Friday, 25 April 2025

Kyrgyzstan Part 5 : Bimar Supermarket - Asar Prayer At Old Central Mosque

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 1Malaysia 


Selesai membeli dan berjalan-jalan di kawasan Osh Bazaar. Kami terus ke Western Bishkek Bus Station untuk membeli tiket bas bagi perjalanan menuju ke Tashkent, Uzbekistan pada malam hari raya kedua nanti.

Oleh kerana jarak antara bus station hanya 1.8km sahaja dari Osh Bazaar. Kami decide untuk terus ke sana dan membeli tiket bas takut beli lewat nanti berputih mata. Maklumlah di musim Perayaan Aidilfitri sekarang ini. 

Di hadapan persimpangan Bishkek Central Mosque.
Kami telah menggunakan E-Hailing Yandex Go dengan bayaran SOM120.00 atau bersamaan MYR6.00 sahaja. Dan pada ketika ini keadaan jalan sedikit basah kerana hujan renyai yang turun tadi. Setelah sampai kami terus masuk ke dalam terminal dan membeli tiket di kaunter. Syukur Alhamdulillah dapat beli tiket untuk kami berenam sekeluarga.

Ruangan bagi bakal penumbang bas yang sedang menunggu departure.
Selepas membeli tiket kami merayau tengok keadaan sekeliling terminal ini. Sebab semalam sampai waktu dah malam and most of the shop dah tutup. Maka bila dah siang ini barulah nampak terdapat banyak kedai runcit, restoran, cafe dan juga money changer. 

Dan di sini terdapat sebuah surau yang cukup selesa dan luas disediakan. Tapi nak amik wudhu perlu ke toilet dan membayar toilet fee SOM20.00/MYR1.00 seorang. Agak susah dengan keadaan winter yang sejuk perlu mengambil air wudhu di luar surau. Namun itulah antara cabaran yang menyeronokan ketika travel.

Syukur dapat beli tiket bas Bishkek ke Tashkent, Uzbekistan.
Keadaan surau yang disediakan di Terminal Western Bishkek Bus Station.
Selesai membeli tiket bas kami pulang semula ke apartmentTak tahan dengan keadaan yang bertambah sejuk dan berangin. Dicampur pula stocking the kids semua macam dah basah. Dan waktu juga menunjukan masih lagi awal belum pun masuk waktu Zohor. Moh ler kita balik berehat sekejap. Dalam kereta Yandex lagi the kids ada yang dah terlena.

Selepas solat zohor, kami decide untuk keluar merayau lagi. Memandangkan the kids pun dah tidur cukup hampir sejam. Dan kami menuju terus ke Bishkek Old Central Mosque dengan menaiki Yandex Go dengan jarak hampir 7 km. 

Bila menggunakan Yandex kami lebih kepada pin location sebab tak pandai nak guna bahasa local. Maka sebab tu kadang-kadang Yandex akan berhenti beberapa meter dari location yang dituju.
Kami diturunkan betul-betul di hadapan Bimar Supermarket yang terletak kurang beberapa puluh meter sahaja untuk masuk ke bahagian perkarangan masjid. Memandangkan nak bersolat asar bersama para jemaah tempatan. Kami decide untuk masuk dulu ke dalam supermarket, saja nak tengok-tengok sebab masa banyak lagi ni.

Geram tengok pastry dia.. Dah la sedap level high end cafe hihii..
Gula, Garam, Beras semua timbang. Sesuai kami yang traveller ini nak beli sikit jer.
Banyak juga yang kami terbeli dengan tidak sengaja. Termasuk jus, roti dan cookies.
Namun dari niat nak tengok-tengok kami terbeli beberapa lagi sumber makanan yang nampak sangat cantik dan sedap dimakan serta murah especially bahagian pastry mereka. Berpuluh jenis roti dijual termasuklah berpuluh jenis cookies. Pelbagai jenis buah-buahan juga dijual dengan harga yang sangat murah kalau dibandingkan harga di Malaysia.

