan kaki yang selamat. Tak ada lah risau masa berjalan, kena langgar kereta ke, apa. :)
ReplyDeleteMenarik betul tengok roti-roti tu. Ada design bunga kat tengah tu.
Kan.. Nak suruh rakyat berjalan kaki kenalah buat pejalan kaki yg selesa luas dan paling penting selamat. Ni pljr nak balik skolah pun risau jalan tak selamat. Roti roti tu semua sedap ada flavour..dan paling best lembut ☺️π
DeleteBagi diskaun tu terus la dapat review 'baik dan peramah!' Hehehehe
ReplyDeleteEhem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
Tak la uncle.. dia mmg baik dn peramah tapi tu la tak faham dia ckp apa hihii...
DeleteOk dh baca.. alhamdulillah tahniah uncle... Bukan biasa2 dpt msuk GBOR tu.. rasa tu pencapaian terbesar uncle.. again tahniah.. ππ
aneka bentuk roti tu..meriah tgk buah-buahan tu...daging segar tu mmg mantop
ReplyDeleteMeriah sgt tgk roti, buah buahan dan sayuran yg segar2 tu semua.. Daging di sana mmg lembut π€€☺️
Deletebagusnya affan tak complain langsung ye wlaupun kasut dia ternganga mcm mulut buaya hehehe.. geramnyaaa tengok segala daging & roti-roti tu!!!
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur sgt affan baik bila dpt terus senyum dan ckp affan suka kasut baru ni hihii.. kami dtg waktu puasa lagi la nafsu nak beli itu ini tak kuat nak halang hihii.. π€£
DeleteSronok masuk pasar tu dan dpt pngalaman mmbeli. Xpe entry pnjng tpi sronok dibaca. xdpt prgi dpt bca pengalaman di sini pn dh sronok.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok dpt berinteraksi dgn org tempatan dlm membeli. Walau di musim sejuk pasarnya dijaga baik dan bersih. Insyallah akan terus berkongsi pengalaman di sini.. ☺️π
DeleteBestnya! Pilihan daging, sayur buah semuanya segar² dan menarik la. Suka tengok pasar² dekat overseas, nampak bersih dan teratur
ReplyDeleteMembeli di pasar di luar negera terasa kelainan nya.. dgn bahasa itik ayam tapi seronok sebab pengalaman yg kita dpt. Dan org2 di Kyrgyz ni mostly baik dan peramah. ☺️π
DeletePart jln kaki tu..majority european cpuntries memang lifestyle gitu..japan pun gitu..sbb faktor cuaca jugak..best jln kaki sbb cuaca sejuk or if bkn winter, nyaman jerrrr.zmn i stay notts, memamg sgt byk jln kaki laaaa tp time tu muda lagi..early 30s, so sgt fit laaa...anyway unik la pengalaman u beraya di negara org tu
ReplyDeleteBetul sebab negara yg ada winter mmg sesuai sgt nak berjalan kaki. Mcm pepagi jalan 5km nk pergi kerja.. kalau kat Malaysia mau basah ketiak smpai office hahaha.. Setakat skrg ni masih ada tenaga dan stamina la nak backpack ke negara org soon tak tau mcm mana lagi.. moga sihat dpt beribadah dan travel selalu ☺️
DeleteBetul, bila cuaca sejuk tak terasa jalan jauh. Baru-baru ni di Liyang, China kami jalan 2km pun tak rasa jauh.
ReplyDeleteKita yang tengok gambar je ni pun rasa geramnya...menarik sungguh jualan di pasar tu. Roti besar tu dok bayangkan keras, lembut rupanya ya.
Kann... berjalan sahaja tak la penat sangat sbb duk melayan sejuk.. Sepanjang di central asia mmg kami banyak berjalan. Alhamdulillah the kids boleh follow la kami jalan jauh2.. Roti tu mmg sedap nampak macam keras tapi lembut sebenarnya..
DeleteSaya pun sempat singgah di Osh Bazaar masa travel ke Kyrgyzstan tahun lepas. Saya beli magnet dan keychain di sana. Kira agak murah.
ReplyDeleteMacam mana boleh jumpa.. saya cari satu Osh Bazaar tak jumpa langsung yg jual magnet atau eychain di situ hahaha.. sudahnya tiadalah magnet Kyrgyzstan dalam koleksi saya hihii... π
DeleteSeronok... menatap foto-foto yang dikongsi menghadiahkan kemanisan dan kenyamanan.. salam kenal
ReplyDeleteSalam Kenal juga... Terima kasih sudi hadir ke sini dan memberikan comment ... Semoga ukhwah berterusan amin... ππ
DeleteSaya justru sukaaa tulisan panjang, sebab isinya pasti detil. Jadi lebih jelas dan membantu untuk mendapatkan informasi.
ReplyDeleteSenaaaang sangat kalo bisa ketemu pedestarian yg luas dan nyaman utk pejalan kaki. Sesuatu yg langka kalo di jakarta. Habis pedestrian dipakai buat jualan π
Apalagi negara2 eks Sovyet begini, pastilah fasilitas umumnya betul2 dipergunakan semestinya π.
Ya Allah baca ttg ish Bazaar ini, betul2 saya teringin sangat lah nak kesana bang ππ. Memang bakal banyak belanja segala macam kalo ke sini. Semua rasanya nak coba π.
Shock saya baca buah2 SEBAKUL tu hanya eqv RM10-15 saja π±π±π±π±π±. Banyaaak sangat kan. Manis pula ππππ. Ini betul2 kota fav saya lah kalo buah banyak dan murah ❤️
Aneka daging, sayur dan cookies pun itu macam godaan betul π€£. Bahaya kalo beli cookies banyak, trus koper tak cukup langsung π€£. Exceed pula beratnya π
Itulah saya suka tulis details sebab nak mengambarkan keadaan dan suasana ketika mengembara. Tapi itulah entry jadi panjang bangat pula.. ada yg suka ada juga yg tidak berapa suka.. terserah lah pada yg membaca hihi..
DeleteNegara yg ada winter mmg sesuai utk berjalan kaki walau jauh sekali pun. Bekas negara soviet pun tak jauh dari europe memudahkan pejalan kaki. Osh Bazaar ni mmg tmpt shopping utk makan segala jenis makanan yg ada. Murah pun ya.
DeleteSeronok tengok member2 masih meneruskan hobi travel dan lebih rare, blogging. Semoga sihat2 selalu bro. Nanti slow2 baca semua posting sini. Manatau datang semangat nak travel blk. Haha
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan Anep... Lama tak dengar khabar.. semoga sihat sentiasa. Meh la berblogging kembali boleh isi masa lapang hahaha.. Insyallah keep in touch ya :D
Deleteseronoknya masuk pasar dengan pelbagai jualan buah-buahan segar. Syiok kan bila membeli belah untuk beraya di perantauan. Satu pengalaman yang lain dari biasa. Kalau saya lah duduk dalam pasar buah seharian pun boleh. hehehehe syiok weiiii tenguk buahan dia memang geram sungguh
ReplyDeleteMemang seronok sgt dgn buah buahan yg segar dan ada yg susah nak jumpa di Malaysia. Walau ia hanyalah pasar tapi seronok and feeling pun lain jer bila membeli.. Nasib la harga di Kyrgyzstan ni murah.. sronok juga membeli.. π π€€
DeleteTeruja nengok bazar nya tu... kalerful gambar yang diambil..
ReplyDeleteYang bergulung2 tu masa mula-mula tengok ingatkan beg macam kat bali rupanya roti.. unik betul bentuknya. Macam macam bentuk... geram je nengok.
Makanan ruji mereka gandum atau beras?
Saya yg lihat dgn mata sendiri lagi teruja. Macam2 nak dibeli.. tgk itu geram tgk ini teringin.. maklum la bulan puasa kan hiihii.. Aah roti diorang mcm berseni sikit dan sbb tu juga roti sedap dan lembut.. Hurmm sana lebih byk makan roti/gandum dari makan nasi..
Deleteyg dekat dgn beras tu, warna kuning tu kalau tgk dari jauh mcm biji jagung je...
ReplyDeletesedap tu lemak lembu kalau bakar... mkn dgn nasi kerabu hahaha
tp mn laa nak cari nasi kerabu kat kyrgyz tuuu hahaha
Yes.. lemak lembu tu kalau letak atas kuali sekejap bagi garing sikit je pun dah sedap giler.. lembut jer.. juicy lak tu hahaha.. Masa ni mmg lupa dah pasal nasi kerabu hahahaa.. π
Deletekalau ada jual kuih raya tu, boleh terkezut kat situ hahaha...
ReplyDeletesuka tgk cendawan bsr2 mcm ni...sekali mask je dah cukup haha
Rasa kalau jual kuih rata mesti diorng akan beli.. sbb cookies kita di Malaysai kecil2 dan sedap dri pelbagai rasa. Lagi2 kalau bgi kuih tart nenas tu huhu.. cendawan dia besar fresh pulak tu.. mmg tak leh tahan terus beli banyak2 hahaha.. π€£
DeleteSedap pulak nampak roti bulat dan roti yang lain2 tu.
ReplyDeleteOrg macam saya suka mkan roti mesti akan beli sebanyak jenis yg mungkin sbb nak rasa hihii.. ☺️
Delete