Recommended produk ready to eat untuk dibeli dan dicuba di Bishkek, Kyrgyzstan.
Dan aku nak share satu makanan yang amatlah menarik iaitu produk ready to eat oleh Legurme dari Turkiye. Dan yang ini aku beli agak banyak sebab ianya Halal dan senang nak makan and ofcoz sedap bagi aku la. Kalau tak ada microwave just rendam dalam air panas pun boleh. Produk makanan berasaskan pelbagai jenis nasi atau kekacang dan juga pasta.

Di Kazakhstan tak pula aku jumpa tapi di Tashkent, Uzbekistan ada jumpa produk ini tapi tak banyak sebanyak seperti di Bishkek. Cubalah beli dan you all try, memang sedap recommended sangat. Selesai membeli kami mula melangkah ke arah masjid yang boleh dilihat dari exit supermarket. Dengan jarak lebih kurang 100 meter sahaja.

Selesai di Bimar Supermarket kami berjalan kaki melintas ke arah Old Central Mosque.
Keadaan persekitaran masjid sebelum masuk waktu solat asar. 
Inilah dia Old Central Mosque Bishkek, Kyrgyzstan.
Alhamdulillah kami sempat sampai just before azan berkumandang. Dan terus mencari tempat wudhu yang agak tersembunyi di bahagian belakang. Dan tempat solat wanita juga berada dibahagian belakang kanan tepi masjid. 

Ketika ini seseorang yang agak berusia yang aku rasa dia adalah siak masjid datang menegur kami dan bertanya dari mana kami datang dalam bahasa Arab. Nasib la aku boleh faham dan bercakap sedikit. 

Itu pun selepas aku tak faham bahasa Kyrgyz's yang dia ungkapkan. Gembira sehingga tersenyum lama bila tahu kami dari malayisa. Dan perkataan yang disebut berulang kali adalah "Malaysia Good - Malaysia Good".

Kawasan perkarangan Old Central Mosque.
Ruang solat dibahagian luar yang terbuka. Waktu sejuk memang tiada siapa nak solat sini.
Ruangan solat dibahagian luar dewan solat utama semua carpet warna merah.
Bila azan dilaungkan kelihatan ramai umat islam yang hadir ke masjid untuk menunaikan solat asar berjemaah. Dan apabila melihat perkara ini hati aku terus berkata keadaan di sini nampak lebih baik dari di Almaty, Kazakhstan. 

Oh ya sepatutnya lokasi unit apartment kami berada tidak jauh dari masjid ini. Supaya memudahkan kami untuk berjalan kaki bagi menunaikan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri nanti. Namun owner telah menukar ke lokasi yang agak jauh dan berdekatan Osh Bazaar.

Ruangan wudhu untuk muslimin. Air panas ketika berwudhu itu nikmat sangat.
Keadaan ruangan tandas di Old Central Mosque. Bersih dan lengakp dengan air panas.
Untuk pengetahuan umum di Bishkek kini mempunyai dua Central Mosque. Yang baru dikenali sebagai Imam Sarakhsi Central Mosque atau Turkish Bishkek Central Mosque. Ini kerana masjid asal yang telah dibina pada tahun 1944 dan telah diruntuhkan dan dibina semula yang lebih besar pada tahun 1995.

Dan sekali lagi pada tahun 2022 telah dirobohkan dan dibina sebuah masjid yang lebih besar dan ia telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Turkiye. Dan sekarang ia kelihatan banyak persamaan dengan Masjid Biru di Istanbul.

Ruangan dewan solat utama di old Central Mosque.
Penyampaian kuliah ilmu selepas solat asar. Alhamdulillah ramai yang duduk mendengar.
Dan yang ini hanya dikenali sebagai Central Mosque sahaja dan juga yang memanggil ia Old Central Mosque. Kedua-dua Central Mosque terletak dengan kejauhan hanya beberapa blok bangunan sahaja. Yang baru berbentuk seperti Masjid Biru berada di persimpangan Gogol Street dan Jibek Jolu Street.

Dan Old Central Mosque yang lebih kecil berada di persimpangan Gogol Street dan Moskovskaya Street. Bagi aku kedua-dua masjid ada vibe tersendiri dan Old Central Mosque bercirikan Kyrgyzstan dan yang baru lebih kepada vibe Turkiye.

42 comments:

  1. cantik, kemas dan bersih je ruang dalaman masjid...
    ramai juga yg datang mengimarahkannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah unexpected jemaah yg hadir utk solat asar jauh lebih ramai dan memenuhi ruang solat utama. Kita yg lambat ni sbb uruskan the kids terpaksa solat diluar dewan utama yg carpet merah tu. ☺️

      Delete
  2. Masya Allah, bestnya travel. Doakan sy bang smoga saya dan member2 saya dapat travel luar negara one day soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah saya doakan moga dipermudahkan segala urusan dimurahkan segala rezeki buat Blogger Rasyidah utk berkelanan di atas dunia ini. insyallah terus usaha pasti satu hari nanti kita akan berjaya. Chaiyyookk..!!

      Delete
  3. seronoknya pi melawat negara Islam. Namun apakan daya, fulus x berapa ada utk tujuan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah diberi sedikit nikmat utk melihat indah alam ciptaan ilahi.. tak apa baca sahaja kisah di sini pasti nanti mmbuatkan abam kie mengembara di seluruh dunia..

      Delete
  4. yg produk ready to eat tu ada nasi lemak tak?
    hahaha gurau je
    tapi bgs jg ada produk mcm ni
    tak yah nak fikir byk utk mkn ketika travel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak takde la.. tapi nasi mcm kat Turkey tu ada..sedap weii.. Dah la mudah sepeket tu mcm RM3.00 - RM5.00 jer.. Mmg puas makan.. pastu ada nasu putih dgn kacang kuda tu pun sedap..

      Delete
  5. Replies
    1. New Central Mosque lebih cantik.. insyallah next part sata cerita dan kongsikan gambarnya 😎☺️

      Delete
  6. waahh ramai juga yg mengimarahkan masjid kat sana! bestnya harganya lebih murah berbanding di Malaysia ni hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah di Kyrgyzstan islam lebih menyerlah masjid pun penuh dgn jemaah.. Duduk lama2 di Kyrgyzstan boleh gemuk sbb makan sedap dan murah hihii.. 😅

      Delete
  7. Alhamdulillah..Seronok tgk view =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah syukur seronok tgk view di Bishkek ini ☺️

      Delete
  8. Bestnya, ada banyak makanan murah. Senang ada produk ready to eat, rendam air panas je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk ready to eat to mmg recommended sangat .. Dah la murah sedap pulak tu :D

      Delete
  9. Mesjidnya cantik. Bisa dicoba satu-satu nih, makanan ready-to-eat nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid nya cantik luar dan dalaman juga. Alhamdulillah makanan ready to eat itu mmg mudah dan sedap rasanya :D

      Delete
  10. Roti" pada supermaketnya menarik, mengundang selera makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di negara yg makan roti sebagai rujun utama pasti rotinya pelbagai dan menarik ☺️

      Delete
  11. Betullah baca blog ni rasa macam dah berada kat pelbagai negara walau tak pernah jejakinya. InsyaAllah ada rezeki dan kesempatan SS pastikan baca blog ni habis untuk rujukan sebelum terbang hehehe.

    Paling seronok bila tengok satu family dan join travel sama. Kenangan paling manis untuk keluarga. #idola. Salam blogger dan keep inspiring!

    p/s: terima kasih juga sudi follow blog SS ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Bagus la kalau boleh feel the experience ketika membaca.. amat dialu-alukan untuk membaca semua journal yg ada di blog ini.. Lps baca tinggal comment yer ☺️

      Salam Kenal juga.. terima kasih sudi follow sini juga 🫡

      Delete
  12. Wah, walaupun sy tiada peluang untuk merantau ke banyak tempat di luar negara tetapi dengan blog ini alhamdulillah seperti berada di sana...terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang lah selalu insyallah banyak yg saya akan kongsikan di sini.. Terima kasih sudi dtg membaca perkongsian saya di blog ini 👍☺️

      Delete
  13. Teringat dulu kita pun boleh beli gula, garam beras semua ikut kehendak ie beli sikit², bukan siap dipek sekilo².

    Alhamdulillah rezeki kan dapat berjemaah dgn local people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga bila timbang mcm ni sesuai untuk kami yg nak beli sikit utk pakai sehari dua sahaja. Rasanya bila pek sekilo lebih mudah dan kurang kerugian kot huhuu.. Alhamdulillah syukur dpt berjemaah bersama orang tempatan :D

      Delete
  14. Alhamdulillah.. Selesai dah beli tiket ye..
    Kalau Sha pun pasti akan terbeli macam-macam.. Menariklah makanan RTE dia..
    Cantik betul ruangan dalam masjid dia.. Nampak selesa.. Owh ada air panas ye.. Alhamdulillah.. Pengalaman yang berharga bila ke negara luar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah masa sampai tempoh hari ingt nak beli terus tapi tak dpt sebab kaunter dah tutup. Dtg kali kedua syukur sgt dpt beli tiket ke Uzbekistan. Benda menarik dan murah pulak tu di Bishkek mau terbeli mcm2. Dah la jarang datang kan :D

      Delete
  15. cantik n selesa masjid lama kusyuk beribadah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selesa dan luas masjid. Moga diberi izin lagi untuk ke sini :D

      Delete
  16. SA suka tengok entry ni...suka dengan scenery..alhamdulillah ramai yang solat asar kat Masjid tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih SA.. Bila kita travel ni bila jumpa masjid itu adalah satu nikmat yg seronok sgt. Syukur kelihatan ramai yg hadir solat asar berjemaah.

      Delete
  17. Lega sangat aihh dapat wudhu dengan air panas. Boleh dibayangkan kalau ada air sejuk je... hulur jari telunjuk kat air paip pun terasa menusuk kat tulang temulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmm kalau takde air panas dan kena hadap jugak la air sejuk di musim winter hihuu.. harap2 tak kena la situasi itu..jgn kata hulur jari.. nak pusing paip tu pun tahan sejuk besi huhuu.. dlm ruangan solat ada heater tapi masih rasa sedikit sejuk.

      Delete
  18. Food dalam Bimar Supermarket tu aduiii sedap nampak semuanya. Thanks for sharing Afif, seronok tengok foto dan baca journey ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu dah la sedap variety sgt2 pulak tu hihii.. Daha masuk bulan puasa habis semua benda nak di beli 😅

      Delete
  19. Baru nak cakap Masjid solat aidilfitri tu macam ada unsur2 Masjid di Turki. Rupanya memang Masjid Turki di Kyrgyzstan la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah masjid yg dibina oleh org Turkiye dan dibayar sepenuhnya oleh Turkiye .. so nampak mcm sgtlah Turkiye.. ☺️

      Delete
  20. Isssh kue dan roti di sana memang heaven sangat lah nampaknya... Saya dan anak sulung lebih suka roti drpd nasi. Mungkin kalo kesana, kami berdua bisa puas mencoba aneka roti sedap. 😍😍😍

    Baguuus mesjidnya. Ikut senang baca yg art orang2 sana lebih banyak yg sholat drpd di Almaty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka makan roti maka di sini lah tempatnya. Pelbagai jenis dan sedap dimakan.. Pasti akan mencuba kesemuanya 😅
      Di Kyrgyzstan nampak lebih ramai yg hadir ke masjid. Mungkin juga saya salah tpi itulah yg terlihat.. Moga mekar kembali islam di sana.. amin..

      Delete
  21. unik sgt pengalaman di negara org ni...dan rasanya bkn mainstream destination like japan, korea, turkey, london etc -- so worth reading sgt2 this entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dpt pengalaman yg unik di central asia bersama the kids. Tourist lain pun mcm tak nampak sgt berbanding bandar2 utama perlancongan dunia yg lain..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